Surah Maryam: Muqaddimah
Muqaddimah Dan Intisari Surah, Fadhilat Surah & Munasabah Dengan Surah Al-Kahfi

Surah Maryam – سورة مريم
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Live Kuliah Pagi Isnin 31/08/2026 – 18 R. Awwal 1448H Selepas Subuh Dr Abu Anas Madani Dr. Abu Anas Madani Tafsir Surah Maryam (01) Ayat [00]
Muqaddimah Surah Maryam – سورة مريم
- Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t kerana pada pagi ini kita dapat mulakan pengajian Kuliah tafsir bagi Surah Maryam – سورة مريم, surah yang kesembilan-belas dalam al-Quran dan dalam juzuk yang keenam-belas.
*Alhamdulillah semalam kita sudah khatam [32] siri Kuliah Tafsir Surah al-Kahfi.
Para pencinta ilmu boleh lihat rakamannya di:
Tonton video di YouTube…
- Surah ini diturunkan di Makkah, sebelum hijrah Nabi s.a.w ke Madinah dan ijma’ ulama’ mengatakan ia adalah surah Makkiyyah, mengandungi 98 ayat.
- Cuma ada juga khilaf ulama’ yang mengatakan:
i- dua ayat darinya iaitu ayat 58 & ayat 71 adalah Madaniyyah.
ii- ada juga ulama’ yang kata satu ayat saja Madaniyyah iaitu ayat 58, ayat yang ada sujud sajdah.
- Ini kerana surah-surah yang mengandungi kisah & cerita nabi dan umat terdahulu biasanya Makkiyyah sebagai contoh pengajaran bagi memberi motivasi & menenangkan hati Rasulullah s.a.w dan menguatkan semangat orang Islam yang menghadapi ancaman dan tekanan pada permulaan Islam.
Nama Surah
- Dinamakan Surah Maryam – سورة مريم (Perihal Maryam) kerana peristiwa mengenainya ada disebut dalam surah ini – iaitu dari ayat 16 hingga ayat 34 yang menceritakan kisah mengenainya secara penuh dan agak terperinci.
Surah Maryam menceritakan kisah Maryam dan Nabi Isa yang pelik.
- Dalil nama surah ini telah dikenali pada zaman sahabat ialah:
i- Athar dari Ibnu Mas’ud r.a yang menceritakan tentang surah-surah yang dihafalnya:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضي الله عنه قَالَ: فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ، وَالْكَهْفِ، وَمَرْيَمَ، وَطَهَ، وَالْأَنْبِيَاءِ: هُنَّ مِنَ الْعِتَاقِ الْأُوَلِ، وَهُنَّ مِنْ تِلَادِي.
Antara surah yang awal turun di Makkah dan menjadi surah utama yang dihafalnya. [Riwayat Bukhari].
ii- Athar dari Abu Hurairah رضي الله عنه:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَاسْتَخْلَفَ سِبَاعَ بْنَ عُرْفُطَةَ عَلَى الْمَدِينَةِ، قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: وَقَدِمْتُ الْمَدِينَةَ مُهَاجِرًا، فَصَلَّيْتُ الصُّبْحَ وَرَاءَ سِبَاعٍ، فَقَرَأَ فِي السَّجْدَةِ الْأُولَى سُورَةَ مَرْيَمَ، وَفِي الْأُخْرَى: ﴿وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ﴾.
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, beliau berkata:
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah keluar (dari Madinah), lalu Baginda melantik Siba‘ bin ‘Urfuṭah sebagai pengganti untuk mengurus Madinah.
Abu Hurairah berkata: Aku tiba di Madinah sebagai seorang yang berhijrah.
Kemudian aku menunaikan solat Subuh di belakang Siba‘.
Pada rakaat pertama, beliau membaca Surah Maryam, dan pada rakaat kedua, beliau membaca : ﴿وَيْلٌ لِلْمُطَفِّفِينَ﴾ (Surah al-Mutaffifin).”
Fadhilat Surah
- Antara surah yang awal turun yang dihafal, dipelajari & dihayati oleh para sahabat r.anhum sebagaimana athar dari Ibnu Mas’ud r.a tadi.
