Surah Ali-‘Imran : Ayat 31-32

BUKTI CINTAKAN ALLAH IKUT SUNNAH NABI SAW, DICINTAI DAN DIAMPUNI OLEH ALLAH & WAJIB TAAT KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA.

Full video : https://youtu.be/C2xDONbrkWM?si=T41fuHz-P1awiTHO

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir Surah Ali-‘Imran bagi ayat 31 sehingga 32. Surah Ali-‘Imran iaitu surah yang ketiga, dalam juzu’ yang ketiga.
  1. Dalam ayat ini Allah SWT minta siapa yang dakwa cintakah Allah, buktikan dengan ikut Sunnah Nabi SAW. Siapa ikut Rasulullah SAW bermakna dia ikut Allah!
  1. Jika ikut Sunnah Nabi SAW, seseorang itu akan dicintai dan diampuni oleh Allah.
  1. Sesiapa yang mendakwa cintakan Allah & Rasul, wajib sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya SAW.
  1. Munasabah ayat:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT membawa larangan agar jangan mewala’kan kepada orang kafir! Ada di antara orang Islam yang mengaku cintakan Nabi SAW tetapi dalam hati mereka masih cinta wala’kan orang kafir & bencikan orang yang beriman.

    ii- Maka dalam ayat ini Allah SWT bagi satu parameter, kayu ukur untuk orang beriman! Setiap dakwaan mesti ada bukti, Allah minta tunjukkan bukti bahawa kita memang sayang kepada Allah dengan sayang & cinta juga kepada Rasulullah SAW! Iaitu dengan ikut ajaran & Sunnahnya Baginda SAW!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 31-{KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “JIKA BENAR KAMU MENGASIHI ALLAH MAKA IKUTILAH DAKU, NESCAYA ALLAH MENGASIHI KAMU SERTA MENGAMPUNKAN DOSA-DOSA KAMU. DAN (INGATLAH), ALLAH MAHA PENGAMPUN, LAGI MAHA MENGASIHANI.} (ALI-‘IMRAN 3:31)

  1. Allah perintahkan Rasulullah SAW untuk berkata kepada orang mendakwa bahawa mereka cintakan Allah untuk membuktikan tanda cinta itu dengan:
    i- Ikut apa yang Nabi SAW ajar!
    Benarkan apa yang Nabi sampaikan, semua riwayat yang sahih dari Nabi SAW yang kita terima; kita akur, kita benarkan, kita ambil & kita amalkan dalam hidup kita & dalam negara kita. Kecuali hak khususiyyah kepada Baginda SAW dari sudut amalan seperti boleh berkahwin lebih daripada 4 dan seumpamanya.

    ii- Perbuatan Nabi ini ada yang wajib ikut (fardhu), sunat ikut (perkara atau amalan sunat), boleh ikut (dalam perkara biasa adat budaya kehidupan) seperti makan minum dan seumpamanya.
    Tetapi ingat cara makan dengan tangan itu Sunnah. Tetapi Baginda tak arahkan kita untuk makan gandum atau cuka saja.
  1. Inilah ujian Allah SWT kepada orang yang beriman, bukan sekadar mendakwa, mengaku! Cintakan Allah maka ikutlah perintah Allah & Rasulullah SAW.
  1. Dalam ayat yang lepas Allah SWT bawa seolah amaran {Bahawa Allah tahu semua & akan balas semua perbuatan kamu}-
    Tapi dalam ayat ini adalah sebagai galakan untuk mengikut ajaran Rasulullah SAW sebagai tanda bukti kita sayang & cinta kepada Baginda.
    Antara benda Ajaib dalam dunia hari ini ialah dakwa cinta Allah & cinta Rasulullah SAW tetapi tidak ikut Sunnah & ajaran Nabi SAW!
  1. Seorang tokoh ulama’ Al-Warraq berkata:
    Kamu buat maksiat tetapi kamu zahirkan seolah kamu cintakan Allah & Rasulullah SAW. Dari sudut kiasnya ini adalah suatu perkara yang jelek/pelik!
    Jika benar kamu cinta kamu akan taat kepada Allah; kerana orang yang sayang akan ikut orang yang disayanginya!
    Sayang kepada Allah sudah pastilah kamu akan taat kepada Allah!
    Sayang kepada ibu bapa & guru pastilah kita dengar & ikut katanya!
  1. Jika kamu sayang kepada Allah; Allah berjanji akan sayang & cintakan kepada kamu juga! Apabila Allah sayang semua makhluk atas dunia ini juga akan sayang kepada kamu!
  1. Hadis riwayat Abu Hurairah RA:
    إنَّ اللهَ ، إذا أحبَّ عبدًا ، دعا جبريلَ فقال : إنِّي أحبُّ فلانًا فأحِبَّه
    Sesungguhnya Allah apabila mencintai seseorang, Dia akan memanggil Jibril dan berkata: Sesungguhnya Aku mencintai si fulan, cintailah dia.
    قال فيُحبُّه جبريلُ . ثمَّ يُنادي في السَّماءِ فيقولُ : إنَّ اللهَ يُحبُّ فلانًا فأحِبُّوه . فيُحبُّه أهلُ السَّماءِ
    Lalu Jibril mencintai orang itu, kemudian Jibril menyeru pula penduduk langit: Sesungguhnya Allah mencintai si fulan. Cintailah dia. Maka penghuni langit pun mencintai orang itu.
    قال ثمَّ يُوضعُ له القَبولُ في الأرضِ
    kemudian perasaan menerima (cinta) terhadapnya akan diletakkan pula pada penghuni bumi.
    وإذا أبغض عبدًا دعا جبريلَ فيقولُ : إنِّي أُبغِضُ فلانًا فأبغِضْه . قال فيُبغضُه جبريلُ
    Apabila Allah membenci seseorang, Dia akan memanggil Jibril lalu berfirman: Sesungguhnya Aku benci kepada si fulan, hendaklah engkau membenci dia. Maka Jibril pun benci kepada orang tersebut.
    ثمَّ يُنادي في أهلِ السَّماءِ : إنَّ اللهَ يُبغِضُ فلانًا فأبغِضوه . قال فيُبغِضونه
    Kemudian dia menyeru penghuni langit: Sesungguhnya Allah membenci si fulan, hendaklah kalian membencinya, lalu penghuni langit pun membencinya.
    ثمَّ تُوضعُ له البغضاءُ في الأرضِ
    Kemudian, perasaan benci itu diletakkan pula pada penghuni bumi. [Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab : 2637]
  1. Nak suruh Allah sayang kepada kamu kamu kena cintakan Rasulullah SAW. apabila Allah cintakan kamu maka:
    i- Nescaya Allah mengasihi kamu lalu mendapat keredhaan-Nya.

    ii- Serta mengampunkan dosa-dosa kamu lalu memasukkan kamu ke dalam syurga-Nya. Inilah cinta bersyarat atau cinta berbalas.
  1. Di akhir ayat Allah tutup dengan ingatkan bahawa sesungguhnya:
    i- Allah Maha Pengampun {غَفُور}, Allah ampunkan dosa-dosa hamba-Nya, Allah tutup dan sembunyikannya daripada makhluk lain & Allah maaafkan kesalahan kita.

    ii- Allah lagi Maha Mengasihani {رَّحِيمٌۭ}, Allah letakkan kasihan belas-Nya kepada kita, maka ketika itulah Allah akan beri rahmat, kasih sayang & melayakkan kita ke syurga-Nya. Ya Allah semoga kami semua terpilih dalam golongan mereka yang Engkau rahmati, ampuni & redhai ini!

AYAT 32-{KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “TAATLAH KAMU KEPADA ALLAH DAN RASULNYA. OLEH ITU, JIKA KAMU BERPALING (MENDERHAKA), MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK SUKA KEPADA ORANG-ORANG YANG KAFIR.} (ALI-‘IMRAN 3:32)

  1. Untuk menjaga kasih sayang Allah terhadap kita ini agar sentiasa ada & tidak lari; maka hendaklah kita taat kepada Allah dan Rasul-Nya dengan melakuakan ketaatan, mengikut segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan Allah SWT!
    Risalah 10 Bukti Tanda Cinta Rasulullah SAW:
  1. Kemudian sekiranya jika kamu berpaling dengan tidak tunduk akur menderhaka kepada Allah & meninggalkan ajaran Rasulullah SAW – maka inilah orang yang kufur terhadap Allah & pastilah Allah akan murka & tidak ampunkan kamu!
  1. Maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. Yakni orang yang menolak perintah Allah ini jika:
    i- Tolak secara total maka ia akan menjadi kufur.

    ii- Tolak separuh atau sebahagian sahaja juga bahaya.

    iii- Atau tidak tolak tetapi tidak buat perintah Allah, inilah ahli maksiat yang derhaka kepada Allah, dipanggil kufur nikmat! Walaupun tidak kufur dari sudut agama tetapi kufur dari sudut penderhakaan terhadap Allah!
  1. Inilah dua ayat yang mudah & simple untuk kita hayati, semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman & benar-benar patuh dan akur, taat kepada perintah Allah Azza wa Jalla.
  1. Jika kita dengar tetapi tidak taat tidak mahu ikut, orang yang hanya mendakwa cintakan Allah & Rasulullah tetapi tidak ikut & taat maka itu adalah cinta palsu dan dakwaan semata!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 31-{Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}-

    Dalam ayat ini Allah kumpulkan arahan wajib cinta & kasih kepada Allah SWT & Rasul-Nya.
    i- Juga untuk menolak dakwaan orang yang mendakwa cinta; maka Allah SWT minta tanda & minta bukti. Jika terbukti benar maka hasil natijahnya ialah akan mendapat cinta & kasih sayang Allah SWT!

    ii- Semua kita akan ditimbang, dihitung & diukur dengan ikut kepada Rasulullah SAW- Sesiapa yang ikut Nabi SAW dengan hakiki maka dialah yang mempunyai tanda ketaatan terhadap Allah SWT! Iman kita juga mantap atau lemah; lihat setakat mana kita sayang & ikut Sunnah Nabi SAW.Jika dakwa sayang & dakwa ahli Sunnah tetapi tidak beramal dengan dengan Sunnah nabi SAW itu adalah cinta palsu!

    iii- Boleh kita cabar seseorang itu untuk bawa bukti bagi dakwaannya itu! Jika ada maka dia bawa buktinya, jika tidak ada kita panggil itu dakwaan palsu!
  1. Ayat 31-{Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.}-

    Kita nak dapatkan mahabbah kasih sayang Allah kita kena buat & ikut apa yang diperintahkan Allah!
    Bila kita kata kita cinta, kita sayang maka kena ikutlah apa yang diajar oleh Rasulullah SAW & amalkan Sunnah Baginda SAW.
    Lagi kuat mahabbah lagi kuat ketaatannya; ini yang sepatutnya.
    Kisah ajaib seorang sahabat Ibnu Umra RA : Dia akan ikut semua perbuatan Rasulullah SAW setakat yang dia mampu walaupun bukan amalan ibadat. Dalam perjalanannya ke Makkah dari Madinah dia berhenti di setiap tempat yang pernah Rasulullah SAW singgah dalam perjalanannya juga. Kisah Ibnu Umar RA yang menyesal kerana telah terlepas banyak Sunnah Rasulullah SAW kerana tidak tahu tentangnya.

    Boleh dibaca dalam buku ini : Sunnahmu Amalanku. https://dartaibah.com/?page_id=179…
    Bukan mudah untuk ikut & terima amalan ibadat ini kecuali orang yang diberi petunjuk hidayah oleh Allah SWT.

    Hadis, sabda Nabi SAW: فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيينَ، عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ
    Maksudnya: “Maka ke atas kalian sunnahku dan sunnah para khulafa’ ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk, dan gigitlah ia dengan gigi geraham.” [Imam Ahmad (17144), Ibn Majah (42)].

    Kesan kempen Sunnah ini bukan mudah orang nak pakai & terima kerana susah nak terima ibadat ini kerana berbeza dengan amalan yang biasa dibuat orang ramai kecuali orang yang diberi hidayah oleh Allah SWT!
    Kita kena berpegang dengan ajaran Nabi SAW bermula dari aqidah, kemudian ibadat; sama ada ibadat perkataan seperti baca Al-Quran & zikir, ibadat perbuatan seperti solat & puasa, ibadat maliyah (harta) seperti zakat & sedekah serta ibadat keseluruhan seperti Haji!
    Kita juga kena ikut Nabi dalam perkara yang ditinggalkan oleh Baginda SAW!
    Agama ini jika dirempuh masuk guna otak manusia maka banyaklah yang akan rosak!
    Perkara yang Rasulullah SAW telah persempitkan kita luaskan, yang Rasulullah luaskankita persempitkan!
  1. Ayat 31-{Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku.}-

    Cinta bukan hanya dengan dakwaan lidah atau dengan perasaan semata-mata.
    Kena ada bukti & tanda yang menunjukkan kebenaran akan dakwaan itu.
    i- Kerana ini apabila nak mengahwini seorang perempuan kena ada bukti dengan diberi mahar maskahwin!
    Sebagai tanda sayang tanda jadi, berilah sekadar ikut kemampuan, jangan terlalu boros atau terlalu bakhil!
    Perasaan ikut dakwaan itu yang betul- kerana cintakan Rasulullah SAW kita amalkan Sunnahnya, tak buat apa yang Baginda larang!

    ii- Satu kaedah rekaan yang tidak tepat:
    Kita beradab dengan Nabi lebih utama daripada kita taat & ikut!
    Dalil mereka:
    Ketika Rasulullah SAW sakit dekat nak wafat, Baginda menyuruh Sayyidina Abu Bakar RA menjadi imam solat bagi kaum muslimin. Kemudian keluarlah Abu Bakar untuk mengimami solat. Kemudian Rasulullah SAW merasakan badannya agak lebih ringan, Baginda pun keluar ke masjid sambil dipapah dua orang lelaki. Melihat Rasulullah SAW datang ke masjid, Abu Bakar mahu undur dari tempat imam dan mempersilakan Nabi SAW menjadi imam. Akan tetapi, Rasulullah SAW mengisyaratkan agar Abu Bakar tetap di tempatnya. Abu Bakar tak hirau terus undur juga & biarkan Rasulullah SAW menjadi imam. Selepas solat Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Bakar: “Kenapa kamu undur juga padahal telah aku suruh?” [HR Bukhari].
    Abu Bakar RA menjawab menjawab: “Tidak layak bagi anak Abu Quhafah untuk menjadi imam solat sedangkan Rasulullah SAW ada di belakangnya.”
    Mereka mengatakan inilah dalil menunjukkan bahawa Abu Bakar beradab dengan Rasulullah SAW sehinggakan dia tidak ikut arahan Nabi SAW.
    Inilah yang dikatakan adab mendahului arahan!

    iii- Kita katakan sukar untuk memutuskan begitu kerana Abu Bakar RA memang beradab dengan Nabi SAW tetapi dia juga mengikut arahan Allah SWT juga.
    Kerana Allah telah berfirman: {يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُقَدِّمُوا۟ بَيْنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ}
    {Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan Rasul-Nya;} (Al-Hujuraat 49:1)

    Yakni secara fizikal tidak boleh berada di hadapan Nabi SAW juga dalam ibadat tidak boleh mendahului Nabi SAW.
    Maka Abu Bakar undur dari tempat imam kerana tidak mahu berada di hadapan Rasulullah SAW!
    Bermakna undurnya Sayyidina Abu Bakar ke belakang adalah kerana beradab & ikut arahan Allah SWT!
    Bertentangan dengan fahaman salah sebahagian manusia hari ini yang mengatakan: Kerana kita nak beradab dengan Nabi SAW maka tak mengapa kita tinggalkan, tak ikut arahan Nabi SAW, kita buat apa saja yang kita nak!
    Kerana itulah timbulnya pelbagai ajaran yang pelik hari ini terutamanaya dalam majlis maulid atau majlis cinta Rasul dan seumpamanya.

    iv- Satu lagi dalil mereka bahawa adab adalah sebelum arahan:
    Sebuah hadis riwayat Al Bara’ bin ‘Azzib RA : Ali bin Abu Talib RA pernah menuliskan perjanjian damai antara Nabi SAW dengan orang-orang Musyrik (Makkah) ketika perjanjian Hudaibiyyah. Ali menuliskan, “Ini adalah perjanjian yang ditulis oleh Muhammad Rasulullah.” Lantas mereka berkata, “Jikalau kami tahu bahawa kamu adalah Rasulullah, tentu kami tidak akan memerangimu.” Maka Nabi SAW bersabda kepada Ali: “Hapus kata-kata itu (tulisan ‘Rasulullah’).” Ali menjawab, “Aku tidak mahu menghapusnya.” Maka Nabi SAW yang menghapusnya dengan tangannya sendiri.” [HR Muslim].
    Mereka kata inilah dalil adab mendahului arahan!

    v- Hujjah kita : Isu dalam kes ini bukan semata adab :
    a) Tetapi waktu itu adalah untuk mempertahankan kebenaran & kemuliaan Rasulullah SAW, bukan kita mereka-rekakannya. Kafir menunjukkan keras kepalanya menolak Nabi SAW maka Ali pun mahu menunjukkan gedebenya (kekerasannya) juga!

    b) Tetapi kerana waktu adalah waktu perundingan maka Rasulullah SAW memadamkannya juga kerana mahu menunjukkan tolak-ansurnya agar perjanjian itu dapat diteruskan. Bukan bermaksud Rasulullah mengalah tunduk kepada mereka, tetapi sebagai salah satu strategi politik juga, jika kedua pihak berkeras maka perundingan itu tidak akan berjaya!!
    Beradab dengan cara ikut Nabi SAW, bukan adab mendahului arahan. Jika Nabi tak benar kenapa kita nak lawannya!
    Ayat ini menjadi hujjah kepada orang yang mendakwa cinta Nabi cinta rasul sepanjang masa sepanjang zaman; tetapi amalannya tidak ikut ajaran & Sunnah Nabi SAW.
    Adab mesti bersama ikutan- jika tidak tetap tidak beradab!
  1. Ayat 31-{Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu}-

    Nak suruh Allah sayang kepada kita maka ikutlah perintah Allah & rasul-Nya!
    Apabila kita sayang kepada Allah; Allah akan sayang juga kepada kita- inilah yang dikatakan cinta berbalas.
    Dalam ayat lain Allah sebut: {فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ- Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan;} (Al-Baqarah 2:152)
    Apabila Allah perintahkan menjadi kewajipan kepada kita untuk ikut arahan-Nya!
    Sempurnanya ihsan Allah SWT terhadap hamba-Nya kita buat sedikit tetapi dia balas dengan begitu banyak & besar!
    Dalam ayat ini juga Allah sebut dihujung ayat bahawa Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani {وَٱللَّهُ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ}.
    Yakni apabila mengampunkan dosa seseorang itu, Allah akan masukkannya ke dalam rahmat-nya terus. Allah akan beri pengampunan yang penuh & rahmat-Nya akan datang sekali.
    Bukan seperti manusia yang maaf saja tetapi masih tidak lupa, luka masih berparut, hati masih terguris dan lain-lain- ini tidak sempurna kemaafan. Kita kena maaf & cuba lupa terus!
  1. Ayat 32-{Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.}-

    Dalam ayat ini Allah SWT sebut dengan jelas taatlah kepada Allah DAN Rasul-Nya!
    Yakni apabila ada huruf (و) dengan maksud DAN itu bererti wajib taat kepada perintah keduanya sekali!

    i- Ini kerana ada orang kata: Sunnah itu tidak boleh dibuat kecuali bertepatan dengan Al-Quran.

    ii- Bagi kita ahli Sunnah: Sunnah yang sahih dari Nabi SAW adalah satu Tasyri’- perundanganya yang khas, yakni Sunnah itu sendiri adalah hujjah!

    Kerana itu dikatakan peranan Sunnah ialah dua:
    i- Menjelaskan banyak perintah yang tidak terperinci dalam Al-Quran seperti bilangan rakaat solat, waktu solat, nisab zakat dan lain-lain.

    ii- Satu lagi peranannya; Sunnah juga mempunyai undang-undangnya tersendiri, Nabi yang sebut tetapi tidak ada dalam Al-Quran kita kena ikut juga.

    Sebagaimana perintah Allah SWT:
    i- {Katakanlah lagi (kepada mereka): Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah.} (An-Nuur 24:54)

    ii- {Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.} (An-Nisaa’ 4:59)

    Tetapi kena ingat:
    i- Taat kepada Allah & Rasul adalah taat secara mutlaq (total).

    ii- Taat kepada pemimpin adalah bersyarat- yakni selagi dia taat kepada Allah & Rasul, kita boleh taat kepada mereka.

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs