Mukmin Tidak Cari Helah, Munafiqin Sebaliknya & Kalau Mereka Ikut Akan Menimbulkan Banyak Masalah.
Full video : https://youtu.be/SMCJtOHOfy0?si=gTDTmIkItEymJXCV
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah at-Taubah dengan ayat 44 sehingga 47 dalam juzuk kesepuluh.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa mukmin tidak akan mencari helah & membuat alasan untuk tidak keluar berperang ke Tabuk kecuali mereka yang diberi pengecualian seperti orang tua, wanita, kanak-kanak dan OKU seperti buta & tempang.
- Tetapi puak munafiqin sebaliknya mereka mencari helah, sejuta alasan untuk tidak ke Tabuk, mencari alasan dan keuzuran yang direka.
- Jika mereka ikhlas nak pergi mereka akan buat persediaan.
Tetapi jika tidak ikhlas kalau mereka ikut pun akan menimbulkan banyak masalah kepada Nabi SAW & tentera Islam.
Jadi jika mereka ada pun menyusahkan, lebih baiklah tiada!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang puak munafiq akan bersumpah bahawa jika mampu mereka akan ikut keluar berperang tetapi malangnya mereka tidak mampu memberi 1000 alasan!
ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan orang beriman tidak akan minta pengecualian, tidak minta keizinan untuk tidak pergi berperang, hanya orang munafiq akan berbuat sedemikian.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 44- {ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, TIDAK AKAN MEMINTA IZIN KEPADAMU UNTUK (TIDAK TURUT) BERJIHAD DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA MEREKA. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.} (AT-TAUBAH 9:44)
- Allah nyatakan orang beriman tidak akan minta pengecualian daripada pergi berperang bahkan mereka akan bersemangat untuk berjihad ikut berperang bersama Nabi SAW melawan orang kafir!
- Mereka tidak takut untuk berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka, mengharapkan balasan pahala yang besar dari Allah SWT, mereka nak mati syahid!
- Ini kerana mereka tahu & yakin bahawa Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa, siapa yang ikut perintah Allah & Sunnah Nabi SAW, yang bersegera menyahut seruan Nabi SAW.
AYAT 45- {SESUNGGUHNYA YANG AKAN MEMINTA IZIN KEPADAMU HANYALAH ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT, DAN YANG HATI MEREKA (SANGAT) RAGU-RAGU. OLEH ITU MEREKA SENTIASA BINGUNG TERAGAK-AGAK DALAM KERAGUANNYA.} (AT-TAUBAH 9:45)
- Allah dedahkan bahawa orang yang datang minta izin dengan kamu wahai Nabi SAW, yang tidak mahu keluar berperang, yang minta untuk duduk di Madinah bersama puak yang uzur & sakit, itu adalah puak kafir yang tidak beriman dengan Allah & hari Akhirat, mereka adalah golongan munafiq!!!
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat lepas orang beriman tidak akan minta izin untuk tidak pergi berperang!
ii- Datang ayat ini menyatakan perangai mereka yang sebaliknya iaitu golongan munafiq yang tidak mahu keluar berperang!
- Golongan munafiq ini ialah mereka yang syak & ragu; mereka mengaku beriman & menyertai orang Islam berpura sahaja untuk mencari habuan & kepentingan dunia.
Jika Islam menang mereka nak juga share hasil kemenangan & nak cari pangkat jawatan!
- Penyakit utama mereka ialah syak & ragu serta menimbulkan keraguan dan waswas di kalangan umat Islam agar goyah & kebingungan juga seperti mereka!
- Jika mereka kafir yang zahir pastilah Rasulullah SAW tidak akan benarkan pergi terus.
Tetapi kerana mereka munafiq, musang berbulu ayam, ada yang pergi berperang tetapi buat perangai & onar menimbulkan waswas dalam tentera Islam supaya lemah semangat dan berasa ragu-ragu juga.
- Allah gambarkan sifat mereka dalam ayat ini juga:
{Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.} (An-Nisaa’ 4:143)
Yakni mereka golongan atas pagar, menunggu pihak sebelah mana yang nampak memberi hasil untuk mereka lompat.
- Hadis, Nabi SAW bersabda:
مثل المنافق كمثل الشاة العائرة بين الغنمين ، تعير إلى هذه مرة، وإلى هذه مرة، ولا تدري أيتهما تتبع
Perumpamaan bagi orang Munafik itu seperti seekor kambing yang bingung di antara dua ekor kambing.
Sekejap ia bersama kambing ini, sekejap bersama kambing yang itu. Ia tidak tahu kambing mana satu yang nak diikut.” [HR Muslim].
AYAT 46- {DAN KALAULAH MEREKA MAHU KELUAR (UNTUK TURUT BERPERANG), TENTULAH MEREKA MENYEDIAKAN PERSIAPAN UNTUKNYA; TETAPI ALLAH TIDAK SUKA PEMERGIAN MEREKA, LALU DILEMAHKANNYA SEMANGAT MEREKA, DAN DIKATAKAN (OLEH SYAITAN): “TINGGALLAH KAMU BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG TINGGAL”.} (AT-TAUBAH 9:46)
- Orang munafiq itu jika mereka benar-benar nak pergi keluar bersama Nabi SAW untuk berperang di Tabuk; pastilah mereka akan buat persiapan untuk pergi!
Tetapi tidak begitu, bahkan mereka mencari-cari alasan & keuzuran untuk tidak perlu pergi!
- Tetapi sebenarnya Allah tidak suka pun pergi bersama Nabi SAW, menyertai tentera Islam
Ini kerana mereka akan buat perangai & onar, menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan, racun dalam madu atau api dalam sekam, iaitu penjahat dari dalam kumpulan sendiri!
- Lalu Allah campakkan ke dalam hati mereka rasa berat, lemah dan dikatakan kepada mereka: Kamu tak payah pergi duduklah bersama orang uzur yang diberi pengecualian seperti orang tua, yang uzur, wanita & kanak-kanak.
Ada kitab tafsir kata syaitan yang berkata begitu kepada mereka!
AYAT 47- {KALAULAH MEREKA KELUAR BERSAMA KAMU, TIDAKLAH MEREKA MENAMBAHKAN KAMU MELAINKAN KEROSAKAN, DAN TENTULAH MEREKA SEGERA MENJALANKAN HASUTAN DI ANTARA KAMU, (DENGAN TUJUAN) HENDAK MENIMBULKAN FITNAH (KEKACAUAN) DALAM KALANGAN KAMU; SEDANG DI ANTARA KAMU ADA ORANG YANG SUKA MENDENGAR HASUTAN MEREKA. DAN (INGATLAH) ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN ORANG-ORANG YANG ZALIM.} (AT-TAUBAH 9:47)
- Allah menyatakan bahawa sifat munafiq tidak mahu pergi berperang dan dalam masa yang sama Allah lebih suka jika mereka tidak pergi berperang itu kerana mereka akan membawa kerosakan bukan kebaikan.
- Ini kerana jika mereka keluar bersama tentera muslimin hanya sia-sia & tidak membawa kebaikan kerana:
i- Tidak akan menambah kekuatan atau bilangan tentera, kerana mereka bukan ikhlas mahu keluar berjuang.
ii- Bahkan mereka akan buat onar & kekacauan, berpecah dalam pemikiran {خَبَالًۭا} sehingga tidak akan ada keputusan baik yang boleh dibuat.
iii- Mereka juga bergerak di dalam kalangan orang Islam sebagai batu api dan pemecah kesatuan penjatuh semangat.
Masalahnya Allah kata malangnya ada di kalangan orang Islam itu telling-telinga yang mendengar hasutan mereka ini dan termasuk dalam hati mereka!
- Kata ar-Razi : Golongan yang mungkin mendeganr hasutan mereka itu ialah:
i- Golongan yang baru masuk Islam, belum mantap lagi keimanannya dan belum lagi ilmu pengetahuannya tentang riddah.
ii- Golongan yang memang penakut & sudah agak keberatan untuk pergi.
iii- Keluarga atau rakan dekat mereka (anak-beranak) yang akan mudah dengar kata mereka!
- Di akhir ayat Allah kata Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim, iaitu Allah tahu semuanya tentang karenah puak munafiq yang zalim itu, siapa pula yang dengar & ikut kata-kata munafiq!
- Mereka itu zalim kerana mendengar kata-kata munafiqin tetapi tak dengar kata-kata Nabi SAW.
Zalim kerana mengarut dan rosak perjalanan hidup manusia & dimainkan oleh munafiq!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 44- {Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,…}-
Allah tegaskan bahawa orang beriman tidak akan minta izin buat alasan untuk tidak pergi berperang!
Allah nyatakan juga dalam peperangan ini akan ada banyak kumpulan, iaitu; mereka yang ikhlas, kumpulan yang nak cari makan, kumpulan yang berselindung di balik tabir dan seumpamanya.
Ayat ini Allah nyatakan kepada kita bahawa orang yang boleh menerima arahan berjihad & dengar kata arahan untuk melawan orang kafir dengan harta benda & nyawa mereka; hanyalah mereka yang beriman kepada Allah & hari Akhirat.
Perbincangan:
Apakah hikmah kenapa Allah sandarkan ayat jihad ini kepada mereka yang beriman kepada Allah & hari Akhirat???
Jawapan: kata ulama’ tadabbur, ini kerana :
i- Orang yang beriman dengan hari Akhirat tahu jika dia infaq harta- hartanya itu akan menjadi ladang pahala yang besar untuknya di Akhirat kelak!
ii- Jika nyawanya melayang, dia tahu pahala mati syahid itu amat besar & mulia, dia akan hidup di sisi Allah SWT!
Yakni mereka tak akan sayang kepada harta & nyawa kerana semua itu hanyalah pinjaman dari Allah!
- Ayat 45- {Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat…}-
Dalam ayat ini Allah nafikan iman golongan munafiq!
Orang munafiq adalah orang yang tidak beriman, tidak yakin dengan janji Allah walaupun mereka mengaku beriman dengan mulut!
Jalan menuju kepada Allah amat jelas, maka jangan sesekali ada dalam hati kita perasaan syak & ragu-ragu!
Apabila kita infaq jangan rasa keberatan & ragu apakah ada pahalanya!
Apabila kita betul-betul beriman dengan yakin kepada Allah & hari Akhirat kita tak akan berasa sayang sedikitpun untuk lepaskan harta fi-sabilillah.
Hadis, sabda Nabi SAW: “Sedekah itu burhan, Sedekah adalah bukti.” [HR Muslim].
Maksudnya “burhan” (bukti) menunjukkan bahwa sedekah adalah tanda atau bukti keimanan seseorang yang sebenarnya.
Seseorang yang mengaku beriman namun tidak mahu bersedekah, terutama sedekah wajib seperti zakat, imannya patut dipertanyakan.
- Ayat 47- {Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu,}-
Allah katakan bahawa Allah lebih suka jika mereka tidak pergi kerana mereka hanya akan menambahkan kerosakan, menghilangkan keharmonian!
Ini kerana hasutan & lebih mudah diterima oleh manusia!
Kita orang beriman jangan mudah percaya kepada kaum munafiq!
Mereka suka benar untuk melemahkan semangat orang Islam dengan menjadikan mereka berkelahi sesama Islam, ini agar Islam hilang kekuatan, lemah dan senang diperdaya!
Beginilah juga permaianan syaitan hari ini.
Hati-hatilah agar kita tidak ditipu oleh puak yang tidak beriman kepada Allah & Rasulullah SAW sama ada munafiq atau kafir tulen!
Allah tegaskan jika mereka pergi bersama; mereka hanya akan buat masalah kepada Nabi SAW & tentera Islam.
Mereka hanya akan porak-porandakan keharmonian & kesatuan umat Islam, lagakan orang.
- Ayat 46- {Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya;…}-
Jika mereka nak pergi sungguh, pasti ada tanda-tanda, ada persiapan.
Ayat ini menjadi dalil bahawa siapa yang mengaku beriman, mengaku sayang kepada Allah & Rasul-nya mesti ada tanda & buktinya melalui amalan & anggota badannya!
Orang yang beriman mesti zahirkan iman & sayangnya kepada Allah & Rasulullah SAW itu kepada masyarakat sebagai tanda & bukti.Jika betul-betul sayang mesti ada tanda & bukti yang boleh nampak bukan hanya mendakwa & mengaku dengan mulut saja!
Kerana itu antara hikmah Allah jadikan solat 5 waktu sebagai salah satu rukun Islam & diminta supaya berjemaah bagi muslimin.
Jika tak pernah nampak di masjid, dengar azan seperti tak dengar, maka itu bukan orang yang benar-benar sayangkan Allah & Rasulullah SAW!
Kalau kita sayangkan Allah & rasul, mesti tunjuk bukti & ada tandanya bahawa kita benar-benar sayang, kita memang nak buat atau kita memang nak pergi!!!!
- Ayat 47- {… dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka.}-
Kita umat Islam kena berhati-hati, kena belajar baik-baik jika kita dengar berita tak baik tentang seseorang.
Peringatan; Apabila kita mendengar ada orang kata sesuatu yang tidak baik tentang adik-beradik kita, kawan kita, saudara kita sesama muslim, kena siasat & pastikan dulu kesahihannya.
Kerana perangai suka menyebarkan keburukan dan juga suka dengar/terima sesuatu yang tidak baik juga adalah perangai munafiqin & yahudi ahli kitab!
Kita kena ada ilmu bahawa bahayanya terlalu mengikut perkembangan, dengar apa semua yang viral, yang orang sebarkan, sehinggakan kita tidak ada filter untuk menapisnya!
Kita kena ada filter untuk menapisnya, pastikan kesahihannya; betul atau tidak!
Jangan dengar & mudah terima jika tidak kita akan terperangkap dengan golongan munafiq yang menjadi batu api, sebar fitnah dan memecah-belahkan masyarakat Islam!
Atau jika tidak kita akan jatuh terpedaya dengan mainan jahat ahli kitab, puak kafir yang nak porak-perandakan orang Islam. Keduanya merugikan kita!
Kerana itu Allah beri peringatan jika kata tadi Allah ada orang yang tak suka, mereka pergi dan menyertai tentera Islam, kerana mereka akan buat kacau, menimbulkan keraguan, kata situ kata sini!
Sama juga dengan orang yang berperangai begini yang suka jadi batu api, mengacau menimbulkan keraguan atau memburukkan Islam; jangan ajak dalam majlis kita kerana boleh mengundang fitnah kepada kita & mengacau keharmonian majlis kita!
Ini kerana sebagaimana firman Allah, akan ada di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka, mereka akan percaya & terpengaruh, terjebak dengan golongan munafiqin. Lalu rosaklah keharmonian dan hilang kepercayaan yang telah terbina sebelum ini!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
