Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

فضل الصلاة على النبي صلى الله عليه و سلم

Kelebihan berselawat ke atas Nabi ﷺ

5 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 219

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat (memberikan rahmat-Nya) ke atasnya sepuluh kali”1.

Rujukan
  1. Muslim 1/288.
Bacaan 220

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Jangan kamu jadikan kuburku seperti tempat perayaan dan ucapkanlah selawat ke atasku kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku tak kira di mana-mana sahaja kamu berada”1.

Rujukan
  1. Abu Daud 2/218, Ahmad 2/367. Sahih Abu Daud 2/383, Sahih.
Bacaan 221

Sabdanya yang bermaksud: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabila disebut namaku di sisinya, dia tidak berselawat ke atasku”1.

Rujukan
  1. At-Tirmizi 5/551 dan lainnya. Lihat: Sahih Al-Jami' 3/25, Sahih At-Tirmizi 3/177.
Bacaan 222

Sabda Nabi ﷺ yang bermaksud: “Allah mempunyai Malaikat-malaikat yang meronda-ronda di bumi untuk menyampaikan kepadaku salam dari umatku”1.

Rujukan
  1. An-Nasa’I 3/43, Al-Hakim 2/421. Sahih An-Nasa’i 1/274, sahih.
Bacaan 223

Sabda Nabi ﷺ lagi yang bermaksud: “Tidak ada orang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku hingga aku membalas salamnya”1.

Rujukan
  1. Abu Daud No. 2041. Sahih Abu Daud 1/383, Hasan.