ALLAH PUJI NABI S.A.W DAN PARA SAHABATNYA, SIFAT MEREKA DALAM TAURAT & JANJI MAGHFIRAH.
Full video : https://youtu.be/w0VOCTApowU
MUQADDIMAH :
- Dalam siri yang terakhir ini sebagai penamat kepada surah al-Fath, Allah s.w.t puji Nabi s.a.w & para sahabatnya. Dinyatakan sikap mereka yang sangat rahmat & berkasih-sayang sesama Islam tetapi amat keras & tegas terhadap orang kafir yang menentang Islam.
- Ciri-ciri keistimewaan mereka ini dapat dilihat dan tampak pada wajah mereka kesan dari sujud dan ibadat mereka yang soleh.
- Allah nyatakan sudah dijelaskan dalam Kitab Taurat akan sifat Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya.
Maka para ahli Kitab yang jujur & ikhlas akan beriman manakala yang hasad dengki akan ingkar dan menyembunyikan kebenaran ini. - Dalam juga dalam kitab Injil Allah gambarkan macamana para sahabat bertambah dan berkembang seperti tunas pokok yang subur, dulu mereka sedikit tetapi telah semakin bertambah; ada ahli sejarah mengatakan bilangan mereka yang mengerjakan Haji Wada\’ bersama Rasulullah s.a.w ialah seramai 140 ribu orang bilangannya.
- Munasabah ayat: Allah nyatakan benarnya mimpi Nabi s.a.w dan betapa para sahabat yang tenang hati mereka.
i- Jadi dalam ayat ini Allah nyatakan kedudukan para sahabat yang mulia yang dapat bersabar, tenang & tidak susah hati, mereka mendapat pujian Allah s.w.t.
ii- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t sebut juga ilmu-Nya meliputi dalam semua perkara.
Allah gambarkan agama ini akan zahir, mendapat pertolongan, kemenangan dan tersebar luas di atas dunia ini. Dalam beberapa hadis dalam siri yang lepas kisahnya.
iii- Maka dalam ayat yang terakhir ini Allah s.w.t namakan Rasulullah s.a.w, inilah orangnya, rasul yang diutus.
Begitulah Kalamullah tiada yang bercanggah, tersusun kemas faktanya dan indah susun atur ayatnya.
6. Ya Allah jadikan kami dari golongan yang beriman dan soleh yang layak mendapat pengampunan Allah s.w.t sekaligus mendapat tempat syurga yang disediakan oleh s.w.t.
AYAT 29- {NABI MUHAMMAD (S.A.W) IALAH RASUL ALLAH; DAN ORANG-ORANG YANG BERSAMA DENGANNYA BERSIKAP KERAS DAN TEGAS TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR YANG (MEMUSUHI ISLAM), DAN SEBAIKNYA BERSIKAP KASIH SAYANG SERTA BELAS KASIHAN KASIHAN SESAMA SENDIRI (UMAT ISLAM). ENGKAU MELIHAT MEREKA TETAP BERIBADAT RUKUK DAN SUJUD, DENGAN MENGHARAPKAN LIMPAH KURNIA (PAHALA) DARI TUHAN MEREKA SERTA MENGHARAPKAN KEREDAANNYA. TANDA YANG MENUNJUKKAN MEREKA (SEBAGAI ORANG-ORANG YANG SOLEH) TERDAPAT MUKA MEREKA – DARI KESAN SUJUD (DAN IBADAT MEREKA YANG IKHLAS). DEMIKIANLAH SIFAT MEREKA YANG TERSEBUT DI DALAM KITAB TAURAT; DAN SIFAT MEREKA DI DALAM KITAB INJIL PULA IALAH: (BAHAWA MEREKA DIIBARATKAN) SEBAGAI POKOK TANAMAN YANG MENGELUARKAN ANAK DAN TUNASNYA, LALU ANAK DAN TUNASNYA ITU MENYUBURKANNYA, SEHINGGA IA MENJADI KUAT, LALU IA TEGAP BERDIRI DI ATAS (PANGKAL) BATANGNYA DENGAN KEADAAN YANG MENGKAGUMKAN ORANG-ORANG YANG MENANAMNYA. (ALLAH MENJADIKAN SAHABAT-SAHABAT NABI MUHAMMAD, S.A.W DAN PENGIKUT-PENGIKUTNYA KEMBANG BIAK SERTA KUAT GAGAH SEDEMIKIAN ITU) KERANA IA HENDAK MENJADIKAN ORANG-ORANG KAFIR MERANA DENGAN PERASAAN MARAH DAN HASAD DENGKI – DENGAN KEMBANG BIAKNYA UMAT ISLAM ITU. (DAN SELAIN ITU) ALLAH TELAH MENJANJIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DARI MEREKA, KEAMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR.} (AL-FATH 48:29)
- Allah s.w.t perkenalkan Rasulullah s.a.w, inilah seorang rasul yang diutus-Nya. Benar dan tiada sebarang keraguan tentangnya.
- Para sahabat Nabi s.a.w pula dipuji sebagai seorang yang bersikap keras dan tegas terhadap kafir yang memusuhi Islam. Tetapi sesama umat Islam mereka berkasih-sayang dan penuh sifat rahmat!
Jangan pula kita hari ini bersikap sebaliknya! Sesama Islam bercakaran tetapi dengan orang kafir amat hormat dan lunak!
- Hadis Rasulullah tentang kasih sayang sesama Islam yang sepatutnya:
i- Sabda Rasulullah s.a.w:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
\”Perumpamaan kaum mukminin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama mereka adalah seperti satu jasad. Jika salah satu anggota badan sakit, maka seluruh badan akan turut merasa sakit dengan berjaga malam dan demam.\”. [HR Bukhari & Muslim].
ii- Dari Abu Musa al-Asy\’ari r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ
\”Seorang Mukmin terhadap mukmin yang lain adalah seperti satu bangunan yang mana bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain\”. Baginda terus menyusupkan antara jari-jarinya. [HR Bukhari & Muslim].
4. Sifat para sahabat ini juga seorang mukmin yang soleh sentiasa rukuk & sujud yakni sentiasa melakukan solat & amal ibadat yang soleh. Yakni bukan hanya berjihad-berjuang dalam peperangan tetapi ibadat juga kuat seiring, itulah pejuang Islam.
5. Kata seorang ulama\’ al-Mukhariq: Ketika kami keluar untuk mengerjakan haji dan apabila tiba di Rabazah (lebih kurang 150km dari Madinah) iaitu tempat tinggal sahabat bernama Abu Zar r.a. aku pun keluar mencarinya.
Aku dapati dia sedangkan bersolat yang amat lama dan panjang. Aku pun bertanya kepadannya kenapa begitu panjang solatnya.
Katanya: \”Bagaimana aku tidak elokkan solatku, kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: \”Sesiapa yang rukuk atau sujud (solat) dua rakaat maka Allah s.w.t akan angkat darjatnya dan gugurkan kesalahannya.\” [HR Ahmad].
6. Mereka para sahabat lakukan semua kebaikan dan ibadat ini kerana ikhlas mencari keredhaan Allah s.w.t sehingga Allah kurniakan rahmat-Nya sehingga layak masuk syurga-Nya.
7. Tanda yang menunjukkan kesolehan para sahabat yang kuat mengerjakan solat ada dimuka mereka kesan daripada mereka sujud dalam solat.
8. Kata Ibnul Jauzi rhm. adakah itu tanda di dunia atau Akhirat?
Ada dua pendapat:
i- dapat dilihat tandanya di dunia lagi. Kita lihat penampilan orang solat ini tenang, kemas dan bersih penampilannya. Sebagaimana Rasulullah s.a.w yang amat kemas dan bersih, sentiasa wangi dan tampan. Bukanlah orang yang solat dengan sempurna untuk tampil dengan kusut masai dan selekeh (serebeh & bergerosei).
ii- ada juga mengatakan tanda ini dapat dilihat di Akhirat:
a- Yakni apabila keluar dari kubur wajah mereka bercahaya dan cerah.
b- Mereka juga akan dibangkitkan dalam keadaan anggota wuduk bercahaya kesan dari wudhuk itu.
c- siapa yang kuat bertahajjud, orang soleh lain boleh kenalnya!
9. Sifat-sifat mereka yang disebut ini juga sudah disebiut oleh s.w.t dalam kitab Taurat sebelum ini.
10. Manakala sifat mereka dalam kitab Injil adalah disifatkan seperti pokok yang bercambah dan bertunas dengan suburnya, lalu keluar anak yang banyak, yang menguatkannya dengan tunas dan cabang yang kuat.
Ini kerana Allah s.w.t mahu menjadikan orang kafir kecewa dengan berkembang biaknya orang Islam.
Inilah misal yang Allah s.w.t buat dengan bertambahnya bilangan para sahabat Nabi s.a.w dan orang Islam seluruhnya.
11. Kemudian Allah janjikan untuk orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan mendapat pengampunan dan pahala yang besar!
Ya Alllah jadikan kami dari golongan ini!
12. Ayat ini sekaligus Allah nyatakan kelebihan dan Allah puji para sahabat Nabi s.a.w. antara sahabat yang disebut dalam al-Quran juga ialah melalui firman-Nya ini:
i- {Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang \”Muhajirin\” dan \”Ansar\”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.} (At-Taubah 9:100)
ii- Rasulullah s.a.w bersabda, \”Janganlah kamu mencaci salah seorang dari sahabatku kerana seandainya seseorang dari kamu semua berinfaq dengan emas sebesar bukit Uhud maka (pahalanya) tidak dapat menyamai infaq para sahabatku dengan ukuran 1 mud (ukuran untuk dua gengaman tangan normal) ataupun setengahnya.\”[HR Bukhari & Muslim].
13. Maka golongan manusia yang mengeji dan mengutuk para sahabat Rasulullah s.a.w yang telah dipuji sendiri oleh Allah s.w.t adalah mereka yang tidak patut dipuji.
PENUTUP/BEBERAPA FAEDAH RINGKAS :
- Ayat 29- {Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).}- kata ulama\’ menjadi tanggung-jawab umat Islam sepanjang zaman untuk mempunyai dua sifat ini iaitu:
i- bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam, tidak perlu lunak dan bertolak ansur dengan mereka apatah lagi diberi taat-setia sebagai pemimpin yang dipuja-puji.
ii- bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama umat Islam.
Iaitu dengan mantapkan ukhuwwah sesama Islam, rapatkan silaturrahim dalam keluarga, saf umat Islam diperkasakan dan menjaga mereka daripada disakiti oleh mereka yang bukan Islam.
Dengan non-muslim yang tidak menentang kita jangan menzalimi dan menyakiti mereka tanpa sebab.
- Ayat 29- {Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah;}- kata ulama\’ tadabbur, kita kena tahu bezakan antara cerita yang mengkhabarkan tentang hal Rasulullah s.a.w dengan panggilan direct terhadapnya.
Ini kerana Allah s.w.t telah berpesan dalam firman-Nya ini:
{Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu;} (An-Nuur 24:63)
i- Kita kena beradab dengan Rasulullah s.a.w kita kena panggilnya dengan gelarannya seperti Ya Rasulullah, Ya Nabi Allah, Ya Habibullah, bukan dengan namannya Ya Muhammad!
ii- ini berbeza dengan panggilan Allah terhadap para rasul lain. Allah memanggil mereka dengan namanya seperti Ya Adam, Ya Nuh dan lain-lain.
iii- Kita kena bezakan apabila Allah ceritakan tentang Nabi s.a.w baru Dia sebut namanya, bukan memanggil Baginda dengan namanya itu!
Beberapa ayat yang Allah sebut nama Nabi Muhammad s.a.w sebagai untuk menceritakan khabarnya:
i- {Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.} (Al-Ahzaab 33:40)
ii- {Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).} (A-li\’Imraan 3:144)
Kesimpulannya ayat ini telah memberi kita satu kaedah dalam beradab dengan Rasulullah s.a.w:
i- Bila nak panggil- kena panggil dengan jawatan. (مقام المخاطبة)
ii- bila nak cerita baru disebut namanya. (مقام الإخبار)
Ayat ini adalah salah satu tanda kelebihan dan keistimewaan Rasulullah s.a.w.
Untuk lebih banyak maklumat boleh lihat buku: 41 Kelebihan Rasulullah S.A.W di:
http://www.dartaibah.com/…
- Ayat 29- {kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu.} – kata ulama\’ menyakiti orang kafir yang menentang Islam adalah salah satu objektif kita berlawan dengan mereka. Maka kita ikut apa yang Allah s.w.t.sebut di sini bahawa menyakiti dan menyalahi orang kafir itu adalah tanda ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah s.w.t.
Tetapi malangnya pada zaman kita hari ini terbalik pula, sekarang ini zaman globalisasi- zaman dunia tanpa sempadan, zaman langit terbuka.
Antara definisi paling tepat yang pernah didengar sebagaimana kata Syeikh Wahbah az-Zuhaili:
Makna globalisasi ialah orang putih (barat-non muslim) mahu kita orang Islam ikut apa yang dia buat, makan apa yang dia makan, pakai apa yang dia pakai dan akhirnya ikut cara hidup mereka sepenuhnya!
Sekarang ini semua sudah terjadi, pakaian dan makanan anak-anak orang Islam sudah hampir tiada beza dengan anak-anak orang bukan Islam juga! Agenda kafir untuk menjadikan orang Islam mengikut mereka dalam gaya dan cara hidup sudah berjaya dengan penglobalisasi ini!
Allahu Akbar!
Satu hadis yang menarik:
Rasulullah S.A.W mengajar cara berikut:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ، فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلَاثًا أَمْ أَرْبَعًا، فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ، ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ، فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْسًا شَفَعْنَ لَهُ صَلَاتَهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لِأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ
Maksudnya: \”Jika salah seorang daripada kalian berasa syak dalam solatnya, dan dia tidak ingat berapa rakaat telah dia solat; tiga atau empat rakaat. Maka buanglah syak itu dan tetapkan diri atas apa yang dia yakini, kemudian dia sujud (sahwi) sebanyak dua kali sebelum (mengucapkan) salam, kerana jika dia solat sebanyak lima rakaat maka akan genap sempurnalah bagi dia solatnya, dan jika nyata dia solat empat rakaat, maka jadilah dua sujud (sahwi) itu suatu penghinaan bagi syaitan.\” [HR Muslim (571)].
Ini kerana syaitan itu paling benci & takut kepada sujud! Kerana sujudlah dia dihalau keluar dari syurga, maka kita perbanyakkan sujud untuk melawan dan menyakiti syaitan!
Kisah menarik perokok bernazar mahu berhenti merokok:
i- dia bernazar bagi setiap batang rokok yang dihisapnya dia akan menderma RM1 kepada tabung masjid. Sehinggalah setiap hari dia terpaksa menderma RM10 kepada masjid tetapi tetap tidak berjaya berhenti bahkan semakin banyak hisap rokok! Kenapa? Kerana syaitan hasutnya baguslah hisap lagi banyak rokok, lagi banyak kamu derma yakni buat kebaikan! Jadi tak perlu berhenti, tiada masalah!
ii- akhirnya dia pergi mendapatkan nasihat seorang Syeikh dan menyatakan kisahnya!
Syeikh berkata kamu silap buat nazar ni, untuk mengalahkan nafsu & syaitan, yang sepatutnya kamu niatlah bagi setiap batang rokok satu sujud atau satu rakaat solat!
iii- setelah dia melakukan sebagaimana nasihat Syeikh tidak sampai beberapa hari dia berjaya berhenti merokok, kerana syaitan tidak sanggup melihat dia solat dan sujud dengan banyak, tidak menghasutnya untuk banyak merokok lagi!
Maka sesiapa yang suka nak berhenti merokok bernazarlah dengan banyakkan sujud & solat, insya\’ Allah berjaya!
- Ayat 29- {Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).}- ayat al-Quran ini telah menetapkan bahawa Allah s.w.t redha kepada para sahabat Nabi s.a.w & Allah s.w.t puji mereka. Ini menunjukkan para sahabat yang begitu jelas.
Para sahabat itu mempunyai dua sifat yang nyata iaitu:
i- bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam,
ii- bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama umat Islam.
Maka para pendakwah dan umat Islam seluruhnya mesti mempunyai dua sifat ini!
- Ayat 29- {Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya}- dalam ayat ini Allah s.w.t tidak sebut secara khusus siapakah {dan orang-orang yang bersama dengannya}- yang penting mereka ialah para sahabat Nabi s.a.w.
Maka kata ulama\’ hadis- orang yang tidak dikenali (المبهم) tidak diterima hadisnya sehingga diketahui siapakah dia! Seperti orang yang mengaku bahawa cerita yang dibawanya adalah dari gurunya. Wajib diberitahu siapakah gurunya itu untuk kita kenali & semak kedudukannnya.
Kecuali yang tidak dikenali (المبهم) dari kalangan para sahabat ini walaupun siapa dia dan kita tidak kenal siapakah nama dia- ia tidak memberi kesan jika sabit dia adalah sahabat Nabi s.a.w, walaupun tidak tahu nama. Ini kerana sahabat itu dikira adil & dipercayai (hadis riwayatnya) dengan penyaksian dari Allah s.w.t kecuali beberapa orang yang pelik!
Banyak hadis yang mengatakan: datang seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w dan seumpamanya.
Ayat ini ini juga menolak fahaman puak syiah Rafidhah yang jahat; yang menghina dan mengutuk para sahabat r.anhum, orang yang Allah puji kamu keji dan kutuk!
Kita orang yang beriman jangan cuba mendekati puak syiah, bukan memberi faedah kepada Islam dan umatnya!
Kata al-\’Alimi dalam tafsirnya: Dalam ayat 28 ini terkumpul seluruh huruf mu\’jam, hija\’iyyah (ا, ب, ت ….) sebanyak 29 itu.
Begitu juga dalam satu lagi ayat dari surah Aal-Imran ayat 154.
Ya Allah berikanlah manfaat kepada kami dari apa yang kami belajar, masukkan dalam hati cintkan al-Quran, cintakan Sunnah Nabi saw dan semua amalan yang melayakkan kami untuk mendapat syurga-Mu.