View Categories

(6) Surah Al-Ma’idah : Ayat 14-16

ALLAH AJAR NABI SAW NYATAKAN PEGANGANNYA, TUNDUK KEPADA PERINTAH ALLAH SWT & TAKUT MELAKUKAN MAKSIAT.

Full video : https://youtu.be/-B5mDJSBhZk?si=cLDDbVhEloel5Gj9

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat teruskan pengajian kita dalam tafsir Surah Al-An’am ini dengan ayat 14 sehingga 16 dalam juzu’ ketujuh.
  1. Dalam siri ini Allah SWT ajar kepada Nabi SAW supaya terus berhujjah dengan puak kafir yang anti Islam & anti iman, yang menentang dakwah Baginda pada masa itu.
  1. Nabi SAW juga diperintahkan untuk menyatakan pegangannya, yang hanya berserah diri, hanya menyembah Allah dan tunduk kepada perintah Allah SWT.
  1. Serta dinyatakan bahawa orang yang takut melakukan maksiat atas dunia ini; itulah mereka yang akan beroleh kejayaan di Akhirat kelak!
  1. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
    i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan bahawa Dia-lah yang menjadi Pemilik langit & bumi, malam & siang, Tuhan yang berhak dipuja & disembah sebagai Pemilik alam ini.

    ii- Maka datang ayat ini Allah suruh Rasulullah SAW tanya secara tempelak & cela puak musyrikin itu; apakah patut mereka menyembah selain Allah, benda yang tidak memberi manfaat & faedah seperti menyembah haiwan & benda yang tidak bergerak seperti batu & kayu (berhala) dan seumpamanya!

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 

AYAT 14- {KATAKANLAH (WAHAI MUHAMMAD): “PATUTKAH AKU MENGAMBIL (MEMILIH) PELINDUNG YANG LAIN DARI ALLAH YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, DAN IA PULA YANG MEMBERI MAKAN DAN BUKAN IA YANG DIBERI MAKAN?” KATAKANLAH: “SESUNGGUHNYA AKU DIPERINTAHKAN SUPAYA MENJADI ORANG YANG PERTAMA SEKALI MENYERAH DIRI KEPADA ALLAH (ISLAM), DAN (AKU DIPERINTAHKAN DENGAN FIRMANNYA): `JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENJADI DARI GOLONGAN ORANG-ORANG MUSYRIK ITU.'”} (AL-AN’AM 6:14)

  1. Allah ajar Rasulullah SAW untuk bertanya & menempelak orang kafir apakah apakah patut kamu sembah sesuatu yang lemah selain dari Allah WT yang tidak dapat memberi manfaat dan meolak mudharat!

    Ayat ini masih lagi hujjah untuk berlawan dengan puak kafir yang keras kepala tak dengar kata.  
  1. Ayat ini ditafsir dengan firman Allah ini:
    Maksudnya: {Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: “Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?”} (Az-Zumar 39:64)
  1. Pastilah tidak layak untuk mereka berbuat begitu kerana:
    i- Allah SWT yang telah mencipta langit dan bumi, tanpa contoh & plan lain.

    ii- Allah yang memberi kamu makan dengan segala rezeki sedangkan Allah tidak berhajat dan tidak perlu diberi makan!

    Ayat ini ditafsir dengan firman Allah ini:
    Maksudnya: {Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.} (Az-Zaariyaat 51:56) 
  1. Hadis- riwayat dari Abu Hurairah – seorang sahabat yang duduk dekat Masjid Quba’ menjemput Rasulullah SAW ke rumahnya.
    Lalu kami pergi bersama Baginda SAW. Selesai makan & membasuh tangan Rasulullah SAW membaca:
    الحَمدُ للهِ الذي يُطعِمُ ولا يُطعَمُ، منَّ علينا فهَدانا، وأطْعَمَنا وسَقانا، وكلَّ بَلاءٍ حَسَنٍ أبْلانا، الحَمدُ للهِ الذي أطعَمَ منَ الطعامِ، وسَقى منَ الشرابِ، وكَسا منَ العُريِ، وهَدى منَ الضلالةِ، وبصَّرَ منَ العَمى، وفضَّلَ على كَثيرٍ ممَّن خلَقَ تَفْضيلًا، الحَمدُ للهِ ربِّ العالَمينَ. الراوي: أبو هريرة • شعيب الأرنؤوط، تخريج زاد المعاد (١/١٤٣) • إسناده قوي.
    Maksudnya:
    الحَمدُ للهِ الذي يُطعِمُ ولا يُطعَمُ، منَّ علينا فهَدانا، وأطْعَمَنا وسَقانا،“
    Segala puji bagi Allah yang memberikan kami makan sedangkan Dia tidak makan. Yang telah memberi anugerah nikmat kepada kami, kemudian memberi petunjuk kepada kami. Yang memberi makan & memebri kami minum….. ”
    [HR an-Nasaei]

