Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, klik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Skrol ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Klik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.

دعاء الرفع من الركوع

Doa Ketika bangun dari rukuk (iktidal)

3 bacaan

Dengar huraian Dr. AAM
Saiz tulisan
Bacaan 38

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ.

Sami'allaahu liman hamidah.

“Allah ﷻ telah mendengar dan memperkenankan pujian orang-orang yang memuji-Nya.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 2/282.
Bacaan 39

رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْداً كَثِيراً طَيِّباً مُبَارَكاً فِيهِ.

Rabbanaa wa lakal-hamdu, hamdan katsiiran thayyiban mubaarakan fiih.

“Wahai Tuhan kami, bagi Engkau segala pujian, pujian yang banyak, elok dan mengandungi keberkatan padanya.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Al-Bukhari serta Fathul Bari 2/284.
Bacaan 40

مِلْءَ السَّمَوَاتِ وَمِلْءَ الأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا، وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ. أَهْلَ الثَّنَاءِ وَالْمَجْدِ، أَحَقُّ مَا قَالَ الْعَبْدُ، وَكُلُّنَا لَكَ عَبْدٌ. اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ.

Mil'as-samaawaati wa mil'al-ardhi wa maa bainahumaa, wa mil'a maa syi'ta min syai'in ba'd. Ahlats-tsanaa'i wal-majdi, ahaqqu maa qaalal-'abdu, wa kullunaa laka 'abd. Allaahumma laa maani'a limaa a'thaita, wa laa mu'thiya limaa mana'ta, wa laa yanfa'u dzal-jaddi minkal-jadd.

“(Aku memuji-Mu dengan pujian) sepenuh langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya. Juga sepenuh yang Engkau kehendaki dari sesuatu selepas itu. Tuhan yang berhak dipuji dan Yang Maha Mulia. Inilah kata-kata yang selayaknya diucapkan oleh seorang hamba dan kami semua bagi Engkau adalah hamba. Ya Allah, tiada yang dapat menghalangi sesuatu yang telah Engkau berikan, tiada yang mampu memberi sesuatu yang telah Engkau halangi, serta kelebihan (harta, keturunan, kekuasaan) seseorang tidak dapat melindunginya daripada azab-Mu.”1

Bacaan oleh Ustaz Mujaddid Kayati
Rujukan
  1. Muslim 1/346.