Surah Al-Baqarah : Ayat 233

HUKUM MENYUSUKAN ANAK, TEMPOH PENYUSUAN & KEWAJIPAN BAPA BERI NAFKAH.

Full video : https://youtu.be/VkjsM3vzVrk?si=iDpS5NllQrJjDenV

MUQADDIMAH :

  1. Alhamdulillah pada hari ini kita dapat meneruskan kuliah kita dalam satu ayat sahaja iaitu ayat 233 bagi surah Al-Baqarah.
    Surah yang kedua dalam juzu’ yang kedua.
  2. Dalam siri ini Allah SWT bawakan ayat tentang hukum menyusukan anak, selepas ibu melahirkan anak tanggungjawabnya ialah menyusukan anak itu jangan biarkan anak itu lapar.
  3. Isu ini timbul biasanya berkaitan dengan ibu bapa yang telah bercerai & mempunyai anak yang masih kecil.
  4. Maka dalam ayat ini Allah beri tugas kepada ibu untuk menyusukan anak manakala kewajipan bapa beri nafkah.
    Ada nafkah ada tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh si bapa terhadap anaknya.
    Si ibu juga begitu, ada haq & tanggungjawabnya.
  5. Munasabah ayat:
    i- Ayat sebelumnya Allah menceritakan tentang perceraian, apa jenis saja.
    Kemudian selepas berlaku perpisahan antara ibu & ayah apakah natijahnya?
    Mereka mungkin ada anak kecil, boleh jadi si ibu setelah dicerai mungkin merajuk dan nak ajar bapa itu, tidak mahu jaga & menyusukan anak itu, sedangkan anak itu memerlukannya.

    ii- Maka dalam ayat ini, Allah berpesan untuk ibu-ibu yang melahirkan untuk menyusukan anak mereka sepanjang tempoh penyusuan- maksimanya 2 tahun genap.
    Hak seorang anak juga, wajib bagi seorang bapa bagi belanja, nafkah, pakaian pada ibu yang menyusukan anaknya itu, terutama wanita yang diceraikan. Ibu bapa yang bercerai tetap kena bertanggungjawap pada anak mereka.

أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

AYAT 233- {DAN IBU-IBU HENDAKLAH MENYUSUKAN ANAK-ANAK MEREKA SELAMA DUA TAHUN GENAP IAITU BAGI ORANG YANG HENDAK MENYEMPURNAKAN PENYUSUAN ITU; DAN KEWAJIPAN BAPA PULA IALAH MEMBERI MAKAN DAN PAKAIAN KEPADA IBU ITU MENURUT CARA YANG SEPATUTNYA. TIDAKLAH DIBERATKAN SESEORANG MELAINKAN MENURUT KEMAMPUANNYA. JANGANLAH MENJADIKAN SESEORANG IBU ITU MENDERITA KERANA ANAKNYA, DAN (JANGAN JUGA MENJADIKAN) SESEORANG BAPA ITU MENDERITA KERANA ANAKNYA; DAN WARIS JUGA MENANGGUNG KEWAJIPAN YANG TERSEBUT (JIKA SI BAPA TIADA).}

  1. Allah menyatakan bahawa tanggungjawab seorang ibu ialah memberi susu pada anaknya, menyusukan mengikut kemampuannya dan tempoh maksima jika mahu sempurnakannya ialah 2 tahun.
    Kerana itu ramai ulama’ kata ayat ini ditujukan kepada wanita-wanita yang telah diceraikan.
    Manakala ulama’ yang lain kata ia adalah umum untuk semua ibu yang melahirkan anak sama ada ada suami atau telah bercerai, tetapi bertanggungjawab menyusukan anaknya!
  2. Ke atas orang yang dilahirkan anak kepadanya {وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ} – Allah sebut begini untuk menunjukkan dekatnya seorang ayah itu dengan anak berbin kepadanya & menekankan tanggungjawabnya.
  3. Kewajipan seorang suami/bapa mestilah memberi nafkah, makan-minum dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya, ikut kemampuannya & persetujuan bersama. Tengok kemampuan bapa & keperluan anak.
  4. Allah juga menyatakan tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya, yakni Allah ajar untuk bersederhana & adil:
    i- Diberikan belanja & nafkah ikut keperluan isteri & kemampuan suami.
    Iaitu tidak telalu mewah sehingga menyusahkan suami.