    Doa-doa ini kita kena baca supaya kita sentiasa ingat & bersyukur kepada Allah Azza wa Jalla yang memberi rezeki, lalu tidak menjadi manusia yang rugi.
  1. Kemudian Allah ajar kepada Rasulullah SAW untuk mengisytiharkan kepada orang kafir hujjah-hujjah & pegangan yang diajar oleh Allah SWT kepada Baginda iaitu:
    i- Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam).
    Iaitu Nabi SAW diperintahkan untuk melakukan ketaatan & tauhid kepada Allah SWT.

    ii- Dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu.
    Iaitu Nabi SAW tidak akan sesekali melakukan syirik kepada Allah. 

AYAT 15- {KATAKANLAH: “SESUNGGUHNYA AKU TAKUT JIKA AKU DERHAKA KEPADA TUHANKU, (AKAN DIKENAKAN) AZAB HARI YANG BESAR (HARI KIAMAT)”.} (AL-AN’AM 6:15)

  1. Allah perintahkan agar Rasulullah SAW isytiharkan lagi bahawa Baginda tidak akan menderhakai Allah sama sekali.
  1. Munasabah ayat ini dengan sebelumnya:
    i- Dalam ayat sebelum ini Allah SWT perintahkan kepada Nabi SAW untuk menyatakan Islamnya dengan melakukan ketaatan & menjauhi dari syirik jangan melakukan perkara yang dilarang.

    ii- Maka dalam ayat ini menyatakan bahawa jika Baginda SAW derhaka; nanti akan ditimpa azab yang dahsyat! 
    Yakni dakwah kita kena lengkap & komprehensif, jangan tinggal separuh jalan saja! 
    Murnikan tauhid kepada Allah, melakukan ketaatan, tinggalkan syirik, kemungkaran & kejahatan. 
    Sekiranya langgar perintah Allah juga apa yang akan terjadi! 
    Bukan cerita yang baik saja, ceritakan juga akibat buruknya!
  1. Yakni Rasulullah SAW takut jika Baginda syirik dan melawan perinta Allah, maka akan ditimpa azab yang begitu dahsyat! 
    Maka kamu jangan berani derhaka & lawan Allah SWT sama sekali. 
    Kerana kita hidup atas dunia ini dengan rezeki yang Allah beri tetapi tak malu muka untuk derhaka kepadanya.
  1. Perumpamaannya seperti tamu yang baru selesai dilayan & dijamu makanan oleh tuan rumah; tiba-tiba dia usahakan berterima kasih tetapi memaki hamun pula tuan rumah setelah selesai makan dengan kenyang! 
    Bukan satu perbuatan yang amat buruk & tidak sepatutnya?????? 
    Begitu juga kita dengan Allah, sebagai hamba-Nya, lebih-lebih lagi tidak patut derhaka terhadap-Nya!!!

AYAT 16- {SESIAPA YANG DIJAUHKAN AZAB DARIPADANYA PADA HARI ITU, MAKA SESUGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERI RAHMAT KEPADANYA; DAN ITULAH KEJAYAAN YANG JELAS NYATA.} (AL-AN’AM 6:16)

  1. Sesiapa yang selamat daripada azab pada hari Kiamat kelak, maka itulah orang yang mendapat rahmat Allah! 
  1. Mereka juga golongan yang mendapat kejayaan yang jelas lagi nyata kerana selamat & aman dari api neraka serta akan mendapat nikmat syurga yang berkekalan!
  1. Firman Allah SWT juga:
    Maksudnya: {Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.} (Ali-‘Imran 3:185)
  1. Ya Allah jadikan kami, semua ahli keluarga serta orang kami sayangi & semua orang beriman; menjadi orang yang yang selamat dari azab & neraka tidak disentuh walaupun sedetik!
    Jadikan kamu orang yang mendapat rahmat-Mu lalu menjadi ahli syurga.

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 14- {Katakanlah (wahai Muhammad): “Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?}-

    Allah suruh Nabi SAW bertanya kepada orang kafir, apakah patut aku ambil selain dari Allah sebagai pelindung & wali???
    Ulama’ kata : Soalan ni bukan kerana nak jawapan tetapi untuk mengingkari & mencela perbuatan mereka itu! 
    Kamu nak cari Tuhan carilah yang berkuasa bukan yang lemah yang tidak mampu beri apa-apa faedah & manfaat!
    Juga Allah perintahkan Nabi SAW untuk mengiklankan & menzahirkan bahawa dia tidak ambil selain Allah sebagai Tuhan!
    Wajib ke atasnya untuk mengiklankan pegangan & aqidahnya sebagai seorang rasul & Nabi yang menjadi ikutan orang ramai.  
    Pertama iklankan tauhid Rububiyyah iaitu hak Allah sebagai Pencipta & Pemilik kemudian wajib ke atas kita pula tauhid Uluhiyyah iaitu menjadikan Allah sebagai Pelindung, tempat kita puja & puji, minta pertolongan, hanya Allah yang berhak disembah!
    Ayat ini melarang seorang hamba agar jangan minta perlindungan selain dari Allah, bersihkan hati kita dari sebarang bentuk syirik dan pergantungan kepada sesama makhluk, serta dari perkara mungkar & maksiat.
  1. Ayat 14- {…Allah yang menciptakan langit dan bumi…}-

    Allah perkenalkan Zat-Nya yang mulia dan nyatakan bahawa Dia Pencipta langit & bumi! Kamu nak cari Tuhan lain? Yang lemah & tiada manfaat!
    Yakni Allah suruh Rasulullah SAW menempelak golongan kafir itu: Kenapa kamu nak cari yang lain, yang lemah sedangkan Allah SWT Tuhan Pencipta langit & bumi! 
    Carilah yang berkuasa seperti Allah barulah kita akan dapat kemenangan & kejayaan. 
    Apabila kita nak berdoa kita mintalah dengan Allah.

    Sebagaimana Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas RAnhuma:
    إذا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ.
    Maksudnya: Apabila kamu meminta, mintalah pada Allah, dan apabila kamu meminta pertolongan, mintalah dengan Allah. Ketahuilah, jika suatu kumpulan manusia berpakat untuk memberikan kebaikan kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikan apa-apa melainkan apa yang ditulis oleh Allah SWT untukmu. Dan jika mereka berpakat untuk mengenakan keburukan kepadamu, mereka tidak akan mampu menimpakan apa-apa melainkan apa yang telah Allah tuliskan ke atas mu. [HR at-Tirmizi].

    Jika ada orang yang ajar untuk minta dengan orang itu orang ini sama ada yang dah mati atau hidup, JANGAN! 
    Kita minta terus dengan Allah SWT dengan hati dan pegangan, selesai masalah.
    Yang sahih ada kenapa nak ambil yang pelik & tak pasti, yang selamat ada kenapa nak ambil yang berisiko??? 
    YANG tak khilaf ada kenapa diajar untuk ambil yang khilaf! 
  1. Ayat 14- {… Allah pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?…}-

    Allah juga yang memberi rezeki & makan kepada kita manusia semuanya.
    Dalilnya jika manusia lain seperti ibu bapa yang memberi rezeki kepada kita sendiri pastilah kita akan pilih yang sedap dan lazat-lazat saja!
    Ataupun ada rezeki yang sedap & lazat tetapi kita tak dapat makannya kerana penyakit dan sebagainya!
    Maka Allah-lah yang memberi rezeki kepada kita; apa yang kita dapat dan ada itulah rezeki yang telah Allah tentukan untuk kita! 
    Ada orang yang rezekinya luas, ada yang sedehana & ada yang sempit! 
    Ada juga orang yang rezekinya pantang jumpa- gomol semuanya!
    Kita sebagai orang yang beriman kena letak dalam hati kita bahawa Allah-lah Pemberi rezeki untuk semua makhluk dari sumber yang kita tidak tahu & tak sangka.

    Firman Allah SWT:
    {… dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), 
    Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.} (At-Talaaq 65: 2-3)

    Yakni siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan beri melalui jalan yang tidak disangka, ada saja insya’ Allah!
    Ayat ini juga memberi peringatan; kamu sembah & minta apa dengan sesama makhluk yang lemah & berhajat kepada kuasa & pertolongan Allah juga! Inilah yang pelik, minat dengan orang yang sudah mati & musnah juga!
  1. Ayat 14- {… Katakanlah: “Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu.'”}-

    Allah suruh Nabi SAW iklankan dan tegaskan bahawa:
    i- Baginda adalah orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam),

    ii- Dan Baginda sekali-kali tidak akan menjadi dari golongan orang-orang musyrik!
    Ayat ini nak mengecewakan orang musyrikin yang kononnya nak tarik semula Rasulullah ke agama & kepercayaan asal mereka! 

    Persoalan: 
    Kenapa Allah SWT pesan juga kepada Baginda: {Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu.} 
    Sedangkan Baginda SAW adalah seorang rasul yang tidak akan syirik kepada Allah dan pasti 100% akan masuk syurga!

    Sebagaimana seorang ibu yang mempunyai anak yang memang soleh, warak & baik tetapi tetap berpesan kepada anaknya agar jaga diri jaga agama dan sebagainya.
    Iaitu untuk langkah keselamatan & peringatan!

    Jawapan; hikmahnya:
    i- Menjadi adat dalam al-Quran ini sesuatu perkara walaupun Allah sebut dan pesan kepada Rasulullah SAW tetapi ia juga adalah peringatan untuk umat Baginda SAW semuanya secara umumnya! 
    Nabi tak buat dah tetapi pesanan & peringatan untuk umat Baginda juga!
    Sebagaimana pepatah Melayu: Pukul anak sindir menantu!

    ii- Tidak menjadi kesalahan untuk berpesan bagi menguatkan lagi keihklasan dan peringatan.

    iii- Untuk memperkuatkan bahawa larangan syirik ini amat besar! 
    Jika Nabi yang sudah mantap aqidahnya pun dipesan sedemikian rupa oleh Allah apatah lagi kita manusia biasa ini.
  1. Ayat 15- {Katakanlah: “Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)”.}-

    Nabi SAW berkata jika dia derhaka kepada Allah, dia takut akan ditimpa azab!
    Ulama’ kata : Maksiat itu ada dua jenis:
    i- Maksiat yang tidak akan diampunkan Allah. Iaitu yang berbentuk syirik.

    ii- Maksiat dengan melakukan dosa & perbuatan buruk lain selain syirik, ia berada di bawah pertimbangan & kehendak Allah SWT.
    Mungkin Allah maafkan terus atau mungkin Allah azabkan duku kemudian dimasukkan ke dalam syurga.  
    Manakala dosa-dosa kecil cukup kita hapuskannya dengan wudhu’, solat, ke masjid, beristighfar kepada Allah, taubat, insya’ Allah Allah hilangkan dosa-dosa itu! 
    Yakni hari-hari kita basuhnya akan bersihlah ia.
    Tetapi jika dosa besar, tak padan dengan istighfar saja perlu kepada taubat nasuha, keinsafan dan jika terlibat dengan hak orang kena pulangkan balik!

    Pada akhir ayat Allah kata sesiapa yang dijauhkan dari api neraka maka dialah orang yang mendapat rahmat Allah. 
    Maka ayat ini mengisbatkan akan sifat rahmat, kasih sayang dan kasihan belas Allah terhadap hamba-hamba-Nya.
    Kata ulama’ : Sesiapa yang mendapat rahmat Allah, dia tidak akan disentuh oleh api neraka walaupun sesat; itulah orang yang bahagia, beruntung & selamat!

    Ya Allah jadikan kami, keluarga kami & orang kami sayangi dari kalangan hamba-Mu yang bahagia yang ceria, yang selamat dari azab neraka & yang layak untuk ke syurga-Mu.

Alhamdulillah tamatlah dulu siri kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat manfaatnya!
Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu al-Quran.
Wallahu A’lam.

Powered by BetterDocs