View Categories

(10) Surah An-Nahl: Ayat 56-64

5 min read

MENDEDAHKAN PERANGAI MUSYRIKIN MAKKAH, BENCI KEPADA ANAK PEREMPUAN & ALLAH TANGGUHKAN HUKUMAN KE SUATU MASA.

Full video : https://youtu.be/9It2ed3eduw?si=81oNxAlMdKbQmUZ-

MUQADDIMAH :

  1. Mendedahkan perangai musyrikin Makkah.
  1. Benci kepada anak perempuan.
  1. Allah tangguhkan hukuman ke suatu masa.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 56- {DAN MEREKA (YANG MUSYRIK ITU) MENENTUKAN UNTUK KEPERLUAN BENDA-BENDA YANG MEREKA TIDAK MENGETAHUI HAL KEADAANNYA, SEBAHAGIAN DARI HARTA-BENDA YANG KAMI KURNIAKAN KEPADA MEREKA. DEMI ALLAH! SESUNGGUHNYA KAMU AKAN DITANYA KELAK TENTANG APA YANG KAMU ADA-ADAKAN SECARA DUSTA ITU.} (AN-NAHL 16:56)

  1. Penjelasan kepada ayat-ayat sebelumnya tentang kesesatan puak musyrikin. Mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka buat itu, yakni berhala-berhala sembahan yang mereka reka-reka itu. Sedangkan benda itu langsung tidak boleh memberi manfaat dan darurat kepada mereka.
    Lalu Allah SWT bersumpah : Demi Allah! Sesungguhnya mereka akan ditanya kelak tentang apa yang mereka ada-adakan secara dusta itu dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

AYAT 57- {DAN MEREKA MENGATAKAN ALLAH MEMPUNYAI ANAK-ANAK PEREMPUAN. MAHA SUCI IA. SEDANG BAGI MEREKA PULA MEREKA SEDIAKAN APA YANG MEREKA SUKAI (ANAK-ANAK LELAKI).} (AN-NAHL 16:57)

  1. a. Benci kepada anak perempuan. 
  1. Mereka mengatakan pula bahawa Allah SWT mempunyai anak-anak perempuan iaitu para malaikat. Subhanallah!!
    Sedangkan mereka memilih untuk mereka apa yang sukai iaitu anak lelaki, tetapi memberikan anak perempuan kepada Allah.
    Banyak ayat al-Quran lain yang menerangkan tentang ini, seperti surah an-Najmi- ayat 21-22.

AYAT 58- {DAN APABILA DIKHABARKAN KEPADA SESEORANG DARI MEREKA BAHAWA IA BEROLEH ANAK PEREMPUAN, MURAMLAH MUKANYA SEPANJANG HARI (KERANA MENANGGUNG DUKACITA), SEDANG IA MENAHAN PERASAAN MARAHNYA DALAM HATI.} (AN-NAHL 16:58)

  1. Sedangkan mereka sendiri membenci anak perempuan, sedih, stress dan malu bila dapat anak perempuan.

AYAT 59- {IA BERSEMBUNYI DARI ORANG RAMAI KERANA (MERASA MALU DISEBABKAN) BERITA BURUK YANG DISAMPAIKAN KEPADANYA (TENTANG IA BEROLEH ANAK PEREMPUAN; SAMBIL IA BERFIKIR): ADAKAH IA AKAN MEMELIHARA ANAK ITU DALAM KEADAAN YANG HINA, ATAU IA AKAN MENANAMNYA HIDUP-HIDUP DALAM TANAH? KETAHUILAH! SUNGGUH JAHAT APA YANG MEREKA HUKUMKAN ITU.} (AN-NAHL 16:59)

  1. Allah gambarkan lagi, begitu teruk sekali keadaan mereka bila dapat anak perempuan!!!!!
    Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.
  1. Menurut adab Jahiliyyah,
    i. Mereka membenci anak perempuan kerana menganggap tiada faedah, hanya menghabiskan harta serta boleh membawa malu kepada maruah keluarga jika menjadi jahat. Kerana itu mrk menanam hidup ank2 prmpuan sblm besar lagi.

    ii. Mereka sukakan anak lelaki kerana dianggap dapat menolong kerja-kerja rumah, menambahkan pndapatan serta menjaga keluarga dari serangan musuh.
  1. Tetapi malangnya jahiliyyah kita pada zaman ini lebih dahsyat, semua anak yang tidak diingini, tidak kira lelaki atau perempuan dibuang di merata-rata… الله المستعان

AYAT 60- {BAGI MEREKA YANG TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT ITU, SIFAT YANG BURUK, DAN BAGI ALLAH JUALAH SIFAT YANG TERTINGGI; DAN DIA LAH JUA YANG MAHA KUASA, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (AN-NAHL 16:60)

  1. Sifat buruk org kafir dan tingginya sifat Allah SWT.
  1. Faedah ayat :
    i. Tentang orang yang tidak menerima taqdir dan bersyukur akan anugerah dan nikmat Allah SWT. Contoh orang yang tidak syukur bila dapat anak perempuan.
    Sedangkan banyak hadis-hadis Nabi SAW tentang kelebihan orang yang mendidik anak-anak perempuan.

    ii. Semua sifat kesempurnaan adalah bagi Allah SWT, sama ada kita berasa takut, gerun, mahabbah, kebesaran dan sebagainya.

    ii. Allah tangguhkan hukuman ke suatu masa.

AYAT 61- {DAN KALAULAH ALLAH MENYEKSA MANUSIA DISEBABKAN KEZALIMAN MEREKA, TENTULAH IA TIDAK MEMBIARKAN TINGGAL DI MUKA BUMI SESUATU MAKHLUK YANG BERGERAK; AKAN TETAPI IA MEMBERI TEMPOH KEPADA MEREKA HINGGA KE SUATU MASA YANG TERTENTU; KEMUDIAN APABILA SAMPAI TEMPOH MEREKA, TIADALAH MEREKA AKAN DAPAT MEMINTA DIKEMUDIANKAN SESAATPUN DAN TIDAK PULA MEREKA AKAN DAPAT MEMINTA DIDAHULUKAN.} (AN-NAHL 16:61)

  1. Yakni jika Allah SWT mahu mengambil tindakan segera dan menurunkan azab ke atas orang yang ingkar dan tidak beriman, tentulah akan habis musnah, tidak akan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak, kerana Allah itu Maha berkuasa,
  1. Tetapi tidak, Allah SWT menangguhkan azab-Nya dan memberi tempoh yang tertentu. Kenapa:
    a- Supaya mereka yang dulunya berdosa berpeluang dapat bertaubat dan beriman lalu mati dalam husnul-khatimah, insya Allah.

    b- Agar yang benar-benar jahat itu berterusan dalam kejahatan mereka dan bertambah kesesatan mereka, 

AYAT 62- {DAN MEREKA MENGADAKAN BAGI ALLAH APA YANG MEREKA SENDIRI TIDAK MENYUKAINYA; DALAM PADA ITU, LIDAH MEREKA MEMPERKATAKAN PERKARA YANG DUSTA, (KONONNYA) BAHAWA MEREKA AKAN BEROLEH KESUDAHAN YANG BAIK DI SISI ALLAH. TIDAK SYAK LAGI, BAHAWA BAGI MEREKALAH API NERAKA, DAN BAHAWA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG DISEGERAKAN (MASUKNYA KE DALAM NERAKA).} (AN-NAHL 16:62)

  1. Tetapi bila tiba masanya, azab itu tidak akan ditangguhkan lagi, tidak ragu lagi akan azab yang akan dikenakan ke atas mereka.

AYAT 63- {DEMI ALLAH! SESUNGGUHNYA KAMI JUGA TELAH MENGUTUS RASUL-RASUL KEPADA UMAT-UMAT YANG TERDAHULU DARIPADAMU (WAHAI MUHAMMAD), LALU SYAITAN MEMPERELOKKAN PADA PANDANGAN MEREKA YANG INGKAR AKAN AMAL-AMAL MEREKA YANG JAHAT ITU; MAKA DIA LAH MENJADI PEMIMPIN MEREKA PADA HARI INI; DAN MEREKA AKAN BEROLEH AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA. } (AN-NAHL 16:62)

  1. Allah swt bersumpah dengan namanya untuk menenangkan dan menguatkan semangat Nabi SAW dlm menghadapi tentangan dakwah.

AYAT 64- {DAN TIADALAH KAMI MENURUNKAN AL-QURAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) MELAINKAN SUPAYA ENGKAU MENERANGKAN KEPADA MEREKA AKAN APA YANG MEREKA BERSELISIHAN PADANYA; DAN SUPAYA MENJADI PETUNJUK DAN RAHMAT BAGI ORANG-ORANG YANG BERIMAN.} (AN-NAHL 16:64)

  1. Memutuskan apa yang mereka persoalkan, Quran menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kerana mereka beriman dan beramal dengannya. Manakala orang kafir sebaliknya.

HIKMAH AZAB DITANGGUHKAN:

  1. Sebagai bagi keuzuran dan peluang, kamu pergi jauh mungkin dapat u-turn.
  1. Walaupun orang itu tidak beriman, mungkin akan keluar darinya zuriat yang akan beriman. Sebagaimana kisah Nabi SAW semasa pergi berdakwah ke Taif. Boleh baca kisahnya dalam hadis yang panjang.
  1. Beri peluang supaya ahli maksiat dan yang ingkar agar sempat bertaubat dan beristighfar, maka mereka akan diberi keampunan dan selamat.
    Begitulah rahmat Allah SWT ke atas hamba-hamba-Nya.
    Alhamdulillah.

Powered by BetterDocs

Scroll to Top