Isu Kandungan
Soalan
Adakah ada solat qadha’ kaffarah hari jumaat akhir ramadhan?
Penjelasannya: Hadith Solat Kaffarah Jumaat Akhir Ramadhan (sebagai pengganti solat 400 tahun).
Jawapan
Status: Palsu.
Menurut nukilan Syeikh Abdul Hayy al-Laknawi dalam al-Athar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah m.s 88: Mulla Ali al-Qari di dalam Maudhu’aat Kubra dan Sughra beliau menyatakan hadith ini batil secara pasti.
Imam al-Syaukani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah m.s 54 menyebut hadith ini palsu tanpa syak..direka oleh satu kumpulan di San’aa (Yaman) pada zaman ini (zaman beliau). Wallahua’lam.
Teks:
Saya ditanya tentang status hadis di dalam gambar ini. Maka saya kata ia PALSU DAN DUSTA. Ia tidak diriwayatkan dalam kitab hadis.
Keterangan
Kata al-Syaukani:
ﺣﺪﻳﺚ ﻣﻦ ﺻﻠﻰ ﻓﻲ ﺁﺧﺮ ﺟﻤﻌﺔ ﻣﻦ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﺍﻟﺨﻤﺲ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻤﻔﺮﻭﺿﺔ ﻓﻲ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻭﺍﻟﻠﻴﻠﺔ ﻗﻀﺖ ﻋﻨﻪ ﻣﺎ ﺃﺧﻞ ﺑﻪ ﻣﻦ ﺻﻼﺓ ﺳﻨﺘﻪ ﻫﺬﺍ ﻣﻮﺿﻮﻉ ﻻ ﺇﺷﻜﺎﻝ ﻓﻴﻪ ﻭﻟﻢ ﺃﺟﺪﻩ ﻓﻲ ﺷﻲﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﻜﺘﺐ ﺍﻟﺘﻲ ﺟﻤﻊ ﻣﺼﻨﻔﻮﻫﺎ ﻓﻴﻬﺎ ﺍﻷﺣﺎﺩﻳﺚ ﺍﻟﻤﻮﺿﻮﻋﺔ ﻭﻟﻜﻨﻪ ﺍﺷﺘﻬﺮ ﻋﻨﺪ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺘﻔﻘﻬﺔ ﺑﻤﺪﻳﻨﺔ ﺻﻨﻌﺎﺀ ﻓﻲ ﻋﺼﺮﻧﺎ ﻫﺬﺍ ﻭﺻﺎﺭ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻨﻬﻢ ﻳﻔﻌﻠﻮﻥ ﺫﻟﻚ ﻭﻻ ﺃﺩﺭﻱ ﻣﻦ ﻭﺿﻌﻪ ﻟﻬﻢ ﻓﻘﺒﺢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﻜﺬﺍﺑﻴﻦ
Maksudnya: Hadis: “sesiapa yang solat lima waktu pada Jumaat terakhir di bulan Ramadhan sehari semalam maka telah sempurnalah solatnya yang tidak sempurna sempanjang tahun”. Ini hadis palsu tidak ada kekeliruan padanya dan saya tidak menjumpainya dalam mana-mana kitab yang penulisnya mengumpulkan hadis palsu tetapi ia masyhur dalam kalangan kumpulan pelajar fiqh di bandar San’aa (Yaman) di zaman kita ini dan ramai antara mereka yang melakukannya. Saya tidak tahu siapa yang mereka cipta hadis ini untuk mereka. (Semoga) Allah memburukkan orang-orang yang berdusta. (al-Fawaid al-Majmu’ah, hlm. 54)
2. Kata Abdul Hayy al-Laknawi:
ﺣﺪﻳﺚ ﻣﻦ ﻗﻀﻰ ﺻﻠﻮﺍﺕ ﻣﻦ ﺍﻟﻔﺮﺍﺋﺾ ﻓﻲ ﺃﺧﺮ ﺟﻤﻌﺔ ﻣﻦ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻛﺎﻥ ﺫﻟﻚ ﺟﺎﺑﺮﺍ ﻟﻜﻞ ﺻﻼﺓ ﻓﺎﺋﺘﺔ ﻣﻦ ﻋﻤﺮﻩ ﺇﻟﻰ ﺳﺒﻌﻴﻦ ﺳﻨﺔ ﻗﺎﻝ ﻋﻠﻲ ﺍﻟﻘﺎﺭﻱ ﻓﻲ ﻣﻮﺿﻮﻋﺎﺗﻪ ﺍﻟﺼﻐﺮﻯ ﻭﺍﻟﻜﺒﺮﻯ ﺑﺎﻃﻞ ﻗﻄﻌﻴﺎ ﻷﻧﻪ ﻣﻨﺎﻗﺾ ﻟﻺﺟﻤﺎﻉ ﻋﻠﻰ ﺃﻥ ﺷﻴﺌﺎ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩﺍﺕ ﻻ ﻳﻘﻮﻡ ﻣﻘﺎﻡ ﻓﺎﺋﺘﺔ ﺳﻨﻮﺍﺕ ﺛﻢ ﻻ ﻋﺒﺮﺓ ﺑﻨﻘﻞ ﺻﺎﺣﺐ ﺍﻟﻨﻬﺎﻳﺔ ﻭﻻ ﺑﻘﻴﺔ ﺷﺮﺍﺡ ﺍﻟﻬﺪﺍﻳﺔ ﻷﻧﻬﻢ ﻟﻴﺴﻮﺍ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺤﺪﺛﻴﻦ ﻭﻻ ﺃﺳﻨﺪﻭﺍ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﺇﻟﻰ ﺃﺣﺪ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺨﺮﺟﻴﻦ
Maksudnya: Hadis: “sesiapa yang mengqadha’ solat fardhu pada Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan maka ia menjadi penampung bagi solat yang ditinggalkan sepanjang 70 tahun dari umurnya”. Kata Ali al-Qari dalam (kitab) Maudhu’atnya: (Hadis ini) BATIL SECARA PASTI KERANA IA BERCANGGAH DENGAN IJMA’ YANG MENYATAKAN BAHAWA SETIAP SESUATU DARIPADA IBADAT TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN IBADAT LAIN YANG DITINGGALKAN BEBERAPA TAHUN. Tidak diambil kira nukilan pengarang kitab al-Nihayah dan beberapa pengarah kitab-kitab syarah bagi kitab al-Hidayah kerana mereka bukanlah muhaddithin (ahli hadis) dan mereka tidak membawa sanad bagi hadis ini dari kitab-kitab (muhaddithin) yang meriwayatkan hadis dengan sanad. (al-Athaar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, hlm. 85)
Jika kita lihat alasan yang diberikan oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari, maka kita dapat simpulkan bahawa hadis dalam gambar ini juga mempunyai ciri yang sama iaitu solat sunat boleh menggantikan qadha’ solat fardhu selama 400 tahun. Tambahan pula ia tidak diriwayatkan dalam kitab hadis bersanad. Maka saya katakan hadis ini palsu. Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai titik mula untuk kita bersihkan lidah dan jari kita kita bercakap atau menulis sesuatu yang merupakan pendustaan terhadap Nabi sallallah ‘alaih wasallam. Wallahua’lam.
Tambahan
Lihat Video Penjelasan Di: https://www.facebook.com/AbuAnasMadani/videos/vb.124946954198614/1159813364045296/?type=2&theater
AAM 2023 Penjelasan Isu Solat Qadha’ 5 Waktu Dapat Kaffarah 400 Tahun Pada Hari Jumaat Akhir Ramadhan.
Link: Tekan Sini.