    ii- Atau terlalu kedekut & berkira sangat sehingga tidak cukup keperluan & menyusahkan si isteri pula.
  5. Kerana itu Allah SWT tidak letak harga di sini, pandai-pandailah kamu susun ataurnya ikut keperluan & kemampuan hidup masing-masing. Orang senang cara senang, orang susah cara susah. Yang penting para suami wajib memberi nafkah kepada isteri atau bekas isterinya sepanjang tempoh tersebut, agar anak mereka mendapat khasiat susu ibu dari awalnya.
    Kemudian boleh minum susu lain sebagai ganti dan makanan tambahan ikut kesesuaian.
  6. Allah menjelaskan lagi masalah ini dengan firman-Nya dalam ayat ini:
    {Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.} (At-Talaaq 65:6)

    {Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.} (At-Talaaq 65:7)
  7. Amat susah sekarang ini (bahkan sejak dulu) untuk mencari seorang suami atau bapa yang bertanggungjawab selepas bercerai ini.
    Bahkan yang ramainya menyerahkan terus tugas itu sebagai bebanan ke atas isteri. Usahkan nak beri nafkah, khabar anak pun lansung tidak diambil tahu!
  8. Berdosa seorang bapa melepaskan semua tanggungjawab yang sepatut dia pikul, pada seorang ibu yang diceraikan.
    Ingatlah dunia ini berputar, tak semesti kita sentiasa di atas hari ini kaya, tak semesti esoknya sentiasa sihat, kaya-raya & senang-lenang.
    Pada suatu masa mungkin kita sakit, tua tidak sihat lalu memerlukan kasih-sayang dan jagaan seorang anak.
    Baru nak cari anak- sedangkan anak iu sudah tahu sikap bapa yang tak tunaikan haq mereka!
    Yang penting biar ada tanggungjawab seorang bapa ke atas anaknya. Yang kaya & senang cara kaya, yang miskin cara miskin; dengan perbincangan & tolak ansur.
  9. Orang lelaki janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita/mudharat kerana anaknya:
    i- Yakni janganlah kerana sebab menjaga anak & menanggung nafkah sendirian menjadikan seorang ibu itu menderita.

    ii- Tidak diberi nafkah oleh suami apatah lagi nak upah.
    Iaitu tidak halal si bapa itu memudharatkan si ibunya dengan tidak beri nafkah.

    iii- Atau ambil bawa lari anaknya, cuba pisahkan anak dari ibunya.
    Ini boleh menyebabkan depression dan pelbagai gejala lagi.
  10. Seorang ibu bertanggungjawab pada anak yang dilahirkan walaupun sudah berpisah dengan si bapa:
    i- Jangan protes tidak mahu menyusu anaknya atau

    ii- Minta upah yang melampaui batas.

    iii- Si anak kecil tidak bersalah, tidak tahu apa-apa, sayangi & susukan sehingga 2 tahun jika mampu dan tiada halangan.
  11. Kemudian si ibu juga jangan jadikan bapa itu menderita dengan menyusahkannya seperti menuntut nafkah yang tidak logik, yang diluar kemampuan suaminya. Sehingga akhirnya menjadi punca perbalahan & perceraian pula.
  12. Jika si bapa tiada, iaitu mati meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil, maka ia menjadi kewajipan pewaris untuk menanggung nafkah kepada si anak. Jangan memudharatkan si ibu menjadi pencari rezeki.
    Bukan kewajipan ibu untuk mencari nafkah anak, waris sebelah bapa yang bertanggungjawap menanggung anak yatim itu.
  13. Pewaris di sini ialah wali-wali sebelah bapa seperti datuk, bapa saudara, sepupu-sepupu dan seumpamanya.
    Tanggungjawab ini amat besar tetapi tidak ramai yang memahami masalah ini atau ada kesedaran tentang tentang ini!
  14. Apa yang berlaku dalam masyarakat kita kebiasaannya apabila bercerai dengan suami, hidup atau mati- seorang wanita itulah yang akan menjadi ibu tunggal atau armalah, yang berhempas pulas, bersusah payah mencari rezeki demi untuk menanggung nafkah anak-anak yatim!
  15. Sedangkan bukan kewajiban ibu untuk menanggung nafkah anaknya.
    Di mana si bapa jika masih hidup; di mana para pewaris lelaki jika si bapa sudah meninggal dunia??!!!!
  16. Ajaran & hukum Islam itu sebenarnya sudah cukup lengkap, indah & sempurna!
    Hanya manusia yang tidak mengamalkan ajarannya yang menyebabkan semua kezaliman, ketidakadilan & penganiayaan ini berlaku!
    Bukan soal tidak ada ilmu tetapi tidak ada kesedaran & ikut nafsu!

AYAT 233- {KEMUDIAN JIKA KEDUANYA (SUAMI ISTERI MAHU MENGHENTIKAN PENYUSUAN ITU DENGAN PERSETUJUAN (YANG TELAH DICAPAI OLEH) MEREKA SESUDAH BERUNDING, MAKA MEREKA BERDUA TIDAKLAH SALAH (MELAKUKANNYA). DAN JIKA KAMU HENDAK BERI ANAK-ANAK KAMU MENYUSU KEPADA ORANG LAIN, MAKA TIDAK ADA SALAHNYA BAGI KAMU APABILA KAMU SERAHKAN (UPAH) YANG KAMU MAHU BERI ITU DENGAN CARA YANG PATUT. DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA ALLAH, SERTA KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MELIHAT AKAN APA JUA YANG KAMU LAKUKAN.} (AL-BAQARAH 2:233)

  1. Sepatutnya tempoh maksima menyusu dua tahun; tetapi kerana anak sudah agak besar, tempoh iddah habis pun sudah habis serta si isteri mungkin ada jodoh nak kahwin lain.
  2. Bakal suami baru pun belum tentu boleh menerima si anak. Atau si ibu sudah kena keluar rumah untuk bekerja dan lain-lain hajat.
  3. Maka berundinglah dengan si bapa dengan baik, setelah mereka berdua bersetuju tidaklah salah untuk menghentikan penyusuan asalkan tidak memudharatkan si anak serta cukup zatnya.
  4. Jika anak berumur bawah 2 tahun, dibolehkan jika beri orang lain menyusu, yakni nak upah orang lain untuk menyusukan bayi, tidaklah berdosa.
    Berilah upah yang berpatutan pada penyusu yang terpilih dengan cara yang baik juga.
    Ini adalah adat kebiasaan orang Arab, hatta Nabi kita SAW mempunyai beberapa orang ibu susu, yang masyhurnya Halimatus- Sa’diah.
    Anak-anak kita hari ini pula kebanyakan ibu susunya dari New Zealand & Australia iaitu susu cap gantung!
  5. Kita dapati dalam masalah nafkah ini Allah SWT menggunakan perkataan {dengan cara baik- { بِٱلْمَعْرُوفِ} semuanya.
    Ini kerana kadarnya tidak dapat ditetapkan, ia bergantung kepada keadaan & kemampuan si suami.
    Jika seorang bapa itu susah. Setakat itu sajalah yang dia mampau. Maka jika letak satu harga khas, maka bercanggahlah dengan Maqasid Syari’ah.
  6. Di akhir ayat Allah SWT ingatkan sekali lagi untuk bertaqwa kepada Allah- iaitu ikutlah apa yang diperintahkan Allah & jauhilah apa yang Allah larang.
    Antara perintah Allah ialah menunaikan hak ank-anak kamu!
  7. Serta ketahuilah sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. Apa niat kamu, jika mahu menganiayai orang, Allah tahu!
    Serta ingatlah ibu atau ayah yang tidak tunaikan tanggungjawab ke atas anak nanti, bila dah tua & sakit nanti kepada siapa kamu nak pergi nanti? Mereka akan ingat selalu dan membalas jasa kita seumpamanya.
  8. Antara haq seorang anak itu ialah bermula dari sebelum kahwin lagi iaitu mencari ibu yang baik & solehah.
    Pilih tempat untuk letak air mani kamu, cari keturunan & agama yang baik.
    Kemudian hak anak selepas lahir ialah memberi nama yang baik, menyusu, aqiqah, nafkah dan lain-lain seiring dengan pembesarannya.
  9. Untuk bacaan lebih lengkap tentang isu kekeluargaan ini boleh baca juga dalam buku ini:
    KEINDAHAN ISLAM. https://dartaibah.com/?page_id=179…

PENUTUP & FAEDAH :

  1. Ayat 233- {Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;}-

    Allah kata ibu hendaklah menyusukan anaknya.
    Kebanyakan ulama’ tafsir mengatakan ayat ini ditujukan kepada ibu-ibu yang diceraikan. Walaupun telah diceraikan seorang isteri masih berhak untuk jaga & susukan anak.
    Dia juga berhak menjaga anaknya yang masih kecil & masih menyusu itu, tiada yang boleh merampas dan pisahkan seorang ibu & anaknya yang masih kecil (haq hadhanah) walaupun seorang bapa, atau diberi kepada wanita lain.
    Tetapi jika ibu yang yang tidak bertanggungjawab, tidak menjalankan tugas, boleh diambil hak penjagaan darinya.
    Bapa juga wajib memberi nafkah kepada isteri yang menjaga & menyusu anaknya itu walaupun telah bercerai sehingga habis tempohnya!
    Kenapa ibu sangat penting bagi anaknya & digalakkan untuk menyusukan sendiri anaknya?
    Ini kerana menurut kajian perubatan, susu ibu terutamanya pada hari-hari yang terawal yang dipanggil Kolostrum sangat berkhasiat & mengandungi pelbagai manfaat untuk seorang bayi, maka berilah susu dari badan sendiri.
  2. Ayat 233- {Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;}-

    Dalam ayat ini Allah sebut ibu-ibu hendaklah menyusukan anaknya sehingga genap dua tahun bagi yang tiada halangan.
    Ayat ini menunjukkan para Ibu bertanggungjawab atas anak mereka & menyusukan mereka. Hak anak atas ibu melebihi dari orang lain.
    Manakala firman Allah SWT dalam ayat ini: {Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.} (Al-Ahqaaf 46:15)

    Maka para ulama’ mengambil istinbat dari ayat ini- dengan membuat kira-kira seperti berikut:
    i- 30 bulan adalah tempoh mengandung & menyusu yang Allah sebut-

    ii- Manakala paling kurang iaitu tempoh minimum untuk hamil ialah 6 bulan. Jika kurang daripada itu ia tidak boleh dinisbahkan kepada si suami.

    iii- Lalu ditolak 30 bulan itu dengan 6 bulan, jadilah 24 bulan iaitu 2 tahun bagi tempoh penyusuan maksima.
  3. Ayat 233- {Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap}-

    Allah sebut dengan nyata di sini bahawa ibu-ibu yang melahirkan anak, kamu yang kena susukan anak itu.
    Allah telah cipta wanita itu dengan naluri semulajadi & memberi mereka nikmat kasih sayang dalam hati mereka kepada anak-anak.
    Mereka telah kandungkan anak itu dalam rahim mereka selama 9 bulan, kemudian melahirkannya dengan susah payah sehingga hampir tercabut nyawa; maka merekalah yang paling layak menjaga sendiri anak-anak, mendidik dan memberi kasih sayang.
    Anak memerlukan kasih ibu melebihi kasih yang lain. Ibu juga orang yang paling layak untuk susukan anaknya sebagai makanan yang pertama untuk anaknya.

    Firman Allah SWT juga: { يُوصِيكُمُ ٱللَّهُ فِىٓ أَوْلَـٰدِكُمْ}- Allah perintahkan kamu mengenai anak-anak kamu,} (An-Nisaa’ 4:11)
    Ibu bapa sayangkan anak-anaknya, tetapi Allah SWT lebih sayangkan anak kita itu.
    Allah berpesan, berwasiat lagi dalam Al-Quran untuk kita jaga & berbuat baik kepada anak-anak.
    Sedangkan memang sudah fitrah manusia, naluri ibu bapa sayangkan anak-anaknya sendiri, huduh atau comel.
    Tetapi tak padan lagi dengan naluri saja, sehingga Allah memberi pesan & mengingatkan ibu bapa akan tanggungjawab dan tugasnya!
  4. Ayat 233- {dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.}-

    Allah sebut di sini lafaz panggilan kepada si bapa sebagai orang yang dilahirkan anak kepadanya { وَعَلَى ٱلْمَوْلُودِ لَهُۥ}- sebagai pemberi nafkah kepada si ibu. Ini kerana antara matlamat perkahwinan ialah nak zuriat atau anak.
    Seorang bapa bertanggungjawap pada orang melahirkan anak untuknya seperti yang sepatutnya.
    Kerana itu Allah sebut begitu kerana anak itu dinisbahkan kepada seorang bapa.
    Orang tak nisbah anak itu kepada ibunya kecuali anak yang tak sah taraf atau orang yang main ilmu sihir.

    Kata satu sya’ir Arab : Anak-anak kita ialah anak yang dilahirkan melalui anak-anak lelaki kita; Anak perempuan kita pula akan melahirkan anak orang lain! Maka seorang bapa itu bertanggung-jawab atas anak yang dilahirkan untuknya itu dan orang yang melahirkan anak itu juga iaitu si ibu. Kena jaga rezeki, nafkah, didikan, jagaan & kasih sayang.
  5. Ayat 233- {dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.}-

    Kewajiban si bapa memberi nafkah kepada anak isterinya dengan baik- iaitu mengikut keperluan & kemampuannya.
    Allah tidak paksa lebih daripada kemampuan.
    Allah tidak memberatkan seseorang lebih dari kemampuannya.
    Berundinglah dengan cara baik dengan pasangan masing-masing.
    Kaedah dalam Al-Quran, Allah beri setiap tugas & tanggungjawab kepada kita setakat kemapuan yang kita sanggup. Tidak lebih daripada itu.
    Jika tidak cukup juga atau tidak mampu juga maka berundinglah dengan cara yang baik!
    Alhamdulillah tamatlah siri kita untuk hari ini insya’ Allah kita sambung esok membincangkan pula iddah tentang perempuan yang kematian suaminya.

Semoga Bermanfaat buat pencinta ilmu Al-Quran.

Powered by BetterDocs