Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

فضل التسبيح و التحميد، و التهليل، و التكبير

Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir

12 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 254 100 kali

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ.

“Maha Suci Allah dan bagi-Nya segala pujian” setiap hari 100 kali, dihapuskan kesalahannya walaupun sebanyak buih di laut”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 7/168, Muslim dengan lafaznya 4/2071. Lihat kelebihan mereka yang membacanya 100 kali waktu pagi dan petang pada bacaan no. 93.
Bacaan 255 10 kali

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala kepujian dan Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.’

Sebanyak 10 kali, baginya pahala seperti mereka yang memerdekakan empat orang daripada keturunan Nabi Ismail عليه السلام”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 7/167, Muslim 4/2071.
Bacaan 256

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan yang Maha Pemurah ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ.

“Maha Suci Tuhan dan bagi-Nya segala pujian dan Maha Suci Tuhan yang Maha Agung”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.
Bacaan 257

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Sesungguhnya membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

‘Maha Suci Allah, bagi-Nya segala kepujian, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain-Nya dan Allah Maha Besar' lebih aku sukai daripada segala sesuatu yang disinari oleh matahari ke atasnya”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2072.
Bacaan 258 100 kali

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Apakah kamu tidak mampu untuk melakukan seribu kebaikan setiap hari?” Salah seorang daripada sahabat-sahabat رضي الله عنهم yang ada bersama baginda bertanya: “Bagaimana kami boleh melakukan seribu kebaikan?” Sabdanya: “Dengan mengucapkan Tasbih ( سُبْحَانَ اللَّهِ ) 100 kali, nescaya ditulis baginya 1000 kebaikan atau dihapuskan darinya 1000 kesalahan”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2073.
Bacaan 259

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Sesiapa yang membaca:

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وبِحَمْدِهِ.

“Maha Suci Tuhan yang Maha Agung dan bagi-Nya segala pujian”

nescaya ditanam baginya sepohon kurma di dalam syurga”1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi 5/511, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/501. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/531, Sahih At-Tirmizi 3/160.
Bacaan 260

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Wahai Abdullah bin Qais رضي الله عنه, hendakkah aku tunjukkan kepadamu perbendaharaan syurga?” Jawab Abdullah: “Mahu, wahai Rasulullah!” Sabdanya: “Ucapkanlah:

لاَ حَوْلَ ولاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.

“Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 11/213, Muslim 4/2076.
Bacaan 261

“Ucapan yang paling disukai oleh Allah ﷻ ada empat:

سُبْحَانَ اللهِ

'Maha Suci Allah,’

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ،

‘segala puji bagi Allah,’

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah’

وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

dan ‘Allah Maha Besar' tiada masalah sekiranya kamu ingin mulai dengan (mana-mana) salah satu daripadanya dan diikuti dengan yang lainnya”1.

Rujukan
  1. Muslim 3/1685.
Bacaan 262

Seorang arab badwi datang bertemu Rasulullah ﷺ dan berkata: Ajarkan saya satu ucapan yang akan saya ucapkan.” Sabdanya: “Ucapkanlah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْراً، سُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi-Nya, Allah Maha Besar lagi Maha Agung, segala pujian sebanyaknya bagi Allah, Maha Suci Allah Tuhan sekelian alam, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Bijaksana.”

Kata orang badwi tersebut: “Ucapan itu untuk Tuhanku, apa pula ucapan untuk diriku?” Sabda Nabi ﷺ: “Ucapkanlah:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَارْزُقْنِي.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kasihanilah aku, berilah hidayah kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2072. Tambahan dari Abu Daud: “Apabila orang badwi tersebut pergi, Nabi ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya telah penuh kedua tangannya dengan kebaikan’”. 1/220.
Bacaan 263

“Apabila seorang lelaki memeluk Islam, Nabi ﷺ mengajarnya solat dan menyuruhnya berdoa dengan kalimat ini:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kesihanilah aku, berilah petunjuk dan kesejahteraan kepadaku dan berilah rezeki kepadaku”1.

Rujukan
  1. Muslim 4/2073, dalam riwayat Muslim yang lain Nabi ﷺ menambah: “Sesungguhnya bacaan tersebut telah menghimpunkan bagimu kebaikan dunia dan akhirat”.
Bacaan 264

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Sebaik-baik (afdhal) doa ialah:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ

‘Segala puji bagi Allah’.

manakala sebaik-baik (afdhal) zikir ialah:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ.

‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah’”1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi 5/462, Ibnu Majah 2/1249, Al-Hakim mentashihnya dan disokong oleh Az-Zahabi 1/503. Lihat: Sahih Al-Jami' 1/362.
Bacaan 265

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Al-Baqiyaat As-Solihaat (kalimah-kalimah dan amalan-amalan yang baik yang terjamin pahalanya) ialah:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ، وَلاَحَوْلَ ولاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar, tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah”1.

Rujukan
  1. Ahmad No. 513 susunan Ahmad Syakir dengan sanad yang sahih. Lihat: Majma’ Az-Zawaid 1/297, Ibnu Hajar dalam Bulugh Al-Maram menisbahkan hadith riwayat Abi Sa’id ini kepada An-Nasa’i dan berkata: Ibnu Hibban dan Al-Hakim telah menilainya sebagai sahih.