Tawaran Keampunan Kepada Kuffar, Perangi Kalau Mereka Berdegil & Hapuskan Fitnah Syirik.
Full video : https://youtu.be/lH_nC1M3-Sc?si=uz0p-NAQD-hctArm
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-A’raf ini dengan ayat 38 sehingga 40 dalam akhir juzuk kesembilan.
- Dalam siri ini Allah SWT tawarkan keampunan kepada para kuffar, walaupun mereka telah melakukan jenayah perang yang begitu besar, membunuh para sahabat Nabi SAW dalam peperangan Badar & Uhud yang begitu ramai.
Tetapi rahmat Allah masih luas & besar- masih memberi ruang & peluang kepada kafir untuk bertaubat kembali kepada Islam.
- Tetapi ingat, jika tawaran perdamaian & keamanan ini tidak diterima, kalau mereka berdegil masih lagi melawan & menentang Islam; Allah perintahkan untuk perangi mereka!
Jangan kata Islam mengganas, lihat siapa yang tak dengar kata!
Islam menawarkan perdamaian & keamanan, tetapi kalau mereka nak lawan juga; kita lawan & perangi mereka sebagaimana perintah Allah ini!
- Allah juga perintahkan untuk hapuskan syirik atas muka bumi ini sehingga tidak menjadi fitnah kepada manusia dalam agama ini!
- Kemudian Allah beri amaran, jika mereka tak mahu, nak lawan juga; Kita kena tahu & ingat bahawa Allah yang jaga kita, bukan sesiapa atau bapa kafir yang jaga kita!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan dua kesesatan kafir iaitu dalam ibadat badaniyah, iaitu mereka syirik kepada Allah dengan sembah berhala dan lain-lain.
Serta ibadat mereka dengan harta di mana mereka telah infaq, laburkan harta mereka begitu banyak untuk menyekat Islam.
ii- Maka ayat ini datang dengan penuh kasih sayang dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, masih lagi buka ruang; jika kamu nak taubat Allah akan terima.
- Munasabah kedua:
i- Dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa orang kafir itu akan dihumban ke dalam neraka Jahannam dan bertindan-tindan di dalamnya.
ii- Kemudian ayat ini Allah masih lagi beri peluang, jika kamu bertaubat sebelum mati Allah akan ampunkan dosa-dosa kamu!
- Ayat ini juga memberi amaran kepada orang Islam agar jangan cuba-cuba nak murtad, kerana sesiapa yang tukar/tinggal agamanya boleh dibunuh!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 38- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD) KEPADA ORANG-ORANG YANG KAFIR ITU, JIKA MEREKA BERHENTI (DARI KEKUFURANNYA), NESCAYA AKAN DIAMPUNKAN DOSA MEREKA YANG TELAH LALU, DAN JIKA MEREKA KEMBALI LAGI (INGKAR MAKA KAMI AKAN MENYEKSA MEREKA), KERANA SESUNGGUHNYA TELAH BERLAKULAH KEBINASAAN ORANG-ORANG (YANG KUFUR INGKAR) DAHULU KALA.} (AL-ANFAL 8:38)
- Allah perintahkan kepada Nabi SAW untuk beritahu kepada puak kafir itu jika mereka berhenti dari kekufuran, beriman & tidak lagi menentang orang Islam, Allah akan ampunkan semua dosanya yang lepas Allah maafkan segala haknya dengan Tuhan.
Tetapi hak sesama manusia, jika ada isu wajib diselesaikan dan jika hutang wajib ditunaikan.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini juga:
{Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (Az-Zumar 39:53)
Ayat ini adalah tawaran istimewa dari Allah kepada hamba-Nya yang dulunya menentang Islam dengan begitu dahsyat.
- Kata ulama’ : Tawaran ini khas kepada Abu Sufyan dan geng-gengnya yang masih ada.
Selepas kematian Abu Jahal dan yang lain; Abu Sufyan masih lawan lagi, dalam perang Uhud & Ahzab, dia masih mengetuai tentera musyrikin sehinggalah Nabi SAW mahu masuk Kota Makkah dia masih menyekat!
Sehinggalah waktu Pembukaan Kota Makkah pada tahun ke-H barulah pintu hatinya terbuka, rahmat Allah tembus masuk ke dadanya lalu dia memeluk Islam selepas 20 tahun menjadi penentang tegar Islam, Allahu Akbar!
- Hadis, masuk Islam tak kira lagi dosa sebelumnya.
Daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW :
Wahai Rasulullah, apakah kita akan diambil kira semua dosa yang dibuat pada zaman jahiliyyah dulu?
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَحْسَنَ فِي الْإِسْلَامِ لَمْ يُؤَاخَذْ بِمَا عَمِلَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَمَنْ أَسَاءَ فِي الْإِسْلَامِ أُخِذَ بِالْأَوَّلِ وَالْآخِرِ.
Maksudnya: “Sesiapa yang berbuat baik dalam Islam, apa yang dilakukannya pada masa Jahiliyyah (sebelum memeluk Islam) tidak dihukum dan siapa yang berbuat buruk dalam Islam, akan dihukum dari awal hingga akhir.” [HR al-Bukhari (6921) dan Muslim (334)].
- Dalam ayat ini juga membawa ketetapan Allah SWT kepada golongan penderhaka yang kembali memerangi Islam.
Wahai Quraisy kamu lihatlah apa yang telah terjadi kepada umat-umat terdahulu, seperti kaum Ad & Thamud yang kamu tengok kesan kebinasaan mereka dalam perjalanan musim panas & musim sejuk kamu!
- Allah juga beri amaran-Nya dengan firman ini :
{Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu.
(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.}
(Fatir 35: 43-44)
AYAT 39- {DAN PERANGILAH MEREKA SEHINGGA TIDAK ADA LAGI FITNAH, DAN (SEHINGGA) MENJADILAH AGAMA ITU SELURUHNYA (BEBAS) BAGI ALLAH SEMATA-MATA. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERHENTI (DARI KEKUFURANNYA DAN GANGGUANNYA, NESCAYA MEREKA DIBERIKAN BALASAN YANG BAIK) KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MELIHAT AKAN APA YANG MEREKA KERJAKAN.} (AL-ANFAL 8:39)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang sebelum ini Allah nyatakan jika puak kafir itu berhenti daripada kekufuran & tidak lawan Islam; maka mereka akan selamat & dihapuskan doasanya.
ii- Tetapi jika masih tidak berhenti masih lawan yakni mereka tolak tawaran berhenti itu, Allah perintahkan supaya kita orang Islam memerangi & lawan mereka jangan biarkan mereka berleluasa atas muka bumi ini sehingga tidak ada lagi fitnah terhadap agama dari mereka ini!
Contoh yang terdekat kamu lihat saja apa yang terjadi dalam peperangan Badar, betapa ramai pemuka Quraisy yang jahat & menindas umat Islam telah terbunuh.
Kerana itu Perang Badar digambarkan sebagai hari Pemisah antara hak & batil!
Jika kamu tak ingat kisah lama kaum Ad & kaum Thamud, kamu lihat saja natijah Perang Badar yang dekat dengan kamu!!!
- Allah suruh orang Islam perangi puak kafir sehingga tidak ada lagi fitnah.
Maksud fitnah {فِتْنَةٌۭ} dalam ayat ini ialah syirik terhadap Allah SWT.
Seperti ayat al-Quran, Fitnah lebih berat daripada membunuh, ini ialah syirik!
Ramai orang salah faham tentang makna fitnah dalam al-Quran ini seperti dalam ayat ini juga: {وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ}
Maksudnya: {… dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan…} (Al-Baqarah: 191)
Boleh lihat buku yang diusahakan oleh DDAAM ini, terdapat bab yang membincangkan makna fitnah yang banyak:
Tenang Dengan Ujian. https://dartaibah.com/…/Tenang-Dengan-Ujian-Edisi…
- Hadis, daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الإِسْلامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالَى.
Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan Solat, menunaikan zakat.
Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan sebenar mereka diserahkan kepada Allah SWT.”
[al-Bukhari (25) dan Muslim (22)].
- Nota: Oleh kerana orang kafir musyrikin tidak putus-putus mengganggu & menyiksa mengacau Nabi SAW & umat Islam dari agamanya, maka Allah perintahkan mereka untuk memerangi kaum kafir itu sehinggalah hilang lenyap segala fitnah, syirik & gangguan, sehingga orang beriman bebas untuk mengamalkan agamanya!
- Yakni Allah perintahkan Rasulullah SAW & umatnya untuk memerangi orang kafir sehingga Islam menguasai atas dunia ini, sehingga kamu bebas beribadat tanpa ada sesiapa lagi yang berani mengacaunya!
- Dari Abu Musa al-Asy’ari RA, ia berkata:
“Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:
‘Seorang laki-laki berperang untuk memperoleh ghanimah (harta rampasan), yang lain berperang untuk disebut sebut dan yang lain berperang untuk dipandang kedudukannya, manakah yang disebut fisabilillah?
Rasulullah SAW menjawab:
‘Barangsiapa berperang untuk meninggikan kalimat Allah, maka itulah yang disebut fisabilillah’,” (HR Bukhari [2810] dan Muslim [1904]).
Hanya yang berjuang kerana Allah, untuk menegakkan agamanya sahaja yang diteirma.
- Tawaran istimewa dari Allah kepada orang kafir; Jika kamu berhenti dari syirik, masuk Islam dengan ikhlas & tidak berpura seperti munafiq, kamu akan selamat dan diberi balasan yang baik seperti yang dijanjikan Allah!
- Serta amaran agar ikhlas & jangan tipu kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
AYAT 40- {DAN JIKA MEREKA BERPALING (ENGGAN BERIMAN DAN TIDAK BERHENTI DARIPADA MENCEROBOH) MAKA KETAHUILAH BAHAWASANYA ALLAH PELINDUNG KAMU; DIA LAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG DAN SEBAIK-BAIK PENOLONG (YANG MENYELAMATKAN DAN MENJAYAKAN KAMU).} (AL-ANFAL 8:40)
- Allah menyatakan jika puak kafir itu tidak mahu beriman dan terus mahu lawan juga, maka lawanlah mereka!
Serta yakinlah Allah yang akan menjaga, membantu & memberi pertolongan kepada kamu, jangan kamu berasa takut & bimbang!
- Sesiapa yang duduk di bawah jagaan Allah, dia akan aman selamat daripada segala penyakit, dari segala keburukan.
Kerana jika Allah Pelindung kamu; Dia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong yang menyelamatkan dan menjayakan kamu.
Ini makna bahawa Allah wali kamu!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).} (An-Nisa’ 4:45)
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 38- {Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu,…}-
Ayat ini menunjukan betapa kasih sayang Allah kepada hamba-Nya!
Kamu buatlah salah & dosa banyak manapun; tetapi jika kamu taubat & kembali kepada Allah, Allah akan terima taubat kamu itu!
Maka kenapa kita tidak kembali kepada Allah, bersimpuh di hadapan Allah mengadu kesilapan & kesalahan kita dengan penuh penyesalan!
Kata ulama’ tadabbur : Ayat ini seperti biasa menunjukkan uslub al-Quran yang indah dan sempurna, selepas ayat sebut tentang azab pasti ada ayat pengampunan dan selepas tawaran (ترغيب) pasti ada ancaman (ترهيب) atau sebaliknya!
Dalam ayat ini ada tawaran sekaligus dengan ancaman!
Allah suruh orang kafir ingat; jika kamu tak berhenti menentang lihatlah apa yang terjadi kepada kaummu sendiri sebelum ini di dalam perang Badar!
Luas rahmat Allah & kasih sayang Allah, syirik tidak menghalang seseorang itu daripada bertaubat, bahkan Allah memanggil mereka dengan panggilan yang amat lembut dan penuh rahmat, wahai hamba-Ku {يَـٰعِبَادِى} sebagai galakan & ajakan untuk mereka bertaubat!
Firman Allah:
{….قُلْ يَـٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ أَسْرَفُوا۟ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا۟ مِن رَّحْمَةِ ٱللَّهِ}
Maksudnya: {Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.} (Az-Zumar 39:53)
Betapa besarnya rahmat yang Allah anugerahkan kepada kita, maka jangan kita cari yang pelik-pelik kerana Allah telah sediakan untuk kita rahmat yang begitu besar.
Islam menghapuskan dosa-dosa yang lepas.
Hadis yang diriwayatkan Amru bin al-‘As bahawa beliau berkata:
فَلَمَّا جَعَلَ اللَّهُ الإسْلامَ في قَلْبِي أتَيْتُ النبيَّ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ، فَقُلتُ: ابْسُطْ يَمِينَكَ فَلأُبايِعْكَ، فَبَسَطَ يَمِينَهُ، قالَ: فَقَبَضْتُ يَدِي، قالَ: ما لكَ يا عَمْرُو؟ قالَ: قُلتُ: أرَدْتُ أنْ أشْتَرِطَ، قالَ: تَشْتَرِطُ بماذا؟ قُلتُ: أنْ يُغْفَرَ لِي، قالَ: أما عَلِمْتَ أنَّ الإسْلامَ يَهْدِمُ ما كانَ قَبْلَهُ؟ وأنَّ الهِجْرَةَ تَهْدِمُ ما كانَ قَبْلَها؟ وأنَّ الحَجَّ يَهْدِمُ ما كانَ قَبْلَهُ؟
Maksudnya: “Ketika Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku, aku datang kepada Nabi SAW dan berkata: Hulurkan tangan kananmu agar aku dapat berbai‘ah denganmu.
Maka Rasulullah SAW menghulurkan tangan kanannya, lalu aku menarik kembali tanganku. Baginda bertanya: Apa yang terjadi padamu, wahai Amru?
Aku menjawab: Aku ingin menetapkan syarat. Baginda bertanya: Syarat apa yang ingin kamu tetapkan? Aku berkata: Agar aku diampuni. Baginda berkata: Tidakkah kamu tahu bahawa Islam menghapuskan segala dosa sebelumnya, dan bahawa hijrah menghapuskan segala dosa sebelumnya, dan bahawa haji menghapuskan segala dosa sebelumnya?” [HR Muslim (121)].
Maka ‘Amru pun menerima Islam dengan tenang.
Kita ini alhamdulillah sudah Islam; tapi nak hijrah dari Makkah ke Madinah sudah tidak ada lagi, yang adanya hijrah meninggalkan maksiat kepada ibadat, meninggalkan perkara mungkar kepada ketaatan & meninggalkan amalan bid’ah kepada amalan Sunnah, maka marilah kita berhijrah!
Satu lagi peluang yang besar Allah beri ialah hajji mabrur iaitu haji yang baik!
Kerana itulah kita suka sangat peluang untuk pergi haji, dapat berwuquf di Arafah pada hari haji, memberi bimbingan kepada para jemaah haji, yang telah lama menunggu untuk menjadi tetamu Allah!
Tetapi apabila mendapat peluang, mereka lagha, berada di Arafah masih lagi hisap rokok, orang cari haji mabrur dia bawa haji malboro!!!
Peluang yang diberi Allah itu mungkin tidak akan berulang lagi.
Kata ahli fikir : Peluang hanya sekali boleh jadi tidak berulang! Jika tidak buat sebaiknya yang tahun ini, tak tahu bila lagi kita akan diberi peluang untuk buat haji.
Allah beri peluang kita menjadi tetamu Allah, untuk buat haji, kita tidak isi & penuhkannya dengan sebaik mungkin!
Jadilah tetamu Allah yang baik, kita dipanggil oleh Allah untuk diberi keampunan.
Tiba-tiba kita ke Makkah tanpa persiapan dan persedian yang sewajar & sepatutnya, dalam keadaan lagha dan sibuk nak healing.
Semoga Allah anugerahkan kepada kita haji mabrur kerana Nabi SAW sudah memberitahu, Haji yang mabrur tiada balasannya melain syurga!
اَلْحَجُّ الْمَبْرُوْرُ لَيْسَ له جَزَاءٌ الا الْجَنَّـةَ
Ertinya: “Haji mabrur tidak ada balasan lain baginya kecuali syurga.” [HR Ahmad].
اللهم اجْعَلْ حَجَّنَا حَجًّا مَبْرُوْرًا، وَعُمْرَةَنَا عُمْرَةً مَبْرُوْرة، وَسَعْيَنَا سَعْيًا مَشْكُوْرًا، وَذَنْبَنَا ذَنْبًا مَغْفُوْرًا، وَعَمَلَنَا عَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا،
- Ayat 38- {Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu,…}
Kata ulama’ feqah : Ayat ini juga menjadi hujjah wajibnya disuruh bertaubat dulu bagi orang yang murtad sebelum dibunuh.
Begitu juga dengan orang yang tidak solat, orang yang terlibat dengan ajaran sesat, kerajaan kena tangkap, penjara kemudian diberi nasihat, ajar yang benar kepada mereka, ajar Sunnah kemudian disuruh taubat tinggalkan ajaran yang karut itu.
- Ayat 38- {Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu,…}-
Orang yang masuk Islam akan dihapuskan dosa-dosanya yang lepas sebagaimana hadis di atas tadi, jika masuk Islam & jadi baik, beramal dengan agama maka akan dihapuskan dosa-dosanya yang lepas.
Tetapi selepas masuk Islam, jangan lagi buat keburukan, jika tidak akan diambil kira semula dosa-dosa yang lepas.
Marilah kita jadi Islam yang baik, yang sentiasa ingat & taat kepada Allah, tidak lari dari medan perjuangan dan apa saja perintah Allah!
- Ayat 39- {Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah,…}-
Orang Islam kena perangi orang kafir sehingga tidak ada lagi fitnah syirik atas dunia ini.
كان آخِرُ ما تَكلَّمَ به أنْ قال: قاتَلَ اللهُ اليهودَ والنَّصارَى اتَّخذُوا قُبورَ أنْبيائِهِمْ مَساجِدَ، لا يَبْقَيَنِّ دِينانِ بِأرْضِ العَرَبِ.
خلاصة حكم المحدث : صحيح
الراوي : أبو عبيدة عامر بن الجراح | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
Hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak berkumpul dua agama di Jazirah, Semenanjung Tanah Arab”. [HR Ahmad].
Sebagaimana kisah kaum yahudi yang dihalau keluar oleh Rasulullah SAW dari Madinah.
Iaitu bani Qainuqa’ & bani Nadhir yang dihalau keluar dari Madinah, mereka keluar ke pinggir bandar Madinah iaitu di Khaibar.
Kemudian pada zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, beliau membaca hadis di atas tadi, lalu mereka di halau keluar semua yahudi dari Semenanjung Tanah Arab.
Boleh baca kisah golongan yahudi ini dalam buku Madinah:
Madinah Munawwarah.
https://dartaibah.com/…/NEW-Madinah-Kelebihan-&-Sejarah…
Tetapi yang menyedihkan pada akhir zaman ini, ada pemimpin negara Arab di sekitar semenanjung Tanah Arab yang membawa masuk budaya barat & orang kafir.
Bahkan ada yang dibawa masuk berduyun-duyun pula ke bumi umat Islam. Bukan sebagai hamba atau pekerja tetapi sebagai ketua-ketua atau penghibur yang dipuja-puji!
Kita berdoa kepada Allah agar menyelamatkan Dua Tanah Haram daripada fitnah yang besar ini!
- Ayat 40- {Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh) maka ketahuilah bahawasanya Allah Pelindung kamu;….}-
Jika mereka berpaling tak mahu beriman & masih nak menentang dan memerangi orang Islam, maka kamu jangan bimbang Allah yang akan jaga kamu!
Apabila disebut wilayah dalam al-Quran ia mempunyai dua makna:
i- Wilayah dengan maksud penjagaan khas.
Iaitu Allah jaga, Allah beri kamu pertolongan & kekuasaan dan Allah beri kamu taufiq kepada kebenaran.
Ini seperti dalam ayat kita ini! Allah sebagai wali kamu (مَوْلَىٰكُمْ ۚ);
ii- Wilayah dengan makna umum dengan maksud Allah yang cipta, buat, tadbir, susun alam ini dan seluruh makhluk di dalamnya.
Seperti firman Allah dalam ayat ini:
{Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil).
Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dia lah secepat-cepat Pengira, Penghitung.} (Al-An’am 6:62)
Ya Allah bantulah kami untuk memahami agama-Mu, memahami kalam-Mu al-Quran, memahami & beramal dengan Sunnah Nabi-Mu.
Ya Allah peliharalah kami & keluarga kami daripada segala perkara yang tidak baik, daripada terikut dengan sifat & budaya kafir yang mungkar & tidak baik.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Hari ini tamatlah juzuk ke-9 dan kita akan sambung juzuk ke-10 insya’ Allah.
Wallahu A’lam.
