← Surah Taha
· Nota 3/3 · Ayat 9–16
Surah Taha: Ayat 9-16
Kisah Nabi Musa A.S Bersama Isterinya, Nampak Api Dalam Gelap & Allah Berkata-kata Dengan Musa
Kisah Nabi Musa A.S Bersama Isterinya, Nampak Api Dalam Gelap & Allah Berkata-kata Dengan Musa

Muqaddimah
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Taha dengan ayat 09 sehingga ayat 16 dalam juzuk keenam belas.
- Ini adalah episod pertama tentang kisah Nabi Musa a.s yang panjang dan agak detail dalam surah ini!
Allah turunkan surah ini sebagai surah yang terawal turun di Makkah untuk memberi motivasi & semangat kepada Nabi s.a.w berhadapan dengan kaumnya yang menentang dengan penuh degil & keras kepala!
Belajarlah bagaimana Nabi Musa bersabar menghadapi Fir'aun yang zalim dan sabar juga dalam mendidik kaum Bani Israil yang memang degil lagi banyak kerenahnya! - Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kisah Nabi Musa a.s bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke Mesir, nampak api dalam gelap dan Musa cuba mendapatkannya sebagai kegunaan mereka.
- Apabila tiba di tempat yang disangka api itu – iaitu di Wadi Tuwa, dekat bukit Tursina – yang rupanya cahaya dari Allah.
Di situ juga Allah berkata-kata dengan Musa a.s tanpa perantaraan. - Munasabah dengan ayat sebelumnya:
- setelah Allah s.w.t menerangkan bahawa al-Quran diturunkan untuk menjadi peringatan & hidayah petunjuk bagi orang-orang yang mematuhinya dan untuk memberi amaran bagi orang-orang yang ingkar.
- maka datang ayat ini membawa kisah Nabi Musa untuk menguatkan (تثبيت القلب) hati dan semangat Nabi s.a.w serta menenangkan (تطمئن) hati Baginda dalam menyampaikan dakwah dan menghadapi tentangan yang datang bersamanya!
Tafsir Ayat
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Ayat 9 وَهَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ ﴿٩﴾ {Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?} [Taha 20:9]
- Allah bertanya kepada Nabi s.a.w apakah sudah sampai kepada kamu kisah perihal tentang Nabi Musa a.s.
- Allah menceritakan kisah tentang Nabi Musa dan nabi-nabi lain untuk menguatkan hati Baginda s.a.w & menenangkan hati Baginda yang mendapat tentangan keras dari kaumnya juga.
- Nota [851] Setelah Allah Ta’ala menerangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w bahawa Baginda hanyalah bertugas menyampaikan Al-Qur’an kepada umat manusia, lalu memberi semangat kepada baginda supaya meneruskan perjuangannya dengan tabah hati, dengan menceritakan kepadanya mulai ayat ini – perihal Nabi Musa a.s yang juga telah mendapat tentangan keras semasa menjalankan tugasnya.
- Kata ulama': Kenapa Allah sebut Nabi Musa a.s sedangkan ramai lagi nabi-nabi Ulul-Azmi yang lain antaranya Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim عليهما السلام?
Jawapannya:- Allah تعالى menyebut Nabi Musa -
kerana tribulasi, ujian dan kesusahan yang berlaku kepada Nabi Musa عليه السلام adalah besar. - Maka untuk —
supaya hati Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjadi tenang dan Baginda bersabar dalam menanggung segala kesusahan, sebagaimana Nabi Musa عليه السلام menghadapinya.
- Allah تعالى menyebut Nabi Musa -
- Timbul persoalan tentang pertanyaan Allah- {وَهَلْ أَتَىٰكَ} – apakah maksudnya:
- tafsiran pertama dengan makna belum pernah datang lagi kisah Nabi Musa sebelum ini – maka ambillah perhatian!
- tafsiran kedua dari ulama' lain seperti Ibnu Abbas r.a: Allah ingatkan saja Nabi s.a.w akan kisah Nabi Musa ini – sudah ada ceritanya sebelum ini cuma dalam ayat-ayat ini Allah mahu ceritakannya secara lebih jelas & terperinci.
Ayat 10 إِذْ رَأَىٰ نَارًا فَقَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَّعَلِّي آتِيكُم مِّنْهَا بِقَبَسٍ أَوْ أَجِدُ عَلَى النَّارِ هُدًى ﴿١٠﴾ {Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.} [Taha 20:10]
- Ketika Nabi Musa a.s bermusafir dari Madyan menuju ke Mesir – berjalan bersama keluarganya iaitu anak & isterinya {أَهْلِهِ} pada waktu malam yang gelap gelita pada waktu musim sejuk yang dingin udaranya!
- Tiba-tiba dari kejauhan Nabi Musa nampak cahaya api di depan mereka.
Mereka pula dalam kegelapan & kesejukan pastilah amat memerlukan api itu. - Lalu Nabi Musa meminta mereka berhenti dan menunggunya {ٱمْكُثُوٓا۟} di situ – kerana dia mahu pergi mencari api itu dan membawanya kepada mereka sebagai kegunaan mereka sama ada untuk memanaskan badan atau sebagai penunjuk menerangi jalan mereka.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
- {Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu dan (mendapat izin) berjalan dengan isterinya (kembali ke Mesir), ia melihat (dalam perjalanannya itu) api dari sebelah Gunung Tursina. (Ketika itu) berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah; sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawa kepada kamu sesuatu berita dari situ atau sepuntung dari api itu, supaya kamu dapat memanaskan diri".} [Al-Qasas: 29].
- {(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: "Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.} – [An-Naml: 7].
- Nota [852] Nabi Musa a.s, ketika mudanya, telah pergi ke negeri “Madyan” lalu berkahwin di sana dengan anak perempuan Nabi Syu’aib a.s.
Dalam perjalanan kembali ke Mesir bersama-sama isterinya, ketika sampai berhampiran dengan Gunung Tursina (di Semenanjung Sinai), ia melihat api bersinar-sinar pada malam hari yang gelap-gelita dan amat sejuk.
Lalu ia menyuruh isterinya berhenti di situ dan ia pergi ke arah tempat api itu.
Ayat 11 فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ يَا مُوسَىٰ ﴿١١﴾ {Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa!"} [Taha 20:11]
- Setibanya Nabi Musa dekat api itu dia mendengar satu suara menyeru namanya: Wahai Musa!
Terkejut Musa mendengar namanya dipanggil! - Cahaya yang dia nampak itu bukanlah api tetapi satu cahaya yang cerah bersinar yang menyilau mata!
- Sebagaimana dalam hadis diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W:
"Sesungguhnya Allah tidak tidur dan tidak layak bagi-Nya tidur.
Dia merendahkan dan meninggikan neraca (rezeki/ketetapan).
Diangkat kepada-Nya amalan malam sebelum amalan siang dan amalan siang sebelum amalan malam.
Dinding-Nya (hijab) ialah cahaya, seandainya Dia membukanya, nescaya keagungan wajah-Nya akan membakar segala sesuatu dari makhluk-Nya yang dapat dicapai oleh pandangan-Nya."
(HR. Muslim no. 179 dan Ibn Majah no. 195)
Ayat 12 إِنِّي أَنَا رَبُّكَ فَاخْلَعْ نَعْلَيْكَ ۖ إِنَّكَ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى ﴿١٢﴾ {"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.} [Taha 20:12]
- Nabi Musa mendengar suara Tuhan yang menyerunya dengan mengatakan bahawa: {"Sesungguhnya Aku Tuhanmu!}.
Itulah suara Allah yang berkata-kata dengan Nabi Musa a.s. & Musa mendengarnya! - Kemudian Allah meminta Nabi Musa supaya membuka kasutnya kerana sekarang dia berada di Wadi Tuwa yang suci.
- Nota [853] “Wadi Tuwa – وَادِي طُوًى” (Lembah Tuwa) terletak di kaki Gunung “Tursina – طور سيناء “.
Di sinilah Nabi Musa a.s menerima wahyu, dengan mendapat penghormatan berkata-kata dengan Allah Ta’ala dengan tiada perantaraan, serta diterangkan kepadanya bahawa ia telah dipilih menjadi Rasul-Nya.
Nabi Musa diperintahkan membuka kasutnya sebagai menjaga adab peraturan kerana pada saat itu ia sedang mengadap Allah ‘Azza wa Jalla di tempat yang suci.
Kerana di tempat itulah Allah Ta’ala “Tajalla – تَجَلَّى “ baginya.
*Allah hanya buka hijab untuk berkata-kata dengan Nabi Musa tetapi Musa tidak dapat melihat-Nya. - Persoalan: Kenapa Allah menyuruh Nabi Musa a.s membuka kasutnya?
Panjang perbincangan ulama' tentangnya:- Kata Ibnu Jarir: Allah menyuruh Musa buka kasutnya kerana mahu tapak kaki Musa memijak & kena tanah Lembah Tuwa yang suci itu!
Untuk mengambil berkat lembah Tuwa yang suci itu. - ada yang kata kerana kasut Nabi Musa diperbuat daripada kulit himar (keldai) maka kena buang kerana tak sesuai untuk mengadap Allah.
- buka kasut atau alas kaki untuk menunjukkan tawadhuk kita di tempat yang mulia seperti di dalam masjid.
*Malangnya pada hari ini orang ramai tidak pelik lagi memakai kasut selipar di dalam Masjidil Haram, Makkah. - Ibnu Kathir juga kata untuk menunjukkan penghormatan pada tempat itu dengan membuka alas kaki.
Kerana itu puak Yahudi apabila mereka nak beribadat mereka buka kasut.
*Berbeza dengan kita umat Islam – boleh solat sambil memakai kasut sebagaimana yang dibuat oleh Nabi s.a.w. - kata Ibnu Kathir banyak hadis yang menyebutnya.
- Kata Ibnu Jarir: Allah menyuruh Musa buka kasutnya kerana mahu tapak kaki Musa memijak & kena tanah Lembah Tuwa yang suci itu!
Ayat 13 وَأَنَا اخْتَرْتُكَ فَاسْتَمِعْ لِمَا يُوحَىٰ ﴿١٣﴾ {"Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.} [Taha 20:13]
- Allah mengatakan kepada Nabi Musa: {Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul…} – maka kamu dengarlah apa yang Aku nak sampaikan ini!
- Yakni Allah kata Dia berkata-kata & Nabi Musa mendengarnya.
Bagaimana caranya, kita tak perlu fikirkan kerana ia pastilah dengan cara yang layak bagi Allah & sesekali tidak sama seperti makhluk!
Ayat 14 إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي ﴿١٤﴾ {"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.} [Taha 20:14]
- Allah menyampaikan perintah-Nya secara direct kepada Nabi Musa a.s iaitu:
- untuk menyembah Allah yang Esa, jangan syirik kepada-Nya dengan menyembah selain dari-Nya. Ikhlaskan tauhid jangan syirik.
- dirikan solat – supaya kamu ingat kepada Tuhan sentiasa, ingat yang Allah sampaikan dan jangan buat maksiat.
- Kata Ibnul Jauzi ada dua tafsiran di sini iaitu:
- kamu dirikan solat dengan segera apabila kamu ingat waktu solat sudah masuk.
- kamu dirikan solat supaya kamu ingat kepada Allah s.w.t!
Ayat 15 إِنَّ السَّاعَةَ آتِيَةٌ أَكَادُ أُخْفِيهَا لِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا تَسْعَىٰ ﴿١٥﴾ {"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.} [Taha 20:15]
- Munasabah ayat:
- apabila Allah perintahkan Nabi Musa untuk ikhlas beribadat, murnikan ibadat & dirikan solat;
- maka datang ayat ini mengatakan sebabnya semua perintah itu kerana akan datang hari Kiamat, adanya kebangkitan semula, adanya hari pembalasan – maka kamu buatlah persiapan untuknya!
- Allah menyatakan bahawa hari Kiamat itu pasti akan berlaku cuma Allah sengaja sembunyikan bilakah tarikh akan berlakunya!
- Tiada siapa yang tahu bila Kiamat akan berlaku, Nabi s.a.w tak tahu malaikat pun tak tahu cuma Allah s.w.t beritahu kepada Baginda s.a.w akan tanda-tanda Kiamat saja, bila berlakunya wallahu a'lam!
- Kemudian Allah kata – Aku akan balas kepada semua orang akan perbuatan mereka atas dunia ini yang baik atau yang buruknya!
Yakni hari Kiamat akan menjadi balasan kepada urusan kita atas dunia ini – baik atau buruk kita terimalah!
Ayat 16 فَلَا يَصُدَّنَّكَ عَنْهَا مَن لَّا يُؤْمِنُ بِهَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَتَرْدَىٰ ﴿١٦﴾ {"Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa.} [Taha 20:16]
- Kemudian Allah menasihatkan Nabi Musa a.s agar jangan melayan puak yang mengikut hawa nafsu, yang tak dengar kata & keras kepala itu.
- Kamu teruskan perjuangan sampaikan dakwah; mereka yang ikut hawa nafsu jangan layan kerana akhirnya mereka akan dicampakkan ke dalam neraka!
- Inilah pesanan Allah s.w.t kepada Nabi Musa a.s. agar jangan peduli akan puak yang keras kepala tak dengar kata itu!
Penutup & Faedah
- Ayat 9- {Dan sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?}
Allah tanya apakah sudah sampai kepada kamu kisah Nabi Musa?
Kata ulama' tafsir:
Allah mulakan ayat ini dengan pertanyaan untuk memberi peringatan kepada orang yang lupa & supaya ambil perhatian orang yang telah ada pengetahuan tentang kisah Nabi Musa a.s.
Soalan ini bukan pertanyaan nak jawapan tetapi sebagai peringatan supaya kamu ambil perhatian, buka telinga, lapang dada & ambil pengajaran!
Iaitu kisah Nabi Musa yang nampak api:
Ayat 10- {Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.}
Nabi Musa nampak api dari jauh dan dia mahu pergi meminta api itu untuk kegunaan dia dan keluarganya!
Tetapi apabila sampai bukan api tetapi rupanya cahaya itu adalah cahaya maknawi, cahaya wahyu yang menerangi jiwa membawa hidayah dunia Akhirat.
Nabi Musa mendapat cahaya petunjuk & ilmu dari Allah & dapat berkata secara langsung dengan Allah s.w.t! - Ayat 11- {Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa!"}
Setibanya dekat cahaya itu Nabi Musa mendengar namanya diseru!
Terkejut Nabi Musa mendengar namanya dipanggil.
Allah s.w.t panggil Nabi Musa agar Nabi Musa menumpukan perhatian dan dengar betul-betul apa yang nak Allah sampaikan kepadanya! - Ayat 12- {"Sesungguhnya Aku Tuhanmu! Maka bukalah kasutmu, kerana engkau sekarang berada di Wadi Tuwa yang suci.}
Kemudian Allah memerintahkan Nabi Musa untuk membuka kasutnya!
Kata ulama' ini menunjukkan bahawa sunat kita berjalan tanpa memakai kasut di tempat ibadat yang suci.
Itulah adab yang baik – kita pegang kepada tafsir yang mengatakan Allah perintahkan Nabi Musa buka kasutnya untuk menghormati tempat itu! Iaitu Wadi Tuwa yang suci.
Nasihat DDAAM kepada mereka yang pergi ke Makkah khususnya – jangan pakai selipar di dalam Masjidil Haram ketika nak tawaf atau saei kecuali kamu sakit kaki yang perlu pakai alas kaki.
Apatah lagi dalam masjid yang siap ada karpet atau hamparan apa!
Walaupun dalam Syariat kita boleh pakai kasut dalam solat kerana Nabi s.a.w mahu menyalahi adat & budaya ahli kitab Yahudi!
Kita bukan nak berlawan dengan mereka tetapi nak menyalahi adab & budaya ahli kitab! - Ayat 10- {Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.}
Kata ulama' ayat ini menjadi dalil harus kita mencari api & ia tidak termasuk dalam perkara yang dilarang!
Kita perlukan api untuk memasak, memanaskan makanan, nak cerah kena ada api dunia sebagainya!
Semua api dibenarkan digunakan untuk keperluan manusia – tetapi jangan sesekali kita menjadi manusia "batu api!" - Ayat 11- {Maka apabila ia sampai ke tempat api itu (kedengaran) ia diseru: "Wahai Musa!"} – Allah s.w.t menyeru nama Nabi Musa & dia mendengarnya!
Kata ulama': Ayat ini juga menolak pendapat bahawa al-Quran itu makhluk & Tuhan tidak boleh berkata-kata tetapi hanya sekali saja!
Tetapi kita ahli Sunnah berpegang dengan pendapat bahawa al-Quran adalah kata-kata Allah (Kalamullah). Kita berpegang dengan sifat (كونه متكلما) Allah boleh sentiasa berkata-kata bila Dia nak Dia boleh berkata-kata!
Sebagaimana dalam keadaan dengan Nabi Musa, Allah berkata-kata dengan Musa, ia adalah suara Allah yang didengar oleh Nabi Musa a.s.
Ada pelbagai tafsir yang mahu lari dari menterjemah ayat ini dengan mentakwil dan mengatakan itu adalah suara malaikat!
Kita balas hujjah itu dengan mengatakan jika itu suara malaikat bagaimana ia boleh mengatakan: {إِنِّىٓ أَنَا۠ رَبُّكَ-
Sesungguhnya Aku Tuhanmu!} Jika malaikat mengaku dia Tuhan maka dia telah kufur kepada Tuhan!
Ayat ini juga menunjukkan besarnya kedudukan Nabi Musa kerana Allah memilihnya untuk berkata secara langsung dengan Allah di bukit Tursina!
Kerana itulah Musa digelar Kalimullah (كليم الله) – iaitu Nabi yang berkata-kata direct dengan Allah s.w.t!
Sedangkan Nabi kita Muhammad s.a.w berkata-kata dengan Allah di Sidratul-Muntaha! Yakni Baginda Nabi s.a.w lebih besar kedudukan di sisi Allah s.w.t! - Ayat 13- {"Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu.}
Allah kata Dia yang pilih Musa untuk menjadi nabi & rasul-Nya!
Ini menunjukkan jawatan nabi & rasul hanya Allah yang memilih & melantiknya bukan boleh dipilih oleh sesiapa saja!
Bukan boleh dicalon oleh ahli keluarga, raja atau pemimpin atau ahli masyarakat.
Terdapat ahli tarikat yang mendakwa bahawa wali mereka lebih mulia daripada para anbiya’ kerana jawatan nabi & rasul adalah hanya anugerah dari Allah sedangkan jawatan wali adalah hasil usaha seseorang!
Kita kata – Allah yang beritahu Dia yang pilih para anbiya’ tiba-tiba kita kata yang kita buat itu lebih hebat!
Maka jangan main-main kerana wali itu kita tidak tahu secara pastinya hanya agak-agak saja!
Sedangkan para rasul itu Allah telah gazet & Tuhan sebut sendiri nama mereka di dalam al-Quran atau disebut oleh Nabi s.a.w dalam hadis.
Allah kata – Aku pilih kamu maka dengarlah apa yang Aku nak kata ini!
Ini adalah satu jenis uslub pendidikan!
Kata Syeikh Sufyan bin Uyainah rhm: Dalam ilmu pendidikan itulah caranya – ilmu itu kita dapat dan ambilnya dengan mendengar dulu!
Pertama kita dengar kemudian kita faham, ingat & hafaz, amalkannya & akhirnya sebar dan sampaikan kepada orang lain pula!
Apabila kita belajar al-Quran & Sunnah dengan niat yang benar sebagaimana yang diperintah Allah; yang maka Allah akan beri kefahaman dan jadikan dalam hati kita cahaya!
Kerana itu Allah guna lafaz ini dengan sighah- {Aku yang pilih-}
Begitulah uslub al-Quran- kadang-kadang Allah guna dhamir mufrad- {Aku} atau uslub kami (نحن) bukan lafaz jamak yang menunjukkan ramai tetapi lafaz yang menunjukkan ketinggian dan kemuliaan!
Dalam ayat ini pula Allah sebut nama-Nya yang khas- {إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ- "Sesungguhnya Akulah Allah;} – maka tidak dapat dipertikaikan lagi kerana itulah tempat-Nya!
Maka menjadi kewajipan kita orang yang beriman untuk mengenal Allah kerana itu kita kena belajar tauhid atau ilmu fardhu ain jika tidak rosaklah!
Allah perintahkan kepada Musa untuk mendirikan solat.
Ini kerana peranan solat itu amat besar:- dalam solat kita berzikir dan mengingati Allah. Itulah kelebihan solat & tujuan besarnya untuk mengingati Allah!
- ada juga ulama' yang mengatakan apabila kamu ingat saja & belum solat maka teruskanlah dirikan solat!
- solat juga menghalang seseorang daripada melakukan perkara keji & mungkar sebagaimana firman Allah:
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar;} [Al-Ankabut: 45].
- Ayat 15- {"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.} – dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa Kiamat pasti berlaku tetapi rahsiakan tarikh tepat berlakunya!
Jika ada orang yang mengaku tahu bila Kiamat itu berlaku maka kamu boleh dustakannya kerana dia adalah penipu besar!
Allah telah nafikan ilmu ini daripada makhluk-Nya; Rasulullah s.a.w sendiri tak tahu, malaikat pun tak tahu – tiada siapa yang tahu!
Maka kewajipan kita orang beriman untuk yakin tentang berlakunya hari Kiamat – kena buat persiapan bila berlaku tetap akan datang!
Ayat ini menjadi syarat – jangan sesekali kamu mendengar kuliah ceramah orang yang batil kerana dia akan menyekat kamu daripada beriman kepada Allah Azza wa Jalla!
Maka selagi kita ada ruang untuk berdakwah dakwahlah, jika ada peluang untuk menyampaikan – sampaikanlah.
Jangan takut, jangan gerun – kerana Allah akan beri kekuatan kepada kita apabila kita berusaha menyampaikan agama-Nya!
Kiamat tetap akan berlaku kerana Allah kata Dia akan membalas semua perbuatan manusia atas dunia ini!
Kamu jangan terpedaya, terperangkap dengan mainan orang tidak beriman – kamu teruskan perjuangan walaupun ditentang dan dilawan!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita secara ringkas untuk hari ini semoga memberi kefahaman & manfaat.
Wallahu a’lam.
Tandakan selesai dibaca
Simpan nota
Ikut siri ini
Daftar percuma untuk menyimpan nota dan menjejak bacaan.
Ada soalan tentang ayat ini?
Hantar kepada Dr. Abu Anas — jawapan terpilih disiarkan.