Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

الأذكار بعد السلام من الصلاة

Zikir selepas solat

8 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 66

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ.

“Aku memohon keampunan-Mu Ya Allah”.

(tiga kali)

Kemudian baca:

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلامُ، ومِنْكَ السَّلامُ، تَبَارَكْتَ يَاذَا الجَلالِ وَالإِكْرَامِ.

“Ya Allah, Engkau sejahtera daripada segala keaiban, daripada Engkaulah (datangnya) kesejahteraan, bertambah-tambah berkat-Mu ya Allah, Tuhan Yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”1.

Rujukan
  1. Muslim 1/414.
Bacaan 67

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan segala pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menghalang sesuatu yang telah Engkau berikan dan tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi, serta tidak bermanfaat orang yang mempunyai kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) dengan kelebihannya itu daripada kekuasaan Engkau”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 1/255, Muslim 1/414.
Bacaan 68

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya. Milik-Nya segala nikmat, bagi-Nya segala kelebihan dan bagi-Nya pujian yang elok. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, kami mengikhlaskan ibadah hanya kepada-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir”1.

Rujukan
  1. Muslim 1/415.
Bacaan 69 33 kali

سُبْحَانَ اللهِ

“Maha Suci Allah,

وَالْحَمْدُ لِلَّهِ،

segala puji bagi Allah

وَاللَّهُ أَكْبَرُ.

dan Allah Maha Besar”.

(dibaca 33 kali setiap satu, kemudian baca:)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kekuasaan dan pujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”1.

Rujukan
  1. “Siapa yang membacanya selepas solat diampunkan dosanya walaupun sebanyak buih di laut”. Sahih Muslim 1/418.
Bacaan 70

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١ اللَّهُ الصَّمَدُ ٢ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤﴾

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (1). Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2). Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3). dan tidak ada seseorang pun yang serupa dengan-Nya (4)”.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ١ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ٤ وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ٥﴾

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan yang menguasai waktu subuh (1), daripada kejahatan sekalian makhluk (2), dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap-gelita (3), dan daripada kejahatan tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan (4), serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia bertindak (menurut) hasad dengkinya (5)”1.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴿قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ ١ مَلِكِ النَّاسِ ٢ إِلَهِ النَّاسِ ٣ مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ٤ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ٥ مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ ٦﴾

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung dengan (Allah) Tuhan (yang memelihara dan menguasai)

sekalian manusia (1). Yang Memerintah sekalian manusia (2). Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia (3). Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi (4). Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam hati manusia (5). (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia (6)”2.

3 surah ini dibaca setiap kali lepas solat3.

Rujukan
  1. Surah Al-Falaq, ayat 1-5.
  2. Surah An-Nas, ayat 1-6.
  3. Abu Daud 2/86, An-Nasa’i 3/68. Lihat: Sahih At-Tirmizi 2/8. Tiga surah ini dikenali dengan ‘Al-Mu’awwizat’. Fathul Bari 9/62.
Bacaan 71

Ayat Al-kursi:

﴿اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ ٢٥٥﴾

“Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya, Yang Mengetahui segala yang ada di hadapan mereka dan segala yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan perkara yang Allah berkehendak (untuk memberitahu kepada mereka). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan bagi Allah untuk menjaga serta memelihara kedua-duanya (langit dan bumi) dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)”1.

Dibaca setiap kali selepas solat2.

Rujukan
  1. Surah Al-Baqarah, ayat 255.
  2. “Sesiapa yang membacanya setiap kali selepas solat, tidak ada yang menahannya dari memasuki syurga kecuali kematian.” Riwayat An-Nasa’i dalam Amal Al-Yaum wa Al-Lailah No. 100, Ibnu As-Sunni No. 121. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/339, Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah 2/697 No. 972.
Bacaan 72 10 kali

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, Baginya segala kekuasaan dan pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu”.

(Dibaca sepuluh kali selepas solat maghrib dan subuh)1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi 5/515, Ahmad 4/227. Lihat takhrijnya dalam Zadul Ma’ad 1/300.
Bacaan 73

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً.

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima”.

(Dibaca selepas salam pada solat subuh)1.

Rujukan
  1. Ibnu Majah dan lainnya. Lihat: Sahih Ibnu Majah 1/152, Majma’ az-Zawaid 10/111.