Surah Al-Kahfi: Ayat 71-73
Nabi Musa A.S Dan Khadhir Naik Kapal, Khadhir Menebuknya & Nabi Musa Bantah

Live Kuliah Pagi Rabu 19/08/2026 – 06 R. Awwal 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. AAM Tafsir Surah Al-Kahfi (23) Ayat [71-73]
Muqaddimah
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah al-Kahfi dengan ayat 71 sehingga ayat 73 dalam juzuk kelimabelas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan ujian pertama bagi Nabi Musa a.s Iaitu ketika Nabi Musa A.S dan Khadhir naik kapal bersama.
- Ketika di atas perahu itu Khadhir menebuknya dengan mencabut dua papan dindingnya! Ilmu nabi Musa tidak dapat menerima perbuatan itu.
- Nabi Musa membantah perbuatan Khidir yang nampak di matanya satu perbuatan yang membahayakan orang ramai dan tanpa sebab.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang Nabi Musa u-turun balik selepas perjalanan yang jauh dan akhirnya berjumpa Khadir yang berada di atas batu.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai Musa dari bani Israil yang datang untuk menuntut ilmu dengannya!
Khadir terus menyatakan bahawa Musa tidak akan mampu mengikutnya-
tetapi Musa terus merayu dan berjanji akan sabar {قَالَ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ صَابِرًا}
& tak akan langgar arahan- untuk dibenarkan mengikutnya kerana nak belajar!
Lalu Khadir menerimanya dengan memberi syaratnya.
ii- maka dalam ayat ini bermulalah episod pengembaraan mencari ilmu Nabi Musa bersama Khadir.
Mereka melalui beberapa peristiwa yang ajaib dan unik, yang di luar jangkauan & kotak pemikiran Nabi Musa.
- Beberapa perbincangan fakta yang tak disebut dalam al-Quran:
i- pemuda pengiringnya {فَتَىٰهُ}- ulama’ sepakat mengatakan dia adalah Yusya’ bin Nun bin Afra’im bin Yusuf a.s,
Iaitu keturunan nabi Yusuf a.s.- pembantu setia Musa. یوشع بن نون
ii- pertemuan dua Laut {مَجْمَعَ ٱلْبَحْرَيْنِ}- mengikut ramai pengkaji sejarah & ahli tafsir- laut ini ialah di pertemuan Laut Rom & Laut Parsi, atau di Laut Merah dekat Lautan Hindi.
*Yang jelasnya tak perlu kita korek cari apa yang Allah & Rasulullah s.a.w tak sebut- apa yang kita mahu adalah ibrah pengajaran dari setiap kisah ini!
iii- Khadir ini seorang nabi atau wali?
- Ramai ulama’ kata dia adalah seorang nabi dengan hujjah & dalil yang dibawa- ditarjihkan oleh al-Qurtubi.
**Ada juga kata dia hanya seorang wali & hamba Allah yang soleh- ulama’ semasa seperti Dr. Wahbah az-Zuhaili mentarjih pendapat ini. Ini juga pendapat al-Baghawi & Syeikh dalam Tafsir al-Munir.
iv- Apakah Khadir masih hidup sehingga sekarang?
Ramai ulama’ kata dia telah mati dan kita memilih pendapat yang mengatakan Khadir telah mati kerana tiada dalil dari al-Quran atau hadis Nabi s.a.w yang mengatakan sebaliknya.! wallahu a’lam.
Tafsir Ayat
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
فَانطَلَقَا حَتَّىٰ إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا ۖ قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا ﴿١٧﴾
Ayat 71- {Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.} (Al-Kahfi 18:71)
- Maka bermulalah perjalanan menuntul ilmu oleh Nabi Musa dengan mengikuti Khadir.
Ada yang bertanya di mana Yusya’- adakah dia ikut sekali?
*Ramai ulama’ kata pada waktu ini Yusya’ tidak ikut lagi!
Kerana ilmu itu adalah ilmu khas yang hanya Musa diizinkan untuk belajarnya.
- Kata ar-Razi rhm,: Apabila berkata: {Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”}-
Nabi Musa telah menggunakan pendekatan yang cukup beradab & sopan sehingga terbuka hati Khadir untuk menerimanya!
*Bahkan kata ar-Razi Nabi Musa telah menggunakan 12 jenis taktik rayuan untuk merayu Khadir agar menerimanya belajar!
- Kata-kata hikmah:
Maksudnya:“Sesiapa yang luas pengetahuannya dan banyak pembacaannya, akan sedikit bantahannya.”
Manakala sesiapa yang pergi mengaji belajar tetapi banyak mengkritik maka sedikit dapat ilmunya.
- Kisah Musa & Khadir melalui hadis Ubai lagi:
فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ، فَمَرَّتْ بِهِمَا سَفِينَةٌ، فَكَلَّمُوهُمْ أَنْ يَحْمِلُوهُمَا، فَعَرَفُوا الْخَضِرَ، فَحَمَلُوهُمَا بِغَيْرِ نَوْلٍ، أَيْ: بِغَيْرِ أَجْرٍ.
Maka berjalanlah Musa dan Khadir di tepi laut. Kemudian lalu sebuah kapal di hadapan mereka.
Mereka meminta supaya dibawa menaiki kapal tersebut.
Apabila mereka mengenali Khadir, mereka berkata: “Ini hamba Allah yang soleh.”
Lalu mereka membawa kedua-duanya naik tanpa bayaran, بِغَيْرِ نَوْلٍ iaitu بِغَيْرِ أَجْرٍ, tanpa mengambil tambang.
Kemudian Khadir pergi kepada salah satu papan kapal tersebut:
فَعَمَدَ الْخَضِرُ إِلَى لَوْحٍ مِنْ أَلْوَاحِ السَّفِينَةِ فَنَزَعَهُ.
Dia mencabut salah satu daripada papan kapal itu.
Ada riwayat menyebut:
فَخَرَقَهَا وَوَتَدَ فِيهَا وَتِدًا.
Dia merosakkan kapal itu dan memasang padanya suatu pasak.
Kapal yang asalnya elok dan cantik itu dibuat supaya nampak rosak, nampak “rongok”, tidak comel.
Apabila orang melihatnya, nampak seperti kapal yang rosak dan bertampal.
Bukan nak merosakkannya tetapi nak suruh nampak buruk.
*Semua ini dalam hadis riwayat Bukhari.
- Apabila Nabi Musa melihat perbuatan Khadir itu terus ditegurnya dan dibantahnya dengan mengatakan Khadir telah buat benda mungkar, benda yang tak baik kerana membahayakan orang ramai:
“Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar!!!
قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا ﴿٢٧﴾
Ayat 72- {Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”} (Al-Kahfi 18:72)
- Mendengar teguran & bantahan Musa itu terus Khadir berkata: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku!”
- Ini kerana kamu melihat perbuatan aku secara zahirnya seolah perbuatan mungkar sedangkan kamu tidak tahu sebabnya aku berbuat sedemikian-sedangkan aku buatnya dengan ilham dari Allah!
- Jangan pula ayat ini disalah-guna oleh orang pada zaman kita ini untuk membenarkan perbuatan yang tidak bertepatan dengan Syari’ah kita!
Manusia pada hari ini tiada yang ada ilmu ladunni sebagaimana Khadir ini!
قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا ﴿٣٧﴾
Ayat 73- {Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)”.} (Al-Kahfi 18:73)
- Mendengar teguran Khadir- terus Nabi Musa cepat-cepat memohon maaf & meminta uzur atas perbuatannya yang terlupa!
- Nabi Musa merayu agar Khadir jangan memarahinya, jangan mengambil kira & menghukumnya dari akibat perbuatannya yang terlupa akan janji mereka sebelum itu!
- Mengikut cerita dalam hadis Bukhari tadi lagi, Rasulullah s.a.w bersabda:
Bila Nabi Musa kata, jangan marah, aku lupa kali pertama ini:
قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: كَانَتِ الْأُولَى مِنْ مُوسَى نِسْيَانًا
Kata Rasulullah s.a.w: Inilah kali pertama Musa terlupa.
Apabila teringat dia kata: “Oh, aku terlupa.”
وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا-
Maafkan aku. Janganlah keraskan terhadap aku.
- Maka Khadir memaafkannya buat kali pertama itu dan mereka meneruskan perjalanan.
Kita lihat dalam ayat seterusnya nanti kerana kita pergi kepada pengajaran, fawaid kepada ayat-ayat yang kita baca hari ini.
Mudah-mudahan para pencinta ilmu mendapat manfaat & ilmu darinya, insya’ Allah!
Penutup & Faedah
- Ayat 71- {Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya.}– episod pertama berjalanlah Musa & Khadir di tepi laut.
Kerana Khadir kata kita nak pergi seberang laut!
Tidak lama kemudian datang perahu dekat mereka yang tuannya kenal Khadir dan mereka terus dijemput naik kapal itu!
Setelah naik kapal itu- tiba-tiba Khadir mencabut dinding kapal itu- ada kata cabut dengan tangan saja ada kata pukul dengan kapak.
Kita tengok kisahnya sebagaimana di dalam hadis Ubai r.a yang panjang tadi:
فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ، فَمَرَّتْ بِهِمَا سَفِينَةٌ، فَكَلَّمُوهُمْ أَنْ يَحْمِلُوهُمَا، فَعَرَفُوا الْخَضِرَ، فَحَمَلُوهُمَا بِغَيْرِ نَوْلٍ، أَيْ: بِغَيْرِ أَجْرٍ.
Maka berjalanlah Musa dan Khadir di tepi laut. Kemudian lalu sebuah kapal di hadapan mereka. Mereka meminta supaya dibawa menaiki kapal tersebut.
Apabila mereka mengenali Khadir, mereka berkata: “Ini hamba Allah yang soleh.”
*Lalu mereka membawa kedua-duanya naik tanpa bayaran, بِغَيْرِ نَوْلٍ iaitu بِغَيْرِ أَجْرٍ, tanpa mengambil tambang.
Kemudian Khadir pergi kepada salah satu papan kapal tersebut:
فَعَمَدَ الْخَضِرُ إِلَى لَوْحٍ مِنْ أَلْوَاحِ السَّفِينَةِ فَنَزَعَهُ.
Dia mencabut salah satu daripada papan kapal itu. Ada riwayat menyebut:
Yakni dia merosakkan kapal itu dan memasang padanya suatu pasak.
Kapal yang asalnya elok dan cantik itu dibuat supaya nampak rosak, nampak “rongok” dan tidak elok.
Apabila orang melihatnya, nampak seperti kapal yang rosak dan bertampal.
Pasti ada yang bertanya apa yang terjadi kepada pembantu Musa, Yusya‘ tu yang disebut pada awal kisah?
Adakah dia tak ikut bersama?
Jawapan:
Ini adalah kisah tentang Musa & Khadir sebagai watak utama manakala Yusya; hanyalah yang orang panggil macam selingan saja bukan watak utama.
وَيَحْتَمِلُ أَنْ يَكُونَ يُوشَعُ تَأَخَّرَ عَنْهُمَا
Maka para ulama tafsir kata, Yusya‘ tak ikut dalam perjalanan tu.
Kerana itu Allah Ta‘ala sebut dalam al-Quran dua saja. Iaitu:
لِأَنَّ الْمَذْكُورَ انْطِلَاقُ اثْنَيْنِ
Dua saja yang ada dalam cerita iaitu Nabi Musa dengan Khadir.
Ada juga pendapat mengatakan:
كَانَ مُوسَى قَدْ صَرَفَهُ وَرَدَّهُ إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ
Yusya‘, kau tak boleh ikut aku, kau kena balik. Balik kepada Bani Israil.
Ulama feqah pula mengeluarkan pendapat bahawa harus kita naik kapal di atas laut sekiranya tidak merbahaya.
Kalau berbahaya, tak ada orang nak naik dan tak makan ikanlah kita! Wallahu a’lam.
- Ayat 71- {Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya?
Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.}– apabila Nabi Musa tengok Khidir duduk pecah kapal ni, marah sangat dia.
Katanya:
قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
Kenapa kamu pecahkan kapal ini, apakah kamu nak tenggelamkan penghuninya? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu perkara yang besar.”
Yakni kesalahan yang dibuat Khadir pada pandangan Nabi masa iaitu; Yang pertama, buat rosak kapal, yang kedua, boleh tenggelam penhuni kapal- semua dalam keadaan bahaya!
Maka ulama’ tadabbur kata:
فِي أَنَّ الْأُمُورَ تَجْرِي أَحْكَامُهَا عَلَى الظَّاهِرِ
Apa-apa benda ini kita sebagai manusia biasa tengok pada zahir.
Jadi Nabi Musa menggunakan ilmu yang dia ada & dia terlupa kepada syarat untuk dia mengaji dengan Khadir.
Ilmunya tak ada seperti Khadir lalu dia guna ilmu Taurat dia; kena bantah bila orang buat benda mungkar.
Jadi Nabi Musa ingkar kepada perbuatan Khidir yang memecah kapal orang.
Selepas ini قَتْلُ الْغُلَامِ, kisah pembunuhan budak pula.
Maka perbuatan Khadhir ini pada zhirnya satu perbuatan yang mungkar- maka Nabi Musa dengan ilmu yang ada padanya tidak boleh diam, kena tegur, mengingkari perkara tersebut!!!!
Musa lupa bahawa dia telah berjanji dengan Khadir, menyalahi syarat & SOP untuk menuntut ilmu dengan Khadir jangan membantah atau bertanya akan perbuatannya!!!!
Nabi Musa kerana gopoh dan terlupa telah membuat satu kesilapan.
Para ulama’ buat kesimpulan:
Kita ni kalau silap sekali, janganlah ambil tindakan lagi.
Bagilah peluang, bagi chance dulu kata orang, jangan terus buang atau dihentikan.
Kerana itulah dalam masalah disiplin sekolah biasanya pelajar-pelajar ini diberi buang tiga kali- diberi amaran dulu kali pertama & kedua- apabila tiga kali baru boleh dibuang atau digantung sekolah!
Begitulah juga Nabi masa & Khadir ini- diberi peluanga 3 kali juga- dua kali dimaafkan- kali ketiga berpisahlah mereka!
- Ayat 71- {Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar”.}-
Nabi Musa a.s terus menegur apabila melihat perbuatan Khadir yang dirasakan telah melakukan sesuatu kesalahan yang besar atau kemungkaran.
Kata ulama tadabbur: Ini menunjukkan kepada hati orang beriman bila dia mantap dengan ilmu yang ada pada dia;
مَجْبُولَةٌ عَلَى إِنْكَارِ الْمُنْكَرِ-
dia tak boleh terima kemungkaran.
Sebab itu dalam hadis Nabi صلى الله عليه وسلم kata:
i- Siapa tengok benda mungkar, jika mampu ubah dengan tangan;
ii- jika tak mampu dengan tangan atau kuasa, maka dengan lidahnya iaitu kata-kata teguran & nasihat; فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ
iii- jika dengan lidah pun tak mampu juga, maka dengan hatinya;
Tak ingkar juga dengan hati, orang panggil hati mati.
Walaupun tuannya hidup, itu dipanggil mayat hidup, tuannya hidup dok makan ngap-ngap tetapi hati mati!
Pada zaman kita hari ini sangat bahaya sekali, para jemaah; apabila kita tengok benda mungkar, paling rendah darjat, mesti ingkar dengan hati kita.
Tengok orang buat maksiat, tengok orang tak tutup aurat, tengok apa saja dalam dunia ni mungkar, wajib ingkar.
Nabi Musa walaupun dia ada syarat kerana nak ikut Khadir, tapi dia tetap tak boleh tipu hati dia:
Tak mampu dia sabar sebab menyalahi ilmu dia.
Jadi kita ingkarilah perkara mungkar sebagaimana hadis riwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri R.A tadi:
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.” [HR Muslim].
Sabda Nabi S.A.W bahawa mencegah kemungkaran dengan hati—iaitu hati pun ingkar dengan mungkar, rasa benci dan tidak reda terhadap maksiat—adalah selemah-lemah iman.
Sesiapa yang langsung tidak ada rasa benci di hati terhadap maksiat & perkara mungkar, hilanglah tunjang iman yang asas itu.
Dalam riwayat lain Nabi s.a.w bersabda:
Tak ada lagi iman dalam hati dia walaupun sebesar biji sawi. Allahu Akbar.
Ini bahayanya orang yang tak mahu ingkar mungkar.
Ini menunjukkan bahawa dalam hati orang mukmin tidak boleh melihat kemungkaran, walaubagaimana sekalipun kita kena ingkar perkara mungkar jangan hanya biarkan & lihat begitu saja!
- Ayat 72- {Ia menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”}– mendengar bantahan Musa- Khadir terus menjawab.
Khadir marah dan mengingatkan Nabi Musa akan janji dan syarat mereka sebelumnya!
Apabila Khidir kena bantah, kena marah oleh Musa; dia marah kembali dan mengingatkan Musa akan perjanjian mereka dulu.
Kitalihat betapa eloknya susunan Allah Ta‘ala perihal cerita قَوْلِ الْخَضِرِ iaitu:
i- apabila Khidir marah kali pertama dia kata:
Tengok, أَلَمْ. Bukankah aku kata kamu tak mampu?
ii- kali kedua lepas pada dia bunuh budak, Musa bantah dengan keras, dia kata:
Ada tambahan لَكَ. Marah kuat betul, lebih marah daripada kali pertama, “Aku dah cakap kat engkau bahawa kau tak mampu.”
Kali kedua, أَلَمْ أَقُلْ لَكَ. “Aku dah cakap sama kamu. Aku dah cakap, aku dah beritahu kamu.”
Jadi ayat yang keluar tu, Khidir marah Musa, marah berat.
Sebab dua kali dah kacau dia, perbuatan dia yang mendapat ilmu dari Allah.
Jadi kata ulama’:
Maksudnya kali pertama tu taklah marah sangat lagi. Tapi bila kali kedua buat pula, marahnya lebih kuat.
Sebab tengok ayat Nabi Musa apabila dia bantah & marah Khadir kali kedua, lepas pada dia bunuh budak: لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُكْرًا- kamu telah buat sesuatu yang mungkar.
Jadi apabila marah Musa pun kuat, marah Khidir marah pun kuat juga- Allahu Akbar.
- Ayat 73- {Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)”
ini rayuan Nabi Musa selepas dia bantah Khadir untuk kali pertamanya!
Musa berkata, “Maaflah, aku terlupa, jangan ambil kira dengan apa yang aku lupa!
Maknanya Musa menyalahkan diri dia dan merayu agar Khadir jangan marah dan jangan: -وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا-
janganlah membebankan aku dengan perkara yang susah.”
Nabi Musa merayu, meminta maaf dan minta jangan disusahkan.
Begitulah dalam menuntut ilmu guru-guru kena bertolak-ansur, mudah memaafkan murid dan mempermudahkan urusan.
Jika kali pertama salah, jangan ambil tindakan tegas dulu, beri amaran dulu dan seumpamanya.
Kisah Musa & Khadir ini amat panjang menarik kerana itulah orang tulis kitab berjilid-jilid tentangnya.
Jadi kita yang dengar dan belajar sikit-sikit inipun semoga mendapat iktibar pengajaran yang memberi manfaat.
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir kita untuk surah al-Kahfi pada hari ini, semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Rabu 19/08/2026 – 06 R. Awwal 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Al-Israa’ 2026 (29 Siri) & Surah Al-Kahfi (Setakat Yang Ada) boleh dilihat di:
Link: Senarai main YouTube…
Link Nota: Facebook
Semoga Bermanfaat!