Kafir Nak Hapuskan Islam, Allah SWT Tetap Akan Sebarkan Agama -Nya & Membangkitkan Rasul-Nya SAW.
Full video : https://youtu.be/i7GuhDu5Mk4?si=1H0nU0_HJA8rXoli
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dan dalam siri ini kita akan teruskan tafsir kepada Surah At-Taubah dengan ayat 32 sehingga 33 dalam juzuk kesepuluh.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa puak ahli kitab, puak kafir cuba nak hapuskan Islam, kerana mereka bencikan Islam!
- Allah SWT tegaskan Dia tetap akan sebarkan & sempurnakan agama-Nya walaupun puak kafir, puak musyrikin tak suka!
- Maka untuk sebarkan agama ini Allah membangkitkan Rasul-Nya, Nabi kita, Muhammad SAW.
Seorang manusia yang dipilih sebagai nabi & rasul yang terakhir atas muka bumi ini.
Kita sebagai pengikut Nabi SAW wajib yakin & percaya bahawa agama ini akan berkembang-biak walaupun dibenci & ditentang oleh sesiapa sahaja atas muka bumi ini!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya :
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan krtitikan terhadap ahli kitab yang bawa kitab yang bukan asli lagi, dari mana kamu ambil sandaran ajaran & pegangan itu!
ii- Sekarang Allah nyatakan pula kritikan terhadap kehendak & matlamat mereka yang mahu hapuskan Islam atas muka bumi ini!
Lalu Allah cabar & tegur mereka; tak perlu nak cuba halang kerana agama ini agama Allah yang akan Dia jaga, sempurnakan & kembangkan!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 32- {MEREKA HENDAK MEMADAMKAN CAHAYA ALLAH (AGAMA ISLAM) DENGAN MULUT MEREKA, SEDANG ALLAH TIDAK MENGHENDAKI MELAINKAN MENYEMPURNAKAN CAHAYANYA, SEKALIPUN ORANG-ORANG KAFIR TIDAK SUKA (AKAN YANG DEMIKIAN).} (AT-TAUBAH 9:32)
- Puak kafir kesemuanya sama ada ahli kitab yahudi & nasrani atau kafir tulen; akan cuba memadamkan cahaya Islam.
Mereka menggunakan pelbagai medium untuk mendustakan perkara yang benar, buat pelbagai tuduhan & rekaan juga di’ayah.
Apabila orang Islam bangkit & kuat mereka kata pengganas, apabila orang Islam lemah mereka kata mundur & dhaif pula!
- Kata Ibnu Kathir : Allah katakan agama ini sebagai cahaya Allah {نُورَ ٱللَّهِ} iaitu agama Islam :
i- Kerana ingin buat perbandingan usaha puak kafir mahu memadamkan cahaya Islam seperti orang yang cuba memadamkan cahaya matahari atau cahaya bulan dengan tiupan hembusan mulut mereka; yang tidak mungkin dapat mereka padamkan!
ii- Allah SWT juga utuskan Rasul-Nya dari kalangan manusia juga untuk menyebarkan agama ini ke seluruh pelusuk dunia.
- Yakni Allah beri jaminan bahawa Islam akan tetap berkembang laju ke seluruh dunia walaupun cuba disekat oleh sesiapa saja!
- Allah tidak akan redha keadaan ini kecuali akan sempurnakan perjalana agama ini & akan dizahirkan kepada manusia seluruhnya, manusia terima atau tidak agama ini tetap akan ada!
- Kita bersyukurlah kepada Allah jika kita adalah orang yang beriman & beramal!
Jika hanya beriman saja tanpa amal rugilah, jika beramal saja tanpa iman itu munafiq!
Wajib ada dua-dua sekali iman & amal baru lengkap!
- Firman Allah SWT :
{Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.} (Al-Maidah 5:3)
- Kerana itu Allah katakan syurga itu Allah sediakan untuk orang bertaqwa (المتقين)- kerana apabila bertaqwa akan ada sifat iman & amal serta takut kepada Allah!
Ya Allah jadikan kami dari kalangan al-Muttaqin, yang layak mendapat syurga-Mu!
- Di akhir ayat Allah tegaskan: Walaupun puak kafir tak setuju; Allah akan lengkapakan agama, tiada siapa boleh halang & sekat!
Kita sebagai orang benar-benar beriman pasti yakin dengan agama Islam ini!
AYAT 33- {DIA LAH YANG TELAH MENGUTUS RASULNYA (MUHAMMAD) DENGAN MEMBAWA PETUNJUK DAN AGAMA YANG BENAR (AGAMA ISLAM), UNTUK DIMENANGKAN DAN DITINGGIKANNYA ATAS SEGALA AGAMA YANG LAIN, WALAUPUN ORANG-ORANG MUSYRIK TIDAK MENYUKAINYA.} (AT-TAUBAH 9:33)
- Orang Islam mesti belajar daripada sejarah, ambil pengajaran daripada kisah orang lain!
Orang yang cerdik ialah yang ambik pengajaran dari kisah orang lain manakala orang yang bodoh ialah yang dijadikan pengajaran!!!
- Puak kafir sangat suka melihat kita umat Islam berbalah sesama sendiri kerana punca lemah & hilang kekuatan sesuatu kaum itu ialah perbalahan & permusuhan sesama sendiri!
Jangan jadi orang yang menang sorak; kampungnya tergadai!!!
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas; Allah nyatakan puak kafir cuba nak sekat agama Islam, cahaya Allah atas muka bumi ini!
ii- Datang ayat ini Allah nyatakan mereka tidak akan sesekali dapat berbuat sedemikian.
Allah akan sempurnakan agama ini dengan caranya ialah Allah akan hantar Rasul-Nya dengan petunjuk & agama yang benar.
Allah juga kata Dia yang akan jaga, atur & susun; maka kamu yakinlah dengan kekuatan & kekuasaan yang Allah SWT tunjukkan!
- Allah SWT nyatakan bahawa Dia akan mengutus & membangkitkan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW dengan ilmu yang sempurna, itulah petunjuk.
Yang mengandungi iman yang benar, pengetahuan Syari’ah & hukum-hakam.
- Allah utus Nabi SAW membawa agama ini yang mengandungi aqidah kepercayaan, amal yang zahir & batin serta mengandungi larangan-larangan untuk menjadi ujian ke atas hamba-hamba-Nya!!!
- Ujian itu ada 3 jenis iaitu:
i- Ujian melakukan ketaatan.
ii- Ujian melalui larangan.
iii- Ujian fitnah kesusahan, bala musibah dan seumpamanya!
Ujian ini mesti disambut dengan 3 bentuk kesabaran juga, sabar melakuakn ketaatan, sabar atas larangan & sabar atas ujian musibah!
- Kata ar-Razi : Tiada agama atas dunia ini kecuali Islam. Islam telah sampai HAMPIR ke seluruh pelusuk dunia pada zaman kemuncaknya dulu!
i- Islam ambil tindakan terhadap yahudi dengan mengeluarkan, dihalau keluar daripada Semenanjung Tanah Arab.
Pada zaman Sayyidina Umar yahudi berkampung di Khaibar, dihalau semua keluar & mereka pergi ke Syam.
ii- Nasrani yang bertapak di bumi Syam juga telah dihalau keluar oleh Islam sehingga ke Eropah.
iii- Islam juga telah meruntuhkan Kerajaan Majusi & Parsi di Iran.
iv- Negara penyembahan berhala seperti di India & Turki juga telah diruntuhkan!
Islam telah berjaya memerintah 1/3 dunia pada masa kemuncak itu! Itulah zaman kegemilangan Islam!
Tetapi apakah daya Islam kembali lemah pada zaman kita ini, tetapi apa yang disebut Allah SWT itu telah berlaku.
Allah telah beri kemenangan kepada Islam. Islam menang melalui bukti-bukti, hujjah-hujjah dan akhlak yang mulia!
- Islam itu mesti dizahirkan, ditunjukkan melalui akhlak, hujjah, ilmu & penjelasan yang mantap & berfakta- kena ada perdebatan, diaolog ilmu dan penjelasan barulah dakwah ada kesannya!
Dakwah kena dipelbagaikan medium dakwahnya & uslubnya bukan hanya makan-makan & hadiah sahaja.
- Beberapa hadis yang boleh kita tafsirkan untuk ayat ini:
i- Sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya Allah menghimpun (lipat/gulung) bumi untukku hingga aku melihat timur dan baratnya, dan Ia memberiku dua harta simpanan; merah dan putih.” [HR Muslim].
ii- Daripada Abi Abdullah Khabbab bin al Arat RA beliau berkata :
“Kami telah mengadu kepada Baginda SAW sedang Rasulullah pada ketika itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah beralaskan serban.
Maka kami bertanya; Wahai Rasulullah! Apakah Tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita?
Adakah tidak Tuan berdoa bagi pihak kita?”
Maka berkatalah Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu ada yang ditangkap, lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya, kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruh daging dan tulang-belulangnya, namun demikian mereka tidak memalingkan daripada agama.
Demi Allah, Allah akan menyempurnakan urusan ini (agama Islam) sehinggalah permusafiran dari Sana’a ke Hadhramaut tidak lagi ditakuti melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kalian adalah golongan yang gopoh.” [HR Bukhari].
iii- Sabda Nabi SAW :
لَيَبْلُغَنَّ هَذَا اْلأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ وَلاَ يَتْرُكُ اللهُ بَيْتَ مَدَرٍ وَلاَ وَبَرٍ إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ هَذَا الدِّينَ بِعِزِّ عَزِيزٍ أَوْ بِذُلِّ ذَلِيلٍ عِزًّا يُعِزُّ اللهُ بِهِ اْلإِسْلاَمَ وَذُلاًّ يُذِلُّ اللهُ بِهِ الْكُفْرَ
Maksudnya: “Sungguh perkara (agama) ini akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana sampainya malam dan siang.
Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun baik di kota maupun di desa kecuali Allah akan memasukkan agama ini dengan kemuliaan yang dimuliakan atau kehinaan yang dihinakan; kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghina-dinakan kekufuran. [HR Ahmad].
Yakni Islam akan tetap berkembang atas dunia ini walaupun orang kafir tak suka, puak syirik tak suka & cuba halangnya!
Inilah yang telah dan akan terjadi alhamdulillah.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 32- {Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka,…}-
Kata ulama’ : Inilah sikap ahli kitab yang berterusan, kerjanya nak hapuskan agama Allah atas dunia ini, walaupun ada kalanya nampak baik atau memang nampak tak baik, itulah sifat asal & matlamat utama mereka!
Sama ada melalui fitnah di’ayah, tuduhan yang mereka buat ke atas Islam seperti tadi, jika Islam kuat dituduh pengganas, jika lemah Islam akan dituduh mundur & lemah!
Inilah tuduhan yang dimainkan oleh puak kafir & disambut oleh orang bodoh!
Allah gambarkan orang yang nak hapuskan agama ini seperti orang yang nak padamkan cahaya Allah, bandingan seperti orang yang nak padamkan cahaya matahari & bulan dengan tiupan dari mulut mereka!
Kata ulama’ tadabbur : Gambaran & bandingan ini untuk menyatakan
i- Apabila dikatakan cahaya Allah, menunjukkan ia adalah cahaya yang terang, kuat & terus bersinar tidak akan malap atau padam sama sekali.
Jika ada ketika malap itu pejuang atau pendokongnya yang naik turun keimanan mereka!
Bandingan seperti orang nak padamkan cahaya matahari dengan tipu dengan mulut mereka.
ii- Untuk menunjukkan betapa lemahnya puak kafir, semua usaha mereka tak berjaya!
Kerana itu puak kafir tukar strategi daripada berperang dengan tentera & senjata dengan perang saraf atau pemikiran (الغزو الفكري); iaitu dengan bawa masuk budaya buruk, kuning, biru, lucah untuk meracuni pemikiran dan merosakkan minda umat Islam!
Pada hari ini senjata mereka adalah games dalam hp, computer atau apa saja gajet yang ada.
Budak-budak sekarang gila games sehingga sanggup tak makan tak tidur. Dipanggil tak dengar dimarah tak hirau lagi!
- Ayat 32- {Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka,…}-
Mereka kafir musyrikin nak padamkan cahaya Allah {نُورَ ٱللَّه}!
Maksud cahaya ini ialah:
i- Semua dalil yang menunjukkan benarnya dakwah Nabi SAW, puak kafir yahudi cuba nak batal & hapuskan!
Sebagaimana puak yahudi kenal & cam Nabi SAW sebagaimana yang disebut dalam kitab Taurat mereka tetapi mereka cuba sembunyikannya!
Cuba nak hide & deletenya!
ii- Mukjizat Nabi SAW adalah jelas tetapi mereka tetap nak lawan juga!
Tetapi pastilah tidak terlawan kerana ia adalah cahaya!
iii- Nabi SAW al seorang yang tidak membaca & manulis (ummiyy) tetapi tiba-tiba Baginda boleh membaca al-Quran yang mempunyai bahasa sastera yang begitu tinggi & mantap!
Ajaib sekali.
iv- Syari’at Nabi SAW mengajak manusia supaya menyembah Allah, murnikan tauhid kepada Allah Azza wa Jalla.
Syari’ah ini adalah seimbang mengajak kita kepada kebaikan dunia & Akhirat.Kita orang Islam mengamalkan apa yang dituntut Allah bukan seperti yahudi & nasrani yang sembunyikan fakta, mereka-reka & menyelewengkan hukum dalam kitab asli mereka!
v- Syari’ah ini lengkap lagi sempurna tiada siapa yang boleh kritik & kondemnya kecuali yang kritik dengan keras kepala bukan dengan ilmu!
Sebagaimana seorang pengkaji dari Kanada DR Gary Miller yang diupah oleh kerajaannya untuk mencari keburukan, mengkaji kelemahan Islam tetapi akhirnya dia yang menemui kebenaran & memeluk Islam!
- Ayat 32- {… sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).}-
Allah kata tidak sesekali!
Kamu kafir cubalah buat apa sajapun Allah akan jaga & sempurnakan agama-Nya ini!
Kata ulama’ tadabbur : Inilah janji & ketetapan Allah, Sunnatullah bahawa agama ini berterusan berkembang sehingga ke hari Kiamat.
Tiada siapa boleh kacau, tiada siapa boleh ganggu!!
Kamu buatlah perancangan setaramana pun cahaya Allah ini tetap akan terserlah!
Sebagaimana terserlahnya cahaya matahari & bulan yang sentiasa ada.
Tetapi kadang-kadang ada jerubu juga, cahayanya kadang-kadang menjadi malap dek terselindung dibalik awan!
Samalah dengan Islam hari ini, Islam itu jelas, kita ada al-Quran, ada Sunnah, kita ada kalam ulama’ salaf, tetapi tetap ada juga jerebu pemikiran!
Jerebu ini mungkin datang dari orang putih (kafir) yang telah memesongkan perjalanan agama kita, atau ahli falsafah, atau ajaran sesat daripada syaitan!
Inilah yang menyebabkan cahaya Islam terlindung seketika, (bukan padam terus) daripada pemikiran manusia!
- Ayat 33- {Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam),…}-
Islam ini datang dengan petunjuk & hidayah- bukan datang untuk berbalah dengan orang, bukan datang untuk berperang dengan orang!
Yakni Allah kata Dia hantar Rasul-Nya dengan ilmu & petunjuk!
Bukan nak berdebat, berbalah dengan manusia!
Kerana itu para pendakwah kena utamakan perbincangan ilmiah disamping tunjukkan contoh akhlak mulia dan penuh hikmah, kena fahankan apakah Islam yang dia nak terima ini!
Susunan itu kena ada bukan dengan gopoh & terus menakutkan dengan ajar yang berat-berat!
Islam itu datang dengan petunjuk, dengan hidayah dan fakta.
Agama ini kena ajar dengan baik, dengan SOP-nya supaya kita selamat!
- Allah SWT sebut di sini dua kali:
i- {وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ} Walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya.
ii- {وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُشْرِكُونَ}- Walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.
Yakni sama ada puak kafir, musyrikin tulen yang asal lagi kafir atau ahli kitab yang sesat dalam perjalanan; semuanya tidak akan dapat menyekat perjalanan agama ini kerana Allah yang menjaganya!
Maka kita umat Islam yakin & percaya apa yang kita pegang ini benar.
Cuma dalam memahami al-Quran & dalam memahami Sunnah Nabi SAW memerlukan perbincangan & penjelasan yang rapi, jangan terlalu keras atau terlalu lembut!
Carilah huraian ulama’-ulama’ muktabar dari kalangan ulama’ salaful-ummah, kemudian yang disokong oleh pandangan ulama’ semasa!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
