Isi Kandungan
Pendahuluan
Alhamdulillah, selamat sampai di Makkah pagi Rabu 26 ZulQa’dah 1434H (02/10/2013). Setelah selesai mengerjakan umrah; tawaf, saie, bercukur atau bergunting maka selesailah ibadat ini bagi orang ingin mengerjakan haji tamattu’. Bagi mereka yang mengerjakan haji ifrad, maka mereka melakukan tawaf qudum (tawaf selamat sampai) dan melakukan saei haji, kemudian kekal berada dalam ihram hingga selesai tahallul awwal nanti.
Sila Baca Siri 1 di: Rehlah Haji 1434 (1)
Sila Baca Siri 3 di: Rehlah Haji 1343H (3)
Tugas Abu Anas ke Makkah selain untuk ibadat sendiri ialah untuk membimbing jemaah haji yang bersama dalam Pakej Ash-har Travel khasnya. Bersama dengan kami juga tahun ini ialah kumpulan JKIM (Jawatankuasa Kebajikan Islam MAS “Malaysia Airlines”) yang terdiri dari kakitangan MAS dan pasangan mereka seramai 50 orang.
Mudah-mudahan dengan sedikit bimbingan dan motivasi, para jemaah terbimbing dalam melakukan ibadat mereka di Tanah Suci.
Tajuk pertama kuliah di Makkah ialah: “Anda di Makkah” memperkenalkan kelebihan dan adab berada di Tanah Haram.
Jemaah dinasihatkan agar banyak beribadat setakat yang mampu, jangan terlampau nanti terjejas kesihatan, sukar pula sewaktu nak menunaikan ibadat haji nanti.
*********
REHAT,
Kerehatan itu ibarat fatamorgana. Setiap kali kita menghampirinya, ia semakin jauh menghilang.
Dan kita takkan sampai kepadanya melainkan di Syurga.
Oleh itu, usahlah kita memburu kerehatan, tetapi ayuhlah memburu Syurga.
(Makkah, 04 Zulhijjah 1434H- aam)
*********
10 Awal Zulhijjah
Fadhilat Beramal pada 10 hari terawal Bulan Zulhijjah
Jangan sampai diremehkan dan diperkecilkan IBADAT!
Sepuluh hari awal daripada bulan Zulhijjah adalah hari-hari yang mempunyai kelebihan, sebagaimana yang telah disebut dalam hadis Nabi S.A.W.
Ini kerana pada hari-hari tersebut terkumpul pelbagai jenis ibadah.
Namun, ibadah tersebut mestilah dilakukan IKHLAS kerana Allah.
Bukan untuk diperlihatkan (RIYA’) atau diperdengarkan (SUM’AH).
Nabi SAW bersabda:
من سمع الناس بعمله سمع الله به سامع خلقه وحقره وصغره
“Sesiapa yang memperdengarkan amalannya kepada manusia, maka Allah akan memperdengarkan dengannya kepada yang mendengar daripada makhluk-Nya, MEMPERLEKEHKAN DAN MEMPERKECILKANNYA” [Musnad Ahmad (6509) – Sahih]
Jangan jadikan amalan yang HEBAT dan BESAR di sisi ALLAH SWT menjadi amalan yang diremehkan dan diperkecilkan.
Ya Allah, kurniakanlah kami ikhlas dalm beribadah kepadaMu. #Arar.
(Makkah, 04 Zulhijjah 1434H).
***************
Ibadah Qurban
Peringatan Bagi Mereka Yang Ingin Melakukan Ibadat Korban
*********
Ziarah Mahabbah
Pada Pagi 4 Zulhijjah / 9hb Oktober 2013:
Ustaz Shamsudin Abdul Rahman (JARUM) datang menziarahi jemaah Ash-Har, dan ustaz pula bersedia untuk menjelaskan kesesatan dan kejahatan penganut agama Syiah kepada jemaah Ashhar di hotel Az-Zahabi,
Makkah. Pendedahan kesesatan ini sangat penting untuk mengawal Aqidah Umat Ini. Jazahullahu khaira.
Antara buku ajaran Syiah yang di mutalaah sempena haji ini ialah;
***********
Nasihat
Sembunyikanlah!
AMAL KEBAJIKAN
Orang soleh pada zaman dahulu, apabila mereka melakukan amalan yang baik, mereka bersusah-payah menyembunyikannya.
Ayyub As-Sikhtiyani (wafat 131H) pernah memberikan satu nasihat yang sangat berharga dalam perbahasan ini. Beliau berkata:
ليتق الله الرجل،
فإن زهد فلا يجعلن زهده عذابا على الناس،
فلأن يخفي الرجل
زهده خير من أن يعلنه
“Seorang lelaki hendaklah bertaqwa kepada Allah. Jika dia hidup dengan zuhud, janganlah dia menyebabkan orang lain merasakan kesengsaraan daripada zuhudnya itu.”
Dia menyembunyikan zuhudnya itu lebih baik daripada dia menzahirkannya.
[Lihat: Siyar A’lam Nubala16/15-26]
Perkataan beliau ini dilaksanakan oleh beliau sendiri.
Sallam memberitahu: Ayyub melakukan qiyamullail sepanjang malam tetapi beliau menyembunyikan qiyamullailnya itu. Apabila dekat waktu Subuh, beliau mengangkat suara, seolah-olah beliau baru bangun dari tidur.
Abu Hazim Salamah bin Dinar (wafat 140H) berkata:
اكتم حسانتك كما تكتم سيئاتك
“Sembunyikanlah amalan kebaikanmu sebagaimana kamu menyembunyikan perbuatan jahatmu” [Lihat: Siyar A’lam Nubala 6/96-103]
Al-Khatib Al-Baghdadi rh meriwayatkan dalam Tarikh Baghdad (10/200) bahawa Abdul Rahman bin Abi Laila melakukan solat (sunat) di rumahnya. Jika ada orang masuk ke rumah, beliau akan berteleku di tilamnya (seolah-olah dia sedang berehat).
Contohilah mereka wahai para ahli ibadah! #ARAR 16/5/2013.
(MAKKAH, 5 Zulhijjah 1434H, aam)
*********
Muhasabah
Muhasabah diri;
BESAR JUGA FITNAH FB NI DALAM IBADAT KITA.
Pada zaman kita hari ini pula semua ibadat nak beritahu kepada orang;
Tengah Solat ambil gambar.
Tengah Tawaf dan Saei ambil gambar,
Tengah melontar ambil gambar.
Tengah Menyampaikan Salam Kepada Rasulullah SAW pun ambil gambar.
Bahkan ketika sedang berdoa ambil gambar. Menangis dalam doa atau dalam sujud pun cerita kepada orang.
*Semuanya untuk dimasukkan dalam FB!!
Bahaya: Nanti Hidupku & Matiku untuk FB!!
اللهم أصلح أحوالنا ونياتنا!
**********
Hujan Arafah
Hujan Di Arafah hari Rabu 4/12/1434H.
Hujan turun lebat di Arafah dan kawasan sekitarnya.
Menurut maklumat petugas di Arafah, banyak juga khemah yang terbalik, banyak juga khemah yang runtuh, dan ada barang-barang yang hanyut dibawa air hujan.
Biasalah hujan di Makkah dan sekitarnya akan menjadi banjir kilat, mungkin disebabkan oleh sistem perparitan yang tidak disediakan memandangkan jarang hujan di sana.
Khemah yang terbalik itu biasanya sekejap sahaja dibaiki oleh pihak Muassasah. Alhamdulillah.
Doakan semoga Hari Arafah nanti semuanya selamat sejahtera.
Berita Palsu
Cepatnya tersebar dan rajinnya orang bekerja menyebarkan cerita palsu kononnya kerajaan Saudi menghantar balik jemaah haji kerana banjir dan lain-lain.
[“Dukacita dimaklumkan bahawa Arab Saudi telah menutup kemasukkan Jemaah haji di seluruh dunia akibat berlakunya ribut taufan di Arafah. Jemaah yang telah tiba di Jeddah pun diarah pulang ke negara masing-masing.”]
Laporan dari Makkah
Ahli keluarga jemaah haji jangan bimbang, alhamdulillah kami di Makkah dalam keadaan & suasana yang baik.
Jangan percaya kepada sms palsu yang mengatakan jemaah diarah pulang kerana banjir. Ada berita yang mengatakan bahawa Arab Saudi mengarahkan jemaah haji berpatah balik ke tanah air semasa tiba di Jeddah adalah TIDAK BENAR.
Jemaah yang tak dapat visa haji dan tak boleh datang ramailah di Kuala Lumpur sana. Jangan cuba menggunakan kejadian alam untuk menutup kelemahan dan alasan.
Saya perbetulkan mesej tersebut bahawa TIADA SAMA SEKALI arahan dari Kerajaan Arab Saudi menutup kemasukan jemaah haji untuk berwukuf di Arafah. Peristiwa berlaku adalah hujan lebat dan banjir kilat. Semua dalam keadaan sedia kala sekarang. Khemah ada yang tumbang kerana masih belum dipasang dengan sempurna. Para petugas sedang membaiki hari ni. Tiada kemalangan jiwa dan semua jemaah haji berada di Makkah.
Kemasukan jemaah haji memang ditutup seperti tahun-tahun lepas dimana seminggu sebelum wukuf semua penerbangan dari seluruh dunia sudah habis dan airport haji ditutup sementara.
Lihat juga *Catatan Abu Anas haji tahun 1430H, berlaku hujan lebat di Arafah dan Jeddah, sila baca di;
https://abuanasmadani.com/?p=491
Matof
Alhamdulillah tanggal 5 Zulhijjah tempat tawaf (Matof) yang asal di atas bangunan masjidil Haram yang dibaiki telah dibuka kepada Toifiin (orang tawaf) walaupun belum siap sepenuhnya. Ini untuk menerima kemasukan jemaah yang semakin ramai.
Manakala tempat tawaf sementara yang berbentuk bulat di tengah-tengah medan dan mengganggu pandangan itu, tetap dikekalkan!! Tetapi ia hanya dikhaskan untuk orang yang menggunakan kerusi roda bersama seorang pengiring sahaja yang dibenarkan.
(AAM, Masjidil Haram, 5 Zulhijjah 1434H).
***********
HAJI MABRUR
Unta Yang Menunaikan Haji
Orang yang ingin menunaikan haji hendaklah memastikan perbelanjaan hajinya adalah daripada harta yang halal dan suci.
Seorang penyair berkata:
إذا حججت بمال أصله دنس – فما حججت ولكن حجت العير
Jika engkau melaksanakan haji dengan harta yang kotor pada asalnya,
Maka, tidaklah engkau menunaikan haji; hakikatnya yang menunaikan haji adalah UNTA (YANG DITUNGGANGI).
لا يقبل الله إﻻ كل صافية – ما كل من حج بيت الله مبرور
Allah tidak menerima kecuali yang SUCI BERSIH,
Tidak semua yang menunaikan haji ke Baitullah itu hajinya mabrur.
Maksudnya, dia tidak mendapat pahala dan hajinya tidak diterima oleh Allah Ta’ala disebabkan perbelanjaannya yang kotor.
Maka, keadaannya adalah sama seperti orang yang tidak pergi haji.
Jadi, yang pergi haji adalah unta yang ditunggangnya.
Carilah harta yang halal dan bersih untuk menunaikan haji. Semoga Allah berikan haji yang mabrur. #Arar.
(Makkah, 6 Zulhijjah 1434H. AAM)
*************
Tazkirah; Ihram Hati
6-12-1434
خطبة الشيخ صالح آل طالب
Lihat: http://youtu.be/43m_WtlskkM
Muqaddimah Khutbah Masjid Haram hari ini;
Keluhan orang yang tak dapat pergi haji:
يا راحِلين إلى البيت العتيقِ لقد *** سِرتُم جُسومًا وسِرنا نحن أرواحًا
إنـا أقَمنـا على عُذرٍ نُكابِدُه *** ومن أقـامَ على عُذرٍ كمن راحَا
Wahai golongan yang berangkat ke Bait al-Atiq (Kaabah) sesungguhnya **
Kamu pergi dengan jasad kamu dan kami pergi dengan jiwa kami.
Kami tinggal di kampung dengan keuzuran yang menghalang**
Dan mereka yang tinggal kerana keuzuran sama (pahalanya) seperti mereka yang pergi.
خرجَت أمُّ أيمن بنتُ عليٍّ من مصر وقتَ خُروج الحُجَّاج والجِمالُ تمرُّ بها وهي تبكِي وتقول:
“هذه حسرةُ من انقطعَ عن الوصول إلى البيت؛ فكيف تكونُ حسرةُ من انقطعَ عن ربِّ البيت؟!”.
Ummu Aiman binti Ali rh keluar dari Mesir ketika jemaah haji berangkat menuju ke Makkah, apabila rombongan melintasi di hadapannya, dalam keadaan menangis beliau berkata:
“Ini adalah kerugian bagi mereka yang terputus dari sampai ke Baitullah.
Maka bagaimana pula besar kerugian bagi mereka yang terputus hubungannya dengan Tuhan kepada Baitullah”.
Sila baca di: http://www.khutabaa.com/index.cfm?method=home.khdetails&khid=6880
(AAM, Jumaat 6 Zulhijjah 1434H).
وفي هذا يقول ابن رجب الحنبلي رحمه الله:
من فاته هذا العام المقام بعرفة، فليقم بحقه الذي عرفه. من عجز عن المبيت بمزدلفة، فليبيت عزمه على طاعة الله وقد قربه وأزلفه. من لم يمكنه القيام بأرجاء الخيف، فليقم بحق الرجاء والخوف. من لم يقدر على نحر هديه بمنى، فليذبح هواه هنا، وقد بلغ المنى. إن حُبستم العام عن الحج فارجعوا إلى جهاد النفوس، أو أُحصرتم عن أداء النسك فأريقوا على تخلفكم من الدموع ما تيسر، فإن إراقة الدماء لازمة للمحصَر، ولا تحلقوا رءوس أديانكم بالذنوب، فإن الذنوب حالقة الدين ليست حالقة الشعر، وقوموا لله باستشعار الرجاء والخوف مقام القيام بأرجاء الخيف والمشعر، ومن كان قد بعد عن حرم الله فلا يبعد نفسه بالذنوب عن رحمة الله، فإن رحمة الله قريب ممن تاب إليه واستغفر، ومن عجز عن حج البيت أو البيت منه بعيد، فليقصد رب البيت، فإنه ممن دعاه ورجاه، أقرب إليه من حبل الوريد
**********
Haji; Dahulu & Sekarang.
Beberapa titik penting pertemuan dengan para pendakwah dari beberapa negara… berkisar tentang:
Haji: Antara Semalam dan Hari ini.
1. Perjalanan haji… Jemaah haji dahulu perjalanan menggunakan kapal laut ambil masa berbulan-bulan. Ada yang berjalan kaki ambil masa setahun. Jemaah haji hari ini hanya mengambil masa beberapa jam mula bertolak dari tempatnya sehingga sampai ke Makkah.
2. Keamanan perjalanan. Selain masa perjalanan yang panjang para jemaah terdedah kepada banyak bahaya sepanjang perjalanan samada berupa bencana alam atau kezaliman penyamun di tengah perjalanan.
Kerana itu masyhur di kalangan orang terdahulu perkataan:
“JEMAAH HAJI: Perginya umpama hilang; Pulangnya bagai baru dilahirkan“.
3. Persiapan rohani… Seorang yang berihram dari miqat dahulu mengambil masa beberapa hari sebelum sampai ke Makkah. Justeru mereka bertalbiah pagi dan petang, siang dan malam sepanjang perjalanannya.
Talbiah adalah lambang peng-Esaan terhadap Allah dan memiliki kesan yang amat besar terhadap mereka yang
mengucapkannya. Berbeza dengan perjalanan sekarang yang belum sempat menghabiskan 100 kali talbiah, Ka’bah sudah ada di hadapan mata…
4. Kemudahan… Tentu saja kemudahan yang ada sekarang adalah nikmat yang besar daripada Allah sehingga manusia yang berhaji berada dalam keadaan yang lebih selesa berbanding dahulu. Masjidil Haram yang luas, khemah di mina dan Arafah, tandas, petunjuk arah qiblat, bekalan makanan dan minuman dan lain-lain.
Seorang pendakwah dari Indonesia berkongsi pengalaman melakukan Haji era 80-an apabila beliau bermimpi dan bangun dalam keadaan berjunub. Amat payah untuk mendapatkan air sehingga beliau terpaksa membeli beberapa botol minuman dan menggunakannya untuk mandi.
Semoga kita dapat mengambil faedah dari perbezaan ini dan mengambil manfaat dari nikmat yang dikurniakan tanpa melupakan sudut-sudut yang memberikan kelebihan kepada para jemaah haji dahulu. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kepada jemaah2 haji kita dan seluruh dunia HAJI yang MABRUR serta menerima segala amalan kebaikan dari kita sehingga akhirnya Allah mengganjari kita dengan SYURGA yang kekal abadi di akhirat sana…
#Ust. Hasyimi, Makkah 7 Zulhijjah 1434.
(Makkah, 12/10/2013, AAM).
Akhukum Abu Anas Madani.
Sila Baca Siri 1 di: Rehlah Haji 1434 (1)
dan Siri 3 di: Rehlah Haji 1343H (3)