Allaahumma innii astakhiiruka bi'ilmika, wa astaqdiruka biqudratika, wa as'aluka min fadhlikal-'azhiimi, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta'lamu wa laa a'lamu, wa anta 'allaamul-ghuyuubi, Allaahumma in kunta ta'lamu anna haadzal-amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibati amrii ('aajili amrii wa aajilihii) faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi, wa in kunta ta'lamu anna haadzal-amra syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa 'aaqibati amrii ('aajili amrii wa aajilihii) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal-khaira haitsu kaana tsumma ardhinii bih. Wa syaawirhum fil-amri fa idzaa 'azamta fatawakkal 'alallaahi innallaaha yuhibbul-mutawakkiliin.
Kata Jabir bin Abdullah رضي الله عنه: “Rasulullah ﷺ mengajar agar kami beristikharah dalam semua pekerjaan sepertimana baginda mengajarkan kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: “Apabila seseorang daripada kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَا أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلَا أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ)1 فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الْأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي (عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ.
(sebutkan hajatnya…)
“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dan agar Engkau memilihkan yang terbaik bagiku dengan ilmu-Mu, dan aku memohon kekuatan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tiada kuasa, dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan urusan tersebut…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku pada masa kini dan akan datang, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta kurniakanlah keberkatan padanya bagiku. Dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan urusan tersebut...) adalah buruk bagiku dan (mendatangkan keburukan) pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku pada masa kini dan akan datang, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun dan di mana pun ia berada, kemudian jadikan aku redha dengannya.”2
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).
Sungguh tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin (sebelum melakukan sesuatu urusan), kemudian berhati-hati dalam menangani urusannya itu, Allah ﷻ telah berfirman:
﴿... وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ١٥٩﴾
“Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah ﷻ mencintai orang-orang yang bertawakal (bergantung harap pada-Nya).” (159)3
Rujukan
- Penterjemah - bacaan dalam kurungan boleh dibaca sebagai ganti kepada bacaan yang bergaris, atau boleh baca kedua-duanya (inilah yang terbaik) dengan lafaz ( وَعَاقِبَةِ أَمْرِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ) – lihat Ithaf Al-Muslim Bisyarh Hisn Al-Muslim karangan penulis asal.
- Al-Bukhari 7/162.
- Surah Ali ‘Imran, ayat 159.