Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

الدعاء للميت في الصلاة عليه

Doa ke atas mayat dalam solat jenazah

4 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 156

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ، وَعَافِهِ، وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجاً خَيْراً مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ].

“Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kedudukannya, perluaskanlah kuburnya, sucikanlah dia dengan air, salji dan air hujan batu, bersihkanlah dia dari dosa-dosanya seperti Engkau bersihkan kain yang putih dari kekotoran, gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya, ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya dan pasangan yang lebih baik dari pasangannya, masukkanlah dia ke syurga dan selamatkanlah dia daripada azab kubur dan azab neraka”1.

Rujukan
  1. Muslim 2/663.
Bacaan 157

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا، وَمَيِّتِنَا، وَشَاهِدِنَا، وَغَائِبِنَا، وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا، وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا. اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الإِسْلامِ، وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَّفَهُ عَلَى الإِيمَانِ، اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ.

“Ya Allah, Ampunilah mereka yang masih hidup dalam kalangan kami dan mereka yang telah mati, yang ada hadir bersama kami (mensolatkan jenazah ini) dan yang tiada, yang kecil dalam kalangan kami dan yang tua serta yang lelaki dalam kalangan kami dan yang perempuan. Ya Allah, orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia dalam Islam, dan orang-orang yang telah Engkau matikan di antara kami, matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami dari pahala si mati dan janganlah Engkau sesatkan kami selepasnya”1.

Rujukan
  1. Abu Daud no 3201, At-Tirmizi no 1024, An-Nasa’ie no 1985, Ibnu Majah 1/480, Ahmad 2/368. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/251.
Bacaan 158

اللَّهُمَّ إِنَّ فُلانَ بْنَ فُلانٍ فِي ذِمَّتِكَ، وَحَبْلِ جِوَارِكَ، فَقِهِ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَأَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقّ،ِ فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيم ُ.

“Ya Allah, Sesungguhnya fulan bin fulan (sebutkan nama si mati) kini di dalam jagaan-Mu, dan bergantung pada tali perlindungan-Mu, maka peliharalah dia daripada fitnah kubur dan azab neraka. Engkaulah yang menunaikan janji dan kebenaran, maka ampunilah baginya dan kasihanilah dia. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”1.

Rujukan
  1. Ibnu Majah. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/251, Abu Daud 3/211.
Bacaan 159

اللَّهُمَّ عَبْدُكَ وَابْنُ أَمَتِكَ احْتَاجَ إِلَى رَحْمَتِكَ، وَأَنْتَ غَنِيٌّ عَنْ عَذَابِهِ، إِنْ كَانَ مُحْسِناً فَزِدْ فِي حَسَنَاتِهِ، وَإِنْ كَانَ مُسِيئاً فَتَجَاوَزْ عَنْهُ.

“Ya Allah, Hamba Engkau dan anak hamba perempuan Engkau (yang meninggal ini) sangat mengharapkan belas kasihan Engkau, dan Engkau Maha Kaya dari mengazabnya. Sekiranya dia melakukan kebajikan maka tambahkanlah ia pada kebajikannya dan sekiranya dia berdosa, bebaskanlah dia daripadanya”1.

Rujukan
  1. Al-Hakim menilainya sebagai sahih dan disokong oleh Az-Zahabi 1/359. Lihat: Al-Albani, Ahkam al-Janaiz ms 125.