Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

الصلاة على النبي بعد التشهد

Selawat ke atas Nabi ﷺ selepas membaca tasyahud

2 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 53

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, kurniakanlah selawat (pujian dan kesejahteraan) ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti yang Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Baginda sepertimana Engkau memberkati Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/408.
Bacaan 54

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

“Ya Allah, kurniakanlah selawat (pujian dan kesejahteraan) ke atas Nabi Muhammad, isteri-isterinya dan keturunannya sepertimana yang Engkau telah kurniakan kepada keluarga Nabi Ibrahim. Dan berkatilah Nabi Muhammad, isteri-isterinya dan keturunannya sepertimana Engkau memberkati keluarga Nabi Ibrahim. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/407, Muslim 1/306, lafaz selawat ini dari riwayat Muslim.