Surah Taha: Ayat 95-98
Anak Lembu Samiri
Nabi Musa A.S Marah Samiri, Dijatuhkan Hukuman Berat & Dibinasakan Anak Lembu

Live Kuliah Pagi Isnin 26/10/2026 - 15 J. Ula 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Taha (16) Ayat [95-98]
Muqaddimah
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Taha dengan ayat 95 sehingga ayat 98 dalam juzuk keenam belas.
- Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan Nabi Musa A.S marah kepada Samiri pula – bertanya apa yang telah berlaku.
Maka Samiri menceritakan apa yang telah dibuatnya untuk menyesatkan bani Israil.
3. Nabi Musa menjatuhkan hukuman berat ke atas Samiri – dia dihalau keluar dari kampung, tidak boleh duduk bersama orang ramai bahkan tidak boleh disentuh & menyentuh orang juga!
Tinggal bersama haiwan di padang pasir!
4. Kemudian dibinasakan anak lembu dengan dibakar dan dihancurkan lalu dibuang debunya di laut.
Lalu diperkemaskan semula aqidah, tiada Tuhan yang layak disembah dipuji melainkah Allah s.w.t!
*Dengan kisah Samiri sebagai penutupnya; berakhirlah kisah Nabi Musa yang panjang dalam surah Taha ini!
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang keadaan nabi Musa sekembalinya dari Tursina dan melihat sendiri apa yang terjadi kepada bani Israil yang sesat menyembah patung anak lembu!
Musa sangat marah kepada Nabi Harun yang menggantikannya dalam urusan kaum mereka.
Setelah mendengar penjelasan Harun dan reda kemarahannya Nabi Musa meneruskan siasatannya!
Begitulah sebagaimana kata pepatah Arab: Adalah tidak sama mendengar saja dengan melihat dengan mata kepala sendiri
- لَيْسَ الخَبَرُ كَالمُعَايَنَةِ.
- maka dalam ayat ini nabi Musa siasat dan muhasabah Samiri pula.
Setelah terbukti salahnya dia dikenakan hukuman yang berat, dihalau keluar dan patung lembu itu dihancurkan & dicampakkan ke dalam laut!
Tafsir Ayat
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Ayat 95 قَالَ فَمَا خَطْبُكَ يَـٰسَـٰمِرِىُّ {(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"}
- Selepas mendengar penjelasan Nabi Harun A.S, Nabi Musa A.S berpaling kepada al-Samiri pula, individu yang telah mereka patung lembu itu & menyesatkan sebahagian Bani Israil.
- Nabi Musa A.S kemudian meminta penjelasan dari Samiri tentang perkara yang dilakukannya.
Yakni Nabi Musa muhasabah dan soal-siasat Samiri pula!
3. Nota [912] Yakni apa sebabnya engkau terdorong melakukan perbuatan kufur itu?
*Jawapan al-Samiri akan disebut dalam ayat berikutnya.
Ayat 96 قَالَ بَصُرْتُ بِمَا لَمْ يَبْصُرُوا بِهِ فَقَبَضْتُ قَبْضَةً مِّنْ أَثَرِ الرَّسُولِ فَنَبَذْتُهَا وَكَذَٰلِكَ سَوَّلَتْ لِي نَفْسِي ﴿٩٦﴾ {Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh hawa nafsuku".}
Samiri menjawab pertanyaan nabi Musa dengan menceritakan apa yang dibuatnya iaitu:
- dia melihat atau mengetahui apa yang orang lain tak tahu!
- dia telah mengambil segenggam jejak rasul iaitu pasir bekas tapak kaki kuda malaikat Jibril.
- kemudian dia mencampakkan pasir atau tanah tersebut ke dalam api yang melebur emas Qibti atau ke atas patung lembu – yang menyebabkan ia hidup atau berbunyi.
Nota [913] Menurut kebanyakan Ahli Tafsir, “Rasul” yang tersebut ialah Jibril a.s.
Sebagai satu cubaan yang menimpa kaum Bani Isra’il, Saamiri melihat Jibril semasa datangnya membawa wahyu kepada Nabi Musa lalu dilihatnya tanah bekas kaki kuda yang ditunggang oleh Jibril menjadi hijau; iapun mengambil segenggam dari tanah itu, kerana terlintas di hatinya bahawa tanah itu ada khasiatnya.
Kemudian sepeninggalan Nabi Musa timbullah cita-citanya hendak menghidupkan ugama menyembah lembu, lalu disuruhnya kaum Bani Isra’il melebur barang-barang perhiasan yang ada dalam simpanan mereka, kemudian ditaburnya tanah itu kepada leburan yang tersebut, maka menjadilah dengan serta-merta (patung) seekor anak lembu yang bersuara.
Ada juga yang mengatakan “Rasul” itu maksudnya Nabi Musa. Inilah yang tepat, kata Imam Ar-Raazi. Yakni Saamiri mengaku ia hanya mengambil sedikit dari ajaran ugama Nabi Musa dan kemudian ia membuangnya dan terus menjadi kafir. – (Tafsir Al-Qaasimi, 11: 4205).
Kata Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya al-Bidayah wan-Nihayah: Samiri minta bani Israil kumpulkan barang kemas kaum Qibti yang mereka pinjam dan leburkannya dalam api. Kemudian dia campakkan juga tanah kesan tapak kaki Jibril yang diambilnya ke dalam api itu.
Lalu dibentuk satu patung anak lembu yang kemudiannya boleh bersuara – mengeluarkan bunyi lembu.
Yakni ada pelbagai pendapat (قيل):
- ada ulama' kata lembu itu tidak hidup pun hanya patung biasa yang berlubang (ada rongga dalam badan) yang menyebabkan ia mengeluarkan bunyi apabila dimasuki angin.
- ada ulama' kata apabila dicampakkan tanah jejak rasul tadi; patung emas itu bertukar menjadi lembu yang hidup (berdarah daging) dan berbunyi.
- Ada pendapat kedua yang mengatakan maksud (rasul) di sini ialah Nabi Musa dan kesan peninggalannya adalah ajaran Syari'ah Nabi Musa yang dicampakkan ke belakang oleh Samiri dan mengambil ajaran lain yang sesat!
*Ini sebagaimana huraian al-Mawardi dan pilihan lain-lain ulama'.
- Kata Ibnu Asyur : Cerita-cerita yang ddisebut tadi tiada dalam kitab Israiliyyat, di dalam Sunnah juga tiada – maka ia hanyalah cerita yang dinukilkan oleh golongan terawal dari Salafus-Soleh dan hanya riwayat penceritaan!
- Kita kata wallahu a'lam kerana Allah hanya menceritakannya secara umum!
- Tetapi dalam masa yang Samiri mengaku salah; bahawa dia dihasut oleh hawa nafsunya untuk melakukan perbuatan yang diceritakannya itu!
Samiri mengaku bersalah ikut nafsu & ikut syaitan; maka berlakulah syirik di atas muka bumi ini!
9. Kerana itu kita beringat dan berhat-hatilah jangan buat perkara yang menyalahi Syara’ walaupun ia dibuat oleh orang ramai!
Maka jangan sesekali kita berhujjah dengan apa salahnya jika benda baik!
Maka salahlah ia kerana menyalahi Syari'ah yang Allah telah tetapkan!
Ayat 97 قَالَ فَاذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَاةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ ۖ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَّن تُخْلَفَهُ ۖ وَانظُرْ إِلَىٰ إِلَٰهِكَ الَّذِي ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا ۖ لَّنُحَرِّقَنَّهُ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُ فِي الْيَمِّ نَسْفًا ﴿٩٧﴾ {Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan), kerana sesungguhnya telah ditetapkan bagimu akan berkata dalam kehidupan dunia ini: ` Jangan sentuh daku ' dan sesungguhnya telah dijanjikan lagi untukmu satu balasan akhirat yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.}
- Setelah mendengar penjelasan Samiri & dia pun sudah mengaku salah; maka Nabi Musa pun menjatuhkan hukumannya ke atas Samiri dengan sebab perbuatan kufurnya dan menyesatkan orang ramai juga!
- Nabi Musa berkata kepada Samiri: Oleh kerana kamu buat sesuatu yang kamu tidak sepatutnya buat; maka kamu dihalau keluar dari kampung ini dan tinggal bersendirian tanpa bercampur gaul dengan manusia lain sebagai satu hukuman!
- Yakni Samiri diboikot hidup seorang diri, tiada orang boleh menyentuhnya & dia juga tidak boleh menyentuh sesiapa pun!
Dia kena hidup seorang diri di tengah padang pasir dengan haiwan.
Inilah hukuman yang dijatuhkan ke atas Samiri!
4. Kata al-Wahidi pendapat yang sahih yang disebut oleh ulama' tafsir: Dia hidup di padang pasir, hidup dengan haiwan tidak ada siapa boleh sentuh dia & dia tidak boleh sentuh orang!
Jika bertemu dengan sesiapa saja dia kena beritahu orang: Jangan sentuh aku jangan datang dekat aku!
Jika sentuh mungkin akan berjangkit penyakit atau terkena musibah juga!
Maka terbuanglah Samiri sepanjang hidupnya!
5. Nota [914] Kesudahan Saamiri, disebabkan kufurnya, diusir dan dipulaukan; dan ia pula ditimpa penyakit yang berjangkit sehingga ia tidak mahu disentuh orang dan orang ramai takut menghampirinya; ini ialah balasan di dunia dan di akhirat pula lebih buruk lagi.
*Itu baru hukuman di dunia – di Akhirat kelak akan ada balasan yang menantinya lagi, tidak sesekali akan terlepas!
6. Manakala patung lembu itu pula dibakar kemudian akan dihancurkan dan ditaburkan serbuknya di laut sehingga hingga lenyap – tak meninggal baka!
*Tetapi syaitan itu tidak putus asa – akan ada saja caranya untuk menghidupkan semula segala perbuatan syirik, mungkar dan kufur ini!
7. Kata asy-Syanqiti: Ayat ini menunjukkan bahawa lembu itu tadi sudah menjadi hidup dan berdarah daging.
Kerana itu ia boleh dibakar sehingga menjadi kering kemudian dicampakkan ke dalam laut abunya itu!
*Ada yang kata ia masih emas – masih boleh dibakar sehingga cair kemudian dihancurkan dan dicampakkan ke laut!
Wallahu a'lam!
8. Tujuan Nabi Musa bakar hancur dan dibuang ke dalam laut kerana mahu dihapuskannya supaya tidak meninggalkan kesan agar lupus semuanya, tidak meninggalkan kesan!
Ayat 98 إِنَّمَا إِلَٰهُكُمُ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ وَسِعَ كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ﴿٩٨﴾ {"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".}
Munasabah ayat ini jelas:
- apabila Nabi Musa selesai muhasabah Harun, menjatuhkan hukuman ke atas Samiri & patung lembu itu – dan Nabi Musa telah meneruskan dakwahnya, mantapkan pegangan ummat berdasarkan wahyu kepada Allah.
- maka datang ayat ini Allah menyatakan bahawa sesungguhnya sembahan kamu yang sebenar, yang wajib kamu ibadat kepada-Nya hanya Dia yang Esa dan Tunggal – iaitu Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia!
Iaitu Nabi Musa berdakwah kepada tauhid & iman yang jitu iaitu:
- Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia,
- ilmu Allah itu luas, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu. Yang kecil atau besar, yang soleh atau toleh, yang baik atau buruk.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{إِنَّمَا ٱللَّهُ إِلَـٰهٌ وَٰحِدٌ-
Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa,} [An-Nisaa’: 171]
- Nota [915] Dengan ini berakhirlah kisah Nabi Musa a.s.
- Tetapi kita akan jumpa lagi kisah Nabi Musa & Fir'aun ini di dalam surah lain pula kerana kisah Musa & Fir'aun ini paling banyak Allah ulang dalam al-Quran.
Ini kerana watak Fir'aun tidak akan pernah mati dan akan berulang sehingga Kiamat.
Jadi Allah ulang agar kita sentiasa ingat akan Nabi Musa dan Fir'aun atau watak Fir'aun di zaman kita ini juga!
Penutup & Faedah
Ayat 95- {(Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai Samiri?"}
Nabi Musa a.s meneruskan siasatan dan penghukuman dengan membuka soalan terhadap Samiri pula.
Allah mulakan muhasabab dengan bertanya kepada Samiri:
- matlamat atau sebab – kenapa buat patung itu sedangkan ia adalah syirik.
- kenapa iaitu bagaimana cara buatnya!
Ayat 96- {Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa yang tidak diketahui oleh mereka,…}
Samiri mengatakan dia nampak apa yang orang lain tidak nampak – iaitu kesan tapak kaki malaikat Jibril yang naik kuda – datang untuk membinasakan Fir'aun!
Dia melihat tanah kesan tapak itu menjadi hijau lalu dia mengambilnya dengan menyangka ia adalah sesuatu yang ajaib dan berguna!
Samiri yang dikatakan dijaga oleh Jbril menjadi kafir manakala Musa yang dibela Fir'aun menjadi nabi!
Samiri juga pandai menghasut dan sebarkan di’ayahnya sehingga ramai bani Israil percaya dan terpedaya dalam kesesatan & kekufuran yang dibawanya!
Akhirnya Samiri mengaku salah bahawa dia ikut nafsu dan mereka-cipta sendiri patung lembu itu dengan membelakangkan kitab Taurat dan ajaran Nabi Musa a.s yang sebenarnya!
Ini kerana pada zaman itu manusia memang menyembah patung-patung terutama patung lembu!
Sehingga ke hari ini pun masih ada orang yang menyembah lembu-
Allahu al-Musta’an!
- Ayat 97- {Nabi Musa berkata kepada Samiri:… Dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau sekian lama menyembahnya, sesungguhnya kami akan membakarnya kemudian kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya di laut sehingga hilang lenyap.}
Nabi Musa suruh Samiri & para penyembah lembu lihat kepada patung sembahan mereka itu!
Patung itu akan dibinasakan dengan sebinasa-binasanya iaitu dibakar, dihancurkan sehingga menjadi debu kemudian dicampakkan ke dalam laut debunya!
Ini supaya tidak meninggalkan kesan terus!
Ini pentingnya tiada kesan; jika ada kesan orang akan masih terasa dan ternampak-nampak!
Kata ulama' tafsir: Ayat ini juga menjadi dalil bahawa boleh kita membunuh haiwan jika maslahahnya boleh menyelamatkan orang lain secara fizikal atau agama!
Seperti binatang liar yang menggigit atau mencederakan manusia atau binatang itu disembah menyebabkan syirik!
Memang dalam Islam kita diajar untuk bersikap rahmat terhadap binatang & tidak menzaliminya tetapi jika ia membawa mudharat – tidak mengapa bahkan menjadi kewajipan menghapuskannya!
Tak perlu orang kafir nak timbulkan tentang hak-asasi dan sebagainya!
Isu kedua: Kita ada 3 martabat ingkar mungkar:
- yang paling baik & tertingginya ialah ingkar dengan tangan atau kuasa.
- jika tak mampu – ingkarlah dengan lisan – nasihat tegur, bantah dan seumpamanya.
- jika tak mampu juga ingkarilahnya dengan hati dan ini adalah selemah-lemah iman!
Cara yang pertama – ingkar dengan tangan atau kuasa ini telah dibuat oleh para rasul a.s:
- Nabi Ibrahim a.s telah membuatnya apabila dia memecahkan berhala-berhala kaumnya!
- dalam kes Nabi Musa – dia terus menggunakan kuasanya yang ada dengan menghancurkan patung anak lemabu itu dan mencampakkannya ke dalam laut!
- diikuti oleh Nabi kita Muhammad s.a.w ketika memasuki Makkah pada hari Pembukaan Kota Makkah dengan menghancurkan semua 360 ketul berhala yang ada di sekitar Ka'bah.
Inilah martabat ingkar yang diajar oleh Nabi s.a.w- sesiapa yang melihat kemungkaran dan mampu mencegahnya maka ingakirlah dengan tangan hancurkan benda-benda maksiat!
Tuan-puan- apabila kita melihat perkara maksiat ingakrilah walaupun dengan hati!
Nyatakan kepada anak-anak bahawa perkara itu mungkar & maksiat seperti orang tak tutup aurat atau sebagainya!
4. Ayat 97- {Nabi Musa berkata kepada Samiri: "Jika demikian, pergilah, (engkau adalah diusir dan dipulaukan),…} – nabi Musa menjatuhkan hukuman ke atas Samiri.
Hukumannya agak berat iaitu diboikot dengan dibuang daerah dan tidak boleh bercampur dengan manusia lain!
Kata al-Qurtubi r.h.m: Ayat ini menjadi dalil kepada Kerajaan boleh menjalankan hukuman ke atas penjenayah pelaku maksiat & ahli bid'ah dengan buang daerah, boikot atau kurungnya secara sendirian jangan bercampur dengan orang berkawan dengan haiwan!
Itu baru hukuman dunia ke atas Samiri – di buang keluar dari kampung, tidak boleh bersentuh dengan manusia kerana ada penyakit yang dahsyat!
Lembunya juga dibinasakan – kerana itu kata ulama' boleh kita binasakan bahan maksiat atau alat yang menjadi punca syirik kepada Allah s.w.t!
*Tetapi ingat negara kita ada undang-undang jangan dok pandai-pandai pergi robohkan rumah ibadat orang lain tanpa kebenaran!
5. Ayat 98- {"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".}
Tuhan kamu hanya Allah – Dia-lah yang maha Mengetagui segala sesuatu!
Kata ulama': Setiap kerja buat pendakwah mestilah berpaksi dan kembali kepada tauhid.
Kita ceramah tentang apa saja – solat, puasa, bab aurat, akhlak jangan lupa tauhid, zikir, baca al-Quran jaga ibadat.
Ada setengah orang tu allergik apabila disebut tauhid!
Kenapa begitu – ini kerana tauhidlah kunci ke syurga – baik setara manapun jika tiada tauhid tak jadi!
Demikianlah dakwah setiap rasul itu adalah tauhid kepada Allah & menjauhi taghut sebagaimana firman Allah ini:
{Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut".} [An-Nahl: 36].
Alhamdulillah tamatlah kuliah tafsir secara ringkas hari ini semoga mendapa manfaatnya!
Kita akan sambung dengan ayat & kisah seterusnya insya' Allah.
Wallahu a’lam.
Teks al-Quran dalam kotak ayat: Tanzil Project (Rasm Uthmani).
Daftar percuma untuk menyimpan nota dan menjejak bacaan.
Ada soalan tentang ayat ini?
Hantar kepada Dr. Abu Anas — jawapan terpilih disiarkan.