- Ia menjadi ayat yang dibaca oleh Ja’far bin Abi Talib r.a. yang telah dipilih menjadi jurucakap bagi pihak Muhajirin yang berhijrah ke Habsyah.
- Kisah Raja Najasyi (Ashhamah bin Jabar), pemerintah Habsyah yang beragama Kristian, menangis apabila mendengar bacaan Al-Quran dari Surah Maryam ini, merupakan salah satu peristiwa paling masyhur dalam sirah Hijrah pertama kaum Muhajirin ke Habsyah.
- Kronologi Peristiwa- sebagaimana riwayat UM Salamah r.a:
i- Quraisy menghantar dua utusan, iaitu ‘Amr bin al-’As dan Abdullah bin Abi Rabi’ah, bersama hadiah-hadiah mewah untuk memujuk Raja Najasyi supaya menyerahkan semula muhajirin terawal yang dihantar berhijrah ke Habsyah.
Mereka menuduh kaum Muslimin membawa agama baru yang sesat.
ii- Siasatan Adil: Raja Najasyi enggan menyerahkan kaum Muslimin begitu sahaja. Baginda memanggil para sahabat untuk memberikan penjelasan.
Ja’far bin Abi Talib r.a. telah dipilih menjadi jurucakap bagi pihak Muhajirin.
Penjelasan Ja’far bin Abi TalibJa’far menerangkan keadaan mereka sebelum Islam yang berada dalam kejahilan (menyembah berhala dan menzalimi sesama manusia) dan bagaimana kedatangan Nabi Muhammad S.A.W membawa ajaran tauhid serta akhlak yang mulia.
iii- Mendengar penjelasan itu, Raja Najasyi meminta Ja’far membacakan sebahagian daripada wahyu yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
Ja’far bin Abi Talib r.a. kemudian membacakan permulaan Surah Maryam (ayat 16 dan seterusnya) yang menceritakan tentang kisah kesucian Maryam dan kelahiran mukjizat Nabi Isa a.s.
iv- Mendengarkan ayat-ayat suci tersebut, Raja Najasyi menangis sehingga air matanya membasahi janggut baginda.
Bukan sahaja raja, malah para paderi dan pendeta yang berada di dalam istana turut menangis sehingga air mata mereka membasahi kitab-kitab (Injil) yang dipegang mereka.
v- Selepas mendengar bacaan tersebut, Raja Najasyi mengesat air matanya dan mengeluarkan kenyataan yang sangat terkenal:
“Sesungguhnya apa yang dibacakan tadi (Al-Quran) dan apa yang dibawa oleh Isa (Kitab Injil) keluar daripada sumber cahaya yang sama (misykat yang sama).”
vi- Baginda kemudian berpaling kepada utusan Quraisy dan berkata: “Pergilah kamu berdua! Demi Allah, aku tidak akan sekali-kali menyerahkan mereka kepada kamu dan mereka tidak boleh diganggu.”
[Athar dan riwayat ini dicatatkan secara terperinci dalam kitab-kitab sirah, antaranya oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Hisyam, yang bersumberkan daripada Ummu Salamah r.a. (sebagai salah seorang muhajirin ke Habsyah).]
*Maka kita sebagai orang beriman pun begitulah sepatutnya tersentuh hati menangis mendengar kisah keagungan & kebesaran Allah Azza wa Jalla.
Maqasid/Objektif Surah
مريم من أهمِّ مقاصدِ سُورَةِ:
nak merealisasikan ubudiyyah, kehambaan kita kepada Allah Azza wa Jalla.
dan mengagungkan keagungan Allah s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Allah dan
menetapkan sebagai Tuhan, Pencipta dan Pentadbir alam.
— menetapkan prinsip bahawa kita percaya adanya kebangkitan semula selepas mati.
Yakni Maqaṣid surah ada tiga:
Taḥqiq al-‘ubudiyyah, maḍamin sya’ni al-rububiyyah, dan taqrir mabda’ al-ba‘th.
Point Utama Surah Maryam (Tafsir Muharrar):
- Menyebut kisah Nabi Zakaria- ذِكْرُ قِصَّةِ زكريا.
- Menyebut tentang kisah Sayyidah Maryam ذِكْرُ قِصَّةِ مَرْيَمَ dan kelahiran Nabi Isa a.s.
- Ketiga: ذِكْرُ طَرَفٍ مِنْ قِصَّةِ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ مَعَ أَبِيهِ
Sedikit cebisan daripada kisah Nabi Ibrahim عليه السلام bersama ayahnya. - Keempat: الْإِشَارَةُ إِلَى عَدَدٍ مِنَ النَّبِيِّينَ
Isyarat kepada beberapa orang nabi, antaranya Musa, Harun, Ismail dan Idris عليهم الصلاة والسلام. - Kelima:
Menjelaskan balasan kepada orang yang bertakwa dan seksaan kepada orang kafir.
Allah Taala membuka pintu taubat kepada pendosa dan orang yang derhaka. Ada peluang untuk bertaubat. - Keenam: حِكَايَةُ بَعْضِ شُبُهَاتِ الْمُشْرِكِينَ.
Allah menceritakan sebahagian daripada keraguan, kesamaran dan kecelaruan yang ditimbulkan oleh puak musyrikin berkaitan dengan al-Quran, kematian, kebangkitan semula serta berkait dengan keEsaan Allah.
Allah menjawab segala tuduhan, keraguan dan syubhat yang ditimbulkan oleh puak kafir.
وَإِقَامَةُ الْأَدِلَّةِ عَلَى وَحْدَانِيَّةِ الرَّبِّ، وَنَفْيِ الشَّرِيكِ وَالْوَلَد
Juga untuk menegakkan dalil atas keesaan Allah عز وجل serta menafikan sebarang bentuk sekutu dan anak bagi-Nya.
Serta bahawa bangkit semula itu benar!
- Ketujuh: بَيَانُ بَعْضِ مَشَاهِدِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ
Allah Taala menyebut sebahagian daripada peristiwa dan suasana pada hari kiamat. - Kelapan: خُتِمَتِ السُّورَةُ بِمَا بَدَأَتْ بِهِ
Surah ini ditutup sebagaimana ia dimulakan: مِنْ بَيَانِ مَحَبَّةِ اللَّهِ تَعَالَى وَتَكْرِيمِهِ لِأَوْلِيَائِهِ
Menyatakan kecintaan Allah Taala dan kemuliaan yang diberikan-Nya kepada wali-wali-Nya, iaitu hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.
وَبَيَانِ الْحِكْمَةِ مِنْ نُزُولِ الْقُرْآنِ، وَهِيَ الْبِشَارَةُ وَالنِّذَارَةُ
Dan menyatakan hikmah turunnya al-Quran, iaitu memberi khabar gembira (بشيرا) dan memberikan amaran keras (نذيرا) kepada sesiapa yang derhaka.
Intisari Kandungannya (Pimpinan ar-Rahman):
Menerangkan kekuasaan Allah Ta’ala dengan berlakunya kejadian-kejadian yang luar biasa.
Pertama – Peristiwa Nabi Zakariya (زكرياء) a.s yang telah tua dan isterinya pula mandul, telah dikabulkan doanya dan dikurniakan seorang anak lelaki: Nabi Yahya (يحيى) a.s.
Kedua – Peristiwa Siti Maryam binti ‘Imraan, gadis suci, yang telah melahirkan seorang anak lelaki – Nabi ‘Isa (عيسى) a.s dengan tidak berbapa.
*Ini adalah antara keajaiban ciptaan Allah s.w.t: Adam dicipta tanpa ibu & bapa, Hawa tanpa ibu ada bapa, Isa ada ibu tiada bapa.
Manakala manusia selain itu wajib ada ibu bapa jika tidak itu adalah anak yang tak sah taraf!
Pada akhir kisahnya, Allah Ta’ala menegaskan bahawa apa yang diceritakan di dalam Al-Qur’an mengenai Nabi ‘Isa yang tersebut itulah yang sebenar-benarnya.
Yakni bukanlah sebagaimana yang didakwakan oleh kaum Yahudi dan kaum Nasara – نصارى (Kristian) atau puak-puak sesat yang lain.
*Yahudi kata Isa anak tak asah taraf- Nasrani pula kata Isa anak Tuhan!
Setelah menyebutkan perihal sebilangan Nabi-nabi yang lain, dan perihal orang-orang yang beriman dan yang ingkar serta balasan yang akan didapati masing-masing pada hari akhirat kelak, lalu diceritakan perihal Nabi Muhammad s.a.w dan golongan kaum kafir musyrik yang menentangnya.
Tatkala mereka tidak dapat menolak hujjah-hujjah yang terkandung di dalam ayat-ayat suci yang dibacakan kepada mereka, mereka berdalih dengan membanggakan kekayaan mereka dan bilangannya yang ramai berbanding dengan orang-orang Islam pada masa itu yang masih sedikit jumlahnya dan kebanyakannya pula miskin belaka.
Seolah-olah mereka berkata: Kalau ugama kamu benar, hai orang-orang Islam, mengapa kamu hidup susah di dunia sedang kami senang-lenang?
Maka Allah Ta’ala menolak hujjah mereka yang tersebut dengan menegaskan: Bahawa kekayaan dan kemiskinan tidak melambangkan benar dan salah, kerana berapa banyak kaum-kaum yang lebih kaya dari mereka pada zaman yang lalu telah dibinasakan dan tidak selamat hidupnya.
Kemudian ditegaskan bahawa Al-Qur’anul-Karim diturunkan oleh Allah Ta’ala dengan bahasa Arab, bahasa Nabi Muhammad s.a.w, ialah supaya Baginda membacakannya kepada umat manusia dan menyampaikan berita gembira dan balasan yang sebaik-baiknya kepada orang-orang yang beriman, yang menjunjung perintah Allah dan menjauhi laranganNya, sebagaimana yang dijanjikan di dalamnya; dan supaya Baginda memberi amaran kepada orang-orang kafir, sebagaimana yang ditegaskan di dalamnya, bahawa mereka akan ditimpakan dengan azab siksa yang tidak terperi sakitnya jika mereka masih berdegil dalam kekufuran.
Surah “Maryam – مريم” ini diakhiri dengan satu pengajaran yang memberi keinsafan, terutama kepada golongan yang masih degil dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang dimurkai Allah, kerana amatlah banyaknya kaum-kaum yang seperti mereka telah dibinasakan oleh Allah Ta’ala pada masa yang lalu sehingga punah-ranah semuanya.
Munasabah Antara Surah Maryam – سورة مريم ini Dengan Surah Al-Kahfi- سورة الكهف Sebelumnya
Munasabah Surah Maryam datang selepas Surah Al-Kahfi:
- Yang pertama:
Dua surah ini mengandungi kisah-kisah yang pelik dan ajaib.
i- Dalam Surah al-Kahfi ada kisah Ashabul Kahfi. Ashabul Kahfi tidur lebih tiga ratus tahun, tetapi keadaan mereka seolah-olah seperti tidur semalam. Boleh hidup tanpa makan dan tanpa minum.
Kita minta Allah selamatkan kita daripada penyakit-penyakit yang berat.
Kemudian cerita Nabi Musa عليه السلام dengan Khidir.
Banyak perkara yang pelik berlaku dalam perjalanan mereka.
Begitu juga kisah Zulqarnain yang berjalan ke timur, ke barat dan bertemu dengan pelbagai kaum.
**Maka dalam Surah Maryam pula ada kisah Zakaria, Yahya dan Nabi Isa عليهم السلام.
Jadi, dua surah ini mengandungi kisah-kisah yang ajaib.
*ii- Dalam Surah Maryam ada dua cerita yang pelik:
Pertama: kisah kelahiran Yahya bin Zakaria عليهما السلام.
Nabi Yahya dilahirkan sedangkan ayahnya telah tua dan ibunya pula mandul.
Apabila malaikat datang membawa berita kepada Zakaria bahawa beliau akan mendapat anak, Nabi Zakaria berasa hairan.
Beliau sudah tua dan isterinya pula mandul. Bagaimana isterinya boleh hamil?
Kalau lelaki sahaja yang tua, tidak pelik sangat. Tetapi dalam kisah ini, ayahnya sudah tua dan ibunya pula mandul.
*Kedua: قِصَّةُ وِلَادَةِ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ مِنْ غَيْرِ أَبٍ – Kisah kelahiran Nabi Allah Isa عليه السلام tanpa bapa.
- Jadi, alhamdulillah, kita belajar dua surah yang berdekatan.
Surah al-Kahfi mengandungi kisah-kisah ajaib, dan Surah Maryam juga mengandungi kisah-kisah yang ajaib.
Sebahagian daripada nota Surah al-Kahfi yang kita belajar telah siap.
Nota yang baharu boleh dilihat dalam Facebook, Catatan Tafsir Abu Anas- by NZNY. Walaupun tidak seratus peratus, tetapi ringkasannya dalam bentuk poin amat membantu untuk dibaca:
Facebook
Mudah-mudahan Allah Taala memberkati usaha kita ini dan menjadikannya sebagai amal soleh & ilmu bermnafaat yang ditinggalkan walaupun selepas tuannya tiada.
Semoga ia memberi kepada semua pembaca & penuntut ilmu di mana saja berada, samada di alam maya & di alam nyata.
Sedikit analisa berkenaan ayat yang dibuat dalam Tafsir al-Munir
Pembahagian Kandungan Surah Maryam:
- Pembukaan surah dan kisah Nabi Zakaria dengan Nabi Yahya عليهما السلام dari Ayat 1–15.
- Kisah Nabi Isa عليه السلام dan kelahirannya yang pelik bermula ayat 16–36.
Juga respons kaum Nasara tentang keadaan Nabi Isa عليه السلام dari Ayat 37–40.
- Kisah Nabi Ibrahim al-Khalil عليه السلام. Berkaitan dengan ayahnya dan berhala.
Nabi Ibrahim juga dikurniakan anak, iaitu Nabi Ishak عليه السلام. Iaitu dari Ayat 41–50. - Kisah Nabi Musa عليه السلام. Iaitu Nabi Musa bermunajat di Bukit Tur, Tursina, dan memohon supaya saudaranya Harun عليه السلام turut dijadikan nabi. Dari Ayat 51–53.
- Isyarat kepada kisah Nabi Ismail عليه السلام dalam Ayat 54–58.
- Kisah orang-orang yang meninggalkan solat dalam Ayat 59–63.
- Cerita tentang wahyu al-Quran dalam Ayat 64–65.
- Hujah terhadap orang kafir yang tidak mempercayai kebangkitan semula pada hari Kiamat.
Allah Taala membawakan hujah bagi membatalkan fahaman mereka dalam Ayat 66–72. - Allah nyatakan sikap puak kafir ketika mendengar al-Quran dalam Ayat 73–84.
- Allah nyatakan perbezaan keadaan orang beriman dan orang kafir di Mahsyar di mana Allah Taala menyatakan perbezaan orang yang beriman ketika dihimpunkan di Mahsyar dengan orang kafir yang berdosa, yang digiring menuju ke neraka. Ini dalam ayat 85–87.
- Amaran dan teguran keras terhadap dakwaan bahawa Allah mempunyai anak. Amaran keras kepada puak Nasara yang mengatakan Tuhan mempunyai anak.
Kita sebagai orang beriman jangan main-main dalam perkara ini.
Allah menyebut bahawa hampir-hampir langit pecah dan bumi terbelah kerana dakwaan bahawa Allah mempunyai anak.
Ini bermula dari Ayat 88 hingga akhir surah ayat 89.
Alhamdulillah tamatlah kisah dalam surah Maryam.
Ini Muqaddimah yang menarik untuk memberi semangat kepada kita dalam melalui hari-hari yang mendatang dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, menambahkan kecintaan kita terhadap al-Quran & Rasulullah s.a.w. Dan meningkatkan kefahaman kita kepada Allah عز وجل, kekuasaan serta keagungan Allah عز وجل.
Penutup:
- Alhamdulillah inilah muqaddimah, intisari kandungan dan pengenalan kepada surah Maryam ini.
Muqadimah yang ringkas, mudah-mudahan ada manfaatnya, insya-Allah.
- Insya’ Allah besok dalam siri berikutnya بإذن الله عز وجل kita akan mula baca ayat-ayat Surah Maryam & tafsirannya bermula dari ayat 1.
Tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
#UAM✎Catatan Kuliah Subuh Isnin 31/08/2026 – 18 R. Awwal 1448H
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Maryam 2026 (Setakat Yang Ada) boleh dilihat di:
Link: Senarai main YouTube
Link Nota: Facebook
Semoga Bermanfaat!