Surah Al-Baqarah : Ayat 44-46

CELAAN KEPADA PENDAKWAH TIDAK BERAMAL, SOLAT BEKALAN SANG DAEI & KEPENTINGAN KHUSYUK SOLAT.

Full video : https://youtu.be/GyMRtZybNgc?si=TNhrsYhB59m7Ipqg

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada pagi ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 44 sehingga 46 bagi surah Al-Baqarah ini.
    Surah ini adalah surah yang kedua, dalam juzu’ yang pertama.

    Berdasarkan kepada kajian ulama’ falaq & Syeikh Mubarakfuri :
    Tarikh hari ini 9hb R. Awwal adalah bertepatan dengan tarikh kelahiran Rasulullah SAW iaitu pada hari Isnin bulan Rabi’ul Awwal Tahun Gajah.
  1. Dalam siri ini Allah SWT menyatakan celaan terhadap perangai sebahagian ahli Kitab yahudi yang suruh orang buat baik tetapi dia tidak buat, dia larang orang buat munkar tetapi dia buat!!
  1. Sama juga dengan para pendakwah kita hari ini sehingga ke hari Kiamat kelak; yang suruh orang buat baik tetapi dia tidak beramal, larang orang tetapi dia buat!
    Juga orang alim yang ada ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya atau menyembunyikan kebenaran.
  1. Kemudian Allah SWT peringatkan kepada kita bahawa satu sifat & bekalan pendakwah yang mantap & kuat adalah solat.
    Tetapi bukan solat yang main-main, ia mestilah solat yang mantap, penuh dengan khusyuk & sempurna.

AYAT 44- {PATUTKAH KAMU MENYURUH MANUSIA SUPAYA BERBUAT KEBAIKAN SEDANG KAMU LUPA AKAN DIRI KAMU SENDIRI; PADAHAL KAMU SEMUA MEMBACA KITAB ALLAH, TIDAKKAH KAMU BERAKAL?} (AL-BAQARAH 2:44)

  1. Dalam ayat ini Allah SWT menyentap golongan yang ada kitab atau ilmu tetapi tidak beramal dengannya.
    Suruh orang buat kebaikan tetapi dia sendiri tidak buatnya!
  1. Kaum yahudi dilarang oleh Allah SWT dari menyembunyikan kebenaran tentang Rasulullah SAW sedangkan mereka mengetahuinya.
    Mereka tahu tetapi tidak mahu ikut.
  1. Jadi ayat ini walaupun pada awalnya ditujukan khas kepada golongan yahudi terutama para pendetanya, ia juga menjadi peringatan kepada semua manusia agar jangan hanya pandai suruh orang buat baik tetapi dia sendiri bergelumang dengan maksiat!
    Tahu tetapi tak buat, ada ilmu tetapi tak ikut!
  1. Semua orang yang cuai dalam melaksanakan kewajipan & tanggung-jawab dicela oleh Allah SWT.
    Ayat ini mencela orang yang buat mungkar, bukan kerana ajak orang buat baik semata. Mereka suruh orang buat baik tetapi dia sendiri tidak beramal dengannya.
  1. Lebih dahsyat lagi orang yang ada ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya!
    Ini adalah ujian yang amat besar bagi orang alim- dia tahu tetapi dia langar juga!
    Belajar agama & ada ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu, Allahu al-Musta’an!
  1. Ini adalah tuntutan yang kesembilan jika disambung dari ayat-ayat yang sebelumnya.
    Allah SWT mencela orang yahudi kerana buruknya perbuatan mereka; suruh orang buat baik tapi dia sendiri tak buat, dia larang orang dari buat munkar tetapi dia buat.
    Sedangkan mereka telah baca Taurat, Nasrani pula telah kaji Injil yang mana keduanya telah menyebut tentang Rasulullah SAW & mereka amat arif tentangnya!
  1. Kerana itu ayat ini menceritakan kepada kita buruknya perangai pendakwah atau yang mengaku ahli Sunnah yang menganjurkan perbuatan yang tidak bertepatan dengan Syari’ah.

    Seperti pesta Haul di kubur-kubur Syeikh yang tertentu dan lain-lain perbuatan munkar bid’ah.
  1. Sebagaimana kata Nabi Syu’aib AS dalam firman Allah SWT ini:
    {(patutkah aku berdiam diri dari melarang kamu) sedang aku tidak bertujuan hendak melakukan sesuatu yang aku melarang kamu daripada melakukannya? Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.} (Hud 11:88)

    Inilah kepincangan kita yang hidup di akhir zaman ini: Ada golongan yang lunak dengan golongan yang tidak mengamalkan Sunnah dalam amalan tetapi berkeras dengan golongan yang mengamalkan Sunnah yang murni!
  1. Satu lagi ayat yang Allah peringatkan kepada para pendeta, pendakwah & orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya:
    {Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
    Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.} (As-Saff 61: 2-3).
  1. Inilah yang kita takut. Orang alim, pendakwah atau pemimpin yang yang fasih bercakap, lembut lidahnya tetapi dia sendiri tidak beramal dengannya, petah bercakap tetapi tidak ada pendirian!
    Dari sudut amali tidak nampak, hanya fasih bercakap tetapi tidak pandai nak buat!
  1. Kita belajarlah, besarnya kemurkaan Allah terhadap orang yang cakap tak serupa bikin ini!Ya Allah jangan biarkan kami terumbang-ambing tanpa panduan & pedoman dalam hidup yang penuh cabaran & tipu-daya ini!

AYAT 45- {DAN MINTALAH PERTOLONGAN (KEPADA ALLAH) DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG; DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG-ORANG YANG KHUSYUK;} (AL-BAQARAH 2:45)

  1. Ini adalah tuntutan yang kesepuluh: minta pertolongan kepada Allah dengan sabar.
  1. Yakni mintalah pertolongan dalam semua perkara yang kita nak dengan Allah!
    Sama ada dari perkara dunia & lebih-lebih lagi urusan akhirat!
    Kita minta pertolongan Allah ketika kita menghadapi kesusahan, ketika ditimpa musibah supaya kita dapat bersabar & melakukan solat!
    Ada juga ulama’ tafsir mengatakan sabar ini puasa. Kerana itu puasa itu dipanggil bulan sabar (شهر الصبر).
  1. Kemudian Allah juga perintahkan untuk mendirikan solat.
    Tetapi Allah juga nyatakan bahawa sesungguhnya solat adalah satu yang amat berat bagi orang yang tidak cukup iman!
    Namun ia amat mudah, ringan & menggembirakan bagi orang yang khusyuk lagi bertaqwa, yang mantap imannya.
  1. Sabda Rasulullah SAW ketua orang yang khusyuk & ahli ibadat; yang menyuruh Bilal RA. melaungkan azan dengan sabdanya yang bermaksud:
    “Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.” (HR Abu Daud [4986], Sahih).

    Kita sekarang bila dengar azan: Eh dah azan??!!! Cepatnya!
  1. Kita hilangkan sekejap perhubung kita dengan dunia & tumpukan kepada perhubungan dengan Allah!
    Yakni solat seolah pengecas untuk iman & perhubungan kita dengan Allah.

AYAT 46- {(IAITU) MEREKA YANG PERCAYA DENGAN YAKIN BAHAWA MEREKA AKAN MENEMUI TUHAN MEREKA, DAN BAHAWA MEREKA AKAN KEMBALI KEPADANYA.} (AL-BAQARAH 2:46)

  1. Siapakah orang yang khusyuk ini?
    Iaitu mereka:
    i- Yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka,

    ii- Dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
  1. Hadis- Nabi SAW bersabda: أَوَّلُ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الصَّلَاةُ، فَإِنْ صَلَحَتْ صَلَحَ لَهُ سَائِرُ عَمَلِهِ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَسَدَ سَائِرُ عَمَلِهِ
    “Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya.” [HR at-Tabarani].
  1. ini kerana solat adalah wajib ke atas semua orang, yang kaya miskin, sihat uzur, bahkan selagi otak seorang manusia yang mukallaf itu berfungsi; solat itu wajib.
  1. Solat itu berat, firman Allah lagi: {Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar}. (Al-Baqarah 2:153)
    i- Ada ulama’ kata ia adalah puasa; Kita ambil dua-dua untuk solat & sabar keduanya memerlukan kesabaran!

    ii- {Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;} (Al-Mu’minuun 23: 1-2)
  1. Sabar itu ada 3 kategori:
    i- Sabar menghadapi ujian musibah.

    ii- Sabar dalam melakukan ketaatan.

    iii- Sabar dalam meninggalkan larangan.

    Ya Allah jadikan kami orang yang beriman, yang khusyuk dalam solatnya, orang yang sabar & orang yang mendapat kemenangan di dunia & akhirat.
    Serta jauhkan kami dari sifat buruk- orang yang tahu tetapi tak buat!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 44- {Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri;}-

    Apakah patut kamu suruh orang lain buat baik tetapi kamu sendiri lupa, tidak buatnya?
    i- Kata ulama’ : Huruf hamzah (أَ) didepan perkataan {أَتَأْمُرُونَ} itu adalah untuk menetap dan mencela (weh apakah?) rasa pelik dengan perangai orang ini, yang ada ilmu & ada kefahaman ini, ada sijil dalam bidang agama, bidang aqal, bidang tasauf; tetapi tamak kepada dunia lebih daripada orang yang tidak mengaji! Tidak beramal seperti ilmu yang didakwa dimilikinya!

    ii- Kemudian Allah guna pula kalimah {أَتَأْمُرُونَ} dengan kata kerja sekarang, present tense (فعل المضارع) bukan yang lepas (فعل الماضى) atau past tense, sedangkan benda itu telah berlaku & lepas?
    Yahudi & ahli Kitab telah buat dan jahat lama dahm sejak dari dulu lagi.

    Jawapannya kata ulama’ : Allah SWT akan menggunakan sighah (فعل المضارع) ini dalam beberapa keadaan; iaitu apabila:
    i- Jika perkara itu berterusan, maknanya jika pendeta yahudi dulu berperangai begini, pendeta dia sekarang begini juga, pendakwah millenium hari ini juga ada yang berperangai begini, suruh orang buat dia tak buat- larang orang tetapi dia buat; maka eloklah diguna (present tense -فعل المضارع) yang menunjukkan bahawa perkara atau perbuatan itu berulang-ulang. Sejarah berulang, watak berbeza tetapi episod & perangai sama.
    Kita minta dengan Allah SWT jangan kita termasuk dalam golongan yang teruk ini, bercakap pandai tetapi cakap yang tak serupa bikin, dari segi amal fail!
  1. Ayat 44- {Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri;}-

    Orang yang suruh orang buat kebaikan tetapi dia tak buat atau; larang orang dari buat keburukan tetapi dia tidak tinggalkannya!
    Menunjukkan kejahilan seseorang itu tidak menggunakan akalnya dengan sempurna sedangkan di tahu benda itu baik atau buruk! Walaupun dia ada ilmu sekalipun, orang ini dipanggil terencat akal, tidak sempurna akalnya! Dia tahu tetapi dia tak buat, dia tahu salah tetapi dia buat juga! Ini kerana orang yang sempurna akalnya; apabila dia tahu benda itu baik- dia akan buat atau jika tahu benda itu tidak baik, dia tidak akan buatnya!
  1. Ayat 44- {Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri;}-

    Ayat ini menunjukkan dua perkara yang terpisah.
    i- Satu, isu dakwah, suruh atau larang orang.

    ii- Isu kedua kita sendiri beramal dengannya.

    Yakni seorang manusia apabila:
    i- Dia tak buat benda baik dia masih boleh suruh orang buatnya atau;

    ii- Dia buat benda buruk tetapi dalam masa yang sama dia tetap boleh bahkan kena larang orang lain dari buatnya!

    Iaitu menjadi kewajipan atas semua orang untuk:
    i- Berdakwah kepada orang lain- ajar buat kebaikan & larang dari kejahatan (amar ma’ruf nahi munkar).

    ii- Kita sendiri beramal dengan dengan ilmu yang kita ada.

    Tetapi jika tak boleh buat buat dua-dua; buatlah juga walaupun salah satunya!
    Jangan tinggalkan kesemuanya, dahla dia buat jahat tak larang pula orang buatnya!

    Kata ahli fikir : Jangan tunggu kita baik dan sempurna baru nak suruh orang buat baik; Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah!
    Berdakwahlah kamu sehingga jadi baik & sempurna, Insya’ Allah. Lama-kelamaan dia sendiri akan terfikir dan berubah menjadi lebih baik!

    Contoh seorang bapa atau guru yang merokok- wajib tegur dan larang anak dan murid-muridnya daripada perbuatan tersebut.
    Ayat ini adalah perintah Allah agar perbuatan kita selari dengan percakapan kita:
    Cakap biar serupa bikin.
    Ini adalah bukan satu perkara yang mudah kerana itu Allah kembarkan dengan solat & sabar.
  1. Ayat 45- {Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;}-

    Ayat ini:
    i- Ajar kita untuk minta pertolongan Allah dengan sabar.

    ii- Menggalakkan kita untuk solat fardhu berjemaah bersama orang ramai, di masjid, surau/musolla atau di mana ada jemaah.
    yang peliknya ada yang memberatkan solat sunat daripada yang fardhu!
    Yang sunat dibuat perdana, jemaah secara besar-besaran.

    Sabar itu ada 3 kategori:
    i- Sabar atas musibah yang menimpa

    ii- Sabar dalam meninggalkan maksiat

    iii- Sabar dalam melakukan ketaatan.
  1. Ayat 45- {dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;}-

    Allah nyatakan bahawa solat itu adalah sesuatu yang berat kecuali bagi orang yang khusyu’. Iaitu taat dan takut kepada Allah, sentiasa kembali kepada Allah.
    Allah akhiri ayat ini dengan menyatakan bahawa kita semua ini akan kembali kepada Allah.

    Apabila seseorang itu khusyuk dia akan kembali kepada Allah dia akan:
    i- Takut kepada Allah. Khauf (الخوف).

    ii- Muraqobah (مراقبة الله)-sentiasa berasa duduk di bawah perhatian & pantauan Allah SWT.

    iii- Bersifat malu kepada Allah (الحياء).
    Kata ulama’ salaf: Malu kepada Allah itu ialah: seseorang yang malu tidak akan muncul tempat Allah larang (tempat maksiat) dan tidak akan hilang dari tempat Allah suruh hadir (seperti masjid).

    Mudah-mudahan kita mendapat tiga sifat ini, sentiasa takut & ingat kepada Allah, inilah satu sifat wali kepada Allah di saat orang lain sibuk mengejar dunia.
    Antara buku yang sesuai untuk tadabbur ringkas ayat Al-Quran & dibaca: https://dartaibah.com/?page_id=179…

Powered by BetterDocs