Bergeraklah Ke Tabuk, Munafiqin Mencari Helah & Allah Maafkan Nabi Kerana Biarkan Mereka.
Full video : https://youtu.be/65vLtUVSiWg?si=GL3jLKKUBSU8D-TH
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah at-Taubah dengan ayat 41 sehingga 43 dalam juzuk kesepuluh.
- Dalam siri ini Allah SWT memberi arahan untuk semua keluar & bergeraklah ikut Nabi SAW pergi ke Tabuk, dengan harta & jiwa kamu!
- Ayat ini juga mendedahkan perangai buruk munafiqin yang mencari helah & sebab untuk tidak mahu ke Tabuk dengan alasan jauh jaraknya!
Mereka juga akan bersumpah dengan alasan-alasan yang direka sehingga Nabi SAW memberi keuzuran kepada mereka!
- Allah maafkan Nabi kerana biarkan mereka tidak pergi & beri keizinan.
Ini kerana sepatutnya Nabi SAW jangan benarkan dan paksa mereka untuk pergi baru nampak, terserlah siapa yang benar-benar uzur & yang reka alasan.
Walaubagaimanapun tembelang mereka semua itu Allah dedahkannya juga.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang betapa mereka berat untuk menyahut seruan & kerahan Nabi SAW untuk keluar berperang kerana tidak suka meninggalkan kesenangan dan tidak mahu susah.
ii- Maka dalam ayat ini adalah perintah secara umum untuk semua keluar melawan kaum musyrikin tak kira sama ada kamu berasa arahan ini berat atau ringan, orang tua atau muda, kaya atau miskin, jangan cari alasan!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 41- {PERGILAH KAMU BERAMAI-RAMAI (UNTUK BERPERANG PADA JALAN ALLAH), SAMA ADA DENGAN KEADAAN RINGAN (DAN MUDAH BERGERAK) ATAUPUN DENGAN KEADAAN BERAT (DISEBABKAN BERBAGAI-BAGAI TANGGUNGJAWAB); DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA KAMU PADA JALAN ALLAH (UNTUK MEMBELA ISLAM). YANG DEMIKIAN AMATLAH BAIK BAGI KAMU, JIKA KAMU MENGETAHUI.} (AT-TAUBAH 9:41)
- Kata Ibnu Kathir RHM : Ayat ini adalah perintah atau arahan secara umum supaya kaum muslimin keluar berperang ke Tabuk untuk bertemu dengan musuh Allah, ahli kitab atau tentera Rom di bawah pimpinan Qabbaz yang berjumlah sebanyak 40 ribu orang.
- Tentera Rom ini telah bersedia untuk datang menyerang Madinah, tetapi apabila Nabi SAW keluar terlebih dahulu mereka tak jadi datang, ini adalah strategi yang amat bijak dari Nabi SAW yang berjaya menyelamatkan Madinah & mengangkat nama kaum muslimin.
Kata Syeikh al-Jassos : Telah maklum dalam perundangan Islam apabila negara terdedah kepada ancaman kafir, maka menjadi fardhu kepada seluruh rakyat yang mampu untuk keluar berperang bagi mempertahankan negara Islam, ini adalah arahan dari Allah.
Hatta kata al-Qurtubi, : Jika negara jiran yang Islam terancam pun kita kena keluar membantu mereka melawan musuh kafir!
- Riwayat dari Ibnu Umar RA: Apabila dikerah oleh pemimpin kamu kena keluar pergi!
Jangan cuba mencari helah & alasan.
- Kata al-Qurtubi: Dalam keadaan ini, semua sekali wajib keluar walaupun pemuda-pemuda yang dilarang oleh bapanya kerana keadaan amat gawat!
- Allah SWT kerahkan umat Islam untuk berjihad dengan apa saja yang kamu ada.
Infaqlah dengan harta & dengan badan kamu!
Allah mulakan seruan berjihad dalam ayat ini dengan harta kemudian jiwa.
Ini kerana ketika itu dalam keadaan gawat, kerajaan perlukan dana harta untuk menggerakkan pasukan tentera dan menyediakan senjata dan bekalan,
kerana Tabuk jauh jaraknya 700km, perlukan kenderaan!
- Kemudian Allah seru juga agar membuat persiapan untuk berjihad, berperang dengan jiwa & nyawa kamu untuk menegak dan membela agama Allah SWT!
Semua wajib menyahut seruan jihad ini kecuali beberapa golongan yang Allah beri keuzuran seperti orang tua, kanak-kanak, wanita dan lain-lain.
- Sabda Nabi SAW: Kamu lawanlah kafir dengan harta kamu, jiwa kamu & lidah kamu! [HR Abu Daud].
- Yakni jihad itu boleh jadi dalam pelbagai sudut!
Boleh lawan dengan harta, badan & lisan.
Kita dalam keadaan sekarang boleh berperang menggunakan hujjah, menggunakan pena & pelbagai kepakaran yang sesuai dengan zaman & teknologi hari ini.
- Kemudian Allah nyatakan: Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Yakni jihad itu memberi kebaikan dunia & Akhirat kepada kamu.
i- Kebaikan dunia dengan mendapat kemenangan & harta ghanimah!
Contoh: Dalam peperangan Khaibar tahun ke-7H, umat Islam dapat banyak harta yang berjaya dirampas.
Kemudian peperangan besar lain pada zaman Sayyidina Umar.
Ini adalah bahagian dunia yang nampak dengan mata.
ii- Di Akhirat pastilah pahala yang besar menanti!
Hanya kita yang kadang-kadang tidak sedar & tidak nampak kebaikan itu!
- Sabda Nabi SAW: “Jihad itu adalah satu pintu daripada pintu-pintu ke syurga. Allah lepaskan melaluinya banyak kesusahan & kesedihan.” [HR Bukhari & Muslim].
AYAT 42- {KALAU APA YANG ENGKAU SERUKAN KEPADA MEREKA (WAHAI MUHAMMAD) SESUATU YANG BERFAEDAH YANG SUDAH DIDAPATI, DAN SATU PERJALANAN YANG SEDERHANA (TIDAK BEGITU JAUH), NESCAYA MEREKA (YANG MUNAFIK ITU) AKAN MENGIKUTMU; TETAPI TEMPAT YANG HENDAK DITUJU ITU JAUH BAGI MEREKA. DAN MEREKA AKAN BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH DENGAN BERKATA: “KALAU KAMI SANGGUP, TENTULAH KAMI AKAN PERGI BERSAMA KAMU”. (DENGAN SUMPAH DUSTA ITU) MEREKA MEMBINASAKAN DIRI MEREKA SENDIRI, SEDANG ALLAH MENGETAHUI BAHAWA SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ORANG-ORANG YANG BERDUSTA (TENTANG TIDAK SANGGUPNYA MENGIKUTMU).} (AT-TAUBAH 9:42)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat lepas Allah SWT gerakkan & galakkan supaya keluar berjihad!
Tetapi mereka berat hari untuk pergi!
ii- Kemudian dalam ayat ini Allah khaskan satu kumpulan yang bersembunyi dalam negara Islam iaitu golongan munafiqin.
Sifat mereka suka bersumpah, mengelakkan diri daripada berperang dengan Nabi SAW!
- Allah SWT menyatakan Nabi SAW telah menyeru golongan munafiqin untuk pergi berperang sedangkan perang Tabuk adalah satu peperangan yang berat kerana jaraknya jauh, cuaca panas, bekalan tidak mencukupi, lawan pula tentera Rom yang kuat!
Pastilah mereka tidak mahu pergi & lalu mereka pun mencari & memberi pelbagai alasan untuk tidak pergi!
- Tetapi jika yang diseru itu sesuatu yang mudah, jaraknya dekat mungkin mereka akan pergi akan pergi kerana mereka mahukan habuan dunia!
- Sehingga mereka pun sanggup bersumpah dengan alasan rekaan mereka, mencari-cari keuzuran untuk diberikan kepada Nabi SAW bagi melepaskan diri mereka!
- Mereka bersumpah dengan alasan yang bodoh-bodoh kerana itu Nabi SAW boleh kesan penipuan mereka!
Mereka telah membinasakan diri mereka dengan sumpah-sumpah dusta itu!
- Maka sesiapa saja; pemimpin atau pengikut jangan bermain-main dengan sumpah kerana ia daripada tabiat puak munafiq.
Orang beriman jangan suka bersumpah ikut nafsu & dusta.
- Tetapi Allah nyatakan Allah mengetahui, alasan keuzuran mereka semuanya bohong!
Mereka sebenar tidak ikhlas, tidak mahu pergipun untuk membela & berjuang untuk Islam.
Mereka pergi pun hanya duduk di belakang, untuk membuat onar dalam perjalan & mengaut bahagian keuntungan jika menang!
- Begitulah perangai munafiq, hanya Allah yang mengetahui apa yang batin!
Kaedah dalam Islam, kita sesama manusia hanya boleh berinteraksi dengan apa yang nampak secara zahir kerana kita pada asasnya tidak nampak apa yang ada dalam hati manusia!
AYAT 43- {ALLAH MEMAAFKANMU (WAHAI MUHAMMAD), MENGAPA ENGKAU IZINKAN MEREKA (TIDAK TURUT BERPERANG) SEBELUM NYATA BAGIMU ORANG-ORANG YANG BENAR DAN (SEBELUM) ENGKAU MENGETAHUI ORANG-ORANG YANG BERDUSTA?} (AT-TAUBAH 9:43)
- Munasabah ayat:
i-Dalam ayat yang lepas Allah SWT dedahkan mereka ini yang perangainya kalau senang mahu pergi tapi kalau susah tak mahu pergi berjuang!
ii- Maka dalam ayat ini Allah SWT tegur Nabi SAW kenapa terima alasan mereka & beri keizinan untuk tidak keluar kepada mereka yang memberi alasan itu!
Sepatutnya Nabi SAW paksa juga mereka pergi baru kita dapat tahu siapa yang ada betul-betul ada keuzuran & siapa yang hanya berdusta.
- Maka di situ akan nampak siapa yang ikhlas atau dusta.
Jika mereka tak pergi tanpa keizinan kita akan tahu mereka adalah geng munafiq tetapi jika keizinan susahlah kita nak cop atau kenal mereka sebagai berdusta!
- Tetapi Allah kata tidak mengapa; Dia ampunkan, Dia maafkan Nabi SAW yang memberi keizinan untuk mereka yang tidak pergi ke Tabuk!
Walaupun sepatutnya tidak begitu, agar kita camlah siapa yang betul-betul ada halangan & siapa yang hanya mereka-reka alasan!
- Kata Syeikh al-Wahidi RHM : Dua keputusan yang Nabi SAW buat tanpa mendapat arahan dari Allah SWT terlebih dahulu:
i- Mengambil tebusan dari tawanan Badar. Sepatutnya dihukum bunuh dulu semua kafir yang ditawan itu.
ii- Memberi keizinan bagi munafiqin untuk tidak pergi berperang sedangkan wahyu belum turun lagi!
Tetapi ini bukan bermakna Nabi SAW melanggar perintah Allah kerana hukuman belum ada cuma Allah menegur & nak didik kita agar berfikir mendalam kerana nak buat keputusan bukan senang!
- Mengikut dalam tafsir Ibnu Asyur, antara munafiqin yang memberi alasan dan minta izin untuk tidak pergi berperang ini ialah: ketua mereka Abdullah bin Ubai, Jadd bin Qais, Rifa’ah bin At-Tabut, iaitu 39 orang kesemuanya yang datang minta izin dari Nabi SAW dengan membawa alasan bohong & palsu.
- Lalu Nabi SAW memberi keizinan kepada mereka semuanya kerana Baginda sendiri adalah seorang yang jujur dan benar.
Juga kerana sebab berikut:
i- Kerana pada zahirnya mereka beriman.
ii- Jika mereka keluar pergi pun tiada faedah hanya membawa keburukan kerana mereka bukan ikhlas nak pergi berperang, tidak ikhlas serta hanya mahu mencari habuan dunia.
- Ini bermakna dari segi strateginya memang betul tindakan Nabi SAW itu cuma Allah tegur sebagai peringatan untuk berhati-hati dalam membuat keputusan dan rujuk dulu jika ada sumber.
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 41- {Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab);..}-
Keluar berjuang, ikutlah keluar bersama Nabi SAW sama ada dalam keadaan susah atau senang.
Ulama’ Feqah kata : Ayat ini membawa hukum wajib ikut arahan & keluar berjihad apabila ada kerahan dari pihak pemerintah!
Jangan cuba buat alasan apabila diperintahkan untuk keluar!
Tentera umat Islam mesti akur & taat kepada perintah pemimpin.
Jika tak ada arahan & perintah dari pemimpin jangan kita pandai-pandai berperang pula nanti kita akan dituduh pengganas dan lain-lain.
Jika tak ada peperangan dengan senjata kita, kita ada perang dengan lisan iaitu hujjah, perdebatan atau penulisan.
- Ayat 41- {… dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).}-
Ayat ini menjadi dalil bahawa;
Peringkat jihad itu ada pelbagai peringkat & cara.
Ada jihad dengan harta, dengan jiwa & ada jihad dua sekali.
Lihat kepada keadaan & keperluan.
Jika negara sudah kaya & banyak dana, hanya perlu kepada tenaga & tentera.
Jika pada peringkat negara miskin & tidak banyak dana pastilah jihad & infaq harta diutamakan dan amat diperlukan untuk menggerakkan tentera jika tidak, tentera tidak akan dapat berjalan!
Kena ada usaha, ada bekalan & kelengkapan kerana orang tidak pergi berperang dengan tangan kosong!
- Ayat 41- {… dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.}-
Dalam ayat ini Allah sebut dua-dua sekali, iaitu berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah.
Ulama’ kata : Jika campur dua lebih besar!
Allah juga kata jika kamu tahu kelebihannya pasti kamu tidak akan teragak-agak untuk berjihad dengan keduanya!
Kamu tidak akan bakhil, harta keluar, jiwa dengan penuh semangat juga!
Sebagaimana hadis tadi kamu kena lawan & berjihad dengan harta kamu, dengan jiwa kamu juga dengan lidah kamu!
Maka jihad itu ada pelbagai peringkat, kita tidak boleh letakkan hanya pada satu jenis atau tempat!
Jika zaman dulu perlukan harta, zaman kita ini harta & kelengkapan banyak tetapi jiwa yang nak berperang pula tiada!
- Ayat 42- {Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah…}-
Allah mengatakan kaum munafiq ini jika pada tempat senang mereka akan pergi tetapi jika tempat susah mereka akan keberatan & tidak mahu pergi!
Jika senang di depan, jika payah akan berada di hujung sekali!
Perangai munafiq suka bersumpah tanpa kebenaran; kerana itu orang suka bersumpah adalah daripada perangi munafiq!
Kita orang beriman jangan mudah bersumpah untuk segala benda kecuali jika diminta oleh hakim atau mahkamah.
Ini kerana perangai sesumpah ini bukan ajaran Islam.
Kata ulama’ : Ayat al-Quran ini adalah mukjizat, al-Quran keseluruhannya memang sudah mukjizat, tetapi ayat ini mengatakan apa yang akan berlaku!
Allah kata mereka akan bersumpah & tepat sekali sekembalinya Rasulullah SAW dari medan perang Tabuk, seorang demi seorang datang bersumpah dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Semuanya adalah penipu & bersumpah palsu kecuali tiga orang sahabat yang tidak bersumpah memberi alasan & mengaku bahawa mereka tidak pergi kerana cuai & melengah-lengahkan pemergian sehingga Nabi SAW & tenteranya kembali.
Begitulah perangai munafiqin yang suka bersumpah & berdusta, kita orang Islam jangan begitu kerana itu bukan ajaran & adab agama kita!
Kata pengkaji : Agama ini teguh, jika ada orang nak lawan agama kita begitu saja secara main-main, mereka akan gagal & rebah dengan sendiri!
- Ayat 43- {Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang…}-
Allah maafkan atas apa yang telah berlaku!
Kata ulama’ tadabbur : Ayat ini dalil kepada para pendakwah, penuntut ilmu jangan cepat, jangan gopoh buat keputusan.
Maka kita orang yang belajar, para penuntut ilmu jangan cepat menghukum dan ikut permainan netizan, semua isu nak ulas, nak komen nak balas
Kena betulkan chanel, jangan mudah percaya dengan sebaran berita yang tak pasti.
Satu lagi jangan mudah terpedaya juga dengan penampilan zahir yang boleh dibuat, kita tak apakah betul dia warak atau buat-buat warak.Kita kena sabar, dalam membuat keputusan jangan gopoh, siasat dulu.
Sebagaimana Allah SWT menegur Nabi SAW kerana Baginda beri keizinan & terima alasan munafiqin, walaupun kita tahu Nabi SAW berpegang kepada kebenaran tetapi mereka munafiqin kelentong Nabi SAW.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
