Surah Al-Baqarah : Ayat 120-123

YAHUDI TAK REDHA DENGAN ISLAM, AHLI KITAB SEBENAR IKUT QURAN & SEMUA AKAN MENERIMA BALASAN.

Full video : https://youtu.be/wPwuSDHGIuw?si=B2PyI-8L23p4xnBl

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam ayat 120 sehingga ayat 123 bagi surah Al-Baqarah, surah yang kedua dalam juzu’ yang pertama & merupakan surah yang terpanjang dalam Al-Quran.
  1. Dalam siri ini Allah SWT peringatkan kepada kita bahawa yahudi & nasara tidak akan redha dengan Islam, tidak akan biarkan kita tetap bersama Islam.
    Dia akan buat apa saja khianat & provokasi supaya kita ikut mereka!
    Maka Allah tegaskan jika nak selamat ikutlah petunjuk Allah Azza wa Jalla.
  1. Kemudian Allah nyatakan orang betul-betul ikut kitab yang ada pada mereka sama ada ahli Taurat atau Injil, iaitu ahli kitab yang sebenar; mereka akan ikut kitab mereka itu & ikut Al-Quran. Sekarang ini mereka tidak mahu Al-Quran!
  1. Di akhir ayat Allah peringatkan bani Israil akan nikmat-Nya yang besar ke atas mereka. Allah jua tegaskan bahawa kita semua akan menerima balasan di akhirat kelak.
  1. Maka siapa nak balasan baik buatlah baik, siapa nak balasan buruk buatlah yang tidak baik! Itulah peringatan Allah SWT kepada semua.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 120- {ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI TIDAK SEKALI-KALI AKAN BERSETUJU ATAU SUKA KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) SEHINGGA ENGKAU MENURUT AGAMA MEREKA (YANG TELAH TERPESONG ITU). KATAKANLAH (KEPADA MEREKA): “SESUNGGUHNYA PETUNJUK ALLAH (AGAMA ISLAM ITULAH PETUNJUK YANG BENAR”. DAN DEMI SESUNGGUHNYA JIKA ENGKAU MENURUT KEHENDAK HAWA NAFSU MEREKA SESUDAH DATANGNYA (WAHYU YANG MEMBERI) PENGETAHUAN KEPADAMU (TENTANG KEBENARAN), MAKA TIADALAH ENGKAU AKAN PEROLEH DARI ALLAH (SESUATUPUN) YANG DAPAT MENGAWAL DAN MEMBERI PERTOLONGAN KEPADA MU.} (AL-BAQARAH 2:120)

  1. Allah menyatakan bahawa: Kaum yahudi & nasrani atau lebih dikenali sebagai ahlul-kitab kerana mereka mempunyai Kitab yang diturunkan Allah kepada rasul mereka dahulu; akan sentiasa membenci & menetang Islam.
  1. Sepatutnya merekalah yang lebih jujur dan menyokong kerana mereka ada kitab & tahu tentang kebenaran Rasulullah SAW tetapi mereka lebih jahat daripada kaum Quraisy yang tiada kitab itu!
  1. Allah tegaskan dalam ayat ini: Mereka ini sekali-kali tidak akan { وَلَن تَرْضَى} redha atau bersetuju atau suka kepada kamu sehingga kamu tinggalkan Islam dan ikut agama mereka sama ada yahudi atau nasrani!
    Selagi tidak ikut, mereka akan berusaha buat apa saja nak selewengkan umat Islam.
  1. Ini terbukti pada hari ini, di mana zaman ini projek mereka untuk menjadikan dunia tanpa sempadan & langit terbuka iaitu era globalisasi telah berjaya & mencapai sasarannya! Bahasa Arabnya العولمة
  1. Maksud sebenar globalisasi mengikut ulama’ Islam yang masyhur ialah: Orang kafir, orang barat, yahudi & kristian; mahu kamu orang Islam ikut apa saja yang mereka buat! Makan apa yang mereka makan, pakai apa yang mereka pakai, gaya hidup ikut apa yang mereka buat!
  1. Ini terbukti lihat saja;
    i- Pakaian dan cara hidup anak-anak orang Islam sekarang walaupun ada pakai tudung tetapi aurat tetap tidak terlindung sempurna.

    ii- Pergaulan antara berlawanan jantina adalah biasa, aurat tidak diambil berat sangat, sekadar bertudung kepala saja, gaya hidup dengan healing sana sini dan musafir para wanita begitu mudah & bebas.

    iii- Apa saja kedai makan kepunyaan kafir terutamanya dari barat & zionis, namakan apa saja- ada di mana saja di dunia ini hatta dekat Ka’bah atau masjid-masjid.

    iv- Nama makanan yang tidak halal dan tidak patut diguna menjadi kebiasaan tanpa rasa apa-apa contoh paling mudah hot dog! Sepatutnya pihak penguasa agama ambil tindakan & cakna tentang hal ini. Walaupun makan itu halal tetapi namanya- nama tidak halal!

    v- Nak kata orang kafir pun tidak boleh sekarang ini, kena panggil dengan panggilan yang lunak.
  1. Apa boleh buat jiwa dan selera umat Islam sudah sebati dengan semua ini!
    Makanan, pakaian, amalan, muamalat & ritual yang bukan berasal dari ajaran Islam yang sahih.
    lihatlah pasti ia semua berasal dari ajaran yahudi, nasrani, majusi dan kafir apa saja!
    Contoh acara zikir melompat, bergendang dalam masjid, menggosok kubur, mengingati hari kematian (hari hol) dan sebagainya.
  1. Inilah definisi & hakikat yang palling tepat untuk ayat Al-Quran ini, mereka orang kafir tidak akan berdiam diri {sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)}!
  1. Allah SWT ajar kepada Rasulullah SAW untuk jawab kepada yahudi & nasrani yang mengajak manusia ikut agama mereka bahawa: Bukanlah jalan & petunjuk yang benar itu mengikut seperti yang kamu sangka & dakwa! Bahakan ajaran yang aku bawa, ajaran yang Allah hantar aku ke dunia ini, itulah agama yang benar, petunjuk yang betul & jalan yang lurus.
  1. Siapa yang nak sempurna & berada atas kebenaran ikutlah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW bukan yang orang lain bawa!!
  1. Allah tutup ayat dengan satu amaran khas agar Rasulullah SAW sampaikan kepada umatnya; Siapa ikut jalan lain selepas kedatangan Baginda SAW. maka tiada lagi penolong, pengawal, pembantu & hidayah bagi mereka!
  1. Nota 44:
    i- Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut kehendak mereka.

    ii- Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana yang banyak yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut kepada adat dan cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman (up to date) sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan nilai-nilai akhlak dan budi pekerti yang mulia.
    Hakikat ini wajib disedari, dan mana-mana yang telah terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.

AYAT 121- {ORANG-ORANG YANG KAMI BERIKAN KITAB KEPADA MEREKA, SEDANG MEREKA MEMBACANYA DENGAN SEBENAR-BENAR BACAAN (TIDAK MENGUBAH DAN MEMUTARKAN MAKSUDNYA), MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN KEPADANYA; DAN SESIAPA YANG MENGINGKARINYA MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG RUGI.} (AL-BAQARAH 2:121)

  1. Dalam ayat ini pula Allah SWT memuji sebahagian kecil dari kalangan ahli Kitab yang jujur berpegang & beramal dengan Kitab mereka Injil atau Taurat.
    Apabila mereka tahu maklumat tentang kedatangan Nabi akhir zaman yaitu Nabi Muhammad SAW mereka beriman & mengikut Al-Quran pula.
    Ada sebahagian kecil dari mereka yang jujur & beriman, bukan tiada lansung.
  1. Makna {يَتْلُونَهُۥ} bukan hanya membaca tetapi berpegang & mengikut ajaran yang ada dalam kitab Taurat & Injil mereka itu kemudian mereka beriman pula dengan kitab Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.
  1. Hatta Al-Quran, bukan baca saja tetapi mengamalkannya secara the way of life. Bukan hanya sekadar untuk amalan peribadi.
  1. Ayat ini ditafsir dengan firman Allah SWT ini juga:
    {Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu agama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)” Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.} (Al-Maaidah 5:68)
  1. Allah SWT nyatakan lagi mereka yang ingkar itulah orang yang rugi yang celaka, yang jauh diri dari Allah & telah mencampakkan diri mereka ke dalam kebinasaan!
  1. Begitu juga kita umat Islam- janganlah hanya tahu membaca Al-Quran untuk halwa telinga, untuk dipertandingkan atau yang lebih dahsyat lagi semata mencari habuan dunia dengan mengambil upah pula dengan membuat pakej-pakej tertentu!
    Ini kata ulama’ bahkan termasuk dalam golongan yang mempermainkan agama & menjadi hiburan pula!
  1. Nota 45- Ayat ini memberi pengajaran bahawa hendaklah kita belajar tafsir & tadabbur Al-Quran, barulah dikatakan baca dengan sebenar-benarnya.
    Bukan hanya sekadar memberi halwa telinga kepada pendengar, atau untuk mendapat faedah dunia semata, mencari habuan dunia yang tidak pernah diajar oleh Rasulullah SAW.
    Ini kerana yang demikian tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada pembacanya, bahkan akan memberi kesan buruk kerana termasuk dalam mempermainkan agama & hiburan.
  1. Jangan salah faham, baca Al-Quran boleh pahala, yang kita pertikaikan ialah pakej-pakej yang dibuat oleh sesetengah pihak yang pelik & tidak ikut sebagaimana yang dibuat oleh Rasulullah SAW.

AYAT 122- {WAHAI BANI ISRAIL, KENANGLAH AKAN LIMPAH KURNIA NIKMATKU YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA KAMU, DAN AKU TELAH MELEBIHKAN (DATUK NENEK) KAMU (YANG TAAT DAHULU) ATAS UMAT-UMAT YANG LAIN (YANG ADA PADA ZAMANNYA).} (AL-BAQARAH 2:122)

  1. Allah SWT menyeru pula bani Israil (iaitu anak cucu dari keturunan Nabi Ya’kub AS) mengingatkan mereka akan nikmat yang begitu banyak Allah telah anugerahkan kepada mereka.
  1. Allah telah memuliakan datuk nenek mereka yang taat dulu – iaitu bermula dari Nabi Ibrahim kemudian anak cucunya melalui dua cabang iaitu Ishak & Ismail AS. Dari Ishak AS lahir Nabi Ya’kub yang menjadi nisbah kepada bani Israel.
  1. Allah muliakan mereka juga dengan diutus begitu ramai anbiya’ dari kalangan bani Israel.
    Inilah kelebihan mereka berbanding dengan manusia lain sehinggalah diutus Rasulullah SAW!
  1. Firman Allah SWT juga:
    {Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu, dan menjadikan kamu sebagai orang-orang merdeka, dan memberikan kepada kamu apa yang belum pernah diberikan kepada seorang pun di antara umat yang lain.”} [Al-Maidah 5: 20].
  1. Kata Abi al-‘Aliyah : Maksudnya Allah lebihkan mereka daripada umat yang lain { وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ} itu ialah; kelebihan dari segi diberi kerajaan, menjadi rasul, diturunkan kitab dari sisi Allah, berbanding dengan ulama’-ulama’ lain pada zaman itu tiada yang sebanding.
    Setiap zaman itu ada orang alimnya tetapi alim bani Israil ini lebih besar kerana Allah SWT anugerahkan kepada mereka jawatan nabi & rasul serta Allah turunkan kepada mereka kitab.

AYAT 123- {DAN PELIHARALAH DIRI KAMU DARI (HURU-HARA) HARI KIAMAT (YANG PADANYA) SESEORANG TIDAK DAPAT MENGGANTI ATAU MELEPASKAN ORANG LAIN SEDIKITPUN, DAN TIDAK AKAN DITERIMA DARIPADANYA SEBARANG TEBUSAN, DAN TIDAK AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADANYA SEBARANG SYAFAAT; DAN ORANG-ORANG YANG SALAH ITU TIDAK AKAN DITOLONG (DARI AZAB SENGSARA).} (AL-BAQARAH 2:123)

  1. Munasabah ayat dengan sebelumnya:
    i- Dalam ayat 112 Allah sebut tentang nikmat yang diberikan-Nya kepada bani Israil.

    ii- Dalam ayat 123 ini Allah SWT beri amaran pula jika kamu tidak syukur akan nikmat yang Aku beri, kitab Taurat yang aku berikan kamu tidak beramal, Injil kamu ketepikan, Al-Quran hanya dipertandingkan bacaan semata, tidak berpegang tidak beramal dengan isi kandungnya maka kamulah orang yang rugi!
  1. Jagalah diri kamu untuk menghadapi huru-hara pada hari Kiamat nanti yang tiada siapa dapat menolong atau melepaskan satu sama lain.
    Jadi Allah suruh kita beramal & berpegang dengan aqidah yang benar, dengan amalan yang ikhlas & sahih ikut Sunnah untuk selamatkan diri daripada azab-Nya kelak.
    Inilah ciri-ciri manusia yang selamat di akhirat.
  1. Ya Allah jadikan kami orang yang ikhlas, yang ikut Sunnah Nabi SAW, orang yang menjauhkan dirinya dari syirik, perkara mungkar & maksiat, dari bid’ah khurafat dan segala perkara yang menjadi kemurkaan Allah SWT!
  1. Pada masa itu mula-mula keluar dari kubur:
    i- Belum ada lagi syafaat, semua orang lari dari orang lain, masing-masing sibuk memikirkan untuk menyelamatkan diri sendiri, tidak menghiraukan keadaan orang lain dalam keadaan huru-hara, nafsi-nafsi.

    ii- Selepas daripada itu barulah datangnya syafa’at Nabi SAW menyelesaikan masalah umat.
    Selepas dari itu ada pula syafaat lain, di mana ada 8 kategori jenis syafa’at yang diizinkan oleh Allah SWT.

    Ya Allah rezekikan kami, keluarga kami & semua orang-orang yang kami sayangi mendapat syafa’at Nabi SAW pada hari Kiamat kelak, dapat sampai ke kolam Nabi SAW dan minum darinya & tidak dihalau darinya sepertimana dihalaunya ahli bid’ah dan ahli mungkar!

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 120- {Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)-

    Yahudi dan nasara tidak akan redha selagi kita masih berpegang dengan aqidah Islam.
    Mereka tidak akan berdiam diri selagi kita umat Islam tidak dapat diseleweng, dipesongkan dari Islam, itu janji Allah.

    Kata ulama’ tadabbur: Ayat ini Allah nyatakan pertembungan & pertempuran yang benar dengan ahli kitab iaitu peperangan dari sudut aqidah.
    Aqidah kita tauhid manakala aqidah mereka tiga (trinity).
    Datang pula ajaran sesat hari ini, yang tidak mahu berpegang dengan Al-Quran, yang wajib kita tolak!.Kita nak berpegang dengan Al-Quran, dengan Sunnah Nabi SAW.
    Peperangan kita dengan yahudi & nasrani ini adalah peperangan dari sudut aqidah, bukan hanya dari sudut berebut Masjid Aqsa atau Gazzah semata-mata, bukan berperang kerana nak cari kelebihan itu ini, tetapi peperangan untuk memurnikan aqidah.

    Allah kata: Sehingga kamu mengikut ajaran (millah) mereka { مِلَّتَهُمْ}.
    Kerana itu ulama’ kata semua kafir itu tidak kira yahudi, nasrani atau apa saja, millah (agama/pegangan) mereka hanya satu!
    Selain daripada Islam itu semuanya kafir. Apa agama sahaja, hindu, budha, yahudi, nasrani, majusi dan semuanya!
    Sebagaimana kajian yang dibuat sudah ada 60 agama lain yang menyerang Malaysia!
    Jadi kita kena tahu dan sedar di manakah medan peperangan kita iaitu peperangan aqidah & tauhid, satu peperangan yang cukup bahaya, bukan hanya sekadar main-main atau suka-suka!
  1. Ayat 120- {Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.}-

    Jika kamu ikut hawa nafsu puak kafir ini kamu tidak akan dapat bahagian dari pertolongan Allah SWT lagi!
    Ayat ini kata ulama’ tadabbur membawa fahaman bahawa: Sesiapa yang mengikut fahaman atau ajaran apa saja selain daripada agama Islam, komunis, sosialis, kapitalis, orientalis & apa saja, yang besar sekali kata ulama’ ialah iblis!
    Selain Islam maka kamu akan ikut Iblis, maka dia tidak akan mendapat penjagaan dari Allah, Allah tidak akan tolong dia walaupun pengikutnya ramai, senjatanya canggih tetapi dia adalah tetap lemah di hadapan Allah kerana mereka tidak mendapat pertolongan Allah!
    Allah suruh kita hendaklah letak pergantungan hati kepada Allah semata-mata, jangan ikut hawa nafsu, ikut kehendak orang semata, maka ketika itu kita akan rugi & kecewa kecundang tidak dapat pertolongan Allah SWT!
    Semua yang tidak ikut petunjuk Allah, tidak ikut Sunnah Nabi SAW bermakna dia ikut petunjuk nafsu, ikut petunjuk syaitan dan dia akan berada dalam keadaan bahaya dan telah sesat, akan binasa selama-lamanya!

    Sebagaimana firman Allah SWT ini:
    {Maka yang demikian (sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah, Tuhan kamu yang sebenar-benarnya; sesudah nyatanya sesuatu yang betul dan benar, maka tidakkah yang lain daripada itu salah dan karut sahaja? Oleh itu, bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran?} (Yunus 10:32)
  1. Ayat 120- {Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka}-

    Allah kata mereka nak kamu ikut hawa nafsu mereka {ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم} bukan disebut agama atau ajaran di sini.
    Walaupun pada awalnya dalam ayat sebelum itu Allah sebut agama mereka {مِلَّتَهُم}. Itu pada peringkat awal, selepas itu Allah tak kata lagi agama mereka, tetapi ikut hawa nafsu mereka!

    Ulama’ tadabbur kata : Ini bermakna apa yang dibawa oleh golongan yahudi & nasrani pada hari ini bukan lagi agama, tetapi ajaran yang telah diseleweng & dipesongkan, agama pengikut hawa nafsu. Tiada lagi ajaran agama mereka yang sebenar!
    Kita minta perlindungan Allah SWT daripada menjadi pengikut hawa nafsu!
    Lihatlah betapa mereka hanya menyanyi (koir) saja di gereja-gereja mereka!
    Kita umat Islam pun janganlah jadikan agama kita ini agama nyanyian (atas nama qasidah)! Atau lebih teruk lagi agama muzik.
    Ingatlah tidak ada di pondok-pondok kita dulu ada nyanyian & gendang atas masjid!
    Bahkan setengah tok guru itu amat keras dengan nyanyian itu, mengharamkan radio & tv.
    Malangnya selepas ada anak-anak kita yang dihantar belajar agama ke tempat tertentu, maka ia mengeluarkan hasilnyna { تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا} selepas 10-15 Tuhan mereka bawa balik bukan hanya feqah Syafi’e, tetapi balik sekali amalan bergendang melantun dalam masjid!
    Bahkan sebahagian Syeikh apabila dijemput ceramah kena bawa sekali team gendangnya!
    Maka timbullah tempat pengajian baru dan pelbagai lagi, bahkan upacara haul yang ada sekarang di negara inipun dibawa balik dari tempat tertentu, inilah hasilnya { تُؤْتِىٓ أُكُلَهَا}.
    Pada mulanya Allah kata agama mereka, kemudian Allah kata ikut hawa nafsu pula, yakni sudah tiada lagi agama, yang ada sekarang hanya apa yang ikut hawa nafsu saja!
  1. Ayat 121- {dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.}-

    maknanya orang yang kafir dengan kitab, orang yang tidak percaya & menolak kitab, tak percaya kepada Al-Quran.
    Walaupun dia katalah dia agama apa saja pun, agama yahudi, agama nabi Daud, agama nabi Musa atau Isa, semuanya tidak terpakai belaka! Ini kerana para penentang Al-Quran walaupun mereka dapat kejayaan atau kekuasaan atas dunia ini mereka tetap termasuk dalam golongan yang rugi!
    Walaupun mereka dapat menguasai dunia banyak manapun, jika mati tetap akan diazab oleh Allah, kekal di dalam neraka, kerana mereka tidak mengikut peraturan Allah Azza wa Jalla.
    Kita takut juga jika kita hari ini ada unsur-unsur nak ikut permainan ahli kitab di dalam agama mereka, maka kita akan rugi juga!
    Kita lihat saja negara atau bangsa yang dianggap maju & tinggi menguasai teknologinya: tapi kerana aqidah mereka tiada, nampak gah di dunia, tetapi mereka menjadi hamba kepada besi, apabila tua tidak tahu hendak mati di mana.
    Tiada kebahagian, kosong jiwanya, rugi di dunia kecewa di akhirat!
    Jadi jangan dipuja & bangga sangat dengan dunia ini kerana ia tidak kekal akan hilang, kita boleh bangga jika kita diredhai Allah SWT!
    Allah sudah kata siapa yang kufur dia akan rugi di dunia & celaka di akhirat!
    Dalam ayat ini juga Allah kata orang yang betul-betul baca Taurat yang ikhlas, itulah mereka benar-benar beriman.
    Maka marilah kita baca Al-Quran, baca hadis supaya kita betul-betul mendapat keimanan kepada Allah Azza wa Jalla!
  1. Ayat 123- {Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun…}-

    Allah berpesan agar kita ingatlah pada hari kita kembali kepada Allah, hari Kiamat yang penuh huru-hara, pada hari tiada siapa yang dapat menolong atau membebaskan kita. Inilah yang patut kita takut.

    Setiap kali bangun dari tidur kita baca doa ini: الحَمْدُ لِلهِ الًّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
    “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan”.

    Yakni kita mengingatkan diri kita pada awal hari lagi bahawa kita akan kembali kepada Allah.
    Nak keluar cari rezeki dan buat kerja buatlah yang halal & yang baik.
    Takutlah hari akhirat, hari pembalasan, hari kembalinya kita pada Allah SWT hari yang penuh huru-hara.
    Di akhirat kelak, setiap orang akan berada di bawah bayangan/teduhan amalannya sendiri semasa di dunia ini.
    Jika aqidahnya benar, amalannya baik, akhlaknya mulia, Insya’ Allah dia akan dibangkitkan di akhirat dalam keadaan aman & tenang, mendapat syafa’at Nabi SAW & dapat masuk syurga!
    Ya Allah akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah, jadikanlah kubur kami sebagai taman-syurga, bangkitkan kami dari kubur dalam keadaan aman, duduk di bawah bayangan arasy, dapat minum air dari kolam Nabi SAW serta masuk syurga dengan aman & selamat!

    Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.

Powered by BetterDocs