Kafir Cabar Minta Azab, Rahmat Kewujudan Nabi SAW Dan Istighfar & Ibadat Bersiul Dan Tepuk Tangan.
Full video : https://youtu.be/tmhTaHiiiTs?si=UCRuXaxBJhBQ59KL
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 32-35 dalam juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT ceritakan tentang puak kafir Quraisy yang keras kepala sehingga mereka mencabar Nabi SAW agar bawa azab yang dijanjikan jika Baginda benar!
- Kemudian Allah nyatakan dua sebab kenapa umat ini tidak dibinasakan sepenuhnya dengan azab atas dunia ini lagi:
i-Rahmat kewujudan Nabi SAW
ii- jika mereka istighfar meninggalkan syirik & maksiat.
Ataupun ada umat Islam yang beristighfar di tempat itu, maka selamatlah buat sementara.
- Kemudian Allah nyatakan sebenarnya mereka layak untuk dibinasakan kerana mereka telah menyekat orang Islam dari Masjidil Haram atau menyekat orang ramai dari Islam.
- Allah juga nyatakan ibadat mereka hanyalah lagha, suka-suka dengan tepuk tangan & bersiul bergendang!
Betapa bahayanya jika ibadat yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyyah ini dibawa masuk ke dalam masyarakat Islam.
Agama & Ibadat kita bukan begitu; bersiul, tepuk tangan dan seumpamanya bukan daripada ajaran Islam!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT peringatkan ketika kamu sedikit & lemah manakala puak kafir pula jahat sibuk merancang berpakat untuk membunuh Nabi SAW.
ii- Maka datang ayat ini menceritakan tentang kebodohan puak kafir lagi yang datang meminta disegerakan azab ke atas mereka jika Nabi SAW itu benar!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
AYAT 32- {DAN (INGATLAH) KETIKA MEREKA (KAUM MUSYRIK MAKKAH) BERKATA: “WAHAI TUHAN KAMI! JIKA BETUL (AL-QURAN) ITU IALAH YANG BENAR DARI SISIMU, MAKA HUJANILAH KAMI DENGAN BATU DARI LANGIT, ATAU DATANGKANLAH KEPADA KAMI AZAB SEKSA YANG TIDAK TERPERI SAKITNYA”.} (AL-ANFAL 8:32)
- Allah ingatkan lagi ketika puak kafir Quraisy datang cabar Rasulullah SAW untuk minta azab dari Allah diturunkan ke atas mereka.
Inilah bahasa orang yang degil keras kepala tak reti bahasa, dia cabar Tuhan kerana dia tak beriman!
Jika beriman pastilah kita tahu & takut akan azab Allah!
Diceritakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA menamakan yang meminta azab mencabar Nabi SAW itu ialah Abu Jahal.
Dia minta hujan batu dari langit atau mana-mana azab. [HR Bukhari & muslim].
- Ada juga ulama’ seperti al-Wahidi berpendapat yang berkata : Itu ialah yang mengatakan dia boleh buat juga ayat seperti al-Quran, iaitu An-Nadr bin al-Harith!
- Ulama’ tafsir terkemudian kata : Tiada percanggahan, kedua mereka boleh jadi memintanya- yang penting keduanya adalah kafir yang jahat keras kepala & tak beriman yang menyebabkan mereka berani mencabar minta azab!
Sama saja seperti puak kafir umat terdahulu yang mencabar nabi mereka minta azab disegerakan!
Begitu juga puak kafir selepas itu hingga ke hari ini kerana watak-watak ini akan muncul.
- Firman Allah SWT juga tentang ini:
{Dan mereka pula berkata (secara mengejek-ejek): “Wahai Tuhan kami! Segerakanlah azab yang ditetapkan untuk kami, sebelum datangnya hari hitungan amal (yang dikatakan oleh Muhammad itu)”.} (Sad 38:16)
- Walaupun mereka berkeras minta azab, berani mencabar Allah & Nabi SAW, tetapi ada dua sebab Allah tidak turunkan azab yang memusnahkan semua umat atau puak kafir Quraisy itu sebagaimana umat yang terdahulu.
Ada juga azab tetapi secara kecil-kecilan bukan seperti umat terdahulu.
AYAT 33- {DAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENYEKSA MEREKA, SEDANG ENGKAU (WAHAI MUHAMMAD) ADA DI ANTARA MEREKA; DAN ALLAH TIDAK AKAN MENYEKSA MEREKA SEDANG MEREKA BERISTIGHFAR (MEMINTA AMPUN).} (AL-ANFAL 8:33)
- Sebab pertama dan utama kaum Quraisy itu tidak dibinasakan ialah kerana Rasulullah SAW ada bersama mereka di Makkah pada waktu itu.
i- Ini kerana mengikut ketetapan Allah SWT (sunnatullah), Allah tidak akan binasakan mana-mana kaum selagi ada bersama mereka Nabi mereka, sehinggalah Nabi itu keluar dari kampung atau bumi yang akan kena azab itu!
Sebagaimana kisah Nabi Lut & penduduk Qura Sadum.
ii- Kata Syeikh Ibnu Atiyah RHM : Sepakat ulama’ tafsir kata, Allah tidak akan binasakan mana-mana kaum selagi Nabi mereka ada sekali.
Ini adalah satu kemuliaan bagi para nabi AS
iii- Kata Ibnu Kathir RHM : Sebelum Abu Jahal dibinasakan, Rasulullah SAW telah keluar meninggalkan Makkah berhijrah ke Madinah.
Abu Jahal juga mati di Badar, dia dan gengnya dibunuh di situ bukan di Madinah atau di Makkah.
Badar jauhnya lebih dari 150km dari Madinah.
- Sebab kedua ialah kerana mereka beristighfar kepada Allah:
i- Allah bagi jaminan bahawa jika istighfar Allah akan selamatkan kamu.
ii- Kata ulama’ : Azab yang tidak turun kerana istighfar ialah semua azab; sama ada yang turun dari langit atau datang dari bawah.
iii- Tetapi kerana mereka tidak istighfar, azab itu datang dari pelbagai sudut maka binasalah Abu Jahal, Abu Lahab dan semua kafir yang jahat itu!
AYAT 34 – {DAN MENGAPA MEREKA TIDAK PATUT DISEKSA OLEH ALLAH, SEDANG MEREKA MENYEKAT (ORANG-ORANG ISLAM) DARI MASJID AL-HARAAM, PADAHAL MEREKA BUKANLAH ORANG-ORANG YANG BERHAK MENGUASAINYA (KERANA MEREKA KAFIR MUSYRIK)? SEBENARNYA ORANG-ORANG YANG BERHAK MENGUASAINYA HANYALAH ORANG-ORANG YANG BERTAQWA, TETAPI KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI.} (AL-ANFAL 8:34)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat lepas Allah nyatakan Allah tidak akan binasakan sesuatu kaum itu selagi Rasulullah SAW ada bersama mereka.
ii- Kemudian datang ayat ini menyatakan mereka memang layak dibinasakan kerana mereka memang jahat, iaitu menyekat orang Islam dari Masjidil Haram dan menyekat masyarakat dari Islam.
- Allah nyatakan pula kenapa mereka tidak patut diazab sedangkan mereka telah melakukan perbuatan yang melayakkan mereka diazab; iaitu menyekat orang daripada Islam, daripada masuk Islam serta menyekat orang dari solat, tawaf & beribadat di dalam Masjidil Haram.
Bahkan menyakiti Nabi SAW dengan pelbagai perbuatan yang buruk dan keji, dipukul dicampak perut unta dan pelbagai kejahatan.
- Tetapi disebabkan rahmatan lil‘Alamin Allah tangguhkan dulu balasan ke atas mereka,
Tetapi Allah sesekali tidak cuai atau lupa akan keadaan mereka itu- hanya tangguhkan saja dulu azabnya!
Hanya beri masa sekejap, di mana selepas dua tahun Nabi SAW keluar dari Makkah, mereka dah goyah, di mana harta mereka terancam sehingga mereka terpaksa keluar dari Makkah membawa harta & senjata yang banyak menuju ke Badar bagi menaikkan kembali kedudukan mereka di mata orang ramai.
- Kisah ini juga Allah jelaskan dalam firman-Nya:
{Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam), dan dari memasuki Masjid Al-Haraam (Makkah) yang Kami jadikan dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman), sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah; dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.} (Al-Hajj 22:25)
- Yakni Allah kata siapa yang berniat nak buat tak baik di Makkah, Allah akan timpakan azab.
Maka kita tahulah Makkah itu adalah satu tempat yang dijaga oleh Allah s.w.t sehingga ke hari Kiamat.
Siapa nak kacau Makkah mereka akan binasa.
- Sedangkan kafir Quraisy itu bukan penjaga yang sebenar bagi Masjidil Haram, kerana mereka yang berhak menjadi wali (penjaganya) hanyalah orang bertaqwa, bukan orang musyrikin!
- Tetapi kebanyakan manusia tidak tahu tentang itu, mereka menyangka merekalah yang berhak dan benar, datuk moyang mereka yang berkuasa menjaga Ka’bah sejak dari turun-temurun lalu mereka menyambungnya!
Semua itu hanya kebetulan- Allah tegaskan yang berhak & penjaga sebenar Masjidil Haram & Ka’bah ialah mereka yang beriman & bertaqwa kepada Allah!
AYAT 35- {DAN TIADALAH SEMBAHYANG MEREKA DI SISI BAITULLAH ITU MELAINKAN BERSIUL-SIUL DAN BERTEPUK TANGAN. OLEH ITU RASALAH KAMU (WAHAI ORANG KAFIR) AKAN AZAB SEKSA DENGAN SEBAB KEKUFURAN KAMU.} (AL-ANFAL 8:35)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelumnya Allah nyatakan bahawa orang kafir itu bukanlah pengawal atau penjaga Masjidil Haram yang sebenar.
Penjaganya yang sebenar & betul secara Syar’i ialah mereka yang beriman & bertaqwa kepada Allah!
ii- Kemudian datang ayat ini Allah menyatakan bahawa puak kafir itu ibadat mereka di sisi Ka’bah {Baitullah} adalah karut-marut dan entah apa-apa- mereka tidak buat melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan.
- Yakni ibadat mereka di sisi Ka’bah, hanyalah sekadar suka-suka & main-main.
Sudahlah tawaf sambil telanjang, mereka membuat bising, hingar-bingar pula dengan bertepuk tangan dan bersiul.
- Kata Ibnu Athiyah : Perbuatan bersiul-siul dan bertepuk tangan itulah budaya Arab jahiliyyah sebelum Islam dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah!
- Yang kita bimbangi sekarang ini ada juga sebahagian orang Islam yang apabila nak berzikir, nak ibadat, nak berselawat- nak iringi dengan bunyian juga seperti bergendang, menyanyi, bangun menari atau melompat sedangkan dalam ajaran Islam yang murni tiada ibadat seperti itu!
- Nabi SAW tidak pernah ajar para sahabatnya buat begini!
Yang kita ceritakan ini adalah perbuatan puak jahiliyyah sebelum Islam.
- Di akhir ayat ini Allah kata; rasakanlah azab dengan sebab kamu kafir.
Sama ada azab segera atas di dunia ini seperti ditawan atau dibunuh dalam peperangan atau azab yang besar & kekal di dalam neraka nanti!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 32- {Dan (ingatlah) ketika mereka (kaum musyrik Makkah) berkata: “Wahai tuhan kami! Jika betul (Al-Quran) itu ialah yang benar dari sisimu, maka hujanilah kami dengan batu dari langit,…}-
Abu Jahal atau an-Nadr yang kafir itu telah berdoa mencabar Allah minta diturunkan azab ke atas mereka
Kata ulama’ tadabbur : Apabila seseorang itu berani mendoakan keburukan atas dirinya sendiri- menunjukkan bahawa mereka tidak percaya kepada perkara itu, kerana jika dia yakin dia tidak akan buat begitu!
Atau menunjukkan perangai jahat mereka yang tidak peduli tentang syurga neraka, dosa pahala atau azab sengsara.
Di sini kita boleh faham orang yang tidak beriman dia tidak percaya, sama seperti kita tidak percaya bila orang kata di tempat atau satu pokok itu ada penunggu hantu, maka kita tidak takut untuk lalu atau duduk di situ serta ia tidak akan memberi mudharat kepada kita kerana kita tidak percaya!!
Orang kafir menunjukkan ketidakpercayaan mereka dengan berkata: “Jika betul (Al-Quran) itu- {إِن كَانَ هَـٰذَا}- menunjukkan mereka tidak yakin dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Maka dari ayat ini, kita orang yang beriman jangan belajar dengan puak kafir, iaitu mencabar Tuhan!
Contoh: Jika betul aku menipu, biarlah petir halilintar menyambar aku!!!!
Orang beriman tidak akan membuat cabaran yang boleh memakan diri.
Hanya orang tidak beriman berani mencabar Allah.
Yakni ada jenis manusia:
i- Yang pertama memang dia tidak beriman & tidak percaya.
ii- Yang kedua : Dia beriman tetapi jahat.
Seperti pencuri yang sanggup bersumpah bahawa dia tak ambil barang itu, jika dia ambil biar kena panah petir dan seumpamanya!
Orang beriman jangan berani bersumpah yang mencabar Tuhan, atau keras kepala tak tentu hala!
- Ayat 32- {… maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.}
Dalam ayat ini orang kafir minta dua perkara iaitu:
i- Hujan batu dari langit;!
Kita lihat di sini bahawa permintaan hujan batu {فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةًۭ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ} oleh orang kafir Quraisy itu adalah tertentu (spesifik).
Kenapa? Apakah puak Makkah ini telah dengar tentang hujan batu yang Allah turunkan ke atas kamu Nabi Lut sehingga memberi mereka idea untuk minta azab jenis begitu juga???
Walahu a’lam!
Bala itu ada dua, sama ada yang turun dari langit atau yang keluar dari bumi!
ii- Atau azab lain yang pedih juga.
Kemudian mereka juga cabar jika tak ada hujan batu pun tak apalah, datangkanlah azab jenis apa pun; yang penting mereka nak awal & segera!
Inilah perbuatan yang amat tolol kerana mengundang bahaya & meminta bala ke atas diri sendiri.
Para ulama’ Islam telah mengajar kepada kita orang Islam agar jangan keras kepala, jangan cabar Tuhan. Hanya orang kafir yang tidak beriman akan berbuat sedemikian.
- Ayat 33- {Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka;…}-
Allahu Akbar, Allah beri kedudukan yang begitu besar & agung kepada Rasulullah SAW!
Iaitu selagi Nabi SAW ada bersama mereka, Allah tidak akan turunkan azab secara total atau menyeluruh ke atas orang kafir.
Tetapi yang sikit-sikit tetap ada!
Kita kena ingat bahawa untuk kita mendapat keamanan di dunia ada dua sebab:
i- Kerana adanya Nabi SAW di kalangan mereka.
ii- Sekiranya mereka beristighfar.
Kata ulama’ : Sekarang ini Baginda Nabi SAW sudah wafat, lebih dari 1400 tahun dulu.
Yang ada cuma istighfar untuk menyelamatkan kita dari azab.
Maka wajib kita perbanyakkan istighfar dalam hidup kita ini.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ.
Nabi SAW di dalam satu majlis saja beristighfar lebih dari 100 kali, mengikut kiraan para sahabat yang bersama Baginda SAW.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [HR al-Bukhari (6307)]
Bagaimana pula dengan kita?
Kita yang banyak dosa ini pula malas & tak mahu beristighfar.
Buatlah seberapa banyak yang kita mampu, 100 kali, 1000 kali; cuma jangan meletakkan bilangan tertentu kerana Nabi SAW tidak menetapkannya!
Pastilah lagi banyak, lagi baik & lagi banyak pahalanya!
Jadi jika kita nak selamat dunia Akhirat;
i- Banyakkan istighfar
ii- Ikutlah Sunnah Nabi SAW Walaupun Nabi dah wafat tetapi jika hidup kita bersama Sunnah, insya’ Allah kita akan selamat!
- Ayat 34- {Dan mengapa mereka tidak patut diseksa oleh Allah, sedang mereka menyekat (orang-orang Islam) dari masjid Al-Haram,…}-
Allah kata kenapa mereka tak layak dibinasakan sedangkan mereka jahat, telah menyekat orang dari Masjidil Haram!
Perbincangan Ulama’ tafsir:
i- Dalam ayat sebelum ini Allah kata mereka orang Makkah tak akan kena azab selagi ada dua sebab tadi.
ii- Tetapi kenapa datang ayat ini mengatakan bahawa mereka memang layak & berhak untuk diazab pula????
Macamana kita selaras & campur ayat ini!
Jawapan:
I- Kerana keamanan yang dijanjikan Allah untuk selamat dari azab itu telah hilang, telah pupus dengan ketiadaan Nabi SAW di Makkah, mereka telah halaunya keluar.
Maka tiada sebab lagi Allah nak jaga mereka- dengan itu mereka layak di azab.
ii- Tiada lagi istighfar dari yang beriman kerana Nabi SAW & para sahabat yang Islam tiada lagi di Makkah.
Azab mungkin tertangguh kerana masih ada lagi orang yang lemah yang berselindung di Makkah lalu azab tertangguh juga istighfar mereka itu!
Walaupun tertangguh sekejap tetapi azab tetap tiba iaitu apabila Allah s.w.t heret Abu Jahal dan para pemuka Quraisy ke Badar untuk dibunuh dan dihumban ke dalam telaga buruk Badar!
Kerana itu untuk kita selamat sentiasalah berpegang dengan sunnah dan perbanyakkan istighfar, bertaubat dan mohon ampun dari Allah.
Seorang Syeikh ditanya oleh beberapa orang dengan beberapa soalan:
i- Musim kemarau air kering apa perlu kita buat?
Jawab Syeikh: istighfar!
ii- Orang tak ada anak apa doa?
Jawab Syeikh: istighfar!
iii- Orang sakit apakan doanya?
Jawab Syeikh; istighfar!
Makanya jawapan Syeikh untuk semua masalah adalah istighfar!!
Ini kerana banyak ayat-ayat dalam al-Quran yang menunjukkan Allah beri nikmat kepada kita dengan sebab istighfar.
Firman Allah SWT :
i- {Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya,
(وَيَـٰقَوْمِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ)
supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!} (Hud 11:52)
ii- {“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, (فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ)
sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
“(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).}
(Nuh 71: ayat 10-12)
Itulah rahsia istighfar. Boleh lihat kuliah DDAAM tentang rahsia istighfar yang sangat besar: https://www.youtube.com/@halaqahabuanasmadani.2046/search…
- Ayat 35- {Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan…}-
Allah kata puak kafir itu bukan beribadat pun tetapi mereka hanya membuat bising dengan bersiul & bertepuk tangan.
Menjadikan siulan, tepuk tangan, muzik, bunyi-bunyian seperti gendang dan lain-lain alat muzik sebagai alat ibadat untuk mendekatkan diri kepada Tuhan; itu bukan ajaran Islam tetapi ajaran puak kafir yang dipelopori oleh puak musyrikin jahiliyyah ini.
Ini tidak, atas nama Cinta Nabi, bergendang atas masjid dari pagi sampai malam!
Atas nama beribadat kepada Allah, bergendang bangun menari berpusing-pusing, itu bukan ibadat kepada Allah!
Bahkan ada ulama’ kata : Puak pertama yang melalukan begini adalah puak penyembah lembu Samiriy.
Apabila anak lembu itu berbunyi suara; mereka dengan gembira pakat bangun bersiul dan bertepuk tangan!!
Manakala gaya Nabi SAW & para sahabat, majlis Nabi & sahabat SAW berzikir adalah amat tenang dan sunyi dari bunyian bising, sehingga burung boleh datang hinggap atas kepala mereka kerana terlalu sunyi & tenang.
Jika bising dengan gendang & bunyian apa saja- kita mengatakan itu bukan gaya ibadat & Sunnah Nabi SAW.
Jagalah agama kita, jagalah ibadat kita dan amalan kita daripada terjebak & menyerupai gaya & perbuatan kafir!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
