GOLONGAN MENOLAK AKHIRAT KE NERAKA, GOLONGAN BERIMAN KE SYURGA & UCAPAN AHLI SYURGA.
Full video : https://youtu.be/tfy0WaRRCWE?si=PZz32aka8udNdCq-
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri 5, Tafsir Surah Yunus dengan ayat 07 dan ayat 10 dalam juz kesebelas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa terdapat dua kumpulan manusia iaitu yang beriman & yang kafir tidak beriman.
Balasan kumpulan yang kafir menolak akhirat akan dihumban ke neraka.
- Manakala bagi golongan yang beriman, Allah akan pimpin mereka ke jalan yang benar atas dunia ini & mereka akan mendapat balasan syurga di Akhirat.
- Allah nyatakan juga kesyukuran ahli syurga walaupun telah berada di dalam syurga, mereka sentiasa berzikir memuji Allah, mengucapkan syukur, alhamdulillah kepada Allah di atas segala nikmat syurga itu.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan dalil-dalil yang kuat, jelas & kukuh bahawa Allah SWT adalah Pencipta alam ini, yang kemudian menyusun atur & mentadbirnya.
ii- Maka datang ayat ini Allah nyatakan bahawa setiap manusia selepas mati nanti akan dibangkitkan semula untuk hidup balik di Akhirat kelak.
Oleh kerana puak kafir menentang, menolak tak mahu terima maka Allah mulakan akan perihal orang kafir dulu dalam ayat ini!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 7- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG TIDAK MENARUH INGATAN AKAN MENEMUI KAMI (PADA HARI AKHIRAT UNTUK MENERIMA BALASAN), DAN YANG REDA (BERPUASHATI) DENGAN KEHIDUPAN DUNIA SEMATA-MATA SERTA MERASA TENANG TENTERAM DENGANNYA, DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK MENGINDAHKAN AYAT-AYAT (KETERANGAN DAN TANDA-TANDA KEKUASASAAN) KAMI,} (YUNUS 10:7)
- Allah menceritakan kepada kita tentang jenis kumpulan manusia.
Yang pertama ialah golongan kafir yang:
i- Yang tidak menaruh ingatan akan menemui Tuhan pada hari akhirat untuk menerima balasan.
Yakni mereka tidak percaya kepada Akhirat & apatah lagi takut akan kebangkitan semula & hisab selepas mati nanti!
Mereka lansung tidak berharap untuk bertemu Tuhan, atau mengharapkan pahala dan tidak takut kepada dosa!
ii- Mereka juga reda berpuashati dengan kehidupan dunia semata-mata.
Kerana mereka tidak percaya akan Akhirat maka pastilah mereka hanya mengejar dunia sahaja!
Kaut keuntungan atas dunia ini sebanyak mungkin, belasah apa saja yang ada di depan mereka.
iii- Serta merasa tenang tenteram dengannya. Maka mereka amat puas hati & gembira dengan apa yang mereka dapat capai atas dunia ini, tidak memikirkan akan balasan baik atau buruk di Akhirat kelak.
Kita orang beriman kena sebaliknya!
iv- Dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Allah.
Mereka tidak percaya, tidak mahu ambil peduli atau cakna kepada ayat-ayat Allah.
Mereka tidak cuba ambil faedah pengajaran darinya!
Hidup mereka hanya lihat, makan minum cari rezeki untuk dunia sahaja!
- Ayat-ayat keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan Allah ini sama ada:
i- Ayat-ayat Kauniyyah, yang dapat dilihat dengan mata kepala mereka sendiri seperti langit bumi, bukit bukau, gunung-ganang dan semuanya!
ii- Ayat-ayat yang Allah turunkan iaitu al-Quran. Kita baca al-Quran dia kata dongeng atau sihir.
- Hadis: Dari Anas b. Malik RA katanya- Nabi SAW bersabda; “Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum.” (HR. Muslim)
AYAT 8- {MEREKA YANG DEMIKIAN KEADAANNYA (DI DUNIA), TEMPAT KEDIAMAN MEREKA (DI AKHIRAT) IALAH NERAKA; DISEBABKAN KEINGKARAN DAN KEDERHAKAAN YANG MEREKA TELAH LAKUKAN.} (YUNUS 10:8)
- Maka datang ayat ini Allah nyatakan balasannya bagi mereka yang demikian sifat & perbuatannya; tempat kediaman mereka di akhirat kelak ialah neraka dan segala azabnya yang pedih!
- Sebab mereka mendapat balasan ini ialah kerana keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan; Allah nyatakan sebab balasan pula!
AYAT 9- {SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, TUHAN MEREKA AKAN MEMIMPIN MEREKA DENGAN SEBAB IMAN MEREKA YANG SEMPURNA ITU. (MEREKA MASUK KE TAMAN YANG) SUNGAI-SUNGAINYA MENGALIR DI BAWAH TEMPAT KEDIAMAN MEREKA DI DALAM SYURGA YANG PENUH NIKMAT.} (YUNUS 10:9)
- Munasabah ayat:
i- Dalam ayat yang sebelumnya Allah nyatakan tentang kumpulam yang kufur, ingkar & keras kepala, maka;
ii- Seperti biasa, uslub al-Quran yang indah membawa pula sifat kumpulan yang sebaliknya iaitu mereka yang beriman & bertaqwa kepada Allah. Iaitu mereka yang beriman solid dengan kesemua rukun iman.
- Bagi mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah akan memimpin mereka untuk mendapat hidayah Allah atas dunia ini dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.
- Ini bertepatan dengan doa yang mereka baca setiap hari, membaca dan memohonnya dalam setiap solat mereka yang rasminya 17 kali serta lebih lagi dalam yang solat sunatnya:
{Tunjukilah kami jalan yang lurus- ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ} (Al-Fatihah 1:6)
- Allah membalasnya bagi mereka masuk ke taman yang sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.
- Lalu dengan sebab mereka ada sijil iman & bekalan amalan soleh; menjadi kelayakan untuk mereka mendapat balasan yang mulia dan nikmat yang kekal abadi ini.
- PERINGATAN:
Benar dinyatakan bahawa semua manusia masuk syurga dengan rahmat Allah bukan dengan sebab amalnya semata-mata!!
Tetapi ingat dalam masa yang sama untuk mendapat rahmat Allah pastilah seseorang itu kena beriman & beramal soleh!
Yakni betul kita masuk syurga dengan sebab rahmat Allah, tetapi nak dapat rahmat Allah pastilah ada syarat & sebabnya pula!!
- Iman & amal tidak dapat dipisahkan bukan seperti yang didakwa oleh puak murji’ah, sekular & liberal sekarang yang memisahkan iman & amal.
Kerana itu tidak pelik mereka senang-senang menghina hukum agama.
- Allah bayangkan kepada kita betapa indahnya nikmat syurga. Ini kerana atas dunia ini pun betapa manusia suka kepada tempat rehlah yang ada air sama ada air terjun yang semulajadi atau taman tema air ciptaan manusia.
Di dalam syurga nanti pastilah tidak akan terbanding lagi keindahannya!!!!
AYAT 10- {DOA UCAPAN MEREKA DI DALAM SYURGA ITU IALAH MAHA SUCI ENGKAU DARI SEGALA KEKURANGAN WAHAI TUHAN! DAN UCAPAN PENGHORMATAN MEREKA PADANYA IALAH: SELAMAT SEJAHTERA! DAN AKHIR DOA MEREKA IALAH SEGALA PUJI DIPERSEMBAHKAN KEPADA ALLAH YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIRKAN SEKALIAN ALAM!} (YUNUS 10:10)
- Kemudian Allah nyatakan bahawa doa para penghuni syurga kelak ialah: {سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan-
Yakni kami bersihkan Engkau Ya Allah daripada segala kekurangan.
- Nota: Orang yang mendapat kebahagiaan apabila mereka masuk ke dalam syurga kelak & mendapati segala yang dijanjikan Tuhan,
i- Mereka lalu mempersembahkan:{سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} yang bermaksud {Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan}.
ii- Dan apabila mereka menikmati segala nikmat kurniaan Allah di dalam syurga itu mereka mengucapkan pula syukur kepada Tuhan:
{ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}- Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
- Hadis dari Jabir bin Abdullah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إنَّ أهْلَ الجَنَّةِ يَأْكُلُونَ فيها ويَشْرَبُونَ، ولا يَتْفُلُونَ ولا يَبُولونَ ولا يَتَغَوَّطُونَ ولا يَمْتَخِطُونَ قالوا: فَما بالُ الطَّعامِ؟ قالَ: جُشاءٌ ورَشْحٌ كَرَشْحِ المِسْكِ، يُلْهَمُونَ التَّسْبِيحَ والتَّحْمِيدَ، كما تُلْهَمُونَ النَّفَس
Bermaksud: “Sesungguhnya penduduk syurga, mereka makan dan minum di dalam syurga, namun mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak buang air besar, dan tidak mengeluarkan kahak.” Para sahabat bertanya: ‘Lalu bagaimana nasib makanan di perut mereka?’ Jawab Nabi SAW: “Menjadi sendawa, dan keringat yang berbau misk (kasturi). Mereka diilhami selalu bertasbih dan bertahmid, sebagaimana kamu selalu bernafas.” (HR. Muslim, no. 2835).
- Yakni ahli syurga ini diberi ilham untuk sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diterima.
Oleh kerana nikmat yang tidak putus-putus maka pujian itu juga tidak putus!
- Hadis: Dari Anas b. Malik RA katanya, Nabi SAW bersabda; “Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum.” (HR. Muslim)
- Kemudian ucapan sesama ahli syurga pula: Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: {سَلَـٰمٌۭ} Selamat sejahtera!
- Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
- Iaitu mereka akhiri ucapan & tutup doa mereka dengan sekali lagi memuji Allah SWT: {أَنِ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}
Iaitu semua pujian hanya layak untuk Allah SWT Pemilik Alam ini, yang bersifat dengan Maha sempurna daripada segala kekurangan, bersama kita agungkan & sayangkan Allah.
- Doa ini ada dua ada kategori:
i- Doa permohonan untuk meminta;
ii- Doa ibadat kepada Allah semata-mata.
- Maka doa itu tidak semestinya minta kerana ahli syurga tidak ada apa lagi yang mereka mahu, semua sudah mencukupi, maka doa mereka itu adalah semata-mata pujian & ibadat untuk Allah SWT!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 7- {Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan), dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata…}-
Kata ulama’ tadabbur seperti Ibnu Asyur RHM: Ayat ini menjadi satu isyarat bahawa keindahan & kemewahan dunia; setakat mana kita redha & gembira dengannya, sejauh itu juga kita dengan Akhirat.
Yakni tengok pergantungan hati kita, makin kuat bergantung dengan dunia, makin jauh & lemah dengan Akhirat!
Kerana itu satu sifat zuhud, di mana walaupun kaya tidak ada masalah jika dunia hanya di tangan tetapi jika dunia sudah masuk ke dalam hati akan binasalah!
Dunia ini Allah jadikan kita hidup atas dunia sebagai tempat untuk kita hidup & mencari rezeki dunia & bekalan Akhirat.
Perumpamaan: Kapal di atas air itu biasa dan tidak menjadi masalah; tetapi jika air sudah masuk ke dalam kapal maka itu akan membawa masalah & boleh tenggelam kapal!
Begitulah jika dunia sudah bertakhta di dalam hati, manusia boleh tenggelam dalam kehidupan dunia semata-mata.
- Ayat 8- {Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.}-
Bagi mereka neraka dengan sebab apa yang mereka usahakan!
Kata ulama’ seperti Syeikh Ibnu Atiyah:
Ayat ini untuk menolak fahaman sesat jabariyyah yang mengatakan manusia ini tidak ada ikhtiar, tidak ada usaha & pilihan, hanya seperti robot, buat dan lakukan apa yang Allah sudah tetapkan!
Ulama’ ahli Sunnah kata tidak begitu!
Atas dunia ini kita ada pilihan, pilihan di tangan manusia, nak pilih jalan yang benar atau jalan yang sesat!
Kita buat perbuatan dengan pilihan kita walaupun semua itu ditentukan oleh Allah SWT – iradah kauniyyah.
Allah kata dengan sebab apa yang kamu usahakan: Yakni dengan sebab atas dunia dulu kamu buat yang tak baik maka di Akhirat kamu akan dibalas neraka.
Apa benih yang ditabur, itulah hasil yang akan kamu tuai!
Tanam padi maka padilah yang akan kamu tuai & petik!
