Surah Taha: Ayat 17-23
Mukjizat Nabi Musa A.S, Tongkat Menjadi Ular & Tangan Mengeluarkan Cahaya
Mukjizat Nabi Musa A.S, Tongkat Menjadi Ular & Tangan Mengeluarkan Cahaya

Muqaddimah
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Taha dengan ayat 17 sehingga ayat 23 dalam juzuk keenam belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan tentang dua mukjizat Nabi Musa A.S yang terawal dan yang besar yang Allah anugerahkan iaitu:
- Pertama tongkatnya yang berasal dari kayu mati yang kering bertukar menjadi ular yang hidup & bergerak.
- Yang kedua tangan Nabi Musa menjadi putih dan mengeluarkan cahaya yang indah.
Pertemuan pertama munajat Nabi Musa dengan Allah ini adalah seumpama sesi latihan untuk Musa bertemu dengan Fir'aun nanti!
Ini sebagai persiapan & persediaan rapi bagi Musa. - Munasabah dengan ayat sebelumnya:
- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan kepada Nabi Musa tentang asas iman – Allah perkenalkan diri-Nya Allah, jangan sembah selain-Nya, berzikir dan solatlah untuk mengingati Allah.
Serta untuk berdakwah menyampaikan kebenaran kepada kaumnya & Fir'aun. - maka dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa Dia akan memberi beberapa mukjizat utama yang awal kepada Nabi Musa sebagai tanda atau dalil kebenaran dakwahnya.
Semua ini untuk menguatkan hati & perjuangan Nabi Musa sebagai sokongan dari Allah untuk berlawan dengan musuhnya!
- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan kepada Nabi Musa tentang asas iman – Allah perkenalkan diri-Nya Allah, jangan sembah selain-Nya, berzikir dan solatlah untuk mengingati Allah.
Tafsir Ayat
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Ayat 17 وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ يَا مُوسَىٰ ﴿١٧﴾ {"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"} [Taha 20:17]
- Allah mulakan perbualan dengan bertanya kepada Nabi Musa tentang apa yang ada di tangan kanannya!
*Ini untuk menghilangkan gementar dan kegugupan Musa a.s.
Ia juga mengajar kepada kita seeloknya tongkat dipegang dengan tangan kanan! - Allah s.w.t bertanya kepada Nabi Musa bukan kerana Dia tak tahu tetapi untuk memberitahu Musa dan supaya pasti bahawa yang ada di tangannya itu memang tongkat kayunya!
- Nota [854] Dalam ayat ini Allah Ta’ala mulai menerangkan tentang mukjizat yang akan dikurniakanNya kepada Nabi Musa a.s yang membuktikan kerasulannya. Mukjizat itu ialah tongkat yang sedang dipegangnya.
Ayat 18 قَالَ هِيَ عَصَايَ أَتَوَكَّأُ عَلَيْهَا وَأَهُشُّ بِهَا عَلَىٰ غَنَمِي وَلِيَ فِيهَا مَآرِبُ أُخْرَىٰ ﴿١٨﴾ {Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".} [Taha 20:18]
- Nabi Musa lalu menjawab: Ini adalah tongkatku!
- Nota [855] Setakat ini sempurnalah jawapan Nabi Musa, tetapi oleh kerana ia suka berkata-kata dengan Tuhannya lebih lama, lalu ia menyebutkan tentang kegunaan tongkat itu.
- Tetapi Musa terus berkata-kata kerana dia suka untuk berinteraksi dengan Tuhannya lebih lama & panjang keterangannya tentang kegunaan tongkatnya pula.
Kerana itulah peluang yang pasti amat bernilai. - Kata Musa lagi menerangkan kegunaan tongkat itu kepadanya:
- aku bertekan atasnya semasa berjalan,
- dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku,
- dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.
- Tentang firman Allah: {… dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur} – Kata Ibnu Kathir rhm daripada Imam Malik: Yakni orang menggunakan kepala tongkat yang bengkok itu untuk mengait dahan pokok dan menggugurkan daunnya dengan cara lembut sehingga tidak mematahkan dan merosakkan dahan pokok itu!
- Tentang firman Allah ini pula: {… dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu.} – kata ulama' ia boleh diguna juga sebagai:
- penghadang atau tanda tempat solat jika solat di tempat terbuka – sebagai sutrah.
- sebagai penghalau kambing belaannya!
- sebagai bantuan berjalan, bertekan untuk orang yang uzur.
- menahan tuannya daripada tergelincir di tempat licin.
Ada juga kini tongkat khas untuk hiking! - jika panas boleh diletakkan kain menjadi sebagai payung!
- untuk mendekatkan benda jauh – dengan mengaitnya dengan tongkat.
- untuk mengetuk pintu (zaman dulu).
- sebagai senjata penyelamat dari anjing liar atau binatang apa saja.
Contoh hari ini boleh menyelamatkan kita dari serangan monyet!
*Tongkat juga boleh menjadi sebagai satu amalan Sunnah (سُنَّة) atau sebagai tanda usia tua seseorang (سِنَّة).
Ayat 19 قَالَ أَلْقِهَا يَا مُوسَىٰ ﴿١٩﴾ {Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"} [Taha 20:19]
- Kemudian Allah memerintahkan Nabi Musa untuk mencampakkan tongkat yang dipegangnya itu!
Ayat 20 فَأَلْقَاهَا فَإِذَا هِيَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ ﴿٢٠﴾ {Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.} [Taha 20:20]
- Nabi Musa terus ikut perintah Allah dan mencampakkan tongkatnya tanpa teragak-agak!
- Tiba-tiba tongkat itu berubah menjadi seekor ular yang benar-benar hidup, yang peliknya ular itu besar tetapi bergerak dengan pantas dan lincah seperti seekor ular yang kecil.
- Nabi Musa amat terkejut dan menjadi takut melihatnya!
*Jika kita pun pasti akan takut melihatnya!
Ayat 21 قَالَ خُذْهَا وَلَا تَخَفْ ۖ سَنُعِيدُهَا سِيرَتَهَا الْأُولَىٰ ﴿٢١﴾ {Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.} [Taha 20:21]
- Kemudian Allah perintahkan Nabi Musa untuk menangkap dan mengambil ular itu!
Serta janganlah kamu takut kerana ular itu tidak akan memberi mudharat kepada kamu! - Yakni Allah perintahkan Nabi Musa untuk tangkap ular itu dan dalam masa terus nyatakan agar jangan takut kerana Allah akan jaganya!
Ular itu adalah mukjizat yang Allah kurniakan kepadanya! - Firman Allah s.w.t juga tentang kisah ini:
{"Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu". (Ia pun mencampaknya), maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah ia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): "Wahai Musa, datanglah kemari dan janganlah engkau takut. Sesungguhnya engkau dari orang-orang yang beroleh aman.} [Al-Qasas: 31]. - Jangan takut ini kerana nanti Allah akan ubah tukarkan ular kembali menjadi kepada bentuk asalnya iaitu tongkat Nabi Musa tadi! Jangan bimbang & takut.
- Mukjizat ini amat ajaib – Allah tanya kepada Nabi Musa dulu apa yang ada di tangannya itu untuk memastikan kepada Musa bahawa tongkat itu adalah sebatang kayu yang tidak bergerak dari asalnya – dengan kuasa Allah ia bertukar menjadi seekor ular yang hidup! Inilah mukjizat yang pertama!
Ayat 22 وَاضْمُمْ يَدَكَ إِلَىٰ جَنَاحِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ آيَةً أُخْرَىٰ ﴿٢٢﴾ {"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.} [Taha 20:22]
- Kemudian Allah perintahkan kepada Nabi Musa untuk memasukkan tangannya ke dalam bajunya dan kepitnya di bawah ketiaknya!
*Ini adalah mukjizat yang kedua. - Nota [856] Maksudnya: masukkanlah tangan kananmu melalui belahan dada bajumu, serta kepitkan dia di bawah ketiak kirimu, seperti yang tersebut dalam ayat 12 surah An-Naml.
- Firman Allah s.w.t:
- {"Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu) untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.} [An-Naml: 12].
- {"Masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tiada cacat; dan kepitlah tanganmu di celah ketiakmu ketika merasa takut (nescaya hilanglah takutmu). Yang demikian adalah dua bukti dari Tuhanmu (untuk engkau menunjukkannya) kepada Firaun dan kaumnya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka".} [Al-Qasas: 32].
- Allah nyatakan selepas itu tangannya akan menjadi putih, mengeluarkan cahaya yang indah bersinar, cahaya yang sejuk indah bukan putih seperti orang yang sakit kulit atau balau itu!
- Nota [857] Yakni apabila tanganmu dikeluarkan semula, ia kelihatan putih bersinar-sinar, sebagai mukjizat, bukan kerana penyakit sopak.
- Ini tanda kedua yang menunjukkan kenabian Nabi Musa a.s bersama dengan tongkat menjadi ular tadi!
Ayat 23 لِنُرِيَكَ مِنْ آيَاتِنَا الْكُبْرَى ﴿٢٣﴾ {"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.} [Taha 20:23]
- Allah nyatakan dua mukjizat ini adalah mukjizat Nabi Musa yang terawal dan terbesar sebelum datang mukjizat yang lain!
- Ia menunjukkan akan kebesaran dan kekuasaan Allah & kebenaran risalah Nabi Musa.
Maka akan tenang & yakin hatinya bahawa Allah akan menolongnya.
Ini menjadikannya lebih yakin dan berani untuk pergi berdakwah kepada kaumnya & Fir'aun!
Penutup & Faedah
- Ayat 17- {"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"}
Allah bertanya kepada Nabi Musa apa yang ada di tangannya!
Kata ulama' ini adalah soalan memulakan bicara untuk menjadikan Nabi Musa tidak gugup bukan kerana Allah tak tahu.
Kenapa Allah tanya, sedangkan Tuhan sudah tahu bahawa itu adalah tongkat?
Jawapannya:- untuk mensabitkan bahawa apa yang ada di tangan Nabi Musa itu adalah asalnya memang tongkatnya yang berasal dari kayu kering.
- Allah mahu menenangkan Nabi Musa yang pasti sedang berdebar dan terkejut hatinya apabila diseru Allah & menghadap-Nya!
Apabila telah dimulai perbualan tenang sedikit Nabi Musa. - soalan untuk mentaqrir dan menetapkan bahawa tongkat itu memang asalnya kayu.
- untuk menegakkan dalil bahawa Allah s.w.t boleh membuat tindakan dalam masa yang sama saja, secara spontan {كن فيكون} – apa yang Allah nak akan terjadi.
- Ayat 18- {Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".}
Nabi Musa menjawab soalan Allah dengan panjang lebar, detail dan lengkap walaupun soalan hanya satu.
Kata ulama': Ini adalah adab Nabi Musa yang amat sopan – menjawab kepada satu soalan dengan lebih detail dan terperinci.
Bukan kata orang tanya sepatah jawab sepatah – terutama sekali jika ditanya oleh ibu bapa atau guru!
Detailkan maklumat jangan sampai orang tua bertanya dua-tiga kali, bertanya khabar pun terpaksa diulang-ulang, tenangkan hati ibu bapa lebih-lebih jika dalam perjalanan yang jauh!
Kita usahakan menjawab pertanyaan mereka dengan penuh sopan dan lengkap supaya hati mereka tenang dan tidak bimbang!
Jangan hanya membalas dengan emoji atau stiker!
Kita kena belajar dengan Nabi Musa a.s ini!
Kerana itu kisah-kisah dalam al-Quran ini ada hikayat, ada adab, ada iktibar pengajarannya!
Sebagaimana uslub Nabi s.a.w memberi jawapan sehingga para sahabat tidak perlu bertanya dua kali, lalu tertanya-tanya akan keadaan kamu!
Hadis riwayat daripada Abu Hurairah r.a:
"Seorang lelaki bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم: 'Wahai Rasulullah, kami berlayar di laut dan kami membawa sedikit air bersama kami, tetapi jika kami menggunakannya untuk wudhu, kami akan kehausan. Bolehkah kami berwudhu dengan air laut?'
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: 'Airnya adalah suci dan bangkainya halal.'" [HR an-Nasaei]. - Ayat 19- {Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"} – apabila Allah s.w.t arahkan Nabi Musa untuk mencampakkan tongkatnya.
Ayat 20- {Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.}
Nabi Musa tanpa banyak soal terus mencampakkan tongkatnya.
Tiba-tiba tongkat itu menjadi ular yang hidup bergerak!
Ini adalah satu sesi latihan – Allah mengajar Nabi Musa persiapan untuk berdakwah & menghadapi Fir'aun – kamu jangan takut!
Ini sebagaimana beberapa firman Allah yang lain tentang ular Nabi Musa ini:- {Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar- هِىَ حَيَّةٌ تَسْعَىٰ} [Taha: 20].
- {Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata- هِىَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ} [Al-A’raf: 107].
- {Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil- كَأَنَّهَا جَآنٌّ} [An-Naml: 10].
Jadi ular jenis manakah sebenarnya kita nak kata?
Jawapannya ketiga jenis nama ular ini tidak bercanggah kerana: - Hayyah (حَيَّةٌ) ialah ular secara umum – yang besar atau kecik, jantan atau betina, ular lidi atau ular sawa - apa jenis saja ular; dipanggil hayyah dalam bahasa Arab.
- Thu’ban (ثُعْبَانٌ)- ialah satu ular besar!
Kerana itu dikata di dalam neraka ular besar Thu’ban ini yang menggigit orang yang tak solat! - Jaann (جَآنٌّ)- pula ialah ular jenis kecil yang bergerak pantas.
Kata ulama' menjelaskan isu ini: Tongkat Nabi Musa apabila dicampakkan pada permulaannya bertukar menjadi seekor ular yang biasa hayyah dulu kemudian membesar menjadi thu’ban yang bergerak pantas seperti jaann – ular kecil yang lincah!
Maka Allah sebut tiga jenis ular yang bertukar dari tongkat Nabi Musa untuk menunjukkan keajaiban dan mukjizatnya!
Ini kerana ular yang besar seperti ular sawa itu biasanya tidak bergerak lincah seperti ular kecil lain apatah lagi apabila ia kekenyangan!
Kerana itu dikatakan manusia yang pemalas seperti ular sawa yang kekenyangan, tersandar tidak bergerak!
Maka kita jangan jadi ular sawa ya tetapi rajinlah seperti jaann itu!
- Ayat 21- {Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.} – apabila melihat Nabi Musa takut – Allah perintahkan untuk ambil kembali tongkatnya dan jangan takut!
Yakni ada dua perkara dalam ayat ini – Allah perintahkan Musa jangan takut & agar bertanggungjawab terhadap barangnya iaitu tongkatnya.
Ada yang bertanya: Kenapa Musa takut sedangkan dia seorang nabi?
Jawapan:
Ini tidak pelik kerana Nabi Musa sebagai seorang manusia pastilah takut melihat ular itu kerana itu adalah naluri semula jadi manusia yang ketakutan apabila melihat sesuatu yang membahayakan.
Ia adalah sesuatu yang normal & tidak pelik – kerana bukan takut yang luar biasa.
Tetapi Allah sudah perintahkannya agar jangan takut itu sudah menjadi satu mukjizat dan bukan biasa lagi!
Maka takut benda bahaya adalah biasa & naluri manusia.
*Tetapi takut yang luar biasa ada juga. Contoh takut luar biasa ialah seperti seorang suami yang takutkan isteri! - Ayat 22- {"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.}
Allah menyuruh Nabi Musa memasukkan tangannya ke dalam bajunya seolah caslah kepada kulitnya – apabila keluar tangannya putih bercahaya yang indah!
Boleh saja jika Allah nak menjadikan tangan Nabi Musa terus bercahaya tanpa dimasukkan ke dalam bajunya; tetapi Allah nak mengajar kepada kita setiap sesuatu itu kerana ada usaha dan sebabnya!
Lalu tangannya apabila dikeluarkan dari bajunya menjadi putih bercahaya yang indah bukan putih seperti tangan yang kena penyakit kulit itu!
Inilah dua mukjizat Nabi Musa yang besar yang menunjukkan benar risalah Nabi Musa A.S.
Kata DDAAM – kisah dari gurunya Syeikh Syanqiti yang mengajar di Universiti Madinah peringkat dirasat ‘ulya, peringkat postgraduate atau PhD – dia selalu sebut dan ulang cerita nakal tentang kelebihan orang hisap rokok.
Katanya orang merokok ini kelebihannya banyak:
- Yang pertama, لا يشيخ — tak tua orang merokok ini.
Percayalah orang merokok tak tua. Sebab apa tak tua? Kebanyakannya mati muda lalu tak sempat nak jadi tua. - لا يسرقه اللصوص — pencuri tak masuk rumah dia. Kenapa?
Dia asyik batuk. Orang merokok tak tidur lena, batuk sepanjang masa jadi pencuri tak berani nak masuk kerana ada orang tak tidur. - لا تؤذيه الكلاب — anjing tak gigit dia. Sebab apa? Dia berjalan bawa tongkat lalu bila anjing tengok tongkat, lari ia.
- Yang keempat, dia jimat belanja.
Tak payah beli minyak wangi, cukup dengan semerbak bau asap rokoknya.
Ana tak ingat syeikh ini masih ada atau sudah tiada. رحمك الله ya Syeikh.
Dia mengajar kita di peringkat PhD, mengajar usul fiqh.
Ini adalah cerita lucu tentang perokok!
Kita berhenti setakat ini dulu tentang mukjizat Nabi Musa a.s, cerita tongkat & tangannya.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita secara ringkas untuk hari ini semoga memberi kefahaman & manfaat.
Insya-Allah kita sambung esok iaitu Nabi Musa setelah diberi kekuatan, mendapat arahan untuk bertemu dengan Fir'aun.
Wallahu a’lam.
Daftar percuma untuk menyimpan nota dan menjejak bacaan.
Ada soalan tentang ayat ini?
Hantar kepada Dr. Abu Anas — jawapan terpilih disiarkan.