Catatan Rehlah Haji 1433H (Siri 5) Sajak HAJJAH DAH PULANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Catatan seorang jemaah haji yang bersama dengan rombongan Ash-Har Travel KT 71, 1433H.


HAJJAH DAH PULANG – Haji 1433H.

6 october tarikh perjalanan
Dalam hati merasa tekanan
Rupa2nya doaku diperkenan
Supaya menjadi golongan kanan
Abu Anas Madani guru bimbingan
Penuh dengan segala pengisian
Ya Allah maha mengasih lagi maha mengasihan
Sebak didada tertahan-tahan
Tiba masa wukuf di Arafah
Maktab 99 & 100 datang menyerah
Menyerah diri kepada Allah
Hanya Allah mempermudah
Setelah Arafah bermabit di Mudzalifah
Dapat bersolat mengikut sunnah
Bermalam di Mina saat dinantikan
Inilah saat-saat cubaan
Bagi Jemaah inilah ujian
Hanya yang mampu dapat bertahan
Tiba masanya hari melontar
Terasa dihati berkobar-kobar
Bersama Jemaah-jemaah ash-har
Sambil melontar laungkan Allahhuakbar
Nafar awal nafar sani
Mana satu pilihan hati
AAM menasihati
Terpulanglah pada diri sendiri
Bagi yang tahan terus teguh berani
Bagi yang lemah ingin kembali
Kepada Allah kita mensyukuri
Nikmat diberi tidak terperi
Setelah selesai kembali ke Makkah
Untuk melakukan  rukun tawaf ifadah
Selepas saei selesai lah sudah
Semua bergelar haji dan hajjah

Tiba masa meninggalkan makkah
Tawaf wada’ selesailah sudah
Tiba masa untuk berhijrah
Dari Makkah ke kota Madinah
Maktab 99 meninggalkan makkah
Menuju terus ke kota madinah
Untuk bersolat di Masjid Rasullullah
Dalam hati rasa terlalu indah
Ustaz Hashimi terus memberi
Segala ilmu yang dipelajari
Terpulanglah pada diri sendiri
Menilai yang mana harus diteladani
Banyak sejarah di kota Madinah
Hendak dilupai tidaklah mudah
Gembira sungguh melawat tempat bersejarah
Terpahat dihati sebagai pengalaman indah
di bukit Uhud AAM berdoa
semua yang dengar terus terasa
para syahid pejuang agama
gugurnya mereka ahli syurga
sampai di airport terus bersyukur
semoga mendapat haji Mabrur
dapat beristiqamah hingga ke kubur
supaya syurga tidak kabur.

AZIZAH SAAD, UKAY BISTARI, AMPANG.
11 Muharram 1434H.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *