MAKHLUK DI HIMPUNAN MAHSYAR, BERHALA BERLEPAS DIRI & SEMUA AKAN MENERIMA PEMBALASAN.
Full video : https://youtu.be/i6ck1KzUk1k?si=mPGChsv2IxITRfKw
MUQADDIMAH :
- Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 28 dan ayat 30 dalam juz kesebelas.
- Dalam siri ini Allah SWT nyatakan bahawa semua makhluk dihimpunkan dalam perhimpunan yang besar di padang Mahsyar.
- Kemudian semua berhala dan sembahan puak kafir yang lain berlepas diri dari para penyembahnya!
Bahkan mereka marah kerana mereka juga kena campak ke dalam neraka.
- Selepas kita dikembalikan kepada Allah, kita akan dipersoalkan dengan semua yang kita buat atas dunia dulu & akan menerima pembalasan.
Kerana itu marilah kita buat yang baik saja agar tidak menyesal di Akhirat kelak.
- Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- Dalam ayat yang lepas Allah SWT nyatakan tentang keadaan dua golongan yang baik & celaka.
ii- Dalam ayat ini menyatakan bahawa semua manusia yang baik atau jahat akan dihimpun bersama semuanya di Padang Mahsyar kemudian akan dipisahkan mengikut amalan masing-masing, buruk atau baik!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
AYAT 28- {DAN (INGATLAH) MASA KAMI HIMPUNKAN MEREKA SEMUA (PADA HARI KIAMAT), KEMUDIAN KAMI BERFIRMAN KEPADA ORANG-ORANG MUSYRIK: “TUNGGULAH DI TEMPAT KAMU SEMUA, KAMU DAN MAKHLUK-MAKHLUK YANG KAMU JADIKAN SEKUTU”; SESUDAH ITU KAMI PUTUSKAN PERHUBUNGAN BAIK DI ANTARA MEREKA. DAN BERKATALAH MAKHLUK-MAKHLUK YANG MEREKA SEMBAH ITU (SEBAGAI BERLEPAS DIRI): “BUKANLAH KAMI – YANG KAMU PUJA DAN TAAT (SEBENARNYA KAMU HANYA MEMUJA DAN MENTAATI HAWA NAFSU KAMU SENDIRI)!} (YUNUS 10:28)
- Allah SWT mengingatkan kepada hari dihimpunkan semua makhluk untuk pembalasan pada hari Kiamat nanti.
Manusia, jin, muslim, kafir, penyembah & yang disembah.
Tiada siapa yang terlepas, keluar dari kubur semua akan dikumpulkan.
- Sebagaimana firman Allah SWT”
{Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.} (Al-Kahfi 18:47)
Ya Allah, hisabkan kami dengan hisab yang senang & mudah.
- Kemudian tunggulah kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu- yakni orang syirik menyekutukan Allah alan dikumpulkan bersama benda atau perkara yang disembahnya menunggu keputusan & pembalasan mereka.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua, kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: “Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?”} (Al-An’am 6:22)
- Di Akhirat kelak kita akan dibangkitkan bersama orang yang kita sayang & ikutinya semasa di dunia ini.
Jika sayangn orang yang soleh & berada di jalan yang benar maka selamatlah!
Jika sebaliknya celakalah!
- Kemudian Allah akan putuskan perhubungan baik di antara mereka, penyembah & benda yang mereka sembah itu, di mana berhala & sembahan mereka itu berlepas diri daripada mereka.
Bahkan mereka marah pula dengan bertanya siapa yang suruh kamu sembah kami?????
- Mereka berlepas diri dengan mengatakan bukanlah kami, yang kamu puja dan taat sebenarnya kamu hanya memuja dan mentaati hawa nafsu kamu sendiri!!
- Kata al-Baghawi: Pada hari Kiamat Allah beri kemampuan untuk berhala sembahan itu boleh bercakap dan memarahi tuan mereka yang menyembah mereka dulu dengan mengatakan bukan mereka yang menyuruh perbuatan itu & bukan mereka yang disembah tetapi hawa nafsu mereka sendiri!
Ada ulama’ kata: Yang bercakap itu ialah malaikat sebagai wakil atau syaitan yang disembah atau yang menyuruh mereka disembah.
AYAT 29- {“(ALLAH MENGETAHUI APA YANG SEBENARNYA); OLEH ITU, CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI SAKSI ANTARA KAMI DENGAN KAMU, BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK MENYEDARI PUJAAN ATAU PENYEMBAHAN KAMU (KEPADA KAMI)”.} (YUNUS 10:29)
- Para berhala sembahan itu berkata lagi dengan memanggil penyembah mereka itu sebagai puak kafir & syirik!!!
- Mereka (berhala) mengatakan bahawa mereka sesekali tidak menyuruh & meminta untuk disembah bahkan tidak tahu & tidak sedar pun akan pujaan atau penyembahan puak kafir itu kepada mereka.
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Kalau kamu memohon kepada mereka (yang kamu sembah itu): mereka tidak mendengar permohonan kamu, dan kalaulah mereka mendengar pun, mereka tidak dapat memberikan apa yang kamu pohonkan itu; dan pada hari kiamat pula mereka mengingkari perbuatan syirik kamu. Dan (ingatlah) tidak ada yang dapat memberi tahu kepadamu (wahai Muhammad, akan hakikat yang sebenarnya) seperti yang diberikan Allah Yang Maha Mendalam PengetahuanNya.} (Fatir 35:14)
- Yakni para sembahan seperti berhala batu kayu itu berlepas diri daripada para penyembahnya, bahkan mengecam mereka dan mengatakan mereka tidak tahupun perbuatan puak kafir itu!
Sedangkan pada saat itu para penyembahnya amat berharap mereka mendapat pertolongan & syafaat daripada sembahan mereka itu!
AYAT 30- {PADA MASA ITU TIAP-TIAP DIRI DAPATLAH MENGETAHUI (DAN MERASAI) AKAN APA YANG TELAH DIKERJAKAN DAN MEREKA DIKEMBALIKAN KEPADA ALLAH TUHAN MEREKA YANG SEBENAR-BENARNYA (YANG AKAN MEMBALAS DENGAN ADILNYA); DAN (DENGAN ITU) HILANG LENYAPLAH DARI MEREKA APA YANG MEREKA ADA-ADAKAN.} (YUNUS 10:30)
- Apa yang kita buat atas dunia ini, apa benih yang ditabur itulah hasil yang akan dituai di Akhirat kelak!
- Ketika bedirinya manusia di bumi Mahsyar pada hari Kiamat kelak, ketika itu barulah sedar & tahu betapa rugi & sia-sianya hidup mereka di dunia dulu.
Orang dakwah & beri nasihat dulu agar banyak solat banyak zikir tak mahu dengar & terima, menyesal sekarang tiada guna lagi!
- Setiap orang masing-masing berlepas diri dari yang lain serta saling tunjuk-menunjuk, menyalahkan antara satu sama lain!
Kemudian kita akan jumpa semuanya apa yang kita buat dulu, suratan catatan amalan kita akan dikira & dihisab!
- Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.} (Ali-‘Imran 3:30)
- Semua puak kafir & seluruh manusia akan dikembalikan kepada Allah, Tuhan Pencipta & Pemilik mereka yang haq, yang sebenar, yang menyusun atur & yang menjaga mereka, tidak ada syak padanya.
Tidak kira apa yang mereka ambil Tuhan yang mereka angkat & mereka sembah selama ini!
- Maksud bahawa Allah adalah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya {مَوْلَىٰهُمُ} adalah Tuhan Pencipta, Pemilik & Pentadbir yang sebenar bukan Tuhan yang memberi kasih sayang & keredhaan kepada mereka puak kafir!
- Di akhir ayat Allah kata: Hilang lenyap dari mereka segala apa yang mereka ada-adakan, iaitu:
i- Hampa & kecewalah mereka dari mendapat sebarang pertolongan dari makhluk yang mereka sembah & puja atas dunia dulu!
Bukan setakat tak boleh beri pertolongan tetapi kena marah pula!!!!
ii- Juga terbatal semua dakwaan mereka yang mengatakan Allah ada sekutu yang boleh memberi manfaat & syafaat kepada mereka, boleh menolak sebarang kemudharatan dan mendekatkan mereka kepada Allah.
Semua dakwaan & kepercayaan itu adalah sesat & batil!
- Maka kita orang beriman marilah kita berpegang teguh dengan aqidah kita, beriman kepada Allah berasulkan kepada Rasulullah SAW, jangan sekali-kali kita ikut perangai puak kafir yang menyusahkan diri di Akhirat.
Kita minta Allah selamatkan kita, keluarga kita & semua orang yang kita sayangi daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik!