- Ayat 9- {Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu.}-
Dalam ayat ini jelas Allah letakkan iman kepada Allah sebagai kunci dan sebab kebaikan.
Bila ada kunci iman barulah kita diberi hidayah, dipimpin kepada jalan yang benar & diredhai, siratul-mustaqim, yang penting ada iman!!
Selagi tidak ada iman manusia tidak boleh bergerak, tidak boleh berjalan, iman itu yang utama sekali yang kamu kena ada & jaga kerana tanpa iman yang lain tak berjalan!
Bila ada iman barulah ada hidayah untuk Allah pimpin kita meneruskan segala amalan yang baik.
Kerana yang menggerakkan kita ini ialah keimanan!
Apabila iman ada dalam hati ia akan menyebabkan kita nak beribadat, nak buat baik nak jauhkan diri dari maksiat & mungkar!
Kita kena mantapkan iman kita kepada Allah, barulah Allah pimpin kita, bimbing kita kepada jalan yang selamat insya’ Allah!
- Ayat 9- {(Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat.}-
Orang yang beriman akan masuk ke dalam syurga yang penuh nikmat dengan sungai-sungai yang mengalir!
Apakah hikmahnya Allah sandarkan syurga itu kepada nikmat?
Sedangkan jika sebut syurga saja sudah cukup kerana syurga itu penuh nikmat & keindahan.
Jawapan:
Ini kerana nikmat di dalam syurga itu nikmat yang lengkap & penuh:
i- Sama ada nikmat dalam hati, suka gembira, hati penuh keredhaan & ketenangan.
ii- Nikmat badan yang dapat dinikmati secara fizikal.
Makanan, minuman, tempat tinggal & perhiasan yang indah, pasangan yang sempurna dan pelbagai nikmat lagi.
Ini kerana jika hati tak gembira & redha, kita tidak akan dapat menikmati juga secara fizikal!
Hati happy, mulut pula selera makan, badan sihat – baru dapat dinikmati segala nikmat itu!
Kerana itulah rahsia Allah sebut syurga-Ku yang penuh nikmat {جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ}.
- Ayat 10- {Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!}-
Dalam ayat ini Allah menamakan pujian & tasbih kepada Allah sebagai doa.
Sama seperti tahlil, takbir, tahmid, semua itu juga doa.
Sebagaimana yang kita nyatakan bahawa doa itu ada dua kategori:
i- Doa yang semata-mata ibadat.
Kita puji & sebut nama Allah tanpa meminta apa-apa permintaan.
ii- Doa permintaan, kita minta pelbagai kehendak dan keperluan kita kepada Allah!
Hadis: Kata Ibnu Abbas RA Doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW ketika dilanda kesulitan adalah:
“لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ”,
Ertinya: “Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Agung lagi Maha Lembut. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Arasy Yang Agung. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan langit, Tuhan bumi, dan Tuhan Arasy Yang Mulia”. [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ulama’ salaf menamakan doa ini doa ketika kesusahan.
Dalam Kitab Perisai Muslim ada doa ini: https://dartaibah.com/…/Perisai-Muslim-RUMI-Cetakan…
Hadis: Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.
{لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ}.
{Tiada Tuhan selain-Mu, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim} [Surah Al-Anbiyā’ ayat 87]. Sabda Rasulullah: فإنه لم يدع بها مسلم ربه في شيء قط إلا استجاب له
Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir).
Doa ahli syurga: {سُبْحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ} menunjukkan betapa semangatnya mereka memuji dan bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang tidak putus-putus itu.
Semakin banyak nikmat semakin kuat & semangat mereka berdoa memuji Allah!
Kata ulama’ seperti Imam Nawawi & al-Qurtubi RHM: Kita pun apabila berdoa mulakan dengan memuji Allah dan tutupnya juga dengan pujian kepada Allah {ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ}.
Peringatan: Tak perlu kita tutup doa kita dengan membaca kisah ahli syurga ini: { وَءَاخِرُ دَعْوَىٰهُمْ- penutup doa mereka ahli syurga adalah…}-
Cukuplah terus kita mengucapkan alhamdulillah { ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ} sebagai doa kita sendiri bukan kita nak terjemahkan ayat itu!!!
Ingatan untuk sesiapa yang berdoa, kena semak & murajaah dulu.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
