Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Akidah

Hukum Pembedahan Batin: Pendirian Liqa' Asatizah

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 5 September 2011 · 3 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Tulisan: Liqa’ Asatizah (himpunan asatizah termasuk Dato’ Dr. Abu Anas Madani). Disunting dan diulas oleh Dato’ Dr. Abu Anas Madani. Sumber asal: blog Mufakkir Islami, Ogos 2011.

Pendirian Liqa’ Asatizah berkenaan pembedahan batin

Seorang perawat melakukan amalan yang didakwa pembedahan batin ke atas pesakit yang berbaring

Selepas meneliti unsur-unsur yang terdapat dalam pembedahan batin yang diamalkan sesetengah perawat, seperti membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, pengubatan jarak jauh dan seumpamanya, dapat disimpulkan seperti berikut:

  1. Pembedahan batin ialah suatu hakikat yang kabur kerana tidak dapat dibuktikan dengan naqli, akal dan sains.
  2. Pembedahan batin tidak mempunyai sandaran hukum daripada al-Quran dan sunnah Nabi SAW mahupun amalan salafussoleh.
  3. Hujah yang mengaitkan pembedahan batin dengan peristiwa pembelahan dada Nabi SAW sebelum diangkat menjadi nabi dan ketika Israk adalah batil, kerana peristiwa tersebut ialah irhas/mukjizat yang tidak boleh dikiaskan kepada orang yang bukan nabi.
  4. Pembedahan batin diamalkan dengan begitu berleluasa dalam agama lain seperti Kristian atas nama spiritual healing, psychic surgery atau psychic operation (jirahah gharbiyyah atau jirahah ruhaniyyah). Ini menunjukkan bahawa Islam, iman dan takwa bukanlah syarat utama untuk pembedahan batin dapat dilakukan seperti dakwaan sesetengah pihak.
  5. Tokoh-tokoh awal perubatan alopati Islam seperti Ibn Sina, az-Zahrawi, Ibn al-Haitham, ar-Razi, Ibn Rusyd dan lain-lain menunjukkan bahawa perubatan moden adalah sebahagian daripada perubatan Islam (bukan sahaja at-tibb an-nabawi), sekali gus menafikan jenis-jenis perubatan yang mencarik adat.
  6. Pembedahan batin diyakini menggunakan khidmat jin atau qarin yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik, berdasarkan nas-nas al-Quran dalam Surah al-Jin ayat 6 dan Surah az-Zukhruf ayat 36.
  7. Pembedahan batin termasuk perkara mencarik adat yang mampu dipelajari dan boleh dilakukan secara berterusan. Ini menunjukkan ia bukan karamah atau ma‘unah, sebaliknya lebih dekat kepada unsur sihir dan sya‘wazah (silap mata).
  8. Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin dan kembali kepada at-tibb an-nabawi seperti menggunakan ayat-ayat syifa’, doa ma’thur dan lain-lain atau kembali kepada perubatan alopati (moden) yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

21 Julai 2011.

Ahli-ahli Liqa’

  • Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Mursyid Liqa’)
  • Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi/Moderator)
  • Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani)
  • Ustaz Dr. Zahazan Muhammed
  • Ustaz Hj. Mohammad Nidzam Abdul Kadir
  • Ustaz Hj. Aizam Mas’ud
  • Ustaz Hj. Hasrizal Abdul Jamil
  • Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali
  • Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan (tidak hadir)
  • Ustaz Ramadhan Fitri Elias (tidak hadir)
  • Ustaz Dr. Maszlee Malik
  • Ustaz Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
  • Ustaz Syed Mohd Norhisyam
  • Ustaz Zamri Zainuldin “Mantop”
  • Ustaz Abdullah Bukhari al-Hafiz
  • Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
  • Ustaz Shauqi Othman

Disahkan dalam liqa’ pada 18 Ramadan 1432H.

Lihat juga video pendedahan tentang psychic surgery: James Randi Debunking Psychic Surgery (YouTube).

Akhukum, Abu Anas Madani, 6 Syawal 1432H.

Rujukan

3 sumber
  1. Al-Quran, Surah al-Jin (72): 6.

    Quran.com
  2. Al-Quran, Surah az-Zukhruf (43): 36.

    Quran.com
  3. Liqa' Asatizah, Pendirian berkenaan pembedahan batin (disahkan 18 Ramadan 1432H), blog Mufakkir Islami, Ogos 2011.

    mufakkir-islami.blogspot.com

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Akidah Tidak Tepat Istilah: “Manusia Khalifah Allah Di Muka Bumi” 14 Apr 2026 Akidah 10 Perkara Yang Membatalkan Islam 29 Okt 2025 Akidah Pengertian Tawassul & Jenis Tawassul Yang Dibenarkan (Tanpa Khilaf) 28 Okt 2025 Akidah Kepanasan Api Neraka 69 Kali Ganda Api Dunia 13 Okt 2025