Seminar Sirah Nabi SAW

Persatuan Alumni Universiti Islam Madinah Kelantan (PAUIMK) telah menganjurkan “Seminar Sirah Nabi SAW (SSINA 1432H)” , bertempat di Dewan Johor , Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Nilam Puri, pada hari Sabtu,  17 Rejab 1432H, bersamaan 19 Jun 2011.

PAUIMK ini telah ditubuhkan dan didaftarkan pada 26 Mac 2005. http://alumnimadinah.blogspot.com/2008/10/pengenalan.html

Alhamdulillah seminar berjalan lancar dengan kehadiran yang menggalakkan. Tiga buah kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar tersebut. Insya’Allah prosiding seminar akan dikeluarkan dalam bentuk buku oleh (PAUIMK).

Kertas Kerja Pertama:

PENGENALAN SIRAH NABAWIYYAH DAN SUMBERNYA. Oleh: Ustaz Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman. Prof Madya,  APIUM, Nilam Puri. http://www.mediafire.com/?8xz6a966jbvdd02

Kertas Kerja Kedua:

KEPENTINGAN MEMAHAMI FIQH SIRAH RASULULLAH SAW. Oleh Al-Faqir Ilallah, Abu Anas Madani. http://www.mediafire.com/?6erh8lbuqho3rok

Kertas Kerja Ketiga:

ISU-ISU DALAM SIRAH NABI SAW. Oleh: Dr Ahmad Najib Hj Abdullah Al-Qari. (Ph.D Tafsir Universiti Islam Madinah). Pensyarah Kanan, APIUM,  Nilam Puri. http://www.mediafire.com/?6l8hvy3xyz7izqz

Diantara isu yang dibincangkan: Penentuan Tarikh Lahir Nabi saw,  Umur Ummul Mukminin Khadijah ra dan ‘Aishah ra ketika berkahwin dengan Nabi saw, Qisah Al-Gharaniq dan lain-lain.

Kemudian ucapan oleh YDP PAUIMK, Dr. Hilaluddin Abdullah, Timbalan Ketua Ekskutif (HEP) KIAS, diikuti dengan bacaan resolusi oleh Dr Ahmad Najib. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari, bersurai selepas makan tengahari dibahagikan bersama sijil penyertaan.

Akhukum,

Abu Anas Madani, PSD, 19/6/2011.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *