Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, klik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Skrol ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Klik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

الدعاء للفرط في الصلاة عليه

Doa solat jenazah kanak-kanak

2 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan
Bacaan 160

اللَّهُمَّ أَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.

Allaahumma a'idz-hu min 'adzaabil-qabr. Allaahummaj'alhu farathan wa dzukhran liwaalidaihi, wa syafii'an mujaabaa. Allaahumma tsaqqil bihii mawaaziinahumaa wa a'zhim bihii ujuurahumaa, wa alhiqhu bishaalihil-mu'miniina, waj'alhu fii kafaalati Ibraahiima, wa qihii birahmatika 'adzaabal-jahiimi, wa abdilhu daaran khairan min daarihii, wa ahlan khairan min ahlihii, Allaahummaghfir li'aslaafinaa, wa afraathinaa, wa man sabaqanaa bil-iimaan.

“Ya Allah, lepaskan dia dari seksaan azab kubur.”1

Elok juga kalau dibaca doa ini:

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطاً وَذُخْراً لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيعاً مُجَاباً. اللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُورَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِينَ، وَاجْعَلْهُ فِي كَفَالَةِ إِبْرَاهِيمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيمِ، وَأَبْدِلْهُ دَاراً خَيْراً مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْراً مِنْ أَهْلِهِ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا، وَمَنْ سَبَقَنَا بِالإِيْمَانِ.

“Ya Allah, jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala dan simpanan bagi kedua ibu bapanya dan pemberi syafaat yang diterima doanya. Ya Allah, dengan kematian ini beratkanlah timbangan pahala mereka dan besarkanlah ganjaran bagi mereka. Kumpulkan dia bersama orang-orang yang soleh dan letakkan dia di bawah jagaan Nabi Ibrahim عليه السلام. Selamatkanlah dia dengan rahmat-Mu dari azab neraka dan gantikanlah dia rumah yang lebih baik dari rumahnya dan ahli keluarga yang lebih baik dari ahli keluarganya. Ya Allah, ampunilah datuk nenek kami yang terdahulu, anak cucu kami yang mati dahulu sebelum kami serta orang-orang yang beriman sebelum kami.”2

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Kata Sa’id bin Al-Masayyib: “Aku bersolat di belakang Abu Hurairah رضي الله عنه ke atas mayat kanak-kanak yang belum melakukan sebarang kesalahan lalu aku dengar beliau membaca doa ini.” Malik, Al-Muwatta’ 1/288, Ibnu Abi Syaibah, Al-Musannaf 3/217, Al-Baihaqi 4/9. Kata Shu’aib Arnauut: Sanadnya Sahih, Tahqiq Syarh As-Sunnah karangan Al-Baghawi 5/357.
  2. Lihat: Ibnu Qudamah, Al-Mughni 3/416, Ibnu Baz, Ad-Durus Al-Muhimmah 15.
Bacaan 161

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا فَرَطاً، وَسَلَفاً، وَأَجْراً.

Allaahummaj'alhu lanaa farathan, wa salafan, wa ajraa.

“Ya Allah, jadikan dia bagi kami sebagai pendahulu yang menanti kami di sana, simpanan pahala dan ganjaran yang baik.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. “Al-Hasan Al-Basri membacakan ke atas mayat kanak-kanak Surah Al-Fatihah dan doa ini.” Al-Baghawi, Syarh As-Sunnah 5/357, Abdul Razzaq No. 6588, Al-Bukhari meriwayatkannya secara ta’liq dalam kitab al-Janaiz, bab Qiraat fatihatul kitab ‘ala al-janazah 2/113.