PENUTUP & FAEDAH :
- Ayat 28- {Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat), kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: “Tunggulah di tempat kamu semua,…}-
Pada hari dikumpulkan semua manusia, Allah perintahkan puak kafir & musyrikin ini supaya tunggu di situ!
Kata ulama’ tadabbur seperti al-Biqa’I RHM: Ayat ini isyarat & peringatan bahawa mana-mana ibadat yang ada pengaruh syirik di dalamnya walaupun ia nampak seperti beribadat kepada Allah tetapi ia adalah karut & batil.
Segala ibadat kepada Allah tetapi buatnya tidak ikhlas kerana Allah tetapi kerana nafsu, nak menunjuk kepada orang; maka ibadat itu tidak ada nilai di sisi Allah SWT!
Sama juga seperti ibadat yang tidak ikut Sunnah Nabi SAW adalah tidak diterima!
Jangan cari yang pelik dalam ibadat tetapi cari yang sahih!
Untuk kerja dunia tak mengapa nak cari yang pelik-pelik tetapi untuk Akhirat kena cari yang sahih bukan yang pelik!
Kalaulah benda itu adalah ibadat kepada Allah kita kena ikhlaskan kepada Allah sepenuhnya jika ada syirik maka ruglah dan tertolak ibadat itu!
Jadi ayat ini mengajar kita untuk ikhlas dalam ibadat & menolak syirik!
- Ayat 28- {Dan (ingatlah) masa Kami himpunkan mereka semua (pada hari kiamat),…}-
Allah kata bahawa Dia kumpul semuanya sekali manusia itu!
Allah sebut semuanya {جَمِيعًۭا} kerana nak beritahu bahawa apabila orang mukmin lihat dahsyat & teruknya azab yang ditimpa ke atas orang kafir, kena azab, kena herdik kena hina: akan bertambah rasa syukur mereka yang beriman, alhamdulillah atas segala nikmat, keselamatan & keamanan yang mereka dapat!!!!
Juga apabila orang kafir melihat keadaan orang mukmin yang ceria dalam penuh nikmat, di bawah bayang teduh; akan menambahkan lagi rasa kekecewaan, kesedihan & penyesalan mereka!!!
Yakni apabila melihat nikmat, orang yang kehilangan nikmat akan bertambah kesal & rasa kerugian mereka manakala orang yang mendapat nikmat apabila melihat orang kena azab yang tak ikut mereka dulu akan bertambah kesyukuran mereka, alhamdulillah, alhamdulillah!!!
Inilah cara orang nak menambah syukur bagi orang mukmin & menambah kekesalan bagi puak kafir, iaitu dengan menghimpunkan semua bersama sekali di Mahsyar!
- Ayat 28- {… sesudah itu kami putuskan perhubungan baik di antara mereka.}-
Selepas itu Allah pisahkan antara mereka yang beriman & yang kafir musyrikin!!
Dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa: kami pisahkan mereka {فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ} puak kafir tiada siapa yang boleh tolong siapa, mereka telah lari dibawa pergi sesama mereka!
Dalam ayat ini terdapat keunikan dari segi nahu:
i- Allah nyatakan bahawa- {kami berkata { ثُمَّ نَقُولُ}- ayat ini dalam bentuk ayat akan datang (present tense- فعل المضارع)-
ii- Tetapi bahagian ini {kami pisahkan mereka {فَزَيَّلْنَا بَيْنَهُمْ}- dalam bentuk ayat yang telah lepas (past tense- فعل الماضي)-
Hikmahnya: Kata ulama’:
Untuk menunjukkan bahawa perkara itu akan berlaku sungguh di Akhirat kelak, jangan kamu berani main-main & degil, keras kepala kerana Allah akan melakukannya dengan hak!
Walaupun pada awalnya diceritakan, Kami menyatakan, untuk menunjukkan perkara yang akan berlaku di Akhirat kelak, kemudian Allah bawa sighah madhi pula untuk menunjukkan bahawa perkara itu akan benar-benar pasti akan berlaku!!!!
Begitulah setiap perubahan uslub, nahu, gaya bahasa dalam al-Quran ini semuanya dikaji oleh para ulama’ tadabbur, mereka tidak tinggalkan sedikitpun apa yang dapat dihuraikan & dikaji.
- Ayat 28- { “Tunggulah di tempat kamu semua, kamu dan makhluk-makhluk yang kamu jadikan sekutu”;}-
Allah kata tunggulah kamu dengan sekