Isi Kandungan
Pendahuluan
Persatuan Alumni Universiti Islam Madinah Kelantan (PAUIMK) telah menganjurkan “Seminar Sirah Nabi SAW (SSINA 1432H)” , bertempat di Dewan Johor , Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Nilam Puri, pada hari Sabtu, 17 Rejab 1432H, bersamaan 19 Jun 2011.
PAUIMK ini telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 26 Mac 2005. http://alumnimadinah.blogspot.com/2008/10/pengenalan.html
Alhamdulillah seminar berjalan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan. Tiga buah kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Insya’Allah prosiding seminar akan dikeluarkan dalam bentuk buku oleh (PAUIMK).
Kertas Kerja Pertama
PENGENALAN SIRAH NABAWIYYAH DAN SUMBERNYA. Oleh: Ustaz Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman. Prof Madya, APIUM, Nilam Puri. http://www.mediafire.com/?8xz6a966jbvdd02
Kertas Kerja Kedua
KEPENTINGAN MEMAHAMI FIQH SIRAH RASULULLAH SAW. Oleh Al-Faqir Ilallah, Abu Anas Madani. http://www.mediafire.com/?6erh8lbuqho3rok
Kertas Kerja Ketiga
ISU-ISU DALAM SIRAH NABI SAW. Oleh: Dr Ahmad Najib Hj Abdullah Al-Qari. (Ph.D Tafsir Universiti Islam Madinah). Pensyarah Kanan, APIUM, Nilam Puri. http://www.mediafire.com/?6l8hvy3xyz7izqz
Diantara isu yang dibincangkan: Penentuan Tarikh Lahir Nabi saw, Umur Ummul Mukminin Khadijah ra dan ‘Aishah ra ketika berkahwin dengan Nabi saw, Qisah Al-Gharaniq dan lain-lain.
Penutup
Kemudian ucapan oleh YDP PAUIMK, Dr. Hilaluddin Abdullah, Timbalan Ketua Ekskutif (HEP) KIAS, diikuti dengan bacaan resolusi oleh Dr Ahmad Najib. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari, bersurai selepas makan tengahari dibahagikan bersama sijil penyertaan.
Akhukum,
Abu Anas Madani, PSD, 19/6/2011.