Persatuan Kebajikan Islam Saudara Baru (Kota Bharu)

Pusat Penerangan & Dakwah Islam Antarabangsa, (International Islamic Information & Daawah Centre) Yang terletak di Taman Hijau, Jalan Sultanah Zainab, (Bersebelahan dengan Masjid Muhammadi)

15000 Kota Bharu, Kelantan. E-Mail: mohganakb@yahoo.com  Tel/Fax: +609 7477824 HP: +012 9537881. Lawati Web mereka di: http://iidac.info/index.html

Pusat dakwah ini dikendalikan oleh Akhuna Ustaz Muhammad Micheal (atau lebih dikenali dengan panggilan Muhammad Ghana). Secara khususnya dakwah untuk non-Muslim, hampir setiap minggu ada orang memeluk Islam di Pusat Dakwah ini dan seterusnya penjagaan dan pendidikan untuk mereka selepas memeluk Islam.

Di antara aktiviti yang dijalankan ialah:

1-Kelas Pengajian Agama Islam dalam bahasa Inggeris, soal-jawab untuk semua, muslim, non-muslim dan saudara baru pada setiap hari Rabu dari jam 2.30 hingga 5.00pm.

2- Kelas Bahasa Malaysia untuk muallaf bukan Melayu pada setiap Jumaat dari jam 2.30 hingga 4.30pm.

3- Pemandu pelancong untuk melawat Masjid Negeri Kelantan, Masjid Muhammadi dari jam 4.30 hingga 5.00pm.

4- Pusat Latihan Jahitan untuk saudara baru muslimah.

5- Rumah Tumpangan untuk muallaf.

Memandangkan IIIDAC ini adalah sebuah NGO yang bergerak secara sukarela, mereka memerlukan dana untuk aktiviti dakwah dan juga pengurusan.

Maka dengan ini ana Abu Anas Madani menyeru kepada semua yang mempunyai kemampuan agar menghulurkan sumbangan melalui akaun berikut:

 

Nama: Persatuan Kebajikan Islam Saudara Baru.
ISLAMIC CONVERTS WELFARE SOCIETY.
Bank Islam Malaysia Berhad. No. Akaun: 3036010016971.

Kota Bharu Kelantan.Semoga semua sumbangan anda diganjari oleh Allah dengan balasan yang sebaiknya pada Hari Kiamat.

Jazakumullahu Khaira.

 Di Pejabat IIIDC
Abu Anas, Hj Muhammad & Izani.

 

 Kelas Pengajian
 Kelas Pengajian.
 Kelas Jahitan.
 Kelas Pengajian.
 
Hostel saudara baru.
Majlis Mengislam Saudara Kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *