View Categories

(4) Surah At-Taubah: Ayat 5-6

9 min read

Arahan Bunuh Puak Kafir Selepas Bulan Haram, Diterima Taubat Mereka & Beri Keamanan, Dengar Al-Quran.

Full video : https://youtu.be/sabOeoHqvsE?si=Mgy7z-r4D0f-EU5G

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dan dalam siri tafsir kepada Surah At-Taubah atau Bara’ah atau al-Fadhihah dengan ayat 5 dan 6 dalam juzuk kesepuluh.
  1. Dalam siri ini Allah SWT nyatakan tentang arahan bunuh puak kafir yang menentang Islam selepas 4 bulan haram, iaitu tempoh bertenang yang diberikan.
    Inilah yang dipanggil Ayat Saif (أيات السيف).
  1. Sekiranya mereka bertaubat & menerima Islam maka akan diterima taubat mereka & diberi keamanan, kerana Allah Maha Pengampun.
  1. Jika mereka minta tempoh & belum faham, berilah peluang kepada mereka untuk duduk bagi mendengar al-Quran, memahami agama Islam & akhirnya menerima Islam.
    Ini kerana mereka kaum yang tidak faham.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan selepas dibatalkan perjanjian; diberi peluang 4 bulan kepada orang kafir untuk bertenang & berfikir.

    ii- Maka datang ayat ini untuk berperang & lawan mereka yang tetap tidak mahu menerima Islam & perdamaian.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 5- {KEMUDIAN APABILA HABISLAH (MASA) BULAN-BULAN YANG DIHORMATI ITU MAKA BUNUHLAH ORANG-ORANG MUSYRIK ITU DI MANA SAHAJA KAMU MENEMUINYA, DAN TAWANLAH MEREKA, DAN JUGA KEPONGLAH MEREKA, SERTA TUNGGULAH MEREKA DI TIAP-TIAP TEMPAT MENGINTIPNYA. KEMUDIAN JIKA MEREKA BERTAUBAT (DARI KEKUFURANNYA) DAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG SERTA MEMBERI ZAKAT, MAKA BIARKANLAH MEREKA (JANGAN DIGANGGU). SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (AT-TAUBAH 9:5)

  1. Ayat ini terkenal sebagai ayat perang (أيات السيف)- yakni Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk memerangi orang kafir di mana saja mereka berada selepas habis tempoh bertenang & berfikir yang diberikan kepada mereka.
  1. Tempoh yang diberikan adalah bulan haram iaitu sama ada:
    i- Bermula dari 10 Zulhijjah sehingga 4 bulan berikutnya iaitu 10 Rabiul Akhir.

    ii- Atau 4 bulan haram yang diharamkan berperang dalam Islam iaitu (Muharram, Zul-Qaidah, Zul-Hijjah & Rajab).
    Kata Abu Hayyan : Yang lebih rajihnya ialah pendapat pertama kerana jika yang kedua ada bulan Rajab yang agak jauh.
  1. Timbul persoalan apakah ayat ini telah dimansukh atau tidak?
    Kata An-Nahhas ulama’ ada 3 pandangan tentang isu ini

    i- Pandangan pertama ayat ini telah dibatalkan dengan ayat 4 surah Muhammad SAW: {Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya.} [Muhammad 47:4

    ii- Pendapat kedua yang kata ayat ini kekal- jika telah diberi tempoh orang kafir masih tidak mahu menerima Islam- maka bunuhlah mereka tiada kompromi lagi- dalilnya ayat ini & ia membatalkan ayat 4 surah Muhammad tadi.

    iii- Ulama’ tafsir kata : Dua ayat ini keduanya masih kekal & tidak saling membatalkan.
    Kerana kedua hukumnya berbeza ikut keadaan & suasana.
    Jika nampak kafir itu tenang & mahu berdamai maka boleh pilih untuk dilepaskan atau tangkap & minta tebusan.
    Tetapi jika nampak mereka melawan boleh lawan & bunuh, yakni tengok keadaan.
    Jadi ayat ini bukan mutlak, sentiasa membunuh atau sentiasa lepaskan!
  1. Perintah Allah ini adalah untuk kafir yang ganas & aktif menentang memerangi Islam.
    Maka bunuh dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.
    Tunggu & tangkaplah di setiap tempat kafir yang nak lawan kamu ini!
  1. Kata ulama’ : Perintah lawan musyrikin ini adalah semua kafir kecuali beberapa golongan yang mana tentera Islam dilarang daripada membunuhnya, kanak-kanak, orang tua & wanita yang tidak menyandang senjata serta rahib yang bersembunyi, tidak melawan.
  1. Islam tidak mengajar keganasan dan memerintahkan umatnya untuk berlaku adil & tidak zalim!
    Tidak dinafikan orang Islam yang ganas itu ada tetapi ia bukan dari ajaran Islam!
  1. Walaupun begitu peluang masih ada; jika mereka bertaubat dari kekufurannya dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka, jangan diganggu lagi terimalah mereka.
    Kerana mereka telah jadi saudara kita.
  1. Kecuali mereka masuk Islam dengan pura-pura, dengan niat nak mengkhianati & serang dari dalam, kita kena ada pemantau & pengawal yang memantau hal ini.
    Sebagaimana sejarah telah membuktikannya. Lihat apa yang telah terjadi pada zaman Khalifah Uthman RA geng yang mengepung & membunuhnya.
    Sangat tragis berita bagaimana Khalifah Umar dibunuh, begitu juga Usman & Ali RA!
  1. Hadis- Daripada lbn ‘Umar RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

    أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ، وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ؛ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى
    Maksudnya: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang hak melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Apabila mereka telah melakukan hal itu, maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan sebenar mereka diserahkan kepada Allah SWT”
    [HR al-Bukhari (25) dan Muslim (22)].
  1. Di akhir ayat Allah berfirman: Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Yakni Allah ampunkan dosa mereka yang telah lepas, hapuskan & sembunyikannya!
    Alhamdulillah atas sifat Allah ini, kita juga amat berharap akan pengampunan-Nya.

AYAT 6- {DAN JIKA SESEORANG DARI KAUM MUSYRIK MEMINTA PERLINDUNGAN KEPADAMU (UNTUK MEMAHAMI ISLAM), MAKA BERILAH PERLINDUNGAN KEPADANYA SEHINGGA IA SEMPAT MENDENGAR KETERANGAN-KETERANGAN ALLAH (TENTANG HAKIKAT ISLAM ITU), KEMUDIAN HANTARLAH DIA KE MANA-MANA TEMPAT YANG IA BEROLEH AMAN. PERINTAH YANG TERSEBUT IALAH KERANA MEREKA ITU KAUM YANG TIDAK MENGETAHUI (HAKIKAT ISLAM).} (AT-TAUBAH 9:6)

  1. Kemudian Allah nyatakan lagi, walaupun tempoh yang diberikan sudah tamat, tetapi jika kafir itu minta keamanan iaitu tempoh & perlindungan lagi, maka berilan keamanan kepada mereka!
  1. Ini kerana mereka tidak mengenali Islam maka kita kena perkenalkan Islam kepada mereka, bagi peluang untuk mereka mendengar Kalamullah lalu terbuka hati & memahami Islam.
  1. Kata ar-Razi : Allah tidak sebut lagi berapa lama tempoh yang perlu diberi tetapi lihatlah kepada uruf (kebiasaan), ada kata tak lebih dari setahun atau lihat kepada keadaan mereka.
    Kemudian bila habis tempoh ini pula; hantarlah mereka ke negeri mereka untuk mendapat keamanan.
  1. Kata Ibnu Kathir RHM : Antara contoh pelaksanaan ini ialah yang dibuat oleh Rasulullah SAW ialah Baginda beri tempoh keamanan bagi orang yang datang berjumpa Baginda untuk mendengar dakwahnya dan apa yang Nabi nak.
  1. Seperti yang berlaku dalam perjanjian Hudaibiyah di mana wakil-wakli Quraisy seorang demi seorang datang berjumpa Nabi SAW.
    Nak masuk Makkah tidak dibenarkan.
    Jadi setiap kali wakil ini datang mereka lihat keadaan & sifat orang Islam bersama Nabi SAW yang amat mengagumkan mereka.
    Kisah penuh tentang Perjanjian Hudaibiyah ini boleh baca buku:
    Makkah Mukarramah :
    https://dartaibah.com/…/NEW-Madinah-Kelebihan-&-Sejarah…
  1. Inilah kelebihan yang Allah beri untuk kita beri peluang kepada orang kafir
    Ini kerana orang kafir itu kaum yang tidak tahu, jadi malanglah jika kita orang Islam yang pernah hidup bersama & berkawan rapat bertahun-tahun dengan orang kafir tidak pernah sekalipun cuba memperkenalkan Islam kepada mereka sehingga mereka memahaminya.
  1. Agama ini kadang-kadang pengamal atau pendakwahnya sendiri yang berakhlak mulia seperti Rasulullah SAW boleh menyebabkan orang tertarik kepada agamanya!
    YANG kita bimbang kita pada hari ini ini, penganut agama Islam sendiri yang menyebabkan orang benci & tidak suka Islam!
    Dengan sifat buruk & identiti yang bukan dari ajaran Islam sebenar; mereka telah menjadi penyebab orang lari dari Islam.
  1. Jika yang menipu itu orang biasa tidak mengapa juga; yang dahsyat & sedihnya yang menipu itu orang yang membawa identiti agamawan, pendakwah atau ustaz, berjubah, berserban besar tetapi dengan segala tingkah yang buruk,
    Allahul-Musta’an.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 5- {Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya,..}-

    Ayat ini ditujukan kepada semua kafir yang tidak mahu terima Islam, di semua tempat sama ada tanah halal atau haram.
    Kecuali mereka yang diberi pengecualian oleh Islam tadi, orang tua, wanita, kanak-kanak dan ahli ibadat.
    Apabila diperintah supaya bunuh, Islam juga memberi ruang, tak bunuh pun tak apa tetapi tawan mereka.
    Kamu juga boleh mengintip mereka di mana saja.
    Maka ertinya ayat ini umum untuk kafir di mana saja berada yang tidak mahu menerima Islam; mereka boleh ditangkap, ditawan atau dibunuh!
    Ini supaya mereka kembali kepada Islam.
    Ayat perang ini bukan mutlak, bukan semata-mata bunuh tetapi boleh tengok keadaan mereka yang sesuai dengan tindakan yang hendak diambil.
  1. Ayat 5- {… serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya.}-

    Kamu tunggulah mereka.
    Ayat ini memberi ajaran agar jangan gopoh atau berlorat.
    Kamu tunggu dulu, kamu siasat dulu apakah betul dia tak mahu & nak lawan Islam baru kamu boleh ambil tindakan & tangkap mereka!
    Yang penting umat Islam tidak boleh tidur saja; mesti kena ada pemerhati, penyelidik, pengkaji, yang menjaga keamanan, kena ada sistem & strategi perancangan!
    Islam agama yang aktif & produktif bukan pasif & lemah.
  1. Ayat 5- {… Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu).}-

    Allah kata kemudian jika mereka bertaubat dan menjalankan agama; maka terimalah taubat mereka & jangan kacau mereka lagi.
    Jika mereka dah mengaku terima Islam jangan kita cuba ganggu mereka lagi dan menganggap mereka tidak jujur ikhlas dan sebagainya.
    Allah kata sekiranya mereka bertaubat; yakni semua taubat, daripada syirik kepada tauhid, dari tak solat kepada solat, dari menipu kepada jujur dan seumpamanya.
    Maksud Allah tak terima taubat orang yang syirik ialah kafir yang mati dalam keadaan syirik sebelum sempat bertaubat & beriman.
    Jika sudah bertaubat & beriman Allah akan menerima semuanya!
    Alhamdulillah peluang & ruang masih ada, kembalilah kepada jalan Allah, Allah akan terima dan ampunkan semua dosa yang lepas!
    Kita gembirakan orang kafir dengan berita ini, kecuali dosa mereka sesama manusia itu cerita lain!
  1. Ayat 6- {Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya..} –

    Jika ada orang minta nak keamana, berilah peluang kepada mereka!
    Maksudnya ruang dakwah itu tebuka, peluang nak ajak orang masuk Islam itu sangat luas, kita jangan persempitkannya.
    Nabi SAW amat sayang kepada umatnya & amat berkeinginan untuk menyelamatkan mereka.
    Kisah Nabi SAW menziarahi seorang budak yahudi yang sedangkan sedang sakit, dia pernah berkhidmat kepadanya & mengambil peluang untuk berdakwah!
    Hadis- riwayat Anas bin Malik RA:
    أَنَّ غُلَامًا مِنَ اليَهُودِ كَانَ يَخدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ فَمَرِض ،
    فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ ، فَقَعَدَ عِندَ رَأسِهِ ، فَقَالَ : أََسلِم . فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِندَ رَأسِهِ ، فَقَالَ لَه : أَطِع أَبَا القَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ . فَأَسلَمَ ، فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ : الحَمدُ لِلَّهِ الذِي أَنقَذَهُ مِنَ النَّارِ ) رواه البخاري، رقم 1356

    Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW menziarahi seorang budak yahudi yang sering berkhidmat untuknya.
    Budak itu sedang nazak. Nabi SAW duduk di sisinya dan bersabda:“Masuklah Islam.”
    Budak itu melihat kepada ayahnya, dan si ayah berkata: “Taatilah Abu al-Qasim (gelaran Nabi SAW).”
    Lalu budak itu mengucap dua kalimah syahadah dan memeluk Islam.
    Setelah keluar dari rumah itu, Nabi bersabda:
    “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan dia daripada api neraka.”
    [HR Bukhari].

    Pengajaran:
    Nabi SAW bukan hanya baik kepada umat Islam, bahkan kepada semua.
    Baginda menziarahi, mendoakan dan memberi peluang hidayah, tanpa paksaan.
    Begitulah kita pendakwah ini, ada ruang berdakwah, berdakwahlah.

    i- Kisah Anas Madani yang pernah berdakwah kepada gurunya yang bukan Islam semasa di sekolah rendah lagi.

    ii- Kisah seorang pendakwah Dato Kamarudin yang sempat berdakwah kepada seorang mat saleh dalam penerbangan dari Penang -KL- sekejapnya dalam 40 min.
    Kemudian betapa mat saleh itu marah & berasa sedih kerana dia baru diberitahu tentang kebenaran & keindahan Islam sedangkan dia sudah lama berada di Malaysia, negara umat Islam ini. Sekarang dia sudah mahu kembali ke negaranya!
    Kita doakan mereka semua itu mendapat hidayah & sempat menerima Islam.
    Rugilah jika tak ambil peluang apabila ada orang kafir duduk & rapat dengan kita!
    Allah kata: {حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَـٰمَ ٱللَّهِ}- Sehingga mereka sempat mendengar Kalamullah, iaitu al-Quran.
    Maka al-Quran ini Kalamullah bukan makhluk seperti yang didakwa oleh sebahagian mazhab yang tidak benar!
  1. Ayat 6- {… Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).}-

    Kemudian apabila tamat tempoh mereka masih belum menerima Islam maka hantarlah mereka balik, berilah mereka peluang!
    Allah kata: {Ini kerana mereka orang kafir adalah kaum yang tak tahu}; maka tugas kita orang Islam untuk memperkenalkan, menyampaikan tentang keindahan agama ini kepada mereka!
    Jika kita tak beritahu macamana mereka nak tahu!
    Tugas para pendakwah amat besar & alhamdulillah hari ini ini kita lihat para pendakwah kita seluruh dunia, sentiasa berusaha pagi petang siang malam untuk menyampaikan maklumat Islam ini kepada orang kafir.
    Kisah bagaimana seorang remaja Jepun, Mohd Iman, menerima Islam hanya melalui maklumat yang didapati dari media sosial seperti tiktok!
    Allahu Akbar! apabila hidayah sudah digapai bertuahlah.
    Jangan takut untuk mengemukakan Islam, Islam bukan agama pengganas tetapi adalah penyelamat dunia Akhirat.

Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs

Scroll to Top