View Categories

(5) Surah At-Taubah: Ayat 7-8

7 min read

Sebab Dibatalkan Perjanjian, Mereka Belot & Tidak Menghormati Kaum Muslimin.

Full video : https://youtu.be/68HGKausfVs?si=YxAoErJrqJ0XZMj-

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dan dalam siri ini kita akan mulakan tafsir kepada Surah At-Taubah dengan ayat 7 dan ayat 8 dalam juzuk kesepuluh.
  1. Dalam siri ini Allah SWT nyatakan sebab kenapa dibatalkan perjanjian dengan orang kafir musyrikin, sebab perlepasan diri Allah & Rasul-Nya (أسباب البراءة) serta semua kita orang Islam.
  1. Iaitu kerana mereka belot & cuba khianat dahulu, maka tiada lagi ikatan perjanjian dengan mereka.
    Kecuali orang kafir yang jujur & baik tidak ada tanda ada tanda-tanda bibit akan membatalkan & khianat perjanjian; orang Islam kena teruskan perjanjian dengan mereka.
    Sebab yang kedua dibatalkan perjanjian ialah kerana mereka tidak menghormati kaum muslimin; bahkan dalam jiwa mereka benci kepada orang Islam.
    Walaupun di mulut nampak baik; nak berdamai nak berkompromi tetapi tidak di dalam hati mereka.
    Inilah antara dua sebab Allah perintahkan kita batalkan perjanjian dengan orang kafir yang sedia ada.
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan dari awal surah bahawa Allah & Rasul-Nya berlepas diri daripada puak kafir yang ada perjanjian.
    Kemudian sekali lagi Allah ulang nyatakan Dia berlepas dari semua jenis kafir musyrikin dan kemudian keluar ayat arahan untuk memerangi mereka di mana saja mereka berada!

    ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan sebab kenapa kita orang Islam kena batalkan perjanjian & putuskan perdamaian serta iklankan kepada mereka!
    Susunan ayat ini jelas, kita kena faham situasi dulu barulah kita boleh ulas sesuatu isu itu.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 7- {BAGAIMANAKAH DAPAT DIAKUI ADANYA PERJANJIAN (KEAMANAN) DI SISI ALLAH DAN RASULNYA BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK (SEDANG MEREKA MENCABULINYA)? KECUALI ORANG-ORANG (MUSYRIK) YANG KAMU TELAH MENGIKAT PERJANJIAN SETIA DENGAN MEREKA DEKAT MASJID AL-HARAAM. MAKA SELAGI MEREKA BERLAKU LURUS TERHADAP KAMU, HENDAKLAH KAMU BERLAKU LURUS PULA TERHADAP MEREKA; SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG-ORANG YANG BERTAQWA.} (AT-TAUBAH 9:7)

  1. Bagaimana boleh diakui orang kafir yang syirik kepada Allah ada mengadakan perjanjian damai dengan Allah & Rasulullah SAW.
    Ini adalah sesuatu yang pelik kerana mereka kufur kita beriman, kita nak damai mereka nak perang, bila buat perjanjian mereka khianat dan lain-lain.
  1. Maka Allah ajar kepada bahawa:
    (“المؤمن كيس فطن”)
    iaitu orang mukmin itu ialah orang bijak & pandai- maka orang mukmin tidak akan ditipu dua kali.
  1. Kata ulama’ : Setiap hukum atau kaedah ada pengecualiannya- dalam ayat ini pengecualiannya ialah orang-orang (musyrik) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Al-Haraam.
    Iaitu dipinggir Masjidil Haram iaitu di Hudaibiyah.
  1. Kata Syeikh Syanqiti RHM : Waktu Nabi SAW buat perjanjian dengan orang kafir Makkah dalam Perjanjian (Sulh) Hudaibiyah; antara isinya ialah mana-mana kaum yang masih belum Islam dibenarkan untuk memilih sama ada:
    i- Nak buat perjanjian dan duduk dibawah naungan pemerintah Islam di Madinah di bawah Nabi SAW atau;

    ii- Nak buat perjanjian dengan kafir Quraisy Makkah & ada ikat setia dengan mereka.
    Maka ramailah kabilah-kabilah yang buat perjanjian damai dengan pemerintah Islam atau Quraisy.
    Lalu terjadilah beberapa insiden & peristiwa yang boleh membawa kepada khhianat & pembelotan.
  1. Kisah Abu Sufyan & anaknya UM Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan apabila dia datang ke Madinah dan singgah di rumah anaknya apabila mendengar Nabi SAW marah dan cuba membuat perundingan!
    Boleh lihat kisah penuh dalam buku Madinah ini:
    Madinah al-Munawwarah
    https://dartaibah.com/…/NEW-Madinah-Kelebihan-&-Sejarah…
  1. Semua ini menjadi sebab yang membawa kepada pembatalan perjanjian & gencatan senjata selama 10 tahun sepatutnya.
    Maka terbukalah lorong besar,
    {إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًۭا مُّبِينًۭا}
    pada bulan Ramadhan tahun ke-8H terjadinya Pembukaan Kota Makkah, Nabi SAW berjaya menawannya!
  1. Jika nak tunggu habis perjanjian 10 Tuhan tak sempat kerana Nabi SAW telah wafat dalam tempoh itu.Ini semua kerana Allah nak putuskan apa yang Allah taqdirkan & Rasulullah SAW hanya menjalankan apa yang diperintahkan.
  1. Hudaibiyah ini adalah sempadan antara tanah halal & Tanah Haram Makkah.
    Selangkah saja masuk ke Tanaha Haram, pahala solatnya bertukar menjadi 100 ribu kali ganda. Itulah kelebihan yang Allah berikan kepada penduduk Tanah Haram.
  1. Begitulah Allah nyatakan sebab kenapa boleh batalkan perjanjian, jika orang nak khianat kita boleh segera berlepas diri; tetapi jika orang jujur jangan kita pula yang khianat dulu!
  1. Jika lihat kepada bilangan tentera Islam, kita dapat lihat pertambahan yang tinggi selepas Perjanjian Hudaibiyah ini.
    Pada awalnya di Badar hanya 300 orang, kemudian naik 1000 dalam Peperangan Uhud, 3000 orang dalam Peperangan Ahzab tahun ke-5H dan semasa Pembukaan Kota Makkah pada tahun ke-8 H, bilangan tentera Islam adalah seamai 10,000 orang!
    Akhirnya dua tahun selepas itu, apabila Nabi SAW mengerjakan Hajatul-Wada’ rombongan yang mengikuti Baginda SAW adalah seramai 140 orang!
  1. Sebagaimana Firman Allah SWT :
    {وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًۭا}
    Maksudnya: Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,} (An-Nasr 110:2)
  1. Jika mereka baik & jujur maka kamu baik & jujurlah juga.
    Ini kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
    Orang yang bertaqwa {ٱلْمُتَّقِينَ} ini ialah orang yang baik, jujur, amanah & tidak khianat!
    Marilah kita semua menjadi manusia yang bertaqwa BUKAN manusia yang munafiq!

AYAT 8- {BAGAIMANA (BOLEH DIKEKALKAN PERJANJIAN KAUM KAFIR MUSYRIK ITU) PADAHAL KALAU MEREKA DAPAT MENGALAHKAN KAMU, MEREKA TIDAK AKAN MENGHORMATI PERHUBUNGAN KERABAT TERHADAP KAMU, DAN TIDAK AKAN MENGHORMATI PERJANJIAN SETIANYA. MEREKA MENJADIKAN KAMU BERSENANG HATI HANYA DENGAN MULUT MEREKA, SEDANG HATI MEREKA MENOLAKNYA; DAN KEBANYAKAN MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG FASIK.} (AT-TAUBAH 9:8)

  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat lepas Allah telah beri satu peringkaran & bantahan; bagaimana kamu nak teruskan perjanjian jika mereka telah khianat & belot.
    Kemudian pengecualian terhadap mana-mana kafir yang buat perjanjian tetapi mereka akur & tidak cuba khianat.

    ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan sebab kenapa kita tidak boleh berdamai dengan mereka.
    Iaitu kerana sudah ada tanda-tanda, bibit-bibit bahawa mereka ini sebenarnya tidak jujur dengan perjanjian yang dibuat!
    Mereka hanya bermuka & bermanis di mulut sedangkan dalam hati mereka penuh kebencian & permusuhan terhadap orang Islam.
  1. Orang kafir itu tidak peduli pun keadaan orang Islam sebenarnya.
    Apabila menang & berkuasa mereka tidak akan kesiankan kamu & tidak akan jaga haq Allah juga!
    Perjanjian yang ada hanya main-main bagi mereka!
    Sebagaimana yahudi & Palestin sekarang ini.
  1. Mereka tunjuk baik & mahu berdamai kerana mereka lemah dan tidak berani lawan.
    Tetapi apabila mereka menang & dapat kedudukan, mereka tidak akan tunjuk baik lagi, maka kita berhati-hatilah, ayat al-Quran ini bukan sekadar dibaca tetapi penghayatan & kesedaran itu penting!
    Inilah pendedahan yang Allah tunjukkan kepada kita!
  1. Allah tutup ayat dengan menyatakan bahawa kebanyakan orang yang tidak taat kepada Allah, yang membatalkan perjanjian itu kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 7- {Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)?}-

    Bagaimana orang kafir nak kekalkan perjanjian mereka dengan Allah & Rasul-Nya??
    Pertanyaan ini bukan soalan yang perlukan jawapan tetapi pertanyaan mengingkari (الاستفهام الإنكاري)!
    Bagaimana lagi kita nak kekalkan perjanjian dengan mereka yang nak khianat, yang nak belot & batalkan perjanjian???
    Mereka tidak hormat lagi kepada orang Islam, tidak hormat kepada Allah & Rasul!
    Ini adalah soalan dalam bentuk penafian.
  1. Ayat 7- {Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrik (sedang mereka mencabulinya)?}-

    Allah kata bagaimanakah orang musyrik,
    Yakni umum untuk semua kafir bukan hanya kafir Quraisy saja.
    Mereka sudah khianat kamu masih mahu berbaik lagi dengan mereka?
    Dalam ayat ini Allah nyatakan sebab-sebab kita kena batalkan perjanjian, bila orang dah khianat, jangan terlalu baik, terlalu jujur sehingga kita digoreng, sehingga ditipu orang.
    Orang kafir ini boleh semuanya berlakon dan berpura baik di depan orang Islam untuk mencapai tujuan yang mereka nak, nak suruh pakai kofiyyah atau tudung boleh semuanya!
    Sebagaimana pemimpin dunia kafir hari ini ini, berpura baik dengan pemimpin-pemimpin negara umat Islam, untuk melagakan orang Islam serta menyediakan senjata untuk melanyak orang Islam!
  1. Ayat 7- {… Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka;}-

    Melalui ayat ini Allah memberi pendidikan yang besar kepada kita umat Islam.
    Jika mereka baik, jaga perjanjian & tunaikan amanah- kamu jangan khianat kepada mereka!

    Ulama’ tadabbur kata : Meunaikan janji, tak tipu orang; itulah akhlak orang yang bertaqwa.
    Maka jika kamu nak jadi orang yang bertaqwa maka bersifatlah sedemikian!
    Fenomena hari ini manusia tidak malu dan segan silu untuk membatalkan perjanjian, tiada rasa malu & bersalah apabila khianat atau belot.

    Sabda Rasulullah SAW : Apabila hilang sifat malu; kamu buatlah apa yang kamu nak! [HR Bukhari]
    Realiti hari ini: Jual dadah, tipu jemaah haji, gelapkan duit derma dan lain-lain, penipuan bukan lagi satu perbuatan yang memalukan!
    Jika tertangkap & kena dakwa, mengaku saja tidak bersalah di mahkamah, jika dapat peguam yang pandai pusing fakta akan lepas juga! Allahu Akbar.
  1. Ayat 8- {Bagaimana (boleh dikekalkan perjanjian kaum kafir musyrik itu) padahal kalau mereka dapat mengalahkan kamu, mereka tidak akan menghormati perhubungan kerabat terhadap kamu, ..}–

    Allah kata puak kafir ini apabila mereka menang; mereka tidak akan pedulikan lagi perjanjian damai dengan kamu!
    Mereka akan ganyang & pijak orang Islam, tidak kira sama ada kaum keluarga atau saudara mara, sebagaimana yang telah berlaku banyak kepada negara-negara Islam dalam sejarah!
    Allah peringatkan kita akan sifat sebenar orang kafir, tak usah dok mengaku kawan rapat, jiran terdekat dan seumpamanya; kerana yang anti Islam tetap akan anti walaupun apa yang terjadi!
  1. Ayat 8- {Mereka menjadikan kamu bersenang hati hanya dengan mulut mereka, sedang hati mereka menolaknya; dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.}–

    Sifat mereka juga mulutnya manis tetapi hati mereka tetap benci menolak Islam.
    Hati mereka tidak mahu akan Islam, berpura baik, bermanis mulut hanya untuk ambil hati orang Islam agar kita boleh terima mereka dan ambil kesempatan atas kebaikan itu pula apabila telah dapat apa yang mereka mahu!

    Mereka bijak & pandai beli jiwa orang Islam agar menerima mereka dalam lingkungan masyarakat Islam.
    Sebagaimana yahudi & Palestin, baik hari ini, petangnya serang pula.

    Tetapi peperangan Palestin ini kerana terlalu lama menyebabkan kita menjadi kalis & seolah biasa sedangkan ia adalah satu peristwa yang amat zalim dan kejam!
    Allah katakan lagi mereka ini kebanyakannya tidak suka Islam, kebanyakan mereka adalah orang fasiq yang tidak baik!!

Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.

Semoga kita menjadi orang yang selamat di dunia & aman di Akhirat.

Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs

Scroll to Top