Langkau ke kandungan
Logo Abu Anas Madani

Pasang aplikasi di iPhone atau iPad

  1. Dalam Safari, ketik butang Kongsi di bar bawah (atau atas).
  2. Tatal ke bawah dan pilih Tambah ke Skrin Utama (Add to Home Screen).
  3. Ketik Tambah (Add). Ikon laman akan muncul di skrin utama seperti aplikasi.
Akhlak & Adab

Ulasan Buku: Terima Kasih Wahai Para Musuh (Siri 1)

Dato’ Dr. Abu Anas Madani 26 November 2010 · 2 min bacaan
Simpan Kongsi WhatsApp
Saiz tulisanSaiz

Syukran Ayyuhal A‘da’: Terima Kasih Wahai Para Musuh

شكرًا أيها الأعداء

Karya: Fadhilat asy-Syeikh Dr. Salman al-‘Audah*

Kulit buku Syukran Ayyuha al-A‘da’ karya Salman al-‘Audah: padang pasir dengan kaktus dan jejak kaki menuju seorang lelaki
Kulit hadapan dan belakang buku Syukran Ayyuha al-A‘da’ (Terima Kasih Wahai Para Musuh), terbitan al-Islam al-Yawm.

Satu tajuk yang bersifat ironik tetapi penuh dengan makna tersirat.

Kata pengarangnya:

“Betapa aku bergembira dan reda tatkala kepahitan hidup telah aku rasai akibat angkara teman-teman rapatku sendiri. Mungkin bagi mereka, aku bukanlah teman rapat yang bersaudara, bahkan diriku ini mungkin musuh yang paling dibenci. Tetapi ucapanku bahawa mereka adalah teman rapatku adalah benar dan tulus, kerana aku tahu sesungguhnya perkara yang disepakati antara kami lebih luas dan lebih banyak daripada perkara yang diperselisihkan.”

“Sebuah bandar raya yang cantik tidak mungkin sunyi daripada sampah yang mencemarkan pandangan. Namun, bukanlah satu kebijaksanaan sampah tersebut dikumpulkan dalam sebuah bekas lalu dibawa untuk dipertontonkan kepada khalayak penghuni bandar, menyakiti pandangan dan deria bau mereka dengan tujuan menghina. Sepatutnya sampah itu terus dibuang dan disembunyikan jauh daripada manusia.”

“Kehangatan dan kemanisan iman sepatutnya digunakan sebagai tenaga positif dalam membina generasi yang utuh akhlaknya dan tinggi motivasinya. Malangnya kuasa itu telah bertukar menjadi kuasa pemusnah masyarakat, dengan senjata yang mampu memusnahkan jiwa, menghancurkan peribadi, menjatuhkan maruah diri dan mematikan kehormatan insani.”

Buku ini membincangkan punca-punca pemulauan yang menjauhkan dua sahabat, sehingga menyuburkan rasa benci untuk bertemu dengan saudara sendiri. Ini disebabkan kebiasaan melontarkan pelbagai persoalan: Apakah mazhabnya? Apakah pula manhajnya? Apa pula kumpulannya? Siapa gurunya? Dan pelbagai lagi persoalan yang terus menjadi punca perpecahan…

Buku ini diterbitkan oleh Mu’assasah al-Islam al-Yawm (Islam Today).

*Dr. Salman al-‘Audah ialah salah seorang pendakwah yang terkenal dalam ilmu-ilmu Islam, seangkatan dengan pendakwah tersohor Dr. ‘Aidh al-Qarni, pengarang buku laris “La Tahzan”.

Abu Anas & Abu Fatih, Makkah, 20 Zulhijjah 1431H.

Siri ini: Siri 1: Terima Kasih Wahai Para Musuh · Siri 2: Al-Bida‘ al-Munkarah · Siri 3: Hukum Membid‘ahkan Dalam Masalah Ijtihad · Siri 4: Bidayah as-Sul

Seterusnya: Ulasan Buku: Al-Bida‘ al-Munkarah (Bid‘ah yang Mungkar) Karya Dr. Wahbah az-Zuhaili (Siri 2) →

Rujukan

1 sumber
  1. Salman bin Fahd al-‘Audah, Syukran Ayyuha al-A‘da’ (Riyadh: Mu’assasah al-Islam al-Yawm).

Penulis

Dato’ Dr. Abu Anas Madani

Musyrif Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Ph.D Syariah, Universiti Islam Madinah.

Biodata penuh →

Ada persoalan berkaitan?

Hantar soalan kepada Dr. Abu Anas. Jawapan terpilih disiarkan dalam arkib.

Tanya soalan

Bacaan berkaitan

Akhlak & Adab Definisi Jiran Tetangga & Kewajipan Berjiran Dalam Islam 21 Jun 2026 Akhlak & Adab Kenali Tufaili “Lalat Hijau” Yang Datang Ke Kenduri Tanpa Jemputan 10 Jun 2026 Akhlak & Adab Adab Jemputan: Jangan Datang Tanpa Diundang & Hormati Hak Tuan Rumah 6 Apr 2026 Akhlak & Adab Adab Menjemput Tetamu & Cerminan Rumah Tangga Bahagia 21 Jan 2026