Kafir Tidak Boleh Masuk Makkah, Ekonomi Makkah Allah Bantu & Perangi Ahli Kitab.
Full video : https://youtu.be/0qGNBXoyqQc?si=1KsRUqJphW_uJHeh
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita tafsir kepada Surah At-Taubah dengan ayat 28 dan 29 dalam juzuk kesepuluh.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan undang-undang peraturan bahawa orang kafir itu najis & tidak boleh masuk masjid & Tanah Haram Makkah, perisytiharan pada tahun ke-9H.
Majoriti ulama’ kata : Najis dengan makna najis maknawi, iaitu iktiqad mereka itu najis & tidak suci!
- Maka apabila mendengar kafir tidak boleh masuk Makkah; lagi timbullah desas-desus bagaimana keadaan ekonomi Makkah nnati. Lalu Allah beri jaminan bahawa Dia akan bantu, kaum muslimin jangan runsing & bimbang kamu tidak akan lapar atau lemah ekonomi tanpa mereka!
- Allah juga memerintahkan kita untuk melawan, perangi ahli kitab yang tak mahu dengar kata, keras kepala melawan Islam, tak mahu terima Nabi Muhammad SAW, tak mahu terima Islam.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan bahawa puak kafir tak layak untuk memakmurkan rumah Allah sama ada secara fizikal atau maknawi.
Orang kafir kemudiannya berbangga dengan kebajikan yang mereka buat iaitu memberi makan minum jemaah haji, tetapi Allah nyatakan juga ianya tidak sama dengan amal kebajikan orang yang beriman.
ii- Datang ayat ini sekali lagi Allah nyatakan bahawa orang kafir itu tidak layak untuk memakmurkan Masjidil Haram yang dibina atas tauhid kerana iktiqad mereka kotor najis, pegangan yang tidak benar!
Yakni ayat ini adalah pembersihan yang lengkap & sempurna Masjidil Haram daripada orang kafir!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 28- {WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! SESUNGGUHNYA (KEPERCAYAAN) ORANG-ORANG KAFIR MUSYRIK ITU NAJIS, OLEH ITU JANGANLAH MEREKA MENGHAMPIRI MASJID AL-HARAAM SESUDAH TAHUN INI; DAN JIKA KAMU BIMBANGKAN KEPAPAAN, MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEKAYAAN KEPADA KAMU DARI LIMPAH KURNIANYA, JIKA DIA KEHENDAKI. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI, LAGI MAHA BIJAKSANA.} (AT-TAUBAH 9:28)
- Allah menyatakan kepada orang beriman yang baik akhlak & tauhidnya; bahawa orang kafir itu kesemuanya adalah najis (kepercayaan mereka) yang tidak bersih & terpesong serta mereka kafir kepada Allah Ar-Rahman!
- Ulama’ ada perbezaan pendapat : Sama ada para ahli kitab itu termasuk juga dalam golongan orang-orang kafir Musyrik {ٱلْمُشْرِكُونَ} ini:
i- Ibnu Umar RA dari kalangan sahabat dan lain-lain ulama’ mengatakan : Ia mereka termasuk juga, kerana katanya:
Aku tidak tahu apakah syirik yang lebih besar daripada mereka yang mendakwa Isa anak Tuhan (Nasrani) atau Uzair nak Tuhan (yahudi)!
ii- Ada juga ulama’ yang mengatakan : Mereka ini tidak masuk, kerana dalam bab ahli kitab Allah sebut khas kumpulan mereka ini.
Ini kerana asalnya agama mereka itu tauhid suci juga cuma pada akhirnya agama & pegangan mereka terpesong, kekufuran datang kemudian.
Tetapi mereka tetap kafir & syirik, mereka tidak layak memakmurkan Masjidil Haram!!!
- Allah kata kerana puak kafir itu najis, maka mereka dihalang daripada memasuki Tanah Haram Makkah seluruhnya.
Dalam kitab Makkah, Kelebihan & Sejarah ada peta yang menunjukkan sempadan Tanah Haram Makkah.
Sempadannya tidak sekata & tidak sama, dari setiap sudut tidak sama panjang & luasnya, bergeligis seperti roti yang dihiris!
- Syeikh Mohd Tohir al-Kurdi ada membahaskan dalam kitab sejarah susunannya
التاريخ القويم
Kenapa kedudukan sempadan Tanah Haram ini tidak sama:
i- Ada yang kata ketika Hajaral Aswad turun, cahayanya yang menyinari Kota Makkah itu diambil kira sebagai tanda sempadan maka pastilah tidak tepat seginya.
ii- Serta pelbagai perbahasan lagi & pendapat yang paling sahih ialah: “Wallahu a’lam”.
iii- Sempadan Tanah Haram ini ialah sebagaimana yang diperbaharui oleh Nabi SAW, yang dibina pada zaman Nabi Ibrahim AS.
- Pada zaman Raja Fahd dibina balik sempadan Tanah Haram dengan batu tanda seperti pintu gerbang hari ini.
Ingat apabila disebut Masjid Al-Haraam di sini di maksudnya ialah Tanah Haram Makkah keseluruhannya bukan hanya bangunan Masjidil Haram.
- Bilakah {sesudah tahun ini;}, iaitu selepas pada tahun ini iaitu pada tahun ke-9H, iaitu selepas Pembukaan Kota Makkah.
- Pada musim haji pada tahun itu, Nabi SAW menghantar Sayyidina Abu Bakar sebagai ketua rombongan haji & Sayyidina Ali sebagai pembantunya untuk membuat iklan perisytiharan membersihkan Kota Makkah dari orang kafir, dari segala unsur syirik, khurafat & segala yang tidak baik seperti tawaf telanjang dan seumpamanya.
- Ini semua sebagai persiapan untuk Nabi SAW mengerjakan haji Wada’ pada tahun berikutnya apabila kota Makkah telah suci dari segala unsur syirik & khurafat yang buruk itu!
- Sebagaimana yang berlaku pada hari ini apabila tidak ada orang kafir, orang Islam berfikir negatif & berasa lemah iaitu takut jatuh ekonomi, menjadi miskin & takut merosot perdagangan dengan ketiadaan orang kafir.
Senang kata takut tak boleh nak makan & minum; inilah diayah yang dimainkan oleh orang kafir sejak dahulu!
- Maka {dan jika kamu bimbangkan kepapaan, takut miskin jika tiada kafir, Allah yang Maha mengetahui jawab terus: {…maka Allah akan memberikan kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Dia kehendaki., ini adalah jaminan Allah SWT kepada orang Islam!
- Kamu jangan bimbang ada kafir atau tiada kafir, makanan & ekonomi kamu bukan di tangan mereka tetapi di tangan Allah SWT Pemberi rezeki seluruh makhluk-Nya!
- Beberapa pandangan ulama’ :
i- Antara sumber kekayaan negara Islam; ia datang melalui jizyah, (ufti) cukai kepala untuk perlindungan yang dibayar oleh orang kafir kepada kerajaan Islam.
ii- Kata ulama’ juga : Bukan melalui jizyah sahaja tetapi Allah turunkan hujan yang diberkati lalu bumi menjadi subur, memberi rezeki yang terjamin pada bila-bila masa saja!
- Allah tutup ayat ini dengan menegaskan bahawa:
i- Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, setiap sesuatu.
ii-Lagi Maha Bijaksana, iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya yang sesuai dan sepatutnya!
Kerana itu adalah perbuatan yang tidak cerdik jika sesuatu yang sepatutnya dipakai di kaki kita letakkan atas kepala atau badan.
AYAT 29- {PERANGILAH ORANG-ORANG YANG TIDAK BERIMAN KEPADA ALLAH DAN TIDAK BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT, DAN MEREKA PULA TIDAK MENGHARAMKAN APA YANG TELAH DIHARAMKAN OLEH ALLAH DAN RASULNYA, DAN TIDAK BERAGAMA DENGAN AGAMA YANG BENAR, IAITU DARI ORANG-ORANG YANG DIBERIKAN KITAB (KAUM YAHUDI DAN NASRANI), SEHINGGA MEREKA MEMBAYAR “JIZYAH” DENGAN KEADAAN TAAT DAN MERENDAH DIRI.} (AT-TAUBAH 9:29)
- Dalam ayat ini Allah perintahkan orang Islam untuk memerangi orang kafir yang diberi kitab iaitu kaum Yahudi dan Nasrani, iaitu;
i- Mereka yang tidak beriman kepada Allah
ii- Dan tidak beriman kepada Hari Akhirat,
iii- Dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya,
iv- Dan tidak beragama dengan agama yang benar.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah telah nyatakan hukum jangan sesekali wala’ kepada orang kafir serta batalkan perjanjian dengan mereka yang belot!
Serta Allah nyatakan orang kafir tidak boleh masuk Masjidil Haram.
ii- Maka datang ayat ini mengatakan kafir mana yang tidak layak masuk Masjidil Haram itu, iaitu semua jenis kafir termasuk ahli kitab yahudi & Nasrani.
Mereka tidak layak masuk Masjidil Haram, mereka boleh duduk dalam negara Islam tetapi kena bayar jizyah!
- Kita kena bezakan antara Tanah Haram Makkah & Madinah:
i- Madinah penuh dengan ahli kitab yahudi. Mereka berpindah ke Madinah untuk menunggu kebangkitan nabi & rasul yang terakhir.
Mereka ini amat jahat sekali menolak kebenaran walaupun tahu serta menyakiti Allah & Rasul-Nya!
ii- Madinah adalah satu bandar majmuk yang penduduknya terdiri dari berbilang kaum & bangsa, termasuk munafiq!
- Maka dalam ayat ini Allah perintahkan untuk membunuh & memerangi puak kafir tersebut.
- Kata Imam Ibnu Kathir RHM : Ayat yang mulia ini Allah turunkan pada peringkat awalnya untuk memerangi ahli kitab.
Kemudian kita lihat setelah Pembukaan Kota Makkah, manusia masuk agama Islam berduyun-duyun, Semenanjung Tanah Haram jatuh di bawah pemerintahan Islam.
Maksudnya: {.. mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya,},
Kata ar-Razi :
i- Mereka yahudi tidak hirau apa yang al-Quran & Sunnah kata haram atau halal.
ii- Atau mereka tidak beramal juga dengan apa yang ada dalam kitab Taurat & Injil yang asal, bahkan mereka menukar & selewengkannya! Mereka bawa undang-undang sendiri!
Yakni keduanya mereka tidak menerima undang-undang Islam!
- Perangai huduh mereka juga: {dan tidak beragama dengan agama yang benar..}- iaitu mereka tidak ikut apa yang Allah ajar & perintahkan sama ada dalam kitab Taurat mereka atau ajaran dalam al-Quran kerana mereka tidak beriman dengannya!
Maka mereka dikira sebagai orang kafir & keras kepala!
- Maka janganlah kita ikut perangai ahli kitab yahudi & nasrani yang menyeleweng dari ajaran Islam & perintah Allah Azza wa Jalla.
Begitulah jika kita nak selamat dunia & Akhirat.
- Sehingga mereka membayar jizyah iaitu cukai kepala (ufti) yang ditetapkan oleh pemimpin Islam ketika itu.
Bayaran ini jaminan sosial & keselamatan yang diberikan oleh pemerintah Islam kepada mereka orang kafir.
- Ada ulama’ kata jizyah ini :
i- Mesti dibayar sendiri dari tangan mereka kepada pemerintahan Islam untuk menunjukkan mereka dalam keadaan hina & tiada kemulian bagi orang kafir!
ii- Tetapi ada ulama’ kata : Bukan syarat beri sendiri, asal bayar tak apa!
iii- Semua ulama’ bersetuju bahawa : Jizyah itu mesti dibayar oleh semua kafir sama ada ahli Kitab atau majusi dan semua musyrikin!
- Begitulah surah at-Taubat yang tanpa Basmalah ini dimulakan dengan perlepasan diri oleh Allah & Rasul-Nya, yang agak keras untuk perjalanan hidup & cara untuk kita berinteraksi dengan kafir.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 28- {Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis,..}-
Para ulama’ kata : Setelah perbahasan panjang maksudnya najis di sini ialah najis maknawi kerana iktiqad mereka salah, pegangan mereka tidak betul maka mereka dikira najis.
Tapi kena ingat najis maknawi tidak sama dengan najis fizikal; kita tidak perlu basuh apabila pegang mereka!
Kerana pasa suatu ketika dulu Nabi SAW membawa masuk seorang tawanan perang yang masih kafir ke dalam masjid di Madinah.
Namun begitu mereka tetap diharamkan untuk memasuki Tanah Haram Makkqh seluruhnya!
Bahkan Kerajaan Saudi buat jalan khas hari ini untuk bukan non-muslim yang melalui Makkah.
Jika kafir masuk juga apa yang terjadi???
Cerita orang zaman dulu dikatakan kafir yang memasuki Makkah akan disalak anjing hitam!
Tak ada pun riwayat sahih yang melaporkan demikian.
Wallahu a’lam.
Maka bagi pihak penguasa kena jalankan undang-undang itu dan jaga setakat setakat kemampuan manusia selebihnya serahkan kepada Allah SWT.
- Ayat 28- {… oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam…}-
Apakah hanya Masjidil Haram atau keseluruh Tanah Haram maksudnya?
Kata ulama’ : Maksud Masjidil Haram di sini ialah Tanah Haram semua sekali.
Dalilnya kerana Allah kata selepas itu jika kamu takut perniagaan kamu merundum atau takut miskin, Allah-lah yang menentukan rezeki kamu, bukan orang kafir.
Ini kerana tempat mereka berniaga bukan dalam masjid tetapi menjalakan perniagaan itu di dalam Tanah Haram di sekitar Masjidil Haram iaitu di pasar-pasar sekitar Tanah Haram, di Mina ada pasar dekat Arafah ada.
Maka kita kata maksudnya Masjidil Haram di sini ialah puak kafir tidak boleh masuk Tanah Haram Makkah keseluruhannya bukan hanya masjid
Maka jika ada kafir yang masuk juga ia menyalahi Syari’ah Allah juga undang-undang negara Arab Saudi.
Kerana itu stadium untuk sukan dan kebanyakan hospital pakar & universiti di Makkah berada di luar sempadan Tanah Haram untuk kemungkinan jika ada staff seperti pensyarah atau doktor pakar yang bukan Islam, wallahu a’lam.
- Ayat 28- {… dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki.}-
Jika kamu takut miskin Allah kata jangan bimbang- jika Allah kehendaki Dia akan kayakan kamu!
Ulama’ membahaskan perkataan : {jika Dia kehendaki- إِن شَآءَ}- iaitu Allah tidak buka terus pemberian kekayaan ini tetapi Allah ikat dengan; Jika Dia kehendaki.
Ulama’ kata : Ini kerana kekayaan atas dunia ini bukan syarat orang itu iman, bukan tanda Allah sayang atau keredhaan-Nya.
Kekayaan & rezeki atas dunia ini Allah beri kepada semua; yang Dia sayang atau tidak, manakala iman & agama Allah hanya akan berikan kepada mereka yang Dia sayang sahaja!
ii- Kaya itu pula bukan semua orang, hanya sebahagian sahaja, tetap ada yang miskin dan susah. Jika tidak siapa yang akan jadi pekerja & kuli!
iii- Semua undang-undang Allah ada hikmahnya, inilah hikmahnya juga agar ada yang kaya yang miskin, ada tokey ada kuli, pemberi zakat & penerima zakat.
iv- Allah nak iklankan bahawa rezeki & kekayaan itu dari Allah, bukan kerana kepandaian dan kehebatan kamu sendiri!
Kadang-kadang Allah beri kekayaan itu sebagai istidraj agar makin sombong & angkuh lalu semakin jauh dari mengingati Allah!
Akhirnya jatuh muflis tak tahu nak ke mana!!
Yakni Allah isytiharkan bahawa kekayaan & rezeki itu daripada Allah semata-mata.
- Ayat 28- {… maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki.}-
Ayat ini Allah ceritakan perkara ghaib benda yang akan datang!
Kata ulama’ : Ayat ini mukjizat Allah memberitahu perkara yang akan berlaku pada masa depan!
Walaupun kafir tiada, bisnis mereka tiada, Makkah & Madinah dah jadi negara Islam, serta banyak negara lain juga dah jadi negara Islam; tetapi kamu jangan bimbang jangan takut orang Islam tidak akan lapar dan jatuh miskin!
Allah akan cukupkan & kayakan kamu dengan limpah kurnia-Nya.
Ini telah menjadi hakikat dalam sejarah di mana semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, nak cari asnaf untuk menerima zakat dalam negara Islam begitu susah sekali kerana tidak ada orang miskin!
Alhamdulillah apa yang Allah sebut & janjikan ini telah menjadi kenyataan, kerana apabila Allah janjikan, jadilah!
- Ayat 29- {Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat,…}-
Allah memerintahkan kita supaya tetap berlawan dengan puak kafir yang enggan menerima Islam.
Mereka akan dihinakan selagi mereka tidak beriman!
Kehinaan mereka adalah dengan terpaksa membayar jizyah, bayar cukai kepala kepada pemerintahan Islam untuk duduk di dalam negara Islam.
Sehingga ada ulama’ kata : Kena bayar sendiri tak boleh wakil-wakil!
Sebagaimana kita baca sejarah Islam dulu di mana terdapat Kerajaan Islam yang kuat & hebat, mereka menjadi pemerintah dunia yang kuat dan buat baik kepada orang; maka mereka diikuti orang ramai!
Kata ahli motivasi :
Orang berbakti akan diikuti, apabila kita hebat orang akan ikut kita.
Sebagaimana semasa pemerintahan Islam yang hebat di Andalusia dulu, orang kafir yang mengikut gaya hidup dan amalan orang Islam!
Hari ini adalah sebaliknya, apabila kita lemah kita jadi pak turut, bila kita kuat kita dituruti!
Semoga Allah kembalikan kemuliaan & kekuatan Islam kepada ummat ini, kembalikan kekuasaan Islam kepada kita untuk dapat melaksanakan undang-undang Syari’ah!
Ini bukan angan-angan tetapi cita-cita kita orang Islam!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu A’lam.
