Infaq Puak Kafir Untuk Menyekat Islam, Penyesalan Buat Mereka & Dihumban Ke Jahannam.
Full video : https://youtu.be/qLZxJZ7NU6Y?si=aUEvyc811PZpYXm-
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 36 & 37 dalam juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang puak kafir yang menghabiskan harta benda, infaq fi sabilisy syaitan untuk menyekat manusia dari jalan Allah.
- Akhirnya penyesalan buat mereka kerana harta habis banyak tetapi tidak mendapat apa-apa pulangan & faedah di dunia dan Akhirat kecuali bala yang menimpa.
- Puak kafir itu saling tolak-menolak, tuduh-menuduh dan akhirnya kesemua mereka akan dihumban ke dalam neraka Jahannam.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang perangai manusia dalam bab ibadat tubuh badan iaitu bagaimana cara mereka solat.
Solat puak kafir jahiliyyah ialah bersiul & bertepuk tangan, melompat dekat Ka’bah.
Agama kita ini cara ibadatnya adalah mengikut Sunnah yang diajar oleh Nabi SAW bukan ikut akal & fahaman manusia, melompat bergendang!
ii- Datang ayat ini menyatakan mereka dari sudut harta pula, iaitu mereka telah guna banyak harta untuk sekat manusia dari jalan Allah.
- Munasabah kedua:
i- Dalam ayat lepas Allah nyatakan bagaimana mereka tidak layatk untuk diazab sedangkan mereka menyekat manusia dari Masjidil Haram & dari Islam.
ii- Dalam ayat ini dinyatakan bagaimana mereka berkerja keras, bermatian untuk menghancurkan Islam, membunuh Nabi SAW & menyakiti muslimin serta menghalang dan menyekat perkembangan agama ini!
Tetapi jauh panggang dari api, agama ini ada tuannya; pejuang Islam akan dibela dan dijaga oleh Allah, mereka tidak akan dapat mengalahkan Islam.
Cuma ada beberapa ketika tentera Islam terpaksa menghadapi ujian getir, tetapi semua itu bukan kerana Islam tetapi kerana mereka yang tak dengar arahan Nabi SAW.
- Apa yang terjadi dalam peperangan Badar & Uhud menjadi pengajaran besar bagi orang yang berfikir:
i- Dalam peperangan Badar mereka mendapat kemenangan walaupun bilangannya sedikit kerana mereka taat & patuh arahan!
ii- Manakala dalam perang Uhud ramai yang terkorban kerana mereka tersilap, tak dengar arahan Nabi SAW!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 36- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG KAFIR YANG SELALU MEMBELANJAKAN HARTA MEREKA UNTUK MENGHALANGI (MANUSIA) DARI JALAN ALLAH, MAKA MEREKA TETAP MEMBELANJAKANNYA KEMUDIAN (HARTA YANG DIBELANJAKAN) ITU MENYEBABKAN PENYESALAN KEPADA MEREKA, TAMBAHAN PULA MEREKA DIKALAHKAN. DAN (INGATLAH) ORANG-ORANG KAFIR ITU (AKHIRNYA) DIHIMPUNKAN DALAM NERAKA JAHANAM.} (AL-ANFAL 8:36)
- Para ulama’ tafsir telah menjelaskan ayat ini:
i- Imam Ibnu Jarir at-Tabari RHM : Ayat ini terpakai kepada harta-harta yang telah digunakan oleh puak kafir.
Harta yang ditinggalkan oleh puak pembesar kafir yang mati dalam peperangan Badar telah diserahkan kepada Abu Sufyan untuk dijadikan modal besar bagi mengumpul tentera & senjata yang lengkap bagi membalas dendam kepada kaum muslimin.
Yakni belanja untuk persiapan perang Uhud pula infaq harta itu sehingga mereka berjaya mengumpul 3000 tentera yang bersenjata lengkap.
Ini pendapat mereka yang mengatakan maksud ayat ini adalah harta yang diinfaqkan Quraisy untuk peperangan Uhud.
ii- Ada juga ulama’ kata : Kerugian harta ini ialah harta yang dikumpul & digunakan oleh puak Quraisy untuk dibelanjakan bagi menyekat Nabi SAW dan membela harta yang dibawa kafilah Abu Sufyan.
Lalu harta itu semuanya jauh ke tangan orang Islam dalam bentuk ghanimah & tawanan perang.
iii- Ada yang kata : Ayat ini khusus untuk 12 orang pembesar Quraisy yang kaya-raya, yang telah infaqkan harta mereka yang banyak untuk menyelamatkan unta harta dagangan mereka.
Apabila kafilah unta itu selamat, Abu Jahal cadangkan untuk terus ke Badar bagi menunjukkan kekuatan mereka sambil berpesta.
Mereka itu ialah: Abu Jahal bin Hisyam, Utbah & Syaibah bin Rabi’ah, Nabih & Munabbih bin Hajjaj, Abu al-Buhturi bin Hisyam, an-Nadhr ibnu Harith, Hakim bin Hizam, Ubai bin Khalaf, Zam’ah bin Aswad, al-Harith Ibnu Amir an-Naufal dan ada yang kata termasuk juga al-Abbas bin Abdul Muthallib, semua ini adalah dari kaum Quraisy.
Setiap hari mereka mereka membelanjakan seekor unta sebagai jamuan rombongan mereka.
INI adalah untuk pendapat yang mengatakan harta yang dimaksudkan ayat ini untuk peperangan Badar.
- Kata ulama’ : Boleh pakai untuk dua-dua, yang infaq di Badar gagal; yang infaq di Uhud pun tak jadi apa!!
- Puak kafir memberi infaq nafkah harta mereka untuk memerangi Islam, melawan Nabi SAW dan menyekat manusia dari jalan Allah. Tetapi penyesalan yang tak sudah-sudah kerana:
i- Harta habis banyak tetapi perang tak menang, nak sekat Islam tak boleh.
ii- Harta habis banyak tetapi tuannya mati.
- Begitulah sesiapa atas dunia ini yang mahu menentang & menyekat Islam pasti tidak akan menang & akan mengalami kerugian.
Harta habis di jalan syaitan kerana nak sekat manusia dari jalan Allah!
- Ayat ini ditafsir juga dengan firman Allah SWT ini:
{Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: “Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan”.} (A-li’Imran 3:12)
- Di akhir ayat Allah nyatakan keadaan puak kafir yang menyesal, kecewa dan rugi di dunia kerana:
i- Harta habis banyak tetapi tuan mati, ini di Badar.
ii- Manakala di Uhud juga, harta habis banyak tetapi mereka tidak mencapai apa yang mereka nak iaitu hapuskan Islam, nak lanyak Madinah. Mereka buat perancangan jahat tetapi Allah gagalkannya!!
- Serta akhirnya Allah menegaskan bahawa mereka akan dicampakkan ke dalam neraka!
AYAT 37- {KERANA ALLAH HENDAK MEMBEZAKAN YANG JAHAT (GOLONGAN YANG INGKAR) DARI YANG BAIK (GOLONGAN YANG BERIMAN), DAN MENJADIKAN (GOLONGAN) YANG JAHAT ITU SETENGAHNYA BERSATU DENGAN SETENGAHNYA YANG LAIN, LALU DITIMBUNKANNYA KESEMUANYA, SERTA DIMASUKKANNYA KE DALAM NERAKA JAHANAM. MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG RUGI.} (AL-ANFAL 8:37)
- Allah nyatakan perbezaan antara orang kafir & orang mukmin:
i- Mukmin infaq harta fi-sabilillah;
ii- Manakala orang kafir infaq fi sabili taghut (syaitan).
- Allah nyatakan sebab orang kafir ini masuk neraka manakala orang mukmin dibawa ke syurga kerana Allah nak pisahkan antara mereka & untuk menyatakan perbezaan mereka yang amat jauh!
Ya Allah jadikan kami semua ahli syurga-Mu.
- Kata Ibnu Kathir RHM : Boleh jadi perbezaan yang ketara ini adalah di Akhirat kelak, orang mukmin ke kanan iaitu ke syurga manakala orang kafir ke kiri iaitu neraka.
ii- Boleh jadi juga perbezaan nampak di dunia lagi, aqidah kafir yang syirik, mukmin yang tauhid.
Orang beriman makan yang halal, kafir belasah apa saja.
- Maka kita orang beriman biarlah berbeza hidup kita dengan orang kafir, takkan perempuan kafir tak tutup aurat, orang Islam pun sama!!
Perbezaan atas dunia ini akan berterusan sehingga ke Akhirat!
Janganlah atas dunia ini pun sudah tidak dapat dibezakan, maka macamana kita berbeza di Akhirat kelak!!!!
- Allah kumpulkan semua kafir yang jahat lagi buruk itu sesama mereka, ditimbun bertindan-tindan dan akhirnya malaikat humban mereka ke dalam neraka Jahannam, tiada yang selamat!
- Puak kafir yang jahat itu, yang dicampakkan ke dalam neraka lalu bertindan sesama mereka, itulah manusia yang rugi!
{أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْخَـٰسِرُونَ}
- Ini sebagaimana firman Allah SWT :
i- {Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”} (Az-Zumar 39:15)
ii- Dan orang-orang kafir akan dihalau ke neraka Jahannam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini?”
Mereka menjawab: “Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.} (Az-Zumar 39:71)
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 36- {Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah,…}-
Allah nyatakan bahawa puak kafir telah berhempas pula mencurahkan harta benda yang mereka ada untuk memerangi Islam.
Allah ceritakan tentang cerita yang telah lepas, iaitu zaman dulu tak kiralah ketika mereka membuat persiapan peperangan Badar yang diketuai oleh Abu Jahal dan geng-gengnya yang lain atau persiapan untuk perang Uhud yang diketuai oleh Abu Sufyan pula!
Tetapi Allah gunakan sighah mudhari’ (مضارع) present tense, sedang berlaku bagi perkataan {يُنفِقُونَ}- bagi menunjukkan perbuatan mereka itu akan berterusan sejak dari zaman Nabi SAW sehingga ke zaman kita ini sehinggalah ke hari Kiamat.
Ini kerana semua kafir atas dunia ini pada sepanjang zaman akan bersatu untuk menentang Islam.
Walaupun mereka nampak baik dari segi zahir iaitu dari sudut pergaulan dengan kita; tetapi dari sudut agama tak mungkin kecuali mereka tak ada agama!
Jika mereka ada agama kita kena hati-hati terutama agama Kristian kerana sangat agresif dalam sudut perjuangan menyebarkan dakyah agama sesat mereka kepada masyarakat.
Kita tengok sendiri terbukti satu demi satu keluar berita menunjukkan orang kafir ini akan menggunakan kesempatan dan kuasa yang ada untuk menguatkan kedudukan puak kafir mereka!
Maka kita orang Islam ini jangan serah leher, beri peluang & sokong mereka pula!
Beginilah perangai dan tingkah laku orang yang memusuhi agama, mereka akan menghabiskan harta benda, berhempas pula gembeling tenaga untuk menyekat manusia dari jalan Allah Azza wa Jalla.
- Ayat 36- {Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah,…}-
Kita orang Islam mesti ambil ibrah pengajaran dari ayat ini!
Jika puak kafir boleh bersatu hati mengumpulkan harta untuk lawan Islam, kita orang Islam wajib bersatu hati, kuatkan jiwa, kumpulkan tenaga, curahkan harta, tenaga & segalanya untuk menyebar & mengangkat Islam dan lawan kafir.
Umat Islam wajib lawan kafir bukan sunat lagi!
Dia habis harta kita habis juga, dia buat alat-alat dan strategi untuk lawan Islam kita kena buat juga untuk lawan mereka, atau gunakan saja alat yang mereka buat untuk lawan mereka balik!
Allah bawa ayat ini bukan untuk dibaca saja tetapi nak suruh umat Islam wajib celik mata, buka telinga, ingat apa peranan & tugas kita, bukan dok saja, bukan dok diam!
- Ayat 36- {… maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan.}-
Allah ceritakan bahawa mereka kafir pasti akan menginfaqkan harta mereka untuk menyekat jalan Allah, tetapi sebanyak harta mereka, sebesar mana tentera mereka; mereka tetap akan kalah!!
Ayat ini adalah khabar tentang perkara ghaib, iaitu Allah nyatakan dalam al-Quran ini perkara yang akan berlaku pada masa depan.
Iaitu:
i- Orang kafir dengan apa cara sekalipun pasti akan akan menginfaqkan harta mereka untuk menyekat agama Islam ;
ii- Mereka akhirnya akan menyesal tak sudah, iaitu menyesal di dunia kerana harta sudah habis banyak tetapi tak dapat hasil yang diingini & menyesal di Akhirat tak dapat diceritakanlah kerana neraka tempat akhirnya!
Betapa kita lihat kuasa besar atas dunia ini cuba melagakan sesama Islam dengan menjadi batu api, menjual senjata dan menawarkan bantuan kepada negara-negara tertentu dengan tujuan untuk mereka berperang, berlawan sesama Islam!
Tetapi Allah telah janjikan di sini mereka tetap akan kecewa, akan menyesal, tak mungkin mereka akan dapat menghapuskan Islam sepenuhnya.
Begitulah sesiapa yang berniat jahat terhadap Islam, Allah telah berjanji akan buat mereka menyesal & kecewa!!!
Jika Allah telah berjanji; kita kena yakin & percaya, itulah janji Allah untuk umat Islam.
- Ayat 37- {Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman),…}-
Allah kata mana perjuangan atas dunia ini & di Akhirat juga, kerana Allah nak bezakan antara orang kafir & orang Islam.
Akan berlaku perbezaan antara kafir & Islam.
Maka kita orang Islam wajib membezakan diri kita daripada orang kafir dari semua sudut.
Sama ada dari sudut pakaian, penampilan, dari sudut apa saja wajib berbeza!
Ini tidak umat Islam hari ini ada sangat lunak dengan kafir tapi kasar dan bengis ssesama Islam.
Apabila kita berbeza dengan orang kafir dari perlbagai sudut, insya’ Allah, Allah jamin mereka akan kalah!
Tetapi jika kitapun lembik juga, ikut apa yang mereka buat cuma bezanya kita bersyahadah mereka tidak, kita berkhitan mereka tidak, tetapi feel perangai dan akhlak lebih kurang orang kafir saja, bilakah pertolongan Allah akan datang, jawabnya lambatlah lagi!
Perbezaan itulah yang kita kena usahankan!
Nafkah umat Islam untuk jihad fi-sabilillah sebagaimana infaq para sahabat, Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Usman ketika Islam sedang gawat manakala puak kafir seperti Abu Jahal dan lain-lain infaq untuk balas dendam lawan Islam.
Berapa banyak harta yang digunakan oleh kafir tetapi semuanya tak jadi apa kerana Allah telah tetapkan mereka akan kalah.
- Ayat 37- {… dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam.}-
Allah gambarkan puak kafir itu bertindan dan berkumpul sesama mereka untuk puak pakatan menjatuhkan Islam.
Tetapi walaupun kuat setara mana pakatan mereka atas dunia ini mereka akan dihumban ke dalam neraka kerana mereka syirik, tidak beriman kepada Allah, kerana mereka derhaka terhadap Allah!
Ini semua untuk kita berfikir dan bertadabbur, lihat kepada diri kita, duit & harta yang ada apakah kita hanya simpannya saja, tak pernah infaq fi-sabilillah walaupun lihat iklan untuk infaq sana-sini.
Harta yang disimpan akhirnya akan jadi milik orang!
Maka ini adalah satu kerugian besar!
Dalam ayat ini Allah ceritakan tentang puak kafir yang bersungguh untuk menginfaqkan harta mereka bagi menentang Islam, maka pastilah kita orang Islam lebih berhak lagi untuk bersungguh infaq harta kita fi-sabilillah!
Alhamdulillah buku Makkah & Madinah cetakan baru telah keluar, boleh dapatkannya di:
Makkah Mukarramah.
https://dartaibah.com/…/NEW-Makkah-Kelebihan-&-Sejarah…
Madinah Munawwarah.
https://dartaibah.com/…/NEW-Madinah-Kelebihan-&-Sejarah…
Alhamdulillah, tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
