Isi Kandungan
Pendahuluan
Terdapat perbezaan yang ketara antara kiraan waktu solat ISNA dan kiraan falak Malaysia. Waktu subuh masuk 16 minit lebih lewat, manakala isyak masuk 10 minit lebih awal mengikut kiraan ISNA berbanding falak Malaysia.
Di bawah adalah penjelasan yang dibuat oleh ahli falak UniSZA mengenai perbezaan tersebut. Semoga perkongsian ini dapat membantu perbahasan ilmiah dan menghilangkan kekeliruan (tasywish) dalam masyarakat.
Faktor Perbezaan Kiraan Waktu Solat
- Kaedah Kiraan Waktu Solat di Malaysia
Kiraan waktu solat di Malaysia berdasarkan sudut ketinggian matahari dari aras ufuk. - Sudut Ketinggian Matahari untuk Isyak dan Subuh
- Di khatulistiwa, sudut ketinggian matahari adalah 18 darjah di bawah ufuk (-18) bagi nilai standard munculnya syafak dan fajar sadiq.
- Ini menyebabkan waktu Isyak dan Subuh kira-kira 75 minit selepas ghurub/sebelum syuruq.
- Pengaruh Latitud Terhadap Sudut Ketinggian Matahari
- Latitud lebih tinggi (semakin jauh dari khatulistiwa hingga sekitar 55 darjah Utara/Selatan), sudut ini menjadi lebih besar, iaitu lebih daripada 18 darjah di bawah ufuk (75 minit hingga 125 minit).
- Contoh:
- Mesir: 17.5 dan 19.5
- Karachi: 18/18
- Liga Muslim: 17/18
- ISNA: 15/15
- Latitud Melebihi 55 Darjah
- Sudut ini semakin mengecil.
- ISNA menggunakan sudut 15 darjah di bawah ufuk, menjadikan waktu Subuh dan Isyak kira-kira 60 minit sahaja, atau lebih awal pada sesetengah musim.
- Ketidaksesuaian Penggunaan Sudut 15 Darjah di Malaysia
- Penggunaan sudut 15 darjah sesuai untuk negara-negara di latitud tinggi.
- Malaysia terletak berhampiran khatulistiwa, justeru sudut 18 dan 19 darjah digunakan.
- Penggunaan sudut 15 darjah di negara hampir khatulistiwa adalah kaedah yang salah.
- Penetapan Sudut Kiraan di Malaysia
- Isyak: 18 darjah di bawah ufuk.
- Subuh: 20 darjah di bawah ufuk.
- Sudut ini mengambil kira beza ufuk hakiki dengan ufuk mar-i serta saiz bulatan matahari.
- Pengaruh Zon Waktu dalam Penetapan Waktu Solat
- Disebabkan sistem zon waktu, satu waktu solat dikongsi oleh beberapa daerah.
- Waktu solat paling lewat dalam zon tersebut (titik paling barat) digunakan sebagai waktu rasmi zon tersebut.
Kesimpulan
- Kiraan waktu solat di Malaysia berasaskan kajian falak yang lebih sesuai dengan latitud Malaysia.
- Penggunaan sudut ISNA (15 darjah) tidak sesuai untuk negara berhampiran khatulistiwa seperti Malaysia.
- Oleh itu, penetapan waktu solat Malaysia mengikut sudut 18 darjah untuk Isyak dan 20 darjah untuk Subuh adalah lebih tepat dan menepati kaedah falak yang sahih.
Wallahu a’lam.
[Credit to: Akhi Abu Hannan & Ust Taufan UniSZA]