TERJEMAHAN TEKS KHUTBAH JUMAAT OLEH DR. ABD RAHMAN AL-SUDAIS
“SESUDAH HAJI YANG TERTUNAI”
Masjidil Haram, Makkah Mukarramah, 15 Zulhijjah 1432H /11 November 2011M
Alih Bahasa Oleh: Abu Fatih Al-Mubaraki [Makkah, 18 Zulhijjah 1432H]
Lihat Teks Asal Bahasa Arab : http://www.mazameer.com/vb/t147202.html
Lihat Rakaman Video : http://www.youtube.com/watch?v=qPwAxsaaNpI
KHUTBAH PERTAMA
إن الحمد لله، نحمده ونستعينُه ونستغفرُه ونتوبُ إليه، أحمده – سبحانه – أكمل لنا المناسك وأتمَّ، وأسبغَ على الحَجيج فضلَه المِدارارَ الأعمَّ، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادةً نسمُو بها إلى أعلى القِمَم، وأشهد أن نبيَّنا وسيِّدنا محمدًا عبدُ الله ورسوله أزكى من أدَّى المناسِكَ وطافَ بالبيت العتيق وأمَّ، وأبانَ معالمَ الدين ورسَم بأبلغِ عبارةٍ وأوجزِ الكلِم، صلَّى الله عليه وعلى آله الأطهارِ صفوةِ الأُمَم، السالكين
النهجَ القويمَ الأَمَم، وأصحابِه الأخيارِ أُسدِ العَرين ولُيُوثِ الأَجَم، والتابعين ومن تبِعهم بإحسانٍ ما قصدَ المسجدَ الحرام حاجٌّ والتزَم، وسلَّم تسليمًا كثيرًا إلى يوم الدين.أما بعد
Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan Taqwa yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya ia merupakan permata yang terlalu berharga dan peninggalan kesan yang terhebat kesan dari ibadah haji dan keagungan syiar-syiar yang telah kamu lakukan. Justeru, taqwa kepada Allah Ta’ala merupakan cahaya kepada segenap jiwa, sinar kepada setiap pandangan, rahsia yang tertinggi dan sebaik-sebaik penyelamat dari segala bahaya, maka bertaqwalah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya taqwa merupakan sebaik-baik bekalan.
Kata syair:
“Seseorang itu mendambakan agar didatangi hasratnya, Allah tidak memperkenankannya kecuali sesuatu yang dikehendakiNya, Lantas beliau berkata: Antara faedah (kepentingan) dan hartaku dengan taqwa kepada Allah, maka itulah sebaik-baik perolehan buatku.”
Tetamu al-Rahman yang dirahmati Allah,
Beberapa hari yang lalu, kamu semua telah diberi nikmat dengan menyempurnkan rukun kelima dalam Rukun Islam, yang juga salah satu dari binaannya yang teragung dalam suasana ceria penuh keimanan, serta kestabilan keamanan yang tersendiri. Justeru hargailah nikmat ini yang sentiasa direbutkan peluangnya oleh sekelian umat. Maka murnikanlah kesyukuranmu kepada Allah yang telah melimpahkan ke atasmu dengan sebaik-baik pemberian dan nikmat, serta menyibukkan kamu dalam ibadat Haji ke rumahNya (Baitullah) yang telah dijadikan sebagai sesuatu yang kekal dan terbina kukuh kecintaan terhadapnya dan ketenteramannya dalam hati manusia. Di dalamnya terdapat balasan hebat yang tiada tandingannya. Disusuli pula selepas itu dengan perayaan Eid al-Adha yang meriah, dan hari-harinya yang gemilang lagi indah. Martabat yang hanya layak untuk meraikan detik itu hanyalah dengan memurnikan kesyukuran kepada yang Maha Memberi Nikmat Subhanahu Wa Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Ibrahim ayat 7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan ketika kamu diberi izin mengecapi nikmat. Jika kamu bersyukur nescaya akan aku tambahkan lagi nikmatku kepadamu…”
Maka bersyukurlah kamu kepada Allah dengan kesyukuran yang sebenar. Berzikirlah mengingati Allah dengan sebenar-benar ingatan. Kamu telah berwuquf di lapangan yang terindah dalam erti memohon keampunan dan pelepasan dari segala bentuk dosa. Dalam keadaan kamu bercita-cita memperoleh pahala dan kemenangan. Kamu semua telah menempatkan diri dan jiwamu dalam siraman keampunan dan kamu melenyapkan segala noda dan kesalahan dengan untaian rahmat dan hadiah-hadiah yang mengirinya. Serta kamu bermunajat dengan berdoa dengan lisanmu yang suci, hati-hati yang khusyu’ dan jiwa yang hancur luluh, pasrah serta mata yang berbicara dengan limpahan tangisan yang mencurah-curah
Pandangan-pandangan tertumpu ke langit. Mengharapkan al-Rahman dengan nada kehinaan lantas memecah empangan tangisan yang mengalir deras umpama ombak yang menggulung dalam himpunan ketaqwaan. Tuhan Semesta Alam menyahut panggilan hambaNya ketika bertalbiah.
Detik indah di pergunungan Arafah kamu menuju kepada Allah Ta’ala dengan meninggalkan segala keburukan dan perkara yang telah lalu. Kamu telah berwuquf umpama berdirinya seorang yang fakir lagi berhajat dalam keadaan menjaga segala ketertiban dan ketulusan hati. Kamu telah menyembelih (berkorban) dengan membawa hadyu di bumi Mina, kamu melontar Jamrah kerana harapan yang terbina, kamu mengikat jiwa dan ruh di pelabuhan suci dengan melaksanakan sai’e di antara Marwah dan Safa. Di antara rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Ibrahim mengalir keluar ungkapan-ungkapan pilu penuh keinsafan.
Di sisi rukun Hajar al-Aswad itu jugalah terhimpunnya segala kesalahan manusia lantas terlebur hancur lalu dada-dada manusia bersih dari menanggung segala dosa dalam situasi yang sama, mengharap merintih agar dimuliakan dirinya oleh Yang Maha Esa dengan pahala yang besar dan taubat yang diterima. Semuanya itu bakal terbukti dengan melakukan segala kebajikan dan ketaatan sepanjang usianya dan masa hidupnya. Hatinya sentiasa lunak dan tertarik dengan kebajikan.
Sabda Nabi s.a.w :
الحج المبرور ليس له جزاء الا الجنة
“Haji yang mabrur itu tiada ganjaran terlayak baginya kecuali syurga.”
[Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah]
Tahniah kepada sekelian para pengunjung Baitullah dan bergembiralah dengan bicara hikmah dari warisan nubuwwah ini.
Allah Maha Besar! Kalimat-kalimat ini umpama permata yang terletak di hamparan sutera.
Wahai Jemaah Haji yang Dimuliakan,
Kini kamu telah berpidah ke lembaran baru dalam hidupmu, kelahiran bahagia yang diberkati, lembaran hidup yang bersinar, bersih lagi suci waktunya, sangat berharga detik-detiknya. Telah selesailah kamu melaksanakan manasik haji. Persoalannya apakah pula rencana dan perancangan selepas pulang nanti?
Tetaplah beriltizam dengan amalan-amalan soleh serta beristiqamah dengan melaksanakannya sehingga ajal tiba di penghujung usia. Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Hijr ayat 99 :
وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ
“Maka sembahlah (beribadatlah) kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan (kepastian akan kematian).”
Maka persiapkankanlah bekalanmu wahai para jemaah Haji sekelian dari khazanah Hajimu dengan taubat nasuha dan keyakinan yang kukuh kepada Allah Ta’ala, beserta jiwa yang bersih, keperibadian yang mulia agar dapat memenuhi telaga dan lautan kehidupan dengan amalan-amalan soleh dan niat yang tulus murni.
Ditanya kepada al-Hasan al-Basri Rahimahullah. Apakah maksud Haji yang Mabrur itu? Lalu jawab beliau: “Kamu kembali dalam keadaan zuhud kepada dunia dan sangat mengharap akan kehidupan yang kekal di akhirat.”
Wahai Umat Islam, para jemaah Haji ke Baitullah al-Haram,
Antara intipati Haji Mabrur itu: Perubahan ke arah yang lebih baik dan mulia. Perkara ini hanya akan berlaku dengan berpegang teguh kepada tali Allah, saling berkasih sayang antara umat Islam, bermuafakat dan menjauhi segala bentuk perpecahan dan perbalahan. Sentiasa beringat dan memberi pesan kearah kebaikan dan keutuhan akhlak, menjauhi segala bentuk kecelakaan, kemusnahan, kemunkaran dan penyakit-penyakit kemunafikan.
Bersihkanlah lidahmu dari bicara dusta, mencaci, mengumpat dan mengata serta mengadu domba. Bersihkanlah hatimu kerana itulah tempat yang dilihat dan dinilai oleh Allah Yang Empunya Kemegahan dan Kemuliaan.
Wahai para jemaah Haji ke Baitullah! Hendaklah kamu semua berada di atas manhaj Aqidah yang jelas dengan berpegang teguh dan mengagungkannya. Itulah yang dimaksudkan dengan al-Urwah al-Wusta (simpulan yang teguh dan kemas), maka jangan sekali-kali diredhai untuk dirungkai lepas simpulan tersebut dengan apa jua usaha sekalipun.
Wahai sekelian kaum Muslimin dan para jemaah Haji yang beriman!
Bersempena dengan munasabah permukiman ibadah manasik yang agung ini kita mengilhamkan dan mengambil pengajaran akan ayat-ayat (tanda) dan ibrah. Kita perlu memikirkan tentang pertukaran masa dan perubahan-perubahan yang berlaku di sekitarnya. Sesungguhnya kefardhuan Haji yang hebat ini merupakan medium bertolak ansur dan perbincangan, jaminan keselamatan dan tempat permuafakatan yang menzahirkan gambaran kesatuan umat yang bersepakat atas satu arah dan tujuan. Maka tidak wajar berlalunya musim ini atas setiap warga umat kecuali dengan mengambil pengajaran yang berharga dari perhimpunan mega tahunan ini dan menghasilkan resolusi-resolusi penting demi kemaslahatan dan masa depan ummah.
Bumi Haramain ini (semoga Allah memeliharanya) telah mengurniakan kepada alam sejagat dengan rahmat Allah akan gambaran toleransi dan sikap kerjasama serta nilai-nilai keamanan. Begitu banyak mercu tanda Islam dan kemanusiaan serta panorama kemajuan dan pembangunan yang tidak dapat dilihat dan disaksikan melainkan di bumi suci ini. Ini semua membuktikan kepada manusia sejagat bahawasanya tanpa Iman dan Aqidah serta pegangan yang jitu kepada al-Quran dan al-Sunnah maka semua ini mustahil mampu direalisasikan. Sesungguhnya anasir-anasir perpecahan dan perbalahan tidak memberi sebarang faedah kecuali kemunduran dan kebinasaan.
Sesungguhnya kami atas nama umat Islam dengan tegas menyeru dari lembah wahyu dan pusat kelahiran risalah kenabian kepada sekelian pimpinan dan rakyat jelata agar memainkan peranan masing-masing dalam merealisasikan maksud keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat dan menghapuskan segala bentuk pertelingkahan, kezaliman, dendam kesumat, pergeseran, pertikaian, perbuatan melampaui batas, permusuhan dan pembunuhan sesama sendiri. Ini semua hanya mampu terhasil dengan kehendak dan kuasa Allah serta kesedaran yang tinggi untuk memeilih satu jalan penyatuan dan bukannya dengan mengambil jalan yang menyimpang lagi merosakkan perpaduan.
Harus disedari bahawasanya pancaroba, cabaran dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan umat Islam menuntut kita untuk lebih cakna akan bahaya yang akan dihadapi pada masa hadapan. Justeru kita perlu menghadapinya dengan penuh jatidiri dan integriti sebagai seorang yang beriman. Inilah zaman yang berlalu pantas dihadapan kita dan lisan-lisan yang berbicara menceritakan tentang peristiwa dan berita setiap hari dengan kisah yang berbeza. Ada kerajaan yang tumbang, negara yang musnah dan yang lainnya memperoleh kemenangan dan membangun. Begitu jugalah kita mengetahui dalam peristiwa akhir zaman yang banyak mengorbankan para pejuang, perwira, saudara mara dan kaum kerabat. Semoga Allah menempatkan mereka dalam nikmat syurgaNya dan membalas segala jasa mereka dengan ganjaran terhebat. Beginilah dunia yang beredar dan terus beredar. Padanya terdapat ibrah dan pengajaran bagi setiap yang punya akal fikiran.
Justeru wahai hamba-hamba Allah yang mulia dan para jemaah haji ke Baitullah. Marilah kita berusaha menempatkan diri dari kalangan mereka yang mengusahakan kehidupan akhirat dan berlumba-lumba mendapatkan tempat tertinggi dan termewah di syurga Allah.
Saudara-saudaraku yang beriman!
Antara bentuk-bentuk kesyukuran terhadap Yang Maha Esa ialah: Menyebut tentang nikmat Allah mengkhususkan bumi Haramain Yang Mulia (semoga Allah memeliharanya) dengan memberi khidmat kepada para jemaah Haji dengan mengharapkan ganjaran dan pahala yang berpanjangan dariNya. Khidmat yang berpanjangan ini adalah tanda kurniaan dan pertolongan Allah Ta’ala jua. Sesungguhnya khidmat dan bantuan serta pengurusan para jemaah Haji ini diletakkan sebagai prioriti dan perkara yang mempunyai keutamaan dan kepentingan yang sangat besar memandangkan besarnya amanah yang digalas di bahu para petugas dan pemberi khidmat. Antara nikmat dan kurniaan Allah serta taufiq dariNya segala tugasan dan pengoperasian ibadah Haji memperoleh kejayaan secara menyeluruh. Sekalung tahniah, penghargaan dan ucapan terima kasih serta doa berpanjangan dihulurkan kepada pihak pemerintah, para petugas yang begitu tekun dan progresif dan menjaga urusan dan kebajikan para tetamu Allah. Semoga Allah membalas segalanya dengan ganjaran yang setimpal dengan usaha dan jasa yang telah dimurnikan. Begitu juga doa buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam urusan para jemaah Haji. Semoga ganjaran yang serupa diterima dan diperolehi hendaknya.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 200-202:
فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ(200) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ(201) أُولَئِكَ لَهُمْ نَصِيبٌ مِمَّا كَسَبُوا وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ (202)
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan di dunia. (Orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka. Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.”
بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعنا وإياكم بما فيهما من الآيات والحِكمة، أقول قولي هذا، وأستغفرُ الله العظيمَ الجليلَ لي ولكم ولكافةِ المسلمين من كل خطيئةٍ وإثمٍ، فاستغفروه وتوبوا إليه، إنه كان للأوَّابين غفورًا
KHUTBAH KEDUA
الحمد لله وليِّ التوفيق والإصابة، أحمده – سبحانه – خصَّ من شاء من عباده بالحجِّ المبرورِ والمغفرة والإنابة، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادةً نرجُو بها من الرحمن دعوةً مُجابة، وأشهدُ أن نبيَّنا محمدًا عبدُ الله ورسوله ذو القدرِ العليِّ والذاتِ المُهابَة، خيرُ من درَجَ على ثرَى أمِّ القُرى والمدينةِ طابَة، صلَّى الله عليه وعلى آلهِ الأطهارِ ذوِي المكارِمِ والنجابَة، وصحبِه الأخيار أُولِي النفوس الأبِيَّةِ المُستطابة، والتابعين ومن تبِعهم بإحسانٍ إلى يوم الدين، وسلَّم تسليمًا كثيرًا.أما بعد،
Wahai hamba-hamba Allah!
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Berpeganglah kamu dengan simpulan yang terikat teguh (Aqidah). Ketahuilah sekelian yang hadir (semoga kamu dirahmati Allah) bahwasanya Allah Ta’ala telah mengutuskan rasulNya Muhammad s.a.w agar kamu semua mengikutinya dan mematuhinya. Maka bergembiralah bagi mereka yang mendokong dakwahnya dan seruannya dan beruntung serta berjayalah mereka yang memurnikan segala yang disuruhnya dan menjauhi segala yang ditegahnya.
Wahai para jemaah Haji sekelian!
Setelah selesai menunaikan ibadah Haji, sebahagian dari kamu akan menuju ke bumi Madinah untuk menziarahi Masjid Nabi s.a.w. Itulah antara lokasi yang digesa dan dianjurkan untuk dilawati. Tahniah kepada sesiapa yang telah dan bakal menziarahinya. Namun perlu diingat ia bukanlah termasuk dari kalangan perkara-perkara yang merupakan wajib haji atau rukunnya. Jika tidak melaksanakannya pun tidak mengapa. Haji yang dilakukan tetap sempurna dan sah. Namun, peluang menziarahi Masjid Nabi s.a.w ada baiknya tidak dipersia-siakan. Sesiapa yang menziarahinya dengan penuh keimanan dan pengharapan maka akan diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran kerana bukankah Madinah Munawwarah itu merupakan tempat kembalinya Iman dan tempat penghijrahan Nabi s.a.w ? Selawat dan salam yang paling sempurna dan lengkap buat Baginda.
Para jemaah Haji sekelian!
Bagi mereka yang bakal menziarahi bumi hijrah Nabi s.a.w haruslah diingat kepentingan mengikuti sunnah Baginda, menuruti sunnah sahabat-sahabat Baginda dan menghayati sirah kehidupan Baginda s.a.w Sesungguhnya pada mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w itu terdapat hidayah, kebaikan dan kejayaan. Pada berpegang kepada sunnah Baginda s.a.w juga terdapat cahaya yang menerangi umpama mentari yang menyinar, bak permata yang begemerlapan yang menghilangkan kegelapan yang timbul akibat kebejatan dan penyelewangan Aqidah. Begitu juga sunnah Baginda s.a.w penuh dengan tauladan akhlak mulia dan peribadi unggul dalam membina jatidiri ummah dalam kehidupan bermasyarakat yang produktif. Allah Ta’ala telah memberi amaran yang keras terhadap mereka yang mengingkari atau menyalahi sunnah Nabi s.a.w. Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nur ayat 63 :
فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
“Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”
Antara tuntutan mentaati dan menyayangi Baginda s.a.w adalah dengan mempelajari tentang adab-adab menziarahi Masjid Nabawi dan tatacara mengucapkan salam kepada Baginda s.a.w dan para sahabat Baginda serta adab-adab tinggal di Madinah al-Muwarrah yang penuh dengan lingkungan keberkatan dan kerahmatan.
Akhir sekali, pesanan buat saudara-saudaraku yang beriman! Kini kamu berada ambang perpisahan dengan lembah wahyu dan tempat lahirnya risalah kenabian. Maka kita tidak punya waktu untuk dibazirkan. Doa yang bakal diulang-ulang dengar dari telinga ke telinga dan doa yang mengiringi perpisahan bersama tautan ukhuwwah yang lestari dan abadi : Kami menitipkan kepada Allah agamamu dan segala amanahmu dan pengakhiran segala amalanmu. Semoga Allah menambah kepadamu dengan taqwa, mengampuni dosamu, menghapuskan segala keburukanmu, memurnikan cita-citamu, menyampaikan hasrat dan tujuanmu, menjadikan hajimu Mabrur, Usaha kamu yang disyukuri, dosa yang diampuni. Semoga kamu selamat pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat sejahtera, beroleh ganjaran dan pahala dan tidak kecewa, gembira dan ceria, ketaatan yang dilakukan sentiasa dan selamanya, dan istiqmah dalam melaksanakannya. Sesungguhnya Dialah Allah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima Permohonan.
Selawat dan salam yang terindah buat junjungan mulia, Rasul pilihan akhir zaman, sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 56 :
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah Ta’ala dan para Malaikatnya berselawa ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, selwat dan salamlah ke atas Baginda s.a.w sebanyak-banyaknya.”
Begitu juga Nabi s.a.w bersabda :
من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا
“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat untuknya sepuluh kali.”
[Hadith riwayat Muslim dari Abdullah bin Umar r.a]
صلَّى عليك الله ما قرأَ الورَى آيَ الكتابِ وسُورةَ الفُرقانِ مِنَّا السلامُ عليك ما هبَّ الصَّبَا فوقَ الرُّبَى وشقائقِ النُّعمانِ اللهم صلِّ على محمدٍ وآلهِ وأزواجِه وذريَّته، كما صلَّيتَ على إبراهيم، إنك حميدٌ مجيد، وبارِك على محمدٍ وآلهِ وأزواجِه وذريَّته، كما بارَكتَ على إبراهيم وعلى آل إبراهيم في العالمين، إنك حميدٌ مجيد، وارضَ اللهم عن الأئمة الأربعةِ الخلفاء الراشدين، الأئمةِ المهديين: أبي بكرٍ، وعمر، وعثمان، وعليٍّ، وعن سائر الصحابة والتابعين، ومن تبِعَهم بإحسانٍ إلى يوم الدين، وعنَّا معهم برحمتك وكرمك يا أكرم الأكرمين.
اللهم أعِزَّ الإسلام والمسلمين، اللهم أعِزَّ الإسلام والمسلمين، اللهم أعِزَّ الإسلام والمسلمين، وأذِلَّ الشرك والمشركين، وسلِّم الحُجَّاج والمُعتمِرين، وسلِّم الحُجَّاج والمُعتمِرين، وسلِّم الحُجَّاج والمُعتمِرين، والمُسافِرين في برِّك وبحرِك وجوِّك أجمعين.اللهم آمِنَّا في أوطاننا، اللهم آمِنَّا في أوطاننا، وأصلِح ووفِّق أئمَّتنا وولاةَ أمورِنا، وأيِّد بالحقِّ إمامَنا ووليَّ أمرنا.اللهم وفِّق إمامَنا خادمَ الحرمين الشريفَين لما تحبُّ وترضى، وخُذ بناصيَته للبرِّ والتقوى، وهيِّئ له البِطانةَ الصالحة التي تدلُّه على الخير وتُعينُه عليه، اللهم وفِّقه ووليَّ عهده وإخوانَهم وأعوانَهم إلى ما فيه صلاحُ الإسلام والمسلمين، اللهم اجزِهم خيرَ الجزاءِ وأوفرَه جزاءَ ما قدَّموا ويُقدِّمون لخدمةِ حُجَّاج بيتك الحرام.اللهم اجعل ذلك في موازين أعمالهم وصفحات حسناتهم يا ذا الجلال والإكرام.اللهم وفِّق جميعَ وُلاة أمور المسلمين لما تحبُّ وترضى، وخُذ بنواصِيهم للبرِّ والتقوى، واجعلهم لشرعِك مُحكِّمين، ولسنَّة نبيِّك – صلى الله عليه وسلم – مُتَّبعين، ولأوليائك ناصِرين.اللهم أصلِح أحوالَ المسلمين في كل مكان، اللهم أصلِح أحوالَ المسلمين في كل مكان، اللهم اكشِف الغُمَّة عن هذه الأمة، اللهم اكشِف الغُمَّة عن هذه الأمة، اللهم اكشِف الغُمَّة عن هذه الأمة، اللهم احقِن دماءَ المسلمين، اللهم احقِن دماءَ المسلمين، اللهم احقِن دماءَ المسلمين، واحفَظ أمنَهم وإيمانَهم واستقرارَهم في كل مكان يا رب العالمين.اللهم أنقِذ المسجدَ الأقصى، اللهم أنقِذ المسجدَ الأقصى، اللهم أنقِذ المسجدَ الأقصى من المُحتلِّين المُعتدين، اللهم اجعله شامِخًا عزيزًا إلى يوم الدين، اللهم عليك بالصهايِنة المُعتدين، اللهم عليك بالطُّغاة الظالمين فإنهم لا يُعجِزونك، اللهم شتِّت شملَهم، وفرِّق جمعَهم، واجعلهم عبرةً للمُعتبرين يا رب العالمين.(رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) [البقرة: 201].اللهم اغفر لفقيد الأمة الإسلامية سلطان بن عبد العزيز، اللهم اغفر له وارحمه، اللهم ارفَع درجاته في المهديِّين، اللهم ضاعِف حسناته في علِّيِّين، اللهم اخلُفه في عقِبِه في الغابِرين، اللهم اغفر لنا وله ولسائر المسلمين ولموتانا وموتى المسلمين يا رب العالمين.اللهم أنت الله لا إله إلا أنت، أنت الغنيُّ ونحن الفقراء، أنزِل علينا الغيثَ ولا تجعلنا من القانِطين، اللهم أغِثنا، اللهم أغِثنا، اللهم أغِثنا، اللهم أغِث قلوبَنا بالإيمان واليقين، وبلادَنا بالخيرات والأمطار والغيثِ العَميم.ربَّنا تقبَّل منَّا إنك أنت السميعُ العليم، وتُب علينا إنك أنت التوَّابُ الرحيم، واغفر لنا ولوالدينا ووالدِيهم وجميعِ المسلمين الأحياءِ منهم والميتين، برحمتك يا أرحم الراحمين.سبحان ربِّك ربِّ العِزَّة عما يصِفون، وسلامٌ على المُرسَلين، والحمدُ لله ربِّ العالمين.
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/11/khutbah-jumaat-dr-as-sudais-sesudah.html
Khutbah Arafah 1432
http://abuanasmadani.blogspot.com/2011/11/khutbah-arafah-1432h-2011h.html