Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
← Surah An-Nahl · Nota 4/15

Surah An-Nahl: Ayat 70-72

4 Peringkat Umur Insan, Minta Berlindung dari Nyanyuk, Perbezaan Rezeki Bani Adam, Nikmat Beroleh Anak dan Cucu.

Muqaddimah

  1. Nikmat umur, peringkat umur, berbeza rezeki seseorang, ada yang luas, ada yang kurang, nikmat berkeluarga, adanya zuriat keturunan anak-cucu.

Kuliah Lepas tentang Nikmat Makan dan Minum untuk Manusia

  1. Tentang keajaiban lebah, keluar madu yang menjadi penawar.
  2. Sebelum ini tentang nikmat binatang ternakan.
  3. Juga tentang nikmat buah-buahan. Semua ini datang dari sumber nikmat AIR yang diturunkan dari langit.
  4. Isu tadarruj: Yakni peringkat demi peringkat, dalam hukum-hakam juga dalam berdakwah. Seperti pengharaman arak pada awal peringkat awal Islam.
  5. Timbul perbincangan milik siapa lebah?
    Dari sudut Feqah,
    1. Lebah yang berada dalam tanah milik seseorang akan menjadi miliknya.
    2. Di tanah yang tiada pemilik, maka sesiapa yang dulu mengambilnya menjadi pemilik madu itu.

Ayat 70 {DAN ALLAH YANG MENCIPTAKAN KAMU (DARI TIADA KEPADA ADA); KEMUDIAN IA MENYEMPURNAKAN TEMPOH UMUR KAMU; (MAKA ADA DI ANTARA KAMU YANG DISEGERAKAN MATINYA) DAN ADA PULA DI ANTARA KAMU YANG DIKEMBALIKANNYA KEPADA PERINGKAT UMUR YANG LEMAH (PERINGKAT TUA KEBUDAK-BUDAKAN), SEHINGGA MENJADILAH IA TIDAK INGAT AKAN SESUATU YANG TELAH DIKETAHUINYA; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA KUASA.}(AN-NAHL 16:70)

  1. Peringkat kejadian manusia:
    1. Dari tiada kepada ada. Sebelum dilahirkan, di alam Rahim, kemudian tercipta.
    2. Maka setelah dilahirkan, ada yang panjang umur ada yang pendek umurnya.
    3. Umur yang lanjut, yakni tua dan nyanyuk. Tidak ingat dan sudah lupa ingatan. Tapi kena ingat kebiasaan manusia itu akan menjadi kebiasaannya juga apabila nyanyuk. Maka perelokkanlah amalan kita, ditakuti tabiat buruk akan menjadi amalan kita sebelum mati.
    4. Berapakah umur nyanyuk? Macam-macam pendapat, ada yang kata bermula dari 75 tahun, ada yang kata 90 tahun. Tetapi yang sahihnya serta hakikatnya tiada had umur, bergantung atas kesihatan dan keadaan setiap individu itu.

Ayat 71 {DAN ALLAH TELAH MELEBIHKAN SEBAHAGIAN DARI KAMU ATAS SEBAHAGIAN YANG LAIN PADA REZEKI YANG DIKURNIAKANNYA; DALAM PADA ITU, ORANG-ORANG YANG DIBERI KELEBIHAN ITU TIDAK MAHU MEMBERIKAN SEBAHAGIAN DARI KELEBIHAN HARTANYA KEPADA HAMBA-HAMBA MEREKA, SUPAYA ORANG-ORANG ITU DAPAT SAMA MEMPUNYAI HARTA. MAKA MENGAPA MEREKA TERGAMAK MENGINGKARI NIKMAT ALLAH ITU DENGAN PERBUATAN SYIRIK?} (AN-NAHL 16:71)

  1. Setelah terangkan nikmat-nikmat kepada manusia dari segi madu dan susu, Allah SWT terangkan pula tentang rezeki manusia:
    1. Bahawa manusia itu mempunyai rezeki yang berbeza-beza. Sama ada dari sudut sumber rezeki juga kadar rezeki, tidak sama, ada yang lebih ada yang kurang.
    2. Ada yang mendapat rezeki yang lebih daripada orang lain, tetapi masih bakhil dan kedekut, tidak mahu berkongsi rezeki yang lebih dengan orang-orang bawahannya yang miskin.
    3. Allah SWT juga mengingatkan tentang kuasa mutlak dan keEsaan-Nya di atas dunia ini, supaya manusia sedar diri jangan buat syirik kepada Allah.
      Yakni kaum musyrikin ini harta mahu bolot sorang, tetapi kuasa ketuhanan mahu kongsikan dengan berhala-berhala dan pelbagai sembahan lain.

Ayat 72 {DAN ALLAH MENJADIKAN BAGI KAMU DARI DIRI KAMU SENDIRI PASANGAN-PASANGAN (ISTERI) DAN DIJADIKAN BAGI KAMU DARI PASANGAN KAMU: ANAK-ANAK DAN CUCU-CICIT, SERTA DIKURNIAKAN KEPADA KAMU DARI BENDA YANG BAIK LAGI HALAL; MAKA PATUTKAH MEREKA (YANG INGKAR ITU) PERCAYA KEPADA PERKARA YANG SALAH (PENYEMBAHAN BERHALA) DAN MEREKA KUFUR PULA AKAN NIKMAT ALLAH?} (AN-NAHL 16:72)

Alhamdulillah.

Tandakan selesai dibaca Simpan nota

Daftar percuma untuk menyimpan nota dan menjejak bacaan.

Kongsi nota ini

Sebarkan ilmu kepada keluarga dan sahabat.

WhatsApp Telegram

Ada soalan tentang ayat ini?

Hantar kepada Dr. Abu Anas — jawapan terpilih disiarkan.

Tanya Dr. Abu Anas