KEADAAN MUNAFIQIN SEPERTI KAFIR TERDAHULU, HILANG PAHALA AMALAN & BERITA BINASA ORANG DAHULU.
Full video : https://youtu.be/tgsy-a4mHWE?si=Dy3SQeUymtcneZ-g
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah At-Taubah dengan ayat 69 sehingga 70 dalam juz kesepuluh.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa keadaan munafiqin perangai dan sifat mereka sama seperti kafir terdahulu, iaitu lawan Nabi SAW, kufur kepada Allah SWT & akhirnya mereka akan dihumban ke dalam neraka!
- Penyakit yang sama kafir dahulu & kafir yang ada sekarang:
i- Penyakit syak ragu terhadap agama
ii- Penyakit syahwat ikut hawa nafsu.
Agama itu ikut apa yang mereka nak & tak mahu sahaja.
- Allah sebut beberapa nama kaum terdahulu & berita binasa orang dahulu sebagai garis panduan & contoh peringatan sebagai iktibar. Kamu jangan berani lawan, orang terdahulu telah mati!
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang perangai puak kafir yang jahat lagi buruk, kufur kepada Allah, menentang & mendustakan para rasul Allah.
Mereka ini suka nak yang segera (عَاجِلًا) yang nampak di depan mata mereka & tidak mahu fikir tentang akhir pekerjaan mereka di Akhirat!
ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan perangai puak kafir yang ada sekarang ini sama sahaja dengan perangai puak kafir zaman dahulu yang begitu juga perangai kejahatan mereka terhadap Allah & Rasulullah!
Oleh kerana watak & perangai mereka sama maka pengakhiran dan hukuman mereka juga sama iaitu bala dan kebinasaanlah bagi mereka.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 69- {(NASIB KAMU HAI ORANG-ORANG MUNAFIK) ADALAH SAMA DENGAN NASIB ORANG-ORANG SEBELUM KAMU (YANG TELAH DIBINASAKAN), MEREKA LEBIH KUAT SERTA LEBIH BANYAK HARTA BENDA DAN ANAK PINAK DARIPADA KAMU; SETERUSNYA MEREKA TELAH BERSENANG-SENANG DENGAN BAHAGIAN MEREKA; MAKA KAMU PULA TELAH BERSENANG-SENANG DENGAN BAHAGIAN KAMU SEBAGAIMANA ORANG-ORANG YANG SEBELUM KAMU ITU BERSENANG-SENANG DENGAN BAHAGIANNYA; DAN KAMU PULA TELAH MEMPERKATAKAN (PERKARA YANG SALAH DAN DUSTA) SEBAGAIMANA MEREKA MEMPERKATAKANNYA. MEREKA YANG DEMIKIAN, ROSAK BINASALAH AMAL-AMALNYA (YANG BAIK) DI DUNIA DAN DI AKHIRAT, DAN MEREKALAH ORANG-ORANG YANG RUGI.} (AT-TAUBAH 9:69)
- Dalam ayat ini Allah menyeru kepada kaum munafiq pada zaman Nabi SAW: Nasib kamu wahai kaum munafiq yang tidak mahu beriman adalah sama seperti nasib kaum kafir terdahulu yang tidak mahu beriman!
- Tetapi mereka kaum terdahulu itu dari sudut dunia lebih kuat, kaya raya & lebih ramai anak pinak keturunan daripada kamu sekarang!
Sedangkan kamu adalah kaum yang lemah, harta tak banyak, anak cucu pun tak ramai tetapi tetap sombong angkuh tidak mahu beriman!
- Allah SWT ceritakan perkara yang sama dalam firman-Nya ini:
{Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.} (Ar-Rum 30:9)
- Manakala perangai mereka puak kafir ini adalah sama saja {كَٱلَّذِينَ}- iaitu bandingan mereka dengan orang dahulu adalah sama dalam bab:
i- Kafir tidak mahu beriman kepada Allah, menentang & menuduh para rasul mereka sebagai pendusta, orang gila, tukang sihir, penyair dan pelbagai tuduhan jahat lagi yang sama!
Perangai mereka sama seperti koyak tepek atau CnP (copy paste) saja!
ii- Maka di Akhirat kelak; bab balasan adalah sama juga!!!
- Kemudian Allah cabar mereka, kamu teruskan hidup yang kamu yang suka-suka bersenang-senang melawan Nabi SAW, buat khianat & menyusahkan umat Islam, sama dengan umat dahulu yang Allah telah beri juga kesenangan & keistimewaan mereka!
- Puak munafiq ini menyembunyikan kejahatan mereka, tetapi Allah dedahkan tembelang mereka satu persatu.
Itulah penyakit pertama mereka iaitu penyakit keraguan terhadap agama.
- Munasabah ayat:
i- Apabila Allah buat bandingan puak munafiq pada zaman Nabi SAW dengan kaum kafir terdahulu yang sama dari segi gilakan dunia & tak mahu tuntut Akhirat.
ii- Kemudian datang ayat ini Allah nyatakan lagi persamaan mereka iaitu orang dahulu & munafiqin kemudian; dalam bab tipu daya, perancangan jahat, perangai buruk, Allah katakan mereka munafiq berkata juga seperti orang terdahulu berkata, iaitu mendustakan rasul, menimbulkan keraguan, perli & hina para rasul, yakni perangai buruk ini berulang!
Kita orang beriman berhati-hatilah jangan diikut perangai buruk mereka ini kerana kesannya besar!
- Kemudian Allah nyatakan segala perbuatan mereka itu tiada faedah, Allah batalkan, tak terima amalan mereka di dunia & di Akhirat kelak tiada pahala bahkan yang ada bala!
Segala kebaikan yang mereka buat jika ada tidak bernilai lansung, hangus hilang jadi seperti debu berterbangan!
Segalanya batal hangus tidak bernilai kerana:
i- Pertama mereka tidak beriman, maka tidak ada akaun untuk masuk pahala-pahala itu;
ii- Yang keduanya mereka buat semua itu memang tidak ikhlas kepada Allah!
- Mereka itulah orang yang rugi, segala amalan yang baik mereka buat semasa hidup dulu ada nampak mereka tetapi terbatal hilang menjadi debu yang berterbangan!
- Tamatlan bandingan puak kafir & munafiqin zaman Nabi SAW sama watak dengan puak kafir umat nabi-nabi terdahulu!
AYAT 70- {BUKANKAH TELAH DATANG KEPADA MEREKA BERITA ORANG-ORANG YANG TERDAHULU DARIPADA MEREKA, IAITU KAUM NABI NUH DAN AAD DAN THAMUD DAN KAUM NABI IBRAHIM, DAN PENDUDUK NEGERI MADYAN SERTA NEGERI-NEGERI YANG TELAH DIBINASAKAN? (SEMUANYA) TELAH DATANG KEPADA MEREKA RASUL-RASUL MEREKA DENGAN MEMBAWA KETERANGAN YANG JELAS NYATA, (LALU MEREKA MENDUSTAKANNYA DAN TUHAN PULA MEMBINASAKAN MEREKA); ALLAH TIDAK SEKALI-KALI MENGANIAYA MEREKA TETAPI MEREKALAH YANG MENGANIAYA DIRI SENDIRI.} (AT-TAUBAH 9:70)
- Ayat ini nak suruh orang buka telinga & celik mata!
Allah mengingatkan kaum Quraisy tidakkah sudah datang berita & kisah orang yang terdahulu daripada mereka yang telah dibinasakan, yang kamu dapat lihat sendiri kesan-kesannya iaitu:
i- Kaum Nabi Nuh,
ii- Dan Aad kaum Nabu Hud,
iii- Dan Thamud kaum Nabi Soleh,
iv- Dan kaum Nabi Ibrahim,
v- Dan penduduk negeri Madyan kaum Nabi Syua’ib
vi- Serta negeri-negeri yang telah dibinasakan {وَٱلْمُؤْتَفِكَـٰتِ} iaitu kaum Nabi Lut di Laut mati sekarang ini.
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang lepas Allah buat bandingan puak munafiq zaman Nabi SAW dengan kafir dahulu sebagai spesis yang sama iaitu gilakan dunia dan mendustakan para nabi.
Allah tak sebut siapakah mereka cuma dengan lafaz secara umum sebagai {adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu- كَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ}.
ii- Maka datang ayat ini Allah sebut siapakah mereka itu.
Allah sebut 6 kumpulan penyangak yang (gedebe) antara kumpulan kafir dalam dunia ini yang Allah sering sebut dalam al-Quran kerana watak mereka jelas & kejahatan mereka sangat nyata!
- Juga kerana negeri mereka sama setanah (dapat dilalui melalui darat) oleh Arab Quraisy Makkah dan mereka sentiasa melaluinya!
Iaitu dalam rehlah mereka ke Syam mereka melewati kaum Thamud dan apabila rehlah mereka ke Yaman mereka melewati pula tinggalan kaum Ad.
Mereka tahu kisahnya & saksikan sendirinya!
- Allah telah utuskan para rasul yang datang kepada mereka membawa keterangan yang jelas nyata, dengan mukjizat & kitabnya tetapi mereka mendustakannya, mereka lawan serta menentangnya!
- Lalu dengan sebab perbuatan mereka yang mendustakan serta kekufuran mereka, Tuhan pun membinasakan mereka!
- Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri, yakni Allah tidak buat zalim ke atas mereka tetapi mereka sendiri yang kafir, ingkar menolak kebenaran & memilih kekufuran!
- Dengan sebab mereka sendiri cari pasal, cari dosa & maksiat mana binasalah mereka!
Kerana itu dikatakan orang melakukan syirik ialah orang yang melakukan kezaliman yang besar & mengundang bala!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 69- {(Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat…}-
Perangai kamu & nasib kamu wahai kaum munafiq yang kafir, adalah sama seperti nasib orang kafir yang terdahulu!
Iaitu kamu gilakan dunia, mereka juga gilakan dunia, kamu gilakan pangkat, mereka juga begitu!
Tetapi jika nak dibandingkan, mereka lebih daripada kamu dari segenap segi: badan mereka lebih besar & kuat, harta mereka lebih banyak dan anak cucu keturunan mereka lebih ramai daripada kamu wahai kaum kafir munafiq.
Allah nyatakan di sini bandingan kejahatan mereka yang sama maka nasib juga sama akan binasa & menerima azab.
Semua perbuatan mereka mengundang dosa yang akan menghumban mereka ke neraka – wal ‘iyazu billah.
- Ayat 69- {… seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu…}-
Allah sebut cerita ini sebagai cerita lepas, ayat ini menunjukkan bahawa perbuatan & sifat kafir itu telah berlaku pada zaman yang lepas.
Allah gunakan sighah madhi (past tense) untuk kedua-dua keadaan kafir ini sama ada yang dahulu & mereka yang sedang dibuat bandingan itu:
i- Mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; {فَٱسْتَمْتَعُوا۟ بِخَلَـٰقِهِمْ}
ii- Maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu {فَٱسْتَمْتَعْتُم بِخَلَـٰقِكُمْ}
Allah nyatakan bahawa perangai & peristiwa ini telah berlaku pada zaman nabi-nabi dahulu DAN peristiwa ini berulang balik pada zaman Nabi kita SAW dengan perangai yang sama cuma watak-watak yang berbeza!
Kata ulama’ tadabbur: Ayat ini mengutuk, mencela dan mengeji semua perbuatan buruk ini, jika kamu buat begitu juga, buat perangai yang sama; maka keadaan & nasib kamu akan sama seperti mereka juga!
Maka kita yang baca al-Quran ini jangan sesekali terjebak jatuh ikut perangai munafiqin & umat-umat terdahulu.
Kata ulama’ tadabbur: Itu dari sudut perangai & perbuatan, dari sudut Aqidah juga:
i- Puak munafiqin ini sama dengan orang yang terdahulu mereka berpegang dengan aqidah syirik, aqidah kufur dan mendustakan para rasul.
ii- Mereka juga telah mengeluarkan perkataan yang buruk, menghina Nabi SAW, menghina para sahabat nabi.
Para ulama’ telah buat satu analisa:
Maksud: {mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; {فَٱسْتَمْتَعُوا۟ بِخَلَـٰقِهِمْ}– iaitu mereka bersenang-senang dengan apa yang mereka faham iaitu dengan kekufuran, syirik kepada Allah Azza wa Jalla.
- Dalam ilmu aqidah dikatakan rosaknya perjalanan agama seseorang itu melalui dua dimensi:
i- Keraguan yang timbul dalam kepala yang bawa kepada kekufuran seperti syirik kepada Allah SWT
ii- Syhawat ikut nafsu seperti tamak nak harta sehingga sanggup jadi scammer menipu orang.
Kata ulama’ Salaf: Kamu orang beriman kena jauhi dua kumpulan manusia ini:
i- Orang yang ada keraguan dalam hati mereka, tak percaya kepada agama, kerana boleh bawa kepada kekufuran.
ii- Orang yang ikut hawa nafsu, terpedaya dengan dunia, apa yang nafsunya nak mereka akan cuba penuhi dengan apa cara sekalipun, sanggup buat apa saja!
Kata ulama’ juga: (احذروا فتنة العالم الفاجر والعابد الجاهل)-
Awasi dan jauhilah kamu daripada fitnah yang dibawa oleh orang yang ada ilmu (orang alim) tetapi jahat dan ahli ibadat yang jahil!
Mereka orang yang jahat ini ialah:
i- Seperti yahudi yang tahu & ada ilmu tetapi tetap seleweng ilmunya, ubah perjalanan kitab Taurat semata-mata kerana nak ikut hawa nafsu, sehingga menjadi golongan yang dimurkai Allah!
ii- Orang yang suka beribadat tetapi jahil inilah puak nasrani yang sesat!
Kita orang beriman kena ambil langkah berhati-hati daripada puak ini, keduanya rosak & punah jangan sesekali kita ikut & ambil ajarannya!
- Ayat 69- {… Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi.}-
Punca rosak habis amalan tiada pahala lansung di sisi Allah ialah syirik besar iaitu syirik dari aqidah kepercayaan!
Syirik besar & kafir ini tiada lansung nilai pahalanya di sisi Allah SWT, gugur & hilang terus!
Manakala syirik kecil seperti riya’ dalam amalan, maka pahalanya yang hilang ialah ketika dia riya’ itu sahaja, maka amalannya yang lain jika dia ikhlas tak gugur!
Maka mereka itu termasuk dalam orang-orang yang rugi, buat amalan letih-letih tetapi pahala hilang!
Oleh itu jangan sesekali kita jadi orang yang merugikan diri sendiri!
- Ayat 70- {Bukankah telah datang kepada mereka berita orang-orang yang terdahulu daripada mereka, iaitu….}-
Allah bawa kepada kita contoh-contoh kaum-kaum yang hebat pada zaman dahulu!
Contohnya seperti kaum Nabi Nuh yang nabi mereka berdakwah saja selama 950 tahun!
Itu belum dikira jangka hayat mereka berapa lamakah!
Kita nak sampai umur 90 tahun pun jarang sekali!
Mereka ini mempunyai kekuatan, harta & ahli keluarga!
Kata ulama’ punca manusia menajdi sombong:
i- Ada kuasa- lalu mulai sombong & zalim.
ii- Banyak harta- sombong juga seperti Qarun!
iii- Ramai keluarga- juga boleh menjadikan manusia sombong & lupa diri.
Mereka ini kufur nikmat-nikmat yang ada hendaklah disyukuri bukan dikufuri; jika tidak akan dibinasakan oleh Allah SWT.
Apakah rahsia Allah sebut 6 golongan ini, yang sering diulang dalam al-Quran sedangkan ramai lagi ummat lain yang terdahulu??
Kata ulama’ tafsir- Hikmahnya kerana:
i- Kaum Arab Quraisy kenal & tahu tentang cerita kaum-kaum ini, melalui pengembaraan mereka.
Mereka juga satu tanah atau satu bumi iaitu sampai dengan perjalanan melalui darat, Semenanjung Tanah Arab, Syam & Yaman.
ii- Kaum Arab Quraisy juga lihat kesan peninggalan mereka melaui rehlah mereka pada musim sejuk & musim panas ke Syam & Yaman.
iii- Bilangan mereka ini juga lebih ramai dan para rasul yang diutuskan kepada mereka adalah hebat-hebat belaka.
Tetapi walaupun nabi mereka hebat walaupun mereka sendiri kuat tetapi mereka tidak mendapat manfaat darinya!
Hidayah itu milik Allah, maka jika kita dapat hidayah peganglah ia sekuat-kuatnya jangan sampai ia hilang & kita dibinasakan Allah!
Kita akan sambung selepas ini dengan watak mereka yang baik-baik pula, itulah uslub al-Quran sentiasa ada positif & negatifnya!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
