Rehlah al-Haj 1430H

Abu Anas ke Makkah untuk menunaikan haji serta memberi bimbingan kepada jemaah haji yang bersama dalam pakej Ash-HAR Travel
Hari Pertama: (10 Nov) Rombongan kami dari KB terbahagi dua. ada yg berlepas jam 4.30pm dari KB, sampai di KLIA terpaksa menunggu bas yang disediakan oleh TH dari Jam 5 lebih sampai 9.30pm baru ada bas, dibawa ke Kelana Jaya.
Rombongan kedua 7.50pm dari KB sampai klia terpaksa menunggu pula hingga jam 11pm lebih. Inilah yg disebut oleh ulama’ “Musafir adalah sebab / punca yg membawa kelonggaran”. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan perjalanan kami, pergi dan balik, serta mendapat haji yg mabrur. AAN KLIA 10 Nov 2009. Jam 11.25pm

Di Kelana jaya

Setelah sampai di Kompleks Haji Kelana Jaya, sekali lagi rombongan kami terpaksa berehat di mana-mana tempat / ruang kosong, menunggu giliran masuk bilik rehat dalam dewan Jurga. Masjid pula dikunci walaupun pada musim haji yang penuh dengan para jemaah dan keluarga yang menghantar / mengiringi jemaah haji. Ada yang tidur di kaki lima bangunan, di tangga masjid dll, nasib baik juga malam tu tak hujan. Jam 4.00 pagi barulah rombongan kami dapat masuk dewan Jurga, alhamdulillah. Selepas itu perjalanan lebih lancar.
Sampai di Jeddah 7.40pm waktu Arab Saudi, alhamdulillah rombongan kami tidak terlibat dengan solat “HORMAT WAKTU” yang diajar kepada jemaah haji oleh para pengkursus haji di Malaysia. kami solat maghrib & Isya’ di Bumi Jeddah / Makkah. Proses paspot dan cek barang2, naik bas ke Makkah mengambil masa 7 jam, Allahulmusta’aan. Kami sampai di Hotel Firdaus Al-Ghazzah, Makkah jam 2.00am….

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *