
Latar Belakang
Dalam dunia keilmuan Islam kontemporari di Malaysia, nama Dato’ Dr. Abdul Basit bin Haji Abdul Rhaman atau lebih dikenali dengan Dr Abu Anas Madani, tidak asing lagi. Beliau merupakan antara tokoh ulama dan pensyarah yang gigih memperjuangkan kefahaman Islam berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan warisan turath (kitab-kitab lama) dengan pendekatan yang relevan, bersahaja dan penuh hikmah.
Dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan, Dato’ Dr. Abu Anas merupakan anak kepada seorang tokoh pondok yang juga pengasas Madrasah Muhammadiah. Semangat mencintai ilmu mula terpahat sejak kecil melalui persekitaran pendidikan pondok yang begitu hidup dengan tradisi talaqqi dan ilmu agama.
Beliau berkahwin dengan Ummu Anas Madani pada Ogos 1995, seorang isteri yang juga berkelulusan LLB (Hons) dari UIAM dan pernah mendalami Pengajian al-Quran dan Bahasa Arab di Madinah. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam cahaya mata: Anas Madani, ‘Amir Madani, ‘Asim Madani, As‘Ad Madani, Iffah Adni, dan Ahmad.
Perjalanan Akademik & Keilmuan
Dato’ Dr. Abu Anas memulakan pendidikan awal di madrasah keluarganya, Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Syariah) pada tahun 1995, Sarjana (2000) dan seterusnya meraih Ph.D dalam Syariah pada tahun 2005, menjadikannya antara rakyat Malaysia terawal yang menamatkan pengajian di peringkat ini di universiti tersebut.
Bidang pengkhususan beliau adalah dalam fiqh Syafie, dengan tumpuan terhadap teks klasik seperti karya Abi Said al-Istakhri dan Ibnu Rif’ah, selain turut meneliti isu-isu fiqh kontemporari seperti perubatan Islam, maqasid syariah dan pendidikan Islam tradisional.
Peranan & Sumbangan
Berkhidmat sebagai Musyrif (Penyelia) Madrasah Muhammadiah, Pondok Sungai Durian dan beliau juga memegang pelbagai jawatan penting termasuk:
- Pengerusi Yayasan Pondok Sungai Durian.
- Pensyarah Jabatan Al-Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, Kelantan [12 Dis. 2007-2024].
- Penasihat Kehormat Pertubuhan Dakwah Unlimited (2017-Kini).
- Ahli Panel Pakar Akidah JAKIM [2021].
- Ikon Dakwah YADIM [2021-2023].
- Ahli Lembaga Penasihat Syariah Hospital Universiti Sains Malaysia [2020-2025].
- Ahli Majlis Penasihat Syari’ah Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) [2019-2023].
- Ahli 10 Kumpulan Pemikir (10 Team Think Tank) Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) K. Bharu [1-1-2021 – 31-12-2022].
- Ahli NGO “MURSHID” yang menghimpunkan 20 orang asatizah untuk membantu masyarakat dalam bidang agama & dakwah. (2011 – Kini).
- Ahli Panel Majlis Perundingan Islam (MPI) Malaysia [2016-2018].
- Pembimbing Kepada Jemaah Haji Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd [2000-2019].
- Pembimbing Kepada Jemaah Haji Tri-D Travel & Tour Sdn Bhd [2022-2024].
- AJK PERKIM Negeri Kelantan (2008-2010-2014).
- Mantan Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan. [Tahun 1428-1429H].
Keaktifannya dalam NGO seperti MURSHID, serta peranannya dalam panel-panel perundingan dan penasihat agama di peringkat negeri dan kebangsaan menunjukkan keluasan pengaruh beliau dalam membentuk dasar-dasar Islam secara praktikal di Malaysia.
Karya & Penulisan
Sebagai seorang tokoh ilmuan, Dato’ Dr. Abu Anas turut prolifik dalam penulisan karya ilmiah. Antara hasil pena beliau dalam Bahasa Arab termasuk tesis Ph.D bertajuk Fiqh Abi Said Al-Istakhri Asy-Syafei dan tesis M.A mengenai kitab Al-Matlab Al-‘Aali Fi Syarh Al-Wasit Al-Ghazali.
Dalam Bahasa Malaysia, beliau banyak menerbitkan buku ilmiah dan terjemahan antaranya:
- Makkah Mukarramah; Kelebihan & Sejarah, Terbitan Telaga Biru.
- Madinah Munawwarah; Kelebihan & Sejarah, Terbitan Telaga Biru.
- Islam Agama Yang Sempurna (Terjemahan). Terbitan Telaga Biru.
- 41 Kelebihan Nabi S.A.W, (Terjemahan). Terbitan Telaga Biru.
- Keindahan Islam (Terjemahan). Terbitan Telaga Biru.
- Perisai Muslim, Zikir & Doa dari Al-Quran dan Hadis (Terjemahan -Edisi Rumi & Jawi) Terbitan Telaga Biru.
- Zikir Waktu Pagi & Petang serta Zikir Selepas Solat, (Edisi Rumi & Jawi)Terbitan Telaga Biru.
- Rukun Iman (Terjemahan). Terbitan Dartaibah Solutions.
- Rukun Islam (Terjemahan). Terbitan Jabatan Kajian Ilmiah, UIM.
- Hijrah Rasulullah S.A.W, Terbitan JAHEAIK.
- Sunnahmu Amalanku. Terbitan Telaga Biru.
- Tenang Dengan Ujian. Terbitan Telaga Biru.
- Rahmat Dalam Perbezaan. Terbitan Telaga Biru.
- Musafir Menuju Allah S.W.T.
- Dunia Bukan Syurga. – Karangkraf.
- Rahmat Allah Tidak Pernah Terhenti – Karangkraf.
- Syarah Kepada Kitab “Munyatul Musolli” – Terbitan Telaga Biru.
- Syarah Kepada Kitab “Penawar Bagi Hati” – PTS
- Syarah Kepada Kitab “Anak Kunci Syurga” – PTS.
- Terjemahan kepada kitab “Tahzib as-Sirah an-Nabawiyyah.” Dar Taibah.
- Sehari Dalam Kehidupan Nabi S.A.W – Ikon Syabab (Dis. 2021)
Beliau juga sering menjadi kolumnis majalah seperti SOLUSI, Al-Ustaz, Dian dan Majalah I, mengulas isu-isu berkaitan sunnah, maqasid dan fiqh.
Pengajaran Kitab & Dakwah
Bersandarkan latar belakang pondok dan pengajian formal di Madinah, beliau menggabungkan dua kekuatan besar dalam dakwah terutama turath klasik dan kefahaman kontemporari. Beliau aktif mengajar pelbagai kitab seperti:
- Munyah al-Musalli. Karangan Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. Syarah di Radio IKIM dalam ruang “Pondok Warisan”.
- Al-Bahjah Al-Mardhiyyah, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni.
- Kitab Muqaddimah Bughyah At-Tullab, Sheikh Daud B. Abdullah Al-Fatoni. Bab Kelebihan Ilmu. (Tahqiq).
- Kitab al-Fiqh al-Manhaji , Feqah Mazhab Syafie, Jilid 1.
- Kitab al-Fiqh al-Manhaji , Feqah Mazhab Syafie, Jilid 6.
- Syarah Kitab Fiqh Manhaji lengkap Jilid 1-8.
- Kitab Hidayah as-Salikin, Syeikh Abdul Samad al-Falembani.
- Kitab MUKADDIMAH Mestika Hadis, Sheikh Abdullah Basmeih.
- Kitab Mestika Hadis, Jilid 1 (Iman).
- Kitab Mestika Hadis, Jilid 2 (Solat).
- Bidayah al-Suul, Sultan Ulama’, Izzuddin Bin Abdul Salam.
- Perisai Muslim.
- Siri Kuliah Kitab Anak Kunci Syurga.
- Siri Kuliah Kitab Penawar Bagi Hati.
- Kitab Syarah Riyadhus Solihin Jilid 1.
- Kitab Syarah Riyadhus Solihin Jilid 2.
- Muqaddimah Aqidah Muslimin.
- Kuliah Kitab Iman: Rukun, Hakikat & Pembatalan.
- Syarah Kitab Beriman Kepada Allah.
- Kursus Haji Lengkap.Kitab Aafaat ‘Alattoriq (Wabak Sepanjang Jalan) karangan Dr Sayed Muhammad Noh.
- Kitab Aafaat ‘Alattoriq (Wabak Sepanjang Jalan) karangan Dr Sayed Muhammad Noh. (VCD: 7 Siri).
- Kitab Fiqh Al-Mu’tamad Mazhab Syafie – Dr. Muhammad Az-Zuhaili Jilid 1 Bab Toharah & Solat (116 Siri Kuliah).
- Kitab Bahrul Mazi Jilid 1 Bab Taharah.
Kelas dan kuliah beliau boleh diikuti secara dalam talian melalui Channel YouTube: Halaqah Abu Anas Madani, yang mengandungi ratusan siri kuliah dari pelbagai kitab utama.
Sumbangan Ilmiah – Seminar & Konvensyen
Dato’ Dr. Abu Anas Madani juga dikenali sebagai penceramah, pembentang dan pengkaji aktif dalam pelbagai konvensyen keilmuan. Lebih 50 kertas kerja telah dibentangkan dalam pelbagai seminar peringkat kebangsaan termasuk:
- Maratib Maqasid Syariah Fi Jalbi Al-Masalih Wa Daf’u Al-Mudhar. Terbitan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). Bil V, Rejab 1430h/2009.
- Kaedah Menyantuni Dan Bermuamalah Dengan Turath. Terbitan: Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim). Bil.5 2012/1433h.
- Mesyuarat Jk Penyelidikan Dan Membasmi Ajaran Sesat 2020 – Maik. Kota Bharu [8/12/2020].
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Program (JKPP) Diploma Pengajian Turath Islami (Upsi) [14 Feb 2017].
- Majalah Solusi (Terbitan Telaga Biru) Ruang: Syiar – Haramain.
- Majalah Al-Ustaz Ruang: Bicara Sunnah & Hikmah Ibadat.
- Majalah Dian Ruang “Maqasid Syariah”.
- Majalah I Dalam Mimbar Utama.
- Solat Nabi Saw Zahir Dan Batin. (Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan – JAHEAIK, 2007).
- Amal Ma’ruf Nahi Munkar (Penglibatan Semua Pihak). (Anjuran: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan – JAHEAIK, 2007).
- Panduan Bersuci (At-Toharah) & Solat Untuk Pesakit. (Anjuran: Hospital Raja Perempuan Zainab2, Kota Bharu & JAHEAIK, 2007).
- Ibadah Haji Masyarakat Nusantara: Antara Nas Dan Tanggapan Umum. (Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Perlis, 2007).
- Disiplin Ilmu As-Sunnah: Suatu Pengenalan. (Anjuran: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, 2008).
- Bagaimana Menangani Masalah Khilafiah. (Anjuran: Unit Ta’mir Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK, 2008).
- Menjana Kekuatan Bersama Memantapkan Kepimpinan Masyarakat. (Anjuran: Urusetia Pembangunan Wanita, Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, 2008).
- Pendidikan Islam Tradisional: Relevensi Dengan Keperluan Semasa. Seminar Pendidikan Tinggi Islam Serantau: Cabaran Dan Prospek. Anjuran: Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (Citu), Universiti Teknologi Mara (Uitm). Shah Alam. 14-15 April 2009.
- Perkembangan Fiqh Islam Masa Kini. (Anjuran: Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), 2009.
- Maqasid Al-Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara. (Anjuran: Jabatan Al-Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) & JAHEAIK 2009).
- Amar Ma’ruf Nahi Munkar. Seminar Anjuran: Jaheaik – 2009.
- Ta’abudiahdalam Profesion Keguruan. Anjuran: IPGM Kampus Kota Bharu, 2009.
- Kaitan Merokok Dengan Kualiti Iman Ke Atas Umat Islam. Anjuran: Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. 19 Ogos 2009 – 28 Sya’ban 1430.
- Solat Nabi Saw Zahir Dan Batin. Bengkel Ksempurnaan Solat, Anjuran: Kampus Kesihatan, USM Kelantan.23 Januari 2010.
- Beberapa Hukum Berkaitan Kanak-Kanak. Anjuran: Unit Ta’mir Masjid, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan. Julai 2010.
- Asas-Asas Fiqh Perubatan Kontemporari. Anjuran:, HUSM Kubang Kerian, Kelantan. 09 Ogos 2010 (28 Sya’ban 1431)
- Merungkai Kesempurnaan Solat. Daurah Tahsin Solat. Anjuran: Maahad Integrasi Tahfiz Sains Dan Teknologi, Kelang, Selangor.01 Ramadhan 1431h.
- Panduan Bersuci (At-Toharah) & Solat Untuk Pesakit. Anjuran: Unit Ta’mir Masjid, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, MAIK, 1 Sya’ban 1430h- 23 Julai 2009. Telah Dibentangkan Di Beberapa Tempat.
- Kursus Pengukuhan Modul Pendidikan Islam 1, Ajuran: Politeknik Kota Bharu. 31 Mei 2010/17 J2 1431h.
- Pelancaran Skuad Kito Cakno Tanggungjawab Keluarga & Penjaga Terhadap Kesihatan Dan Ibadah Pesakit. Anjuran: Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan. 26 Rabiulakhir 1432h / 31 Mac 2011 (Khamis).
- Kepentingan Amal Jama’ei. Anjuran: Persatuan Kebajikan Islam Pos Malaysia- Kelantan. 06 Ogos 2010.
- Zina; Punca, Kesan & Hukum. Anjuran: Unit Ta’mir Masjid, Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan 22 Feb 2011.
- Negara Berkebajikan; Dari Perspektif Siasah Syar’iyyah. Seminar Siyasah Syariah, Anjuran: Jabatan Al-Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), 19 Syawal 1432h/2011.
- Adab Berbeza Pendapat Dan Peranannya Dalam Mencari Persamaan. Seminar Berpegang Kepada Al Quran & Sunnah 2011, Anjuran: Kerajaan Negeri Perlis. Pada: 22 Hinga 24 April 2011.
- Kepentingan Memahami Fiqh Sirah Rasulullah Saw. Anjuran: Persatuan Alumni Universiti Islam Madinah Kelantan (Pauimk). Sabtu 17 Rejab 1432h, 19 Jun 2011.
- Konsep Perubatan Islam. National Ibn Sina Conference And Community Engagement 4 (Nice 4). Anjuran: PAPISMA. 7 Julai-10 Julai 2011 Di Kem Kijang, Kelantan.
- Kurikulum (Pondok) – Satu Cadangan, Pelaksanaannya Di Maahad Turath Dan Dakwah Negeri Selangor. Seminar & Bengkel Maahad Turath Dan Dakwah. 11 Sya’ban 1432h -13 Julai 2011, Shah Alam.
- Pelaksanaan Ibadat Dalam Keadaan Sakit; Kajian Hukum.Anjuran: MPP APIUM, Nilam Puri & Persatuan Ulama’ Malaysia Kelantan.12 Syawal 1432h / 10 Sep. 2011
- Aplikasi Maqasid Syar’iyah Dalam Amalan Perubatan. Konvensyen Hospital Mesra Ibadah (HMI-3) 2011. Anjuran: Unit Hal Ehwal Agama Islam Husm, Kota Bharu, Kelantan. Tarikh: 16 Oktober 2011 (18 Zulqa’dah 1432) Tempat: Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
- At-Tib An-Nabawi [Perubatan Cara Nabi Saw] Menurut Huraian Ibn Al-Qayyim. Anjuran: HUSM Kelantan. 2011 (HMI-3).
- Manhaj Berinteraksi Dengan Turath. Konvensyen Fiqh Ummah 2012. Anjuran: Multaqa Asatizah & Du’at (Murshid) & K-Fiqh Sdn. Bhd. Pada: 18-19 Februari 2012. Tempat: Pwtc Kuala Lumpur.
- Konvensyen Fiqh Ummah 2012 Pada 7 & 8 Julai 2012 Di UTM Skudai, Johor.
- Kaedah Menyantuni Dan Bermuamalah Dengan Turath. Anjuran: Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 20 Mac 2012 / 26 R.Akhir 1433h.
- Merungkai Kesempurnaan. Solat Daurah Tahsin Solat. Anjuran: Politeknik Kota Bharu, Kelantan.10 J.1 1433h / 02 April 2012.
- Bidadari Dunia. Anjuran: Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kesihatan Kerajaan Negeri Kelantan, Purnama & Puspanita. 2 J/Akhir 1433h / 24 April 2012.
- Fatwa-Fatwa Terkini Dalam Perubatan. Seminar Perubatan Islam Zon Utara 2012. Anjuran: Hospital Pulau Pinang. 23 April 2012.
- Perlaksanaan Fiqh Taisir Dalam Perubatan. Seminar Perubatan Islam Zon Utara 2012. Anjuran: Hospital Pulau Pinang. 23 April 2012.
- Menilai Kepelbagaian Sebagai Simbol Perpaduan. Seminar Fiqh 4 Mazhab, Anjuran: Darul Fiqh Masjid Al-Iman, Persatuan Muhammadiyah & Syukran International. Pada: 15 – 16 September 2012.
- Pembedahan Kosmetik. Anjuran: Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. 20 Sept 2012
- Merungkai Kesempurnaan. Anjuran K-Fiqh Sdn Bhd. Uiam Gombak, Selangor. November 2012.
- Kedudukan Anak Tak Sah Taraf Di Malaysia. Anjuran Kias & Unit Pembangunan Belia & Sukan (U-Bes) Kelantan.
- Hotel River View, Kota Bharu. 10 September 2012.
- Astaka Istana Negeri Kelantan. December 2012.
- Memperkasa Ummatan Wahidah Di Malaysia: Satu Tanggungjawab Bersama. Anjuran Institut Pengajian Ibnu Qayyim. 22 December 2012.
- Seminar Pemikiran Islam Semasa 2021. Tajuk: Realiti Kepelbagaian Pemikiran Islam Dalam Syariah Dan Aqidah. Tempat: Dewan Keusahawanan (UMK Kampus Kota) Pada 5/4/2021. Anjuran JAHEAIK & UMK.
- Konvensyen Keluarga Sakinah 2021. Tajuk: Hamil Anak Luar Nikah Pencegahan Dari Sudut Keluarga. Bertempat Di: Crown Garden Hotel, Kota Bharu. Tarikh: 12 April 2021 (Isnin). Anjuran JAHEAIK & UMK.
Tajuk-tajuk pembentangan beliau merangkumi isu-isu fiqh haji, fiqh wanita, pendidikan pondok, maqasid syariah dalam pentadbiran negara, solat pesakit, fiqh perubatan moden, hingga isu sosial seperti zina, anak tidak sah taraf dan perubatan cara Nabi SAW.
Penutup
Dato’ Dr. Abu Anas Madani adalah antara pendakwah zaman ini yang mampu mengabungkan warisan keilmuan Islam klasik dengan keperluan masyarakat moden.
Komitmennya terhadap penyebaran ilmu, kemantapan hujah dalam menyampaikan syariah, serta pendekatan yang seimbang dan berhikmah menjadikan beliau antara tokoh rujukan utama dalam landskap dakwah dan pendidikan Islam di Malaysia.
Semoga Allah menjaganya dan kita semua daripada segala perkara yang buruk.
