Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

إفشاء السلام

Mengucapkan salam

3 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 224

Sabda Rasulullah ﷺ yang bermaksud:

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang sesama muslim. Mahukah aku ajarkan kepada kamu satu perkara yang apabila kamu melakukannya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam di antara kamu”1.

Rujukan
  1. Muslim 1/74 dan lainnya.
Bacaan 225

“terdapat tiga perkara yang apabila seseorang itu mampu melakukannya maka dia telah mengumpulkan kesempurnaan iman:

1-menginsafi diri.

2-mengucapkan salam kepada semua orang.

3-menyumbangkan derma biarpun semasa dalam keadaan fakir”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 1/82 dari kata-kata ‘Ammar رضي الله عنه secara ta’liq.
Bacaan 226

Daripada Abdullah bin Umar رضي الله عنه: Seorang lelaki bertanya Nabi ﷺ: “Manakah Islam yang paling baik?”, maka sabda Baginda ﷺ yang bermaksud:

“Hendaklah kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada mereka yang kamu kenal mahupun mereka yang kamu tidak kenal”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 1/55, Muslim 1/65.