LARANGAN ISTIGHFAR KEPADA KAFIR, DOA NABI IBRAHIM SEBELUM JELAS & TIDAK SESAT SETELAH HIDAYAH.
Full video : https://youtu.be/ZHUIcylkmIQ?si=BrFxGPZPfam0Ekrs
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah At-Taubah dengan ayat 113 sehingga 116 dalam juz kesebelas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan larangan kepada Nabi SAW & orang beriman dari minta ampun & istighfar kepada kafir, walaupun kaum keluarga terdekat.
- Adapun doa Nabi Ibrahim AS kepada bapanya adalah sebelum jelas & ternyata bapanya tidak layak mendapat maghfirah.
Selepas mendapat perintah Allah dia berhenti.
- Allah SWT juga bawa hujjah & bukti sebelum mengambil tindakan ke atas mana-mana kaum!
Jika datang bukti & hujjah tidak beriman dan masih sesat juga setelah itu maka akan diambil tindakan.
- Di akhir ayat Allah nyatakan siapa Dia Zat Yang Mulia, Allah Pemilik Langit & bumi, Penguasa atas sesuatu.
Jangan bimbang jika orang kafir tak tolong kita, kita ada Allah; tetapi pertolongan Allah hanya akan datang jika syarat & SOP-nya dipenuhi, ia tidak datang begitu sahaja.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Selepas diterangkan dalam permulaan surah ini bahawa orang-orang Islam diwajibkan untuk memutuskan hubungannya & perjanjian setia dengan orang-orang musyrik. (البراءة)
ii- Maka datang ayat ini ditegaskan pula larangan tentang berdoa & meminta ampun untuk orang kafir walaupun kaum kerabat & keluarga sendiri.
Jelaslah kena putuskan hubungan dari semua sudut, larangan untuk berlepas diri daripada kafir sama ada yang masih hidup & sudah mati juga! Inilah Surah Al-Bara’ah, perlepasan diri!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 113- {TIDAKLAH DIBENARKAN BAGI NABI DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MEMINTA AMPUN BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK, SEKALIPUN ORANG ITU KAUM KERABAT SENDIRI, SESUDAH NYATA BAGI MEREKA BAHAWA ORANG-ORANG MUSYRIK ITU ADALAH AHLI NERAKA.} (AT-TAUBAH 9:113)
- Allah tegaskan tidak boleh bagi orang beriman untuk meminta keampunan bagi orang yang syirik kepada Allah walaupun anak-beranak & kaum keluarga sendiri.
- Ayat ini mengandungi kisah yang amat menyedihkan sebagai hadis ini:
أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمِّ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ وَيُعِيدُ لَهُ تِلْكَ الْمَقَالَةَ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبَى أَنْ يَقُولَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ } وَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }
Sa’id bin al-Musayyab telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya, beliau berkata: “Apabila Abu Talib hampir mati maka Rasulullah SAW pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah. Lalu Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah”. Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?” Begitulah Rasulullah SAW terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib. Lalu Rasulullah SAW pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya”.
Selepas itu Allah SWT menurunkan ayat: مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka [At-Taubah: 113].”
Dan Allah SWT menurunkan berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah SAW: { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }
Maksudnya: “Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”. [Al-Qosas :56] [HR Muslim].
Walaupun Abu Talib adalah orang yang mempertahankan dan membela Nabi SAW & dakwahnya.
- Begitulah sebagaimana yang kita maklum, hidayah itu ada dua kategori:
i- Hidayah membimbing, mengajar dan menunjuk jalan itu kerja Nabi SAW, sahabat & para pendakwah.
ii- Hidayah taufiq, iaitu nak buka hati orang untuk memeluk Islam adalah di bawah kuasa Allah SWT semata.
- Ulama’ tafsir seperti al-Wahidi menukilkan pandangan ulama’ tafsir:
Bahawa Nabi SAW telah mengajak dan memujuk bapa saudaranya Abu Talib untuk memeluk Islam tetapi apakan daya Abu Talib tidak mahu dan mati dalam bukan Islam!
Lalu Nabi SAW pn berkata dia akan meminta ampun untuk Abu Talib sehingga Allah beri keringanan baginya!
- Tetapi ada juga ulama’ kata: Jika dikatakan ayat ini turun kepada kisah Abu Talib, ia tidak kena kerana ia telah berlaku sebelum hijrah lagi sedangkan ayat ini turun dihujung dakwag Nabi SAW. Yakni ayat ini jauh seolah tak kena.
- Kata ar-Razi pula: Tidak mengapa, baginya apa yang dikatakan jauh itu tidak jauh.
Boleh jadi Nabi SAW masih meminta ampun kepada Abu Talib sehinggalah turun ayat larangan ini.
Kerasnya larangan berbaik dengan kafir adalah apabila datang ayat ini, untuk memutuskan segala hubungan dan sebelum itu agak lembut. Inilah analisa yang dibuat oleh ar-Razi, tidak jauh.
- Analisa yang dibuat oleh Ibnu Hajar pula tentang dua ayat ini iaitu:
i- Firman Allah: { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }
Maksudnya: “Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)”. [Al-Qosas :56]- Ayat ini jika dikatakan Allah SWT. menurunkannya berkenaan Abu Talib, adalah jelas dan logik.
ii- Firman Allah: مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ
Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka [At-Taubah: 113].
Manakala ayat ini untuk dikatakan turun kepada Abu Talib memerlukan pandangan & perbincangan.
- Analisa yang dibuat oleh al-Qasimi pula: Tidak menjadi masalah kerana ada ulama’ kata ayat ini turun untuk menyatakan ini, ayat itu begini!
Ayat kita ini jelas melarang Nabi dan seluruh orang beriman dari meminta ampun untuk orang kafir, dan Nabi SAW pernah meminta ampun & istighfar untuk bapa saudaranya.
Maka walaupun ayat ini bukan menjadi sebab nuzulnya, ia boleh juga dikaitkan dengan peristiwa tersebut.
Wallahu a’lam.
- Ayat ini menyatakan tidak layak untuk Nabi SAW meminta ampun bagi orang kafir walaupun keluarga terdekat.
Sebuah lagi kisah yang menyedihkan.
- Kisah Nabi SAW menziarahi kubur ibunya yang terletak di Abwa’ sebuah bandar lama dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah. Nabi SAW kemudian menangis dan para sahabat ikut menangis dan mereka bertanya kenapa.
- Hadis:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “اسْتَأْذَنْتُ رَبِّي أَنْ أَسْتَغْفِرَ لأُمِّي
فَلَمْ يَأْذَنْ لِي وَاسْتَأْذَنْتُهُ أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأَذِنَ لِي
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Aku meminta izin kepada Tuhanku untuk aku memohon keampunan buat ibuku.Tetapi Allah tidak mengizinkan aku. Aku memohon pula keizinanNya untuk menziarahi kuburnya. Lalu Allah memberi keizinan kepadaku. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, hadis no: 2130]
Kita jangan sibuk nak membincangkan tentang kedudukan ibu bapa Nabi SAW, kita sibukkan diri kita berdoa kepada kedua ibu bapa kita.
Anaknya adalah Rasulullah SAW penghulu segala anbiya’ tak perlu kita berbalah pula tentangnya.
- Larangan dari meminta ampun & istighfar ini adalah selepas zahir kepada kita bahawa mereka mati dalam keadaan kafir & syirik.
Kita jatuhkan hukuman secara zahir, jika dia mati dalam kafir maka secara zahirnya adalah kafir, tak perlu kita cari selidik apa yang ada dalam hati mereka!
AYAT 114- {DAN BUKANLAH ISTIGHFAR NABI IBRAHIM BAGI BAPANYA (DIBUAT) MELAINKAN KERANA ADANYA JANJI YANG DIJANJIKAN KEPADANYA; DAN APABILA TERNYATA KEPADA NABI IBRAHIM BAHAWA BAPANYA MUSUH BAGI ALLAH, IA PUN BERLEPAS DIRI DARIPADANYA. SESUNGGUHNYA NABI IBRAHIM ITU LEMBUT HATI LAGI PENYABAR.} (AT-TAUBAH 9:114)
- Manakala tentang Nabi Ibrahim pula yang berdoa meminta ampun bagi bapanya yang kafir adalah kerana janjinya kepada bapanya!
- Munasabah ayat:
i- Maksudnya ayat ini adalah untuk menyekat fahaman salah manusia yang menyangka bahawa Nabi kita Muhammad SAW dilarang dengan apa yang diizinkan kepada Nabi Ibrahim AS.
Kenapa Nabi Ibrahim boleh?
Juga ada orang yang menggunakan hujjah Nabi Ibrahim ini untuk berdoa kepada ibu bapanya yang kafir.
ii- Maka datang ayat ini Allah menyatakan Nabi Ibrahim berdoa hanya pada peringkat awal sahaja, iaitu sebelum zahir bapanya menolak Islam.
Maka apabila zahir bapanya kafir tulen, Ibrahim berhenti beristighfar & tidak lagi mendoakan bapanya!
- Yakni tidak berlaku istighfar nabi Ibrahim kepada bapanya kecuali dengan sebab janjinya untuk meminta ampun bagi bapanya!
- Kata Syeikh Ibnu Atiyyah: Ayat ini tidak menjadi hujjah bagi orang yang beriman untuk berdoa juga kepada ibu bapa mereka yang kafir!
- Terdapat 4 ayat dalam al-Quran yang menunjukkan doa/istighfar Nabi Ibrahim kepada bapannya:
i- {“Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan”} (Ibrahim 14:41)
Ini sebelum berlakunya larangan tersebut.
ii- {Nabi Ibrahim berkata: “Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.} (Maryam 19:47)
iii- {“Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat;} (Asy-Syu’ara’ 26:86)
iv- {… tetapi janganlah dicontohi perkataan Nabi Ibrahim kepada bapanya (katanya): “Aku akan memohon kepada Tuhanku mengampun dosamu, dan aku tidak berkuasa menahan (azab seksa) dari Allah sedikit juapun daripada menimpamu.} (Al-Mumtahanah 60:4)
- Kemudian apabila datang ayat kita ini, Nabi Ibrahim AS tidak lagi beristighfar & memohon ampun bagi bapanya itu!
Yakni apabila jelas kepadanya bahawa bapanya itu musuh Allah kerana dia kafir!
- Timbul persoalan; bagaimana akhirnya Ibrahim dapat kesan bahawa bapanya itu musuh Allah?
Terdapat beberapa pendapat ulama’ tentangnya:
i- Bapanya berterusan menentang & menolak dan lawan sehingga mati.
Apabila mati dalam syirik jelaslah musuh Allah!
ii- Ada kata belum mati lagi tetapi telah jelas tak akan beriman akan berterusan dalam kafir!
iii- Mungkin Allah SWT yang memberitahunya dengan mewahyukan kepada Ibrahim agar berhenti. Wallahu a’lam.
- Kemudian Allah nyatakan pula bahawa Ibrahim ini adalah:
i- Seorang yang lembut hati {لَأَوَّٰهٌ}.
Seorang yang banyak munajat dan berdoa dalam keadaan khusyuk maka sifatnya sangat sayang kepada keluarganya, nak menyelamatkan orang dan suka minta ampun.
ii- Lagi penyabar {حَلِيمٌۭ}- sabar atas susah payah berdakwah, sabar atas serangan musuh dan suka memaafkan orang.
- Satu kisah yang menunjukkan perangai Ibrahim yang amat lembut & baik hatinya:
{(Bapanya) menjawab: “Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.} (Maryam 19:46)
Apabila bapanya menghalau & mengugutnya, Ibrahim hanya menjawab:
{Nabi Ibrahim berkata: ” Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.} (Maryam 19:47)
AYAT 115- {DAN ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENJADIKAN SESUATU KAUM ITU SESAT SESUDAH IA MEMBERI HIDAYAH PETUNJUK KEPADA MEREKA, SEBELUM IA MENERANGKAN KEPADA MEREKA APA YANG MEREKA WAJIB MEMELIHARA DAN MELINDUNGI DIRI DARIPADANYA; SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN TIAP-TIAP SESUATU.} (AT-TAUBAH 9:115)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat sebelum ini Allah larang dari istighfar kepada orang kafir.
Maka ramai orang Islam yang susah hati kerana sebelum itu ramai yang meminta ampun untuk ibu bapa & tok nenek mereka yang masih kafir.
Bahkan ada sebahagian mereka yang berbuat begitu sudah mati juga!
ii- Maka datang ayat ini Allah menyatakan bahawa Dia tak akan ambil kira, tak ambil tindakan, tidak dikira salah sesuatu perbuatan itu sehinggalah Allah nyatakan hukumnya.
Seperti kisah Nabi SAW istighfar untuk Abu Talib & untuk munafiq di Madinah, sebelum turun ayat larangan!
Yakni selagi tidak datang ayat melarang maka tidak akan dikira salah, tetapi ingat apabila datang ayat larang, akan bersalah & berdosa!
- Bukanlah sunnatillah, bukan juga satu hikmah dan kebijaksanaan Allah ke atas makhluk-Nya, untuk sesatkan orang yang telah diberi hidayah untuk beriman kecuali setelah Allah tunjukkan sebab & nyatakan hujjah & dalil dan al-Quran lagi Sunnah lagi!
Jika sesat juga selepas itu, kamu sendiri yang salah, kamu pilih jalan yang salah!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisa’ 4:115)
- Yakni orang yang beriman Allah tidak akan sesatkan begitu sahaja, tetapi mereka akan sesat sekiranya mereka langgar nas Syara’, langgar ajaran yang telah dijelaskan Allah & Rasulullah SAW.
- Janganlah kamu membuat andaian atau spekulasi begitu- begini, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Allah buat segala sesuatu dengan ilmu & dengan hikmah-Nya.
- Jika Allah beri rahmat-Nya kepada kita; itu dengan limpah kurnia-Nya & jika Allah ambil tindakan ke atas kita; itu dengan hikmah keadilan-Nya. Yang tidak adil & tidak sempurna itu manusia.
AYAT 116- {SESUNGGUHNYA ALLAH JUALAH YANG MENGUASAI SEGALA ALAM LANGIT DAN BUMI; IA MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN; DAN TIDAKLAH ADA BAGI KAMU SELAIN DARI ALLAH SESIAPA PUN YANG MENJADI PELINDUNG DAN JUGA YANG MENJADI PENOLONG.} (AT-TAUBAH 9:116)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas apabila Allah suruh kita berlepas diri dari kafir sama ada yang masih hidup atau mati, maka ada orang Islam yang lemah semangat berasa bimbang jika keadaan itu memberi kesan tidak baik & susah untuk meneruskan hidup.
Hatta dalam masyarakat melayu kita dulu pun ada berpendapat begini!
ii- Maka dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa Dia adalah Penguasa langit & bumi, yang menghidupkan & mematikan.
Bagi kita tiada Pelindung melainkan Allah SWT. Jangan kamu runsing dan memikirkan perkara yang kecil itu.
Allah Pemilik langit & bumi bukan kafir itu.
- Yakni Allah Pemilik langit & bumi, penguasa seluruh alam ini, tiada sekutu atau partner bagi-Nya, dalam pentadbiran, susun-atur dalam perundangan-Nya.
Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia dan segala makhluk.
- Sebagaimana firman Allah juga:
{Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.} (Al-Hadid 57:2)
- Allah akhiri ayat ini dengan menegaskan bahawa tiada siapa selain dari Allah yang menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong bagi kita!
Yakni tiada siapa yang boleh menjaga melindungi kamu serta menolak segala kemudharatan selain dari Allah!
- Memang kita kena ada usaha & ikhtiar dalam hidup ini, ada security, pengawal keselamatan, warden & ada semuanya tetapi semua itu hanya sebagai langkah ikhtiar, selebihnya semua itu di bawah kekuasaan Allah!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 113- {Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik…}-
Kata ulama’: Ayat ini menunjukkan bahawa aqidah adalah tali pengikat yang paling kukuh sekali daripada tali-tali lain!
Ikatan aqidah yang paling dekat.
Allah kata walaupun mereka anak beranak & keluarga kamu; jika mereka tidak beriman tiada hubungan dari sudut keagamaan, hanya hubungan keluarga, family makan minum begitu saja.
Tetapi hubungan aqidah yang membawa kita ke Akhirat kelak, tiada!
Tiada hubungan ibu-anak, mentua menantu, sahabat handai dan sebagainya di Akhirat kelak kecuali orang yang beriman!
Ayat ini juga menjadi dalil haram berdoa meminta ampun bagi orang kafir yang hidup atau mati!!!
Jika ada orang kafir mati jangan kita kata al-marhum, al-maghfur bagi si kafir atau juga tulis R.I.P, (Semoga tenang di sana kerana bagi Islam, orang kafir di Akhirat tiada ketenangan atau rehat bagi mereka!
Bahkan mereka akan bergelumang dengan soaljawab & azab siksa dari malaikat.
Begitulah kita suka sangat ikut perbuatan orang putih/kafir, sebagaimana sabda Nabi SAW:
«لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ، شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ، حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ» قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: «فَمَنْ»
Maksudnya: “Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun), pasti kalian pun akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa lagi?” [HR Muslim (2669)].
Begitu juga pantun Almarhum TG Hj Abdul Rahman yang masih relevant sehingga ke hari ini: Harimau mati meninggalkan belang,
Orang putih lari meninggalkan perasaan & undang-undang!
Jadi ayat ini memutuskan terus hubungan dengan orang kafir!
- Ayat 113- {Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik…}-
Para ulama’ berkata: Doa kita bermanfaat kepada orang lain.
Tetapi ada syaratnya, iaitu penerima doaitu mestilah orang beriman!
Sebagaimana hadis dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh kepada kedua orang tuanya.” (HR Muslim).
Kita berpegang dengan pandangan yang kata pahala sampai kepada orang mati; kita boleh berdoa bersedekah bagi mereka.
Cuma yang kita tidak bersetuju adalah menjadikan perbuatan tersebut sebagai acara-acara, pesta di kubur dan seumpamanya.
Jadi Allah ingatkan di sini jangan terlalu berpegang dengan sentiment kekeluargaan sangat, jika yang mati itu bukan orang Islam jangan minta ampun.
Ini kerana istighfar itu memberi manfaat kepada orang mati dengan syarat mereka beriman!!!
Memang menyedihkanlah jika ada ahli keluarga kita apatah lagi ibu bapa yang bukan Islam.
- Ayat 114- {Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana…}-
Istighfar Nabi Ibrahim itu hanya berwaktu, sebelum turunnya perintah larangan dan kerana dia telah berjanji dengan bapanya!
Sifat nabi Ibrahim itu sendiri Allah telah gambarkan sebagai seorang yang lembut hati, suka memaafkan orang dan amat penyayang terhadap ahli keluarganya & pastilah dia amat ingin selamatkan bapanya!
Maka tidak boleh kita jadikan doa nabi Ibrahim ini sebagai hujjah untuk berdoa kepada orang kafir kerana doanya hanya berwaktu atau seketika sebelum hukum dijelaskan.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Nabi SAW menceritakan keadaan Ibrahim AS ketika bertemu ayahnya di akhirat:
“ يَلْقَى إِبْرَاهِيمُ أَبَاهُ آزَرَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَعَلَى وَجْهِ آزَرَ قَتَرَةٌ وَغَبَرَةٌ، فَيَقُولُ لَهُ إِبْرَاهِيمُ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ لاَ تَعْصِنِي فَيَقُولُ أَبُوهُ فَالْيَوْمَ لاَ أَعْصِيكَ. فَيَقُولُ إِبْرَاهِيمُ يَا رَبِّ، إِنَّكَ وَعَدْتَنِي أَنْ لاَ تُخْزِيَنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ، فَأَىُّ خِزْىٍ أَخْزَى مِنْ أَبِي الأَبْعَدِ فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى إِنِّي حَرَّمْتُ الْجَنَّةَ عَلَى الْكَافِرِينَ، ثُمَّ يُقَالُ يَا إِبْرَاهِيمُ مَا تَحْتَ رِجْلَيْكَ فَيَنْظُرُ فَإِذَا هُوَ بِذِيخٍ مُلْتَطِخٍ، فَيُؤْخَذُ بِقَوَائِمِهِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ ”.
Maksudnya: “Pada hari kiamat Ibrahim akan bertemu ayahnya Azar yang mukanya gelap dan penuh debu. (Nabi (ﷺ) Ibrahim akan berkata kepadanya:
‘Bukankah aku telah memberitahu kamu supaya jangan menderhaka kepadaku?’ Bapanya akan menjawab: ‘Hari ini saya tidak akan menderhaka kepada kamu.’ ‘Ibrahim akan berkata: ‘Wahai Tuhanku! Engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak menghinakanku pada hari kiamat, dan apakah yang lebih menghinakanku daripada mengutuk dan menghina ayahku?’ Kemudian Allah berfirman (kepadanya): ‘Aku telah mengharamkan syurga bagi orang-orang kafir.” Kemudian dia akan disapa, ‘Wahai Ibrahim! Lihatlah! Apa yang ada di bawah kaki awak?’ Dia akan melihat dan di sana dia akan melihat dubuk (binatang,) berlumuran darah, yang akan ditangkap oleh kakinya dan dilemparkan ke dalam (Neraka).” [HR Al-Bukhari: 3350]
Yakni memang Ibrahim sebelum itu berdoa kepada bapanya tetapi apabila Allah larang, Ibrahim terus berhenti.
- Ayat 115- {Dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka,..}-
Allah tegaskan bahawa Allah tidak akan sesatkan atau ambil tindakan ke atas hamba-Nya sebelum Dia nyatakan dalil hujjah ini jalan yang betul & benar.
Jika kamu pilih jalan yang salah maka itu salah kamu sendiri!
Kata ulama’: Kita manusia tidak akan dikira bersalah sehingga Allah berikan kita hujjah, dan jika hujjah itu kita lawan & kita tidak ambil maka kitalah yang salah!
Apabila Allah beri kepada mana-mana kaum satu hidayah dan perintahkan mereka supaya ikut jalan yang lurus, tiba-tiba mereka pilih jalan yang salah, ikut jalan yang sesat, tak ikut Sunnah; maka ketika itu mereka adalah sesat dengan pilihan mereka sendiri!
Jelaslah kepada kita satu perkara yang menakutkan; jangan sesekali pilih & buat jalan yang tidak betul!
- Ayat 116- {Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala alam langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan;…}-
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah nak beri kata putus kepada orang mukmin, kamu jangan bimbang jangan runsing jika putus hubungn dengan orang kafir akan lemah & tidak cukup makan dan keperluan!
Ingatlah bahawa nyawa kamu, harta kamu, hidup matimu hatta langit & bumi ini milik Allah & di bawah kuasa Allah!
Jika kamu betul-betul beriman Allah akan tolong kamu!
Jangan takut jika tiada kafir, tak boleh nak minum teh tak boleh makan gula apa!
Betapa banyak negara yang tidak ada kafir boleh hidup baik-baik sahaja.
Apabila kita lemah ini saja kita terpaksa bergantung kepada kuasa kafir!
Maka jangan takut jika kamu putus hubungan dengan kafir kerana Allah akan bantu hamba-Nya yang beriman!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
