Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani
Artikel

5 Kategori Sembelihan Yang Haram Dimakan

Dato’ Dr. Abu Anas Madani14 Oktober 2025 · 3 min bacaan
Kongsi WhatsApp
Saiz tulisan

Pendahuluan

Sembelihan dalam Islam bukan sekadar menyembelih haiwan untuk makan tetapi ia juga adalah ibadah yang mengandungi nilai tauhid. Kerana itu, Allah SWT menegaskan dalam al-Quran:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku (sembelihanku), hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.”

Surah al-An‘am, 6:162

Dan firman-Nya lagi:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (kerana-Nya).”

Surah al-Kawthar, 108:2

Dua ayat ini menjadi dasar bahawa setiap sembelihan mesti dilakukan dengan niat kerana Allah SWT. Jika tidak, sembelihan itu haram dimakan walaupun secara zahirnya disembelih dengan pisau dan cara yang betul.

Pertama, Sembelihan Untuk Selain Allah SWT

Jika seekor haiwan disembelih dengan tujuan mendekatkan diri kepada makhluk lain selain Allah seperti berhala, wali, kubur atau penjaga pokok besar, maka sembelihan itu haram dimakan.

Perbuatan ini termasuk dalam kategori syirik besar, kerana ibadah sembelihan hanya untuk Allah semata-mata.

Contoh: Menyembelih kambing di tepi kubur dengan niat “tanda hormat” kepada wali tertentu.

Kedua, Sembelihan Tanpa Menyebut Nama Allah

Sembelihan menjadi haram apabila dilakukan tanpa menyebut nama Allah, atau disebut dengan nama selain-Nya.

Allah berfirman: “Janganlah kamu makan binatang yang (ketika disembelih) tidak disebut nama Allah padanya.”
(Surah al-An‘am, 6:121)

Contohnya, seseorang menyebut nama makhluk atau jampi tertentu sewaktu menyembelih, maka sembelihan itu tidak sah dan haram dimakan.

Ketiga, Sembelihan Untuk Tujuan Syirik/Sihir

Ada juga yang menyembelih haiwan dengan tujuan memohon kejayaan, kekuatan, atau keberuntungan, seperti amalan sesetengah kaum bukan Islam yang menyembelih di bawah pokok besar atau di persimpangan jalan.

Ini disebut oleh ulama sebagai “tazbah li ta’zhimil makhluq” iaitu menyembelih untuk mengagungkan makhluk. Hukumnya haram mutlak, kerana menyerupai amalan penyembah berhala.

Keempat, Sembelihan Untuk Mengambil ‘Derkat’

Ada yang menyembelih dengan niat mengambil berkat — contohnya, menyembelih ayam putih di rumah baru supaya “penghuni selamat dan murah rezeki”. Amalan ini termasuk dalam bentuk tathayyur (kepercayaan karut) dan tidak diiktiraf syarak.

Berkat hanya datang daripada ketaatan kepada Allah, bukan daripada darah sembelihan.

Kelima, Sembelihan Kerana Arahan Bomoh/Upacara sihir

Jika seseorang menyembelih haiwan atas suruhan dukun, bomoh, atau tukang sihir, kononnya untuk “menolak bala” atau “menjaga rumah”, maka sembelihan itu haram dimakan.

Amalan ini termasuk dalam permainan syaitan dan menjerumuskan pelaku kepada syirik.

Rasulullah SAW bersabda:“Barang siapa pergi kepada tukang sihir lalu mempercayainya, maka dia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”
(Riwayat Ahmad)

Doa Ringkas Sebelum menyembelih

بِسْمِ اللهِ، اللهُ أَكْبَرُ

“Dengan nama Allah, Allah Maha Besar.”

Doa ringkas ini membezakan antara sembelihan orang beriman dan sembelihan orang musyrik.

Kesimpulan

Sembelihan adalah ibadah yang mesti dilaksanakan dengan niat kerana Allah SWT. Ia bukan sekadar memotong daging untuk dimakan, tetapi simbol penyerahan dan ketaatan kepada perintah-Nya.

“Sesungguhnya sembelihanmu adalah lambang tauhidmu.”

Maka berhati-hatilah dalam setiap sembelihan. Pastikan:

  • Disebut nama Allah,
  • Niat kerana ibadah,
  • Tidak ada unsur syirik, khurafat atau sihir.

Rujukan

  1. Al-Quran, Surah al-An'am (6): 162. quran.com ↗
  2. Al-Quran, Surah al-Kauthar (108): 2. quran.com ↗
  3. Al-Quran, Surah al-An'am (6): 121. quran.com ↗
  4. Sahih Muslim, Kitab al-Adahi, no. 1978a (daripada 'Ali bin Abi Talib RA). sunnah.com ↗
  5. Sunan Abi Dawud, Kitab al-Kahanah wa at-Tatayyur, no. 3904 — dinilai sahih oleh al-Albani. sunnah.com ↗
  6. Athar Ibn Mas'ud RA: 'Sesiapa mendatangi tukang tilik, tukang sihir atau kahin lalu membenarkannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad' — riwayat Abu Ya'la (no. 5408); dinilai 'sahih mauquf' oleh al-Albani (Sahih at-Targhib, no. 3048) (ad-Durar as-Saniyyah). dorar.net ↗

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Artikel Definisi Jiran Tetangga & Kewajipan Berjiran Dalam Islam 21 Jun 2026 Artikel Kenali Tufaili “Lalat Hijau” Yang Datang Ke Kenduri Tanpa Jemputan 10 Jun 2026 Artikel Tidak Tepat Istilah: “Manusia Khalifah Allah Di Muka Bumi” 14 Apr 2026