Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

الدعاء بعد التشهد الأخير قبل السلام

Doa selepas membaca tasyahud akhir sebelum Salam

11 bacaan

Saiz tulisan
Bacaan 55

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada azab neraka jahannam, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah (ujian) kehidupan dan kematian dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 2/102, Muslim 1/412, lafaz doa ini dari Muslim.
Bacaan 56

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah Al-Masih Dajjal dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada dosa dan hutang”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 1/202, Muslim 1/412.
Bacaan 57

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

“Ya Allah, aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang berhak untuk mengampunkan dosa kecuali Engkau. Ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari 8/168, Muslim 4/2078.
Bacaan 58

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي. أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ.

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku yang terdahulu dan yang terkemudian, yang aku sembunyikan dan aku zahirkan, yang aku terlanjur dan yang Engkau lebih mengetahui mengenainya dariku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang melewatkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”1.

Rujukan
  1. Muslim 1/534.
Bacaan 59

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

“Ya Allah, bantulah aku dalam mengingati-Mu dan bersyukur kepada-Mu serta melakukan ibadat yang terbaik kepada-Mu”1.

Rujukan
  1. Abu Daud 2/86, An-Nasa’i 3/53, Sahih Abu Daud 1/284.
Bacaan 60

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وأَعُوْذُ بِكَ مِنْ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada sifat bakhil, aku berlindung dengan-Mu daripada menjadi pengecut, aku berlindung dengan-Mu daripada dikembalikan dalam keadaan amat tua (nyanyuk), aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah dunia dan aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur”1.

Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 6/35, no 2822 dan no 6390.
Bacaan 61

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

“Ya Allah, aku memohon daripada-Mu syurga dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka”1.

Rujukan
  1. Abu Daud dan Ibnu Majah. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/328.
Bacaan 62

اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ أَحْيِنِي مَا عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْراً لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْراً لِي، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ، وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْغِنَى وَالْفَقْرِ، وَأَسْأَلُكَ نَعِيماً لاَ يَنْفَدُ، وَأَسْأَلُكَ قُرَّةَ عَيْنٍ لاَ تَنْقَطِعُ، وَأَسْأَلُكَ الرِّضَا بَعْدَ الْقَضَاءِ، وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ الْمَوْتِ، وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ مُضِرَّةٍ وَلاَ فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ، اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ.

“Ya Allah, dengan pengetahuan Engkau terhadap perkara yang ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, hidupkanlah aku sekiranya Engkau mengetahui hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya Engkau mengetahui mati itu lebih baik bagiku. Ya Allah, daripada-Mu aku memohon sifat takut akan Engkau sama ada dalam keadaan sembunyi atau nyata. Aku memohon untuk mampu berkata benar baik ketika redha atau marah, aku memohon kepada-Mu kesederhanaan semasa senang atau susah, aku memohon kepada-Mu nikmat yang tidak berkurangan, aku memohon kepada-Mu zuriat yang sejuk dipandang mata dan tidak akan putus, aku memohon kepada-Mu keredhaan selepas ditakdirkan (terjadi sesuatu), aku memohon kepada-Mu kehidupan yang baik selepas mati, aku memohon kepada-Mu kelazatan melihat wajah-Mu, kerinduan untuk bertemu dengan-Mu tanpa kesusahan yang memudharatkan dan fitnah (ujian) yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikanlah kami orang yang memimpin kepada kebenaran dan orang yang mengikut kebenaran”1.

Rujukan
  1. An-Nasa’i 3/54-55, Ahmad 4/364. Sahih An-Nasa’i 1/281.
Bacaan 63

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ بِأَنَّكَ الْوَاحِدُ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَد،ٌ أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan sifat Engkau yang Maha Esa, yang bergantung pada-Nya setiap sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan serta tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Mu, agar Engkau mengampuni dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”1.

Rujukan
  1. An-Nasa’i 3/52 dengan lafaznya, Ahmad 4/338. Sahih An-Nasa’i 1/280.
Bacaan 64

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَحْدَكَ لاَ شَرِيكَ لَكَ، الْمَنَّانُ، يَا بَدِيعَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَاذَا الْجَلالِ وَالإِكْرَامِ، يَاحَيُّ يَاقَيُّومُ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon, sesungguhnya bagi Engkaulah segala pujian, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau Yang Esa tiada sekutu bagi Engkau, Yang Mengurniakan anugerah, Yang Mengadakan langit dan bumi, Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemulian. Wahai Tuhan Yang Tetap Hidup, Yang Kekal Mentadbir selama-lamanya, aku memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung dengan-Mu daripada neraka”1.

Rujukan
  1. Riwayat Ahl As-Sunan. Lihat: Sahih Ibnu Majah 2/329.
Bacaan 65

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ.

“Ya Allah, kepada-Mu aku memohon, sesungguhnya aku telah bersaksi bahawa Engkaulah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau yang Esa, yang bergantung pada-Nya setiap sesuatu, Yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara dengan-Nya”1.

Rujukan
  1. Abu Daud 2/62, At-Tirmizi 5/515, Ibnu Majah 2/1267, Ahmad 5/360. lihat: Sahih Ibnu Majah 2/329, Sahih At-Tirmizi 3/163.