Mari kita lihat contoh lain yang tidak kurang hebatnya.
Al-Wazir Abdul Rahman bin Hubairah:
Ibnu Hubairah rahimahulllah, beliau seorang menteri yang sangat alim. Seorang yang dikurniakan jawatan menteri, ilmu fiqh yang tinggi. Beliau menganjurkan majlis ilmu yang dipenuhi dengan para alim ulama’ dari mazhab empat.[1]
Siri Satu di: Siri-01-akhlak-orang-yang-berjiwa-besar.html
Siri Dua di: Siri-02-akhlak-orang-yang-berjiwa-besar.html
Pada suatu hari dalam majlisnya, beliau menyebut suatu masalah yang termasuk mufradat[2] Imam Ahmad Bin Hanbal. Maka bangunlah salah seorang fuqaha’ Malikiyah yang bernama Abu Muhammad Al-Asyiiri dan berkata,
“Tidak! Imam Malik juga mempunyai pendapat ini.”
“Tidak! Imam Malik juga mempunyai pendapat ini.”
Lalu Ibnu Hubairah mengemukakan banyak kitab dan berkata: “Kitab-kitab ini menyatakan bahawa masalah tersebut juga termasuk pendapat yang keluar dari Imam Ahmad tanpa ketiga Imam lainnya.”
Abu Muhammad Al-Asyiiri tetap pada pendiriannya dan berkata, “Tidak, tetapi pendapat ini juga dikatakan oleh Imam Malik.” Lalu para ulama’ yanag hadir dalam majlis itu berkata dengan yakin,”Sesungguhnya pendapat ini hanya pendapat Imam Ahmad, ketiga-tiga imam yang lain tidak mempunyai pendapat ini.”
Tetapi Abu Muhammad Al-Asyiiri tetap pada pendiriannya dan berkata, “Tidak! Pendapat ini telah dikatakan oleh Imam Malik.”
Maka Ibnu Hubairah marah dan berkata, “Apakakah kamu ini binatang?! Tidakkah kamu mendengar pernyataan para ulama’ ini termasuk Mufradat Imam Ahmad dan kitab-kitab ini juga menjadi saksinya?! Bagaimana kamu tetap mempertahankan pernyataan kamu?!!
“Kemudian, majlis pun bersurai.
“Kemudian, majlis pun bersurai.
Wahai saudaraku…
Bayangkan seandainya kamu berada dalam majlis ini. Bayangkan seandainya kamu berada di kalangan salah satu daripada kedua pihak itu. Bayangkan jika kamu adalah Abu Muhammad Al-Asyiiri. Seandainya cuma anda berdua dan tidak ada orang lain, apakah kamu akan menemuinya lagi?! Apakah kamu akan menghadirkan diri lagi dalam majlisnya?! Kemudian bagaimana jika dia mengatakan hal itu kepada anda di depan khalayak ramai?! Bolehkah kamu tidur pada malam itu?! Apakah kamu berfikir untuk kembali lagi pada majlis itu?!
Pada hari berikutnya, Abu Muhammad Al-Asyiiri hadir ke majlis itu seakan-akan peristiwa kelmarin tidak pernah terjadi. Ibnu Hubairah juga hadir dalam majlis tersebut. Para ulama’ yang lain juga hadir pada hari itu.
Kemudian sebagaimana biasa pembaca kitab ingin membacanya, kemudian al-Wazir akan menghuraikannya. Namun Ibnu Hubairah berkata, “Tolong berhenti sebentar!”
Ibnu Hubairah melanjutkan: “Kelmarin Al-Faqih Abu Muhammad Al-Asyiiri telah mengeluarkan suatu pernyataan. Kemudian saya mengatakan perkataan kurang sesuai terhadapnya.
Maka hari ini saya memohon kepada kamu wahai Abu Muhammad Al-Asyiiri, agar mengatakan hal yang serupa kepada saya seperti yang telah saya ucapkan kemarin. Saya bukanlah orang yang paling baik dikalangan kamu, saya hanya salah seorang yang seperti kamu”.
Wahai saudara sekamu…
Perhatikan ucapannya! “Maka hendaklah beliau mengatakan hal yang sama kepadaku seperti yang saya katakan kelmarin kerana saya bukan yang paling baik antara kamu dan bukanlah saya kecuali seorang individu dari kamu yang sama seperti kamu.”
Wahai saudara sekamu…
Cuba perhatikan apakah kesan pengaruh perkataan Ibnu Hubairah ini? Padahal perkataan kelmarin hanya secara spontan yang keluar tanpa sengaja. Abu Muhammad Al-Asyiiri juga tidak mendapat kerugian sedikit pun. Itu hanyalah sebuah ucapan Ibnu Hubairah secara spontan.
Akhirnya majlis itu penuh dengan esakan tangis. Semua ulama’ menangis. Mereka sangat terharu dengan akhlak Ibnu Hubairah yang mulia ini. Majlis itu menjadi ramai dengan lantunan puji dan doa buat Ibnu Hubairah kerana keluhuran akhlaknya.
Bahkan Abu Muhammad Al-Asyiiri meminta maaf dan berkata: “Sayalah yang bersalah, mana mungkin saya akan membalas kamu.”
Ibnu Hubairah terus berkata, “Tidak! Kamu harus tetap membalas dan meng-qisaskan saya.”
Akhirnya salah seorang ulama’ mengambil jalan tengah dan berkata: “Wahai tuan[3]! Jika dia tidak mahu membalas qisas, maka kamu harus memberikan tebusan kepadanya[4].” Ibnu Hubairah berkata: “Sekarang keputusan ada padanya. Wahai Muhammad
Al-Asyiiri, berikanlah yang kamu kehendaki!”
Al-Asyiiri, berikanlah yang kamu kehendaki!”
Abu Muhammad Al-Asyiiri berkata: “Kebaikan kamu kepada saya sangat banyak. Maka putuskan apakah yang mesti saya berikan?”
Ibnu Hubairah berkata: “Kamu tetap perlu memberi keputusan kerana saya telah terlanjur mengatakan ucapan buruk kepada kamu.”
Abu Muhammad Muhammad Al-Asyiiri berkata “Saya masih memiliki sisa hutang yang masih belum selesai sejak saya berada di Syam.”
Ibnu Hubairah berkata, “Kamu diberi seratus dinar untuk menghilangkan hutangmu dan menggugurkan tanggungan saya.” Lalu wang itu diberikan kepada Abu Muhammad Al-Asyiiri dan Ibnu Hubairah berkata, “Mudah-mudahan Allah s.w.t memaafkan kamu dan saya. Juga mengampuni kamu dan saya.”
Wahai saudara sekamu…
Apakah kita juga seperti ini?! Jika dalam suatu majlis terjadi peristiwa tadi maka bagaimana seterusnya?! Sudah jelas, pasti terjadi permusuhan di antara kita hingga Hari Kiamat. Hati kita menjadi sangat panas, sangat benci dan sangat ingin membalas orang ini. Mudah-mudahan Allah s.w.t melindungi kita semua.
Sebentar tadi, hanyalah beberapa kata yang Abu Muhammad Al-Asyiiri tidak mendapat kerugian apa pun. Justeru ia semakin mulia kedudukannya. Wahai saudara sekamu, kita membicarakan ini setelah berabad-abad dan beratus-ratus tahun. Jika masalah ini selesai pada masa ini dan masih berlaku dendam di antara mereka sehingga ketika ini maka apa yang akan terjadi?!
Wahai saudara sekamu…
Kamu jangan seperti ini, berlakulah seperti Ibnu Hubairah. Jangan menjadi kerdil! Jangan rela menjadi orang yang rendah! Jangan kembali kepada asal kamu[5]! Tinggalkanlah hawa nafsu dan kepentingan peribadi.
Peristiwa tadi berkaitan dengan masalah ilmu. Bagaimana jika berkaitan dengan perkara yang tidak menyenangkan dalam kehidupan sehari-hari, dalam hubungan bersama masyarakat, dalam perdagangan dan hal-hal lain yang setiap orang pasti menemuinya?! Seperti sikap tidak memenuhi hak orang lain, kezaliman, perkataan tidak menyenangkan dari orang lain. Keburukan dan banyak hal lain yang mungkin kebanyakan manusia tidak mampu menahannya!
Jadi apa yang mesti kita lakukan?!
Wahai saudaraku! Carilah jawapannya pada diri kamu, jangan menoleh kepada orang lain.
Apakah sikap kamu jika seseorang mengatakan sesuatu tidak baik pada kamu dan mengejek-ngejek maruah anda?!
Apa yang akan kamu lakukan?!
Apakah kamu berazam untuk memacakkan tombak permusuhan atas dirinya?!
Dalam hal ini Imam Asy-Syafi’e memberikan wasiat kepada Yunus As-Sadafi dan ini merupakan wasiat pula bagi kita. Iaitu:
Wahai Yunus! Jika kamu memiliki sahabat maka genggamkan kedua tanganmu padanya kerana mencari sahabat adalah susah dan menghilangkannya sangat mudah.”[6]
Jika jiwamu memaksa untuk membalas maka fikirkanlah kebaikan-kebaikan yang pernah diberikannya padamu. Hitunglah kebaikan-kebaikan itu dan gantilah keburukan tadi dengan membalas kebaikan-kebaikannya yang sangat banyak. Sesekali jangan pernah melupakan kebaikan-kebaikannya yang lalu disebabkan oleh satu kesalahan ini kerana perbuatan itu tidak lain kecuali satu perbuatan yang zalim.
Tetapi masalahnya, wahai saudara sekamu…
Kadang-kadang ada seseorang yang menganggap suatu perkataan (kerana salah paham) dengan tanggapan yang sangat buruk. Padahal orang itu tidak mempunyai maksud apa-apa dalam mengatakannya sesuatu yang dianggap pihak kedua sebagai perkataan yang sangat buruk. Namun orang yang terasa, pasti sangat marah dan menyimpan dendam.
Sementara pihak yang dianggap berkata buruk, hatinya benar-benar lalai dan tidak pernah terdetik sedikit pun untuk mengatakan sesuatu yang dianggap pihak kedua sebagai perkataan yang sangat buruk.
Sehingga pihak kedua ini penuh dengan perasaan dendam, sangat marah, ingin sekali membalasnya dan sampai tidak dapat tidur pada malam itu. Sedangkan pihak pertama tidak memikirkan hal itu sama sekali dan ketika mengatakan hal itu, niatnya sangat suci dan bersih, sedangkan tidak bermaksud menyakiti sesiapa pun.
Wahai saudara sekamu…
Setiap orang berbeza-beza tingkatannya dalam hal ini. Antara mereka ada yang mengambil suatu perbuatan baik dengan sebuah keburukan dan satu kata yang baik dianggapnya sebagai satu perkataan yang melukainya.
Di antara mereka ada yang mengambil perkataan yang tidak dan masih boleh dipalingkan pada kemungkinan lain, dengan tanggapan yang sangat buruk dan di antara mereka ada yang mengambil perkataan yang sangat buruk tetapi dia menganggapnya sebagai suatu ucapan yang sangat baik.
Allah s.w.t telah memisah-misahkan tingkatan para manusia dan sebagaimana dia mengurniakan rezeki kepada para hamba seperti itulah dia membahagi-bahagikan akhlak kepada mereka.
Maka benarlah Raja’ bin Haiwah rahimahullah ketika berkata: “Sesiapa yang hanya berkawan dengan orang yang tidak memiliki keaiban maka akan sedikit sahabatnya. Sesiapa yang tidak redha dari temannya kecuali dengan perlakuan yang ikhlas terhadapnya maka akan timbul kemarahannya dan sesiapa yang mencaci setiap sahabatnya atas setiap dosa, pasti banyak musuhnya.”
Benar sekali…
Pasti akan banyak musuhnya kerana manusia adalah makhluk yang sangat zalim dan sangat bodoh (zaluum jahuul) Oleh itu, sudah pasti akan muncul darinya beberapa kesalahan dan kekurangan.
Sebab itu, jika ada seseorang yang selalu menghitungkan setiap gerakan, ucapan, dan perilaku kawannya maka sesungguhnya hal itu akan menyebabkan kesulitan.
Sekarang tanyakan kepada diri anda! Bagaimana sikap anda terhadap orang yang menebar fitnah terhadap terhadap diri anda, ingin menghancurkan kerjaya anda, dan mendatangkan keburukan kepada anda?!
Kisah Ummul Mukminin Sofiyyah.
Mari kita perhatikan kisah Sofiyyah Ummul Mukminin. Beliau memiliki seorang hamba perempuan. Hamba tersebut datang kepada Umar bin Khattab untuk menyampaikan suatu fitnah dan pembohongan besar. Sofiyyah binti Huyai, dahulunya memang seorang wanita Yahudi tetapi telah masuk Islam. Sofiyyah adalah wanita yang telah dinikahi Nabi s.a.w dan secara automatik termasuk di kalangan Ummahatul Mukminin (Ibu para kaum mukminin).
Pada masa pemerintahan Umar bin Khattab, hamba perempuan itu datang menghadapnya sambil menyampaikan suatu pembohongan besar. Dia berkata: “Sesungguhnya Sofiyyah sangat mencintai hari Sabtu dan membina persaudaraan dengan orang-orang Yahudi.”
Ini adalah tuduhan buruk, di mana isinya: Sofiyyah mengikut kebiasaan Yahudi kerana hari Sabtu adalah hari raya kaum Yahudi, bererti masih mengagungkan dan menyucikan hari Sabtu itu. Jadi, pada dirinya masih ada amalan yang teguh berkaitan dengan tradisi orang-orang Yahudi.
Umar bin Khaththab r.a tidak bertindak melulu. Dia juga tidak meyakini bahawa kewujudannya suatu kenyataan yang memang benar. Kemudian, beliau memanggil Sofiyyah dan menanyakan hal itu kepadanya. Sofiyyah r.a menjawab: “Tentang hari Sabtu, maka sama sekali saya tidak menyukainya semenjak Allah s.w.t menggantikannya dengan hari Jumaat. Adapun orang-orang Yahudi, maka saya masih mempunyai sanak saudara di antara mereka yang masih mempunyai pertalian silaturrahim, saya menghubunginya.”
Kemudian Sofiyyah r.a memanggil hamba perempuan itu dan bertanya: “Apa yang mendorong kamu untuk mengatakan fitnah ini?” Sofiyyah sama sekali tidak memaksa hamba tersebut demi mencari pembelaan buat dirinya tetapi sekadar bertanya: “Kenapa kamu melakukan perbuatan ini?” Budak itu menjawab, “Syaitan yang menyuruh saya.”
Kemudian Sofiyyah berkata: “Kalau begitu pergilah. Sekarang kamu menjadi orang yang merdeka.” Selesailah masalahnya.
Sekarang, cuba anda bertanya kepada diri anda?
Seandainya anda pulang ke rumah, kemudian mendapati pintu rumah telah dipecah masuk dan barang-barang dalam rumah telah dicuri lalu anda memereksa dokumen-dokumen penting, rupa-rupanya dokumen itu juga sudah hilang dan telah dicuri.
Kemudian anda keluar menuju ke kereta, tiba-tiba kereta itu sudah dipecah pula tingkapnya dan barang-barang berharganya juga sudah hilang.
Apa tindakan anda?!
Apakah anda akan mendoakan pencuri dan penjahat itu, agar Allah s.w.t melumpuhkan tangan, kaki, telinga, penglihatan dan membekukan darah pada peredarannya sehinggakan dia terseksa dan mengharapkan kematian namun dia tetap tidak mati bahkan terus menderita dengan penyakitnya itu.
Inilah tindakan yang kadang-kadang kita lakukan.
Abdullah bin Mas’ud.
Adapun Abdullah bin Mas’ud r.a dan insan-insan sepertinya yang memiliki jiwa yang besar pasti tidak akan melakukan sedemikian.
Pada suatu hari Ibnu Mas’ud r.a keluar ke pasar dan menyimpan wangnya pada lipatan serbannya. Kemudian dia duduk di sisi seorang penjual dan membeli makanan daripadanya. Ketika mengangkat tangan untuk mengambil wangnya, beliau mendapati wang tersebut telah dicuri. Lalu beliau berkata: “Demi Allah! Ketika saya sedang duduk tadi, wang itu ada bersama saya tetapi sekarang sudah tiada.”
Abdullah bin Mas’ud sangat hairan dan terkejut lalu sebagaimana kebiasaan yang ada pada kita, orang-orang pun berkumpul di sekililingnya untuk menolong, memberikan simpati dan menenangkannya atas kejadian yang baru sahaja menimpanya.
Orang ramai mulai berdoa ke atas pencuri tersebut: “Ya Allah, potonglah tangan pencuri yang telah mengambil wangnya” dan “Ya Allah, hukumlah dia dengan hukuman yang seberat-beratnya.” Apa yang jelas, semua orang yang berada di situ duduk sebentar untuk mendoakan sesuatu yang buruk ke atas pencuri tersebut.
Adapun Abdulllah bin Mas’ud, dia hanya berkata: “Ya Allah, jika dia mengambil wang saya kerana sangat memerlukannya maka berkatilah padanya tetapi jika dia melakukan kerana semata-mata berbuat dosa (tanpa apa-apa alasan), maka jadikanlah perbuatan ini sebagai dosa terakhirnya.”
Selesai Itu sahaja. Tidak ada doa agar sipencuri dipotong tangan, dilaknati Allah, dilumpuhkan anggota-anggota tubuhnya, dibutakan mata, dihilangkan telinganya atau didoakan agar dia mengharapkan kematian disebabkan terseksa dengan penyakitnya tetapi dia tidak mati dan terus menderita atau agar darahnya dibekukan dan sebagainya.
Abdullah bin Mas’ud sama sekali tidak mengaminkan doa-doa itu, malah mendoakan kebaikan bagi si pencuri bukan mendoakan keburukan ke atasnya.
Wahai saudara sekamu…
Seandainya anda keluar kemudian bertemu dengan seseorang yang tidak pernah menjaga hak-hak anda dan tidak pernah menghormati anda, kemudian dia mengucapkan perkataan kotor, mencaci dan memperdengarkan kepada anda suatu yang sangat anda benci.
Tindakan apa yang akan anda lakukan?!
Adakah anda membalasnya dengan hal yang serupa?!
Membalas dendam atau berubah menjadi musuh kepadanya?
Wahai saudara sekamu…
Para pemilik jiwa yang besar, pada situasi-situasi seperti ini akan selalu mengingatkan kita kepada firman Allah s.w.t yang berbunyi: “
“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib”. (Surah Fussilat: 34)
“Idfa’ billati hiya ahsan” inilah yang menjadi syi’ar mereka.
Ali Zainul Abidin
Mari kita perhatikan kisah Ali Zainul Abidin, Ali bin Husain bin Ali bin Abi Thalib rahimahullah (cucu kepada Saidina Ali Radhiyallahu’anhu). Baginda termasuk dalam kalangan para pembesar Tabiin.
Pernah pada suatu ketika, beliau berada dalam majlis bersama para sahabatnya. Sahabat-sahabatnya adalah para ulama’, para pimpinan, para pembesar dan seluruh lapisan masyarakat. Majlisnya disertai oleh ramai orang kerana beliau seorang yang alim, bapa kaum fakir miskin dan sentiasa menghilangkan kesusahan dan kesengsaran orang lain.
Ketika itu beliau sedang duduk dalam majlis seperti kebiasaannya. Pada ketika itu, di antara dia dengan putera pakciknya, iaitu Hasan bin al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib, sedang berlaku suatu hal yang kebiasaannya berlaku.
Maka Hasan bin Hasan tidak mampu menahan diri. Beliau segera keluar mencari di mana Ali Zainul Abidin berada. Beliau mendapati Ali sedang duduk bersama para sahabatnya di masjid. Hasan bin Hasan mendekati Ali Zainul Abidin kemudian cercaan telah dilemparkan kepada Ali Zainul Abidin yang sedang duduk bersama para sahabatnya itu.
Ali Zainul Abidin diam seribu bahasa tidak membalas dengan sepatah kata pun. Ketika Hasan Bin Hasan sudah puas dan dendamnya sudah terbalas, beliau pun beredar pergi meninggalkan majlis tersebut. Ali Zainul Abidin meneruskan majlisnya. Apabila selesai dari majlisnya, beliau pun pulang ke rumahnya. Pada malam harinya, Ali Zainul Abidin pergi ke rumah Hasan bin Hasan.
Dalam keadaan seperti ini mungkin kita menganggap, Ali Zainul Abidin menyembunyikan pistol di sebalik bajunya untuk mengajar si Hasan tadi tetapi Zainul Abidin tidak melakukan perbuatan itu sama sekali. Beliau pergi ke rumah Hasan lalu mengetuk pintu rumahnya. Ketika Hasan bin Hasan keluar, Ali berkata,
“Wahai saudaraku, jika apa yang kamu katakan tadi adalah benar maka mudah-mudahan Allah s.w.t mengampuni saya tetapi jika awak berdusta tadi maka mudah-mudahan Allah s.w.t mengampunimu. Assalamua’laikum.”
Lalu Ali Zainul Abidin pergi meninggalkan Hasan.
Ucapan Ali ini meluluhkan rasa permusuhan yang memuncak dalam dada Hasan bin Hasan. Beliau tidak mampu menahan dirinya sehingga perasaan benci, marah, dendam dan permusuhan ini beralih menjadi perasaan yang sebaliknya. Beliau segera mengekori Ali Zainul Abidin dengan berlari ke belakangnya dan menyentuhnya dari belakang sambil menangis lalu berkata, “Kamu tidak ada dosa, kamu tidak pernah melakukan seperti apa yang saya saya katakan.”
Maka Ali Zainul Abidin berkata, “Saya semakin tidak marah dengan ucapanmu. Saya telah memaafkamu sejak peristiwa itu terjadi.”
Wahai saudara sekamu..
Pada malam itu, masalah tersebut terus selesai. Ali tidak mengadu perbuatan Hasan ini kepada orang lain. Beliau tidak mencari-cari kesempatan dari peristiwa yang baru sahaja ditimpakan kepadanya untuk membalas dendam dan sebagainya,
Wahai saudaraku…
Apakah kita pernah melakukan hal ini?!
Ketika anda berada di dalam masjid, majlis keramaian, kumpulan, rakan-rakan dan sebagainya kemudian tiba-tiba datang seseorang dan menghentam anda dengan perkataan yang buruk. Berbagai-bagai ucapan buruk yang dilontarkan kepada anda. Bagaimanakah sikap anda terhadap orang tersebut?
Jika anda termasuk orang-orang yang berjiwa besar maka maafkanlah beliau dan anggap kesalahan itu tidak pernah terjadi. Sebab itulah, sebahagian ulama’ berkata orang yang mencaci dan memakinya dengan sangat tegas, “Wahai kawan, jangan terlalu keras memaki kami, berikan peluang untuk berdamai (di antara kita) kerana kami tidak membalasi orang yang melakukan maksiat kepada Allah s.w.t atas kita dengan lebih banyak dari ketaatan kami kepadaNya.” [7]
Seandainya ada seseorang yang kurang ajar yang memukul anda, meracuni anda atau melakukan perbuatan buruk yang lain, apakah tindakan anda terhadapnya?
Umar bin Abdul Aziz rahimahullah.
Khulafa’ ar-Rasyidin yang kelima. Ketika beliau diserang penyakit yang membawanya kepada kematian, beliau bertanya kepada Mujahid: “Apakah yang dikatakan orang-orang terhadap penyakit yang menimpaku?” Mujahid menjawab: “Mereka mengatakan bahawa anda terkena sihir,” Umar menjawab: “Tidak sama sekali.”
Lalu Umar bin Abdul Aziz memanggil seorang hamba lelaki dan bertanya, “Kenapa kamu meracuni saya?” Dia ingin mengetahui alasan kenapa hamba tersebut meracuninya.
Hamba itu menjawab: “Saya melakukannya kerana wang seribu dinar dan saya ingin dimerdekakan.”
Umar menyuruh Mujahid mengambil wang seribu dinar daripada Baitul Mal dan berkata: “Ambillah wang seribu dinar daripada Baitul Mal ini dan pergilah dalam keadaan merdeka, jangan sampai orang melihatmu.”
Wahai saudaraku!
Hamba ini telah meracuni khalifah. Khalifah mengetahuinya dan budak itu sendiri yang mengakuinya. Lalu apa tindakan khalifah Umar bin Abdul Aziz?! Baginda berkata:
“Pergilah! Kamu sekarang telah merdeka.”
Imam Malik
Sekarang mari kita perhatikan kisah Imam Malik rahimahullah. Beliau dipukul dan disebat kedua-dua belah tangan beliau mengelupas kulitnya, sehingga ketika berdiri dalam solat, beliau menjulurkan kedua tangannya kerana berasa sangat sakit dan pedih. Beliau tidak dapat menekup kedua tangannya di atas dada.
Kemudian Al-Mansur (Khalifah Abbasiyah) datang ke kota Madinah selepas menunaikan haji. Beliau bertemu dengan Imam Malik untuk tujuan berbuat baik. Lalu beliau meminta kepada Imam Malik untuk mengambil qisas (pembalasan) dari seseorang yang telah memenjarakan dan menyebat beliau. Orang itu adalah Ja’far bin Sulaiman. Apakah ungkapan yang disebut oleh Imam Malik? Adakah beliau berkata: “Ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan?” Tidak sama sekali Imam Malik akan berkata demikian. Bahkan beliau berkata: “Ma’aazallah! Saya berlindung kepada Allah s.w.t
Beliau sama sekali tidak mengatakan: “Ja’far adalah seorang yang sangat zalim yang harus diberikan pembalasan.”
Tidak!! Imam Malik sama sekali tidak mengatakan sedemikian. Begitulah contoh orang yang berjiwa besar. Dia sama sekali tidak mencari kemenangan buat dirinya. Oleh sebab itu, Nabi s.a.w tidak pernah mencari pembelaan atau kemenangan buat dirinya walaupun sedikit.
Mari kita mengambil contoh yang lain.
Ibnu Hubairah dengan peminta wang;
Pada suatu ketika seseorang datang ke majlis Ibnu Hubairah dan mengemis. Ibnu Hubairah berkata kepada pengawal: “Bukankah sudah kukatakan kepadamu?! Beri dia dua puluh dinar, beri dia makan dan jangan sampai ia masuk ke dalam majlis ilmu ini?!!
Pengawal tersebut berkata, “Kami sudah memberinya tetapi dia tetap memaksa untuk masuk.”
Ibnu Hubairah berkata lagi: “Kalau begitu, beri dia dua puluh dinar lagi dan jangan benarkan dia masuk!”
Ketika lelaki pengemis itu pergi, Ibnu Hubairah berkata kepada para sahabatnya di majlis itu: “Apakah kamu hairan/terkejut terhadap jawapan dan perlakuan saya ini?!
Mereka menjawab: “Benar!” Ibnu Hubairah berkata, “Orang yang baru sahaja kamu lihat adalah seorang syihnah[8] di pedalaman.
Pada suatu ketika, ada seseorang yang terbunuh di daerah tempat tinggal saya. Maka datanglah lelaki ini bersama para penghulu kampung serta membawa saya bersama orang ramai. Dia menyuruh saya berjalan kaki. Sementara dia menaiki kuda, dia mulai menyakiti dan menyeret saya bersama kudanya. Kemudian saya diikatnya dan mengambil wang daripada setiap orang dan melepaskan mereka. Kemudian dia datang kepada saya dan berkata: “Berikan wangmu!”
Saya menjawab: “Saya tidak memiliki wang walau sedikit pun.” Maka orang itu mengherdik dan memukul saya tetapi saya tidak berdendam sedikit pun ke atasnya. Saya meminta izin kepadanya untuk mengerjakan solat wajib ketika di jalan apabila tiba waktunya. Namun dia tidak membenarkan saya melakukan solat. Perkara inilah yang membuatkan saya marah kerana itu saya tidak ingin menyakitinya dan saya sangat benci untuk melihatnya.”
Wahai saudara sekamu…
Di atas sifat kebaikannya, Ibnu Hubairah yang telah menjadi menteri selepas peristiwa tersebut, akhirnya memanggil orang itu dan memberikannya satu jawatan. Orang itu disuruh mengatur harta khusus yang dimiliki para pembesar.
Lihatlah!! Ibnu Hubairah sama sekali tidak mencari kemenangan buat dirinya. Tidak pula mengatakan: “Ini adalah peluang keemasan untuk membalas dendam.” Namun dia memberikannya wang, memuliakannya dan sama sekali tidak mencari kemenangan untuk dirinya sendiri.
Ibnu Hubairah, pemilik hati mulia ini juga pernah terlibat dalam suatu peristiwa yang lain. Peristiwa itu sudah lama terjadi iaitu sebelum beliau menjadi menteri. Peristiwa tersebut berlaku di antara Ibnu Hubairah bersama dengan seorang ‘ajam (bangsa bukan
Arab) yang bergaduh dalam masalah pertanian. Orang ‘ajam ini telah memukul Ibnu Hubairah dengan sangat keras.
Arab) yang bergaduh dalam masalah pertanian. Orang ‘ajam ini telah memukul Ibnu Hubairah dengan sangat keras.
Ketika Ibnu Hubairah diangkat menjadi menteri, orang ‘ajam itu telah dipanggil. Mari kita bayangkan. Kalau bukan Ibnu Hubairah, pasti orang ‘ajam itu telah diseksa, dihukum atau dibunuh. Namun Ibnu Hubairah sama sekali tidak menghukum atau mengherdiknya. Ibnu Hubairah telah memuliakannya, memberikan wang dan menyerahkan satu jawatan kepadanya.
Ibnul Jauzi, murid Ibnu Hubairah berkata: “Ketika Ibnu Hubairah meng-imlak (menyalin) kitab karangannya yang bertajuk ‘Al-Ifshah’ kepada kami, telah datang dua orang lelaki. Salah seorang daripada lelaki itu telah menangkap seorang lelaki yang lain lalu membawanya kepada Ibnu Hubairah.
Orang yang pertama berkata: “Orang ini telah membunuh saudaraku. Oleh kerana itu, putuskan qisasnya di antara kami.”
Ibnu Hubairah bertanya kepada orang yang kedua: “Apakah kamu telah membunuh saudaranya?” Dia menjawab: “Benar, saya telah membunuhnya kerana berlaku pertikaian di antara saya dengan dia, maka saya pun membunuhnya”
Maka orang pertama berkata: “Serahkan dia kepadaku, biar kubunuh. Bukankah dia telah mengakui perbuatannya.”
Lalu Ibnu Hubairah berkata: “Lepaskan dia dan jangan bunuh dia.” Orang ramai berkata: “Mana mungkin kami boleh melepaskannya, dia telah membunuh saudara kami.”
Ibnu Hubairah berkata: “Kalau begitu, juallah dia padaku” Maka Ibnu Hubairah membeli pembunuh itu dengan bayaran diat yang berganda-ganda iaitu dengan harga enam ratus dinar. Ibnu Hubairah pun menyerahkan emas-emas itu kepada keluarga yang terbunuh. Apabila emas telah diserahkan, Ibnu Hubairah berkata kepada pembunuh tersebut: “Duduklah” Lalu pembunuh itu duduk di sisinya dan diberikan wang sebanyak lima puluh dinar oleh Ibnu Hubairah. Kemudian pembunuh itu pun pergi.
Ibnul Jauzi bersama para muridnya yang lain sangat kehairanan dengan kelakuan Ibnu Hubairah ini. Lalu mereka bertanya kepada Ibnu Hubairah: “Mana mungkin seorang pembunuh dibeli dengan harga yang sangat mahal, diberi wang kemudian dibiarkan lepas begitu sahaja?!” Kamu juga telah membayar diat dengan bayaran yang tinggi?
Lalu Ibnu Hubairah berkata kepada para muridnya, “Tahukah kamu bahawa mata kananku tidak dapat melihat sejak empat puluh tahun yang lalu?!
Murid-muridnya menjawab: “Tidak”
Ibnu Hubairah meneruskan lagi kata-katanya: “Lelaki pembunuh tadi, empat puluh tahun yang lalu pernah berlalu di hadapan saya sambil membawa sebakul buah. Dia berkata kepada saya: Angkat bakul ini dan bawalah. Ketika itu saya membawa kitab fiqh.”
Saya berkata, “Ini bukan pekerjaan saya. Kamu carilah orang lain yang boleh membawakannya untuk kamu.” Ibnu Hubairah meneruskan ceritanya lagi, “Orang itu menjadi sangat marah. Dia memukul saya dan menampar saya. Dia terus memukul saya sehingga akhirnya membutakan mata saya. Setelah itu, dia pergi dan saya tidak pernah melihatnya kecuali pada masa ini.”
Wahai saudara sekamu…
Perhatikanlah perbuatan orang itu terhadap Ibnu Hubairah. Sekarang dia datang lagi sebagai seorang pembunuh tetapi Ibnu Hubairah tidak mengatakan, “Sudah, qisaslah dia” atau mengatakan: “Segala puji bagi Allah yang telah membuatmu mendapat balasan disebabkan buruknya perbuatanmu.”
Sama sekali Ibnu Hubairah tidak mengatakannya sedemikian. Bahkan dia telah memaafkannya, memuliakannya dan memberikan wang kepadanya.
Wahai saudara sekamu…
Siapakah di antara kita yang boleh melakukan seperti ini? Ibnu Hubairah berkata: “Saya ingin membalas keburukannya dengan kebaikan.”
Seandainya anda terserempak dengan seorang pencaci, pengumpat dan pengejek di suatu tempat, samada di sekolah anda, di tempat kerja anda, di pasar atau di tempat lain lalu orang itu berkata kepada anda seperti perkataannya kepada Ahnaf bin Qais ini,
“Jika kamu bercakap sepatah, nescaya kamu akan mendengar sepuluh patah.”
“Jika kamu bercakap sepatah, nescaya kamu akan mendengar sepuluh patah.”
Akhlak seperti inilah akhlak orang-orang jalanan yang tidak berpendidikan. Inilah lidah orang jalanan. Orang awam yang tidak beradab. Satu perkataan dibalas dengan sepuluh perkataan tetapi apa jawapan Ahnaf bin Qais? Apakah beliau menjawab, “Kami akan membalasmu seribu umpatan dan memotong lidahmu”?!
Sama sekali Ahnaf bin Qais tidak mengatakan hal itu. Namun beliau menjawab: “Jika kamu mengatakan sepuluh patah, kamu tidak akan mendengar sepatah kata pun dari saya.”
Seorang penyair berkata:
قالوا
سكت وقد خوصمت قلت لهم *** إن الجواب لباب
الشـر مفتـاحُفالعفو عن جـاهل أو أحمق أدب *** وفيه أيضاً لصون العرض إصلاحُإن الأسود لتخشى وهـي صامتة *** والكلب يحثى ويرمى وهو نبـاحُ
سكت وقد خوصمت قلت لهم *** إن الجواب لباب
الشـر مفتـاحُفالعفو عن جـاهل أو أحمق أدب *** وفيه أيضاً لصون العرض إصلاحُإن الأسود لتخشى وهـي صامتة *** والكلب يحثى ويرمى وهو نبـاحُ
“Mereka berkata: kamu diam sahaja pada masa dimaki dan diumpat. Maka saya berkata kepada mereka,
sesungguhnya menjawabnya merupakan kunci yang bakal membuka pintu keburukan.
Mengampuni orang bodoh dan jahil adalah suatu perbuatan yang sopan santun. Benar sekali!
Dan itu juga merupakan teguran untuk memperbaiki maruah diri. Sesungguhnya
singa-singa sangat ditakuti walaupun ia dalam keadaan diam. Sementara anjing
disembunyikan dan dilemparkan pada masa ia menggonggong.”
Dan itu juga merupakan teguran untuk memperbaiki maruah diri. Sesungguhnya
singa-singa sangat ditakuti walaupun ia dalam keadaan diam. Sementara anjing
disembunyikan dan dilemparkan pada masa ia menggonggong.”
Anda wahai seorang daie…
Apa tindakan anda jika seorang mad’u (objek dakwah) berbuat keburukan terhadap anda…?
Atau, berkata buruk kepada anda…?
Atau, melakukan perbuatan yang tidak sesuai kepada anda..?
Apakah anda akan memusuhinya..?
Menjauhi atau memulaukannya (memencilkannya)..?
Atau menyuruh para pengikut anda untuk menjauhi dan menghindarinya..?
Menjadikan adanya jurang dengannya..?
Apakah hanya kerana kepentingan peribadi, anda menjadi sibuk sendiri dan dia juga sibuk dengan diri sendiri..?!!
Wahai saudara sekamu…
Sama sekali hal ini tidak sesuai dilakukan. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dia berkata: “Seakan-akan saya melihat Nabi s.a.w mengisahkan salah seorang Nabi dari para Nabi Allah s.w.t. yang kaumnya memukulnya hingga berdarah, kemudian dia (Nabi itu) mengusap darah dari wajahnya sambil berkata,
“Ya Allah! Ampunilah kaumku, kerana mereka tidak mengerti.” [9]
Jika seorang mad’u (yang didakwahi) memukul anda hingga berdarah, apa yang akan anda lalukan…?
Apakah anda akan mendoakan kebinasaan baginya?
Apakah anda akan melaknatnya…?
Ataukah anda akan memukulnya?
Wahai daie! Anda wahai orang yang dipertanggungjawabkan dengan sesuatu perkara, anda wahai mudir di sebuah madrasah, anda wahai ketua eksekutif di sebuah syarikat, jika seseorang datang kepada anda di atas sesuatu urusan yang berkaitan, kemudian dia mengucapkan perkataan yang sangat keji dengan bahasa yang sombong dan berbicara dengan anda seperti anda sedang bekerja dengannya, pada situasi seperti ini apa yang akan anda lakukan?
Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w, lalu dia menarik selendang Nabi s.a.w. dengan kasar sehingga meninggalkan kesan merah pada leher Baginda. Kemudian dia berkata: “Berikan kepada saya harta ini kerana harta ini bukan kepunyaan bapa atau ibumu.”
Seandainya perkataan ini diucapkan kepada selain Rasulullah s.a.w pastilah kepala orang itu sudah terputus sebelum dia menyempurnakan perkataannya.
Cuba anda bayangkan, apakah tindakan yang dilakukan oleh Nabi s.a.w? Adakah Baginda bermusuh dengan lelaki tersebut. Tidak sekali-kali, bahkan Baginda s.a.w. memberi, memberi dan memberinya sehinggalah lelaki itu meredhainya. Inilah akhlak para
Nabi.
Nabi.
Bersambung ke siri 4:
[1] Madzhab Abu Hanifah, Madzhab Maliki, Madzhab Syafie dan Madzhab Hanbali.
[2] Mufradat Imam Ahmad adalah pendapat yang hanya keluar dari Imam Ahamd. Sementara ketiga-tiga Imam yang lain (Abu Hanifah, Syafi’e dan Maliki) tidak mempunyai pendapat ini.
[3]Iaitu Ibnu Hubairah
[4] Kepada Abu Muhammad Al-Asyiiri.
[5]Asal kita adalah tanah yang rendah
[7] Hilyatul Auliya’, karya Abu Nu’aim Al-Ashbahani, 2/313
[8] Syihnah adalah seseorang yang dikirim oleh kampung untuk menghadirkan beberapa orang pada suatu masalah, jinayat atau penyelidikan dia memanggil para ketua kabilah atau penghulu kampung dan menghadirkan mereka kepada Sultan.
[9] HR. Al-Bukhari, 11/296, no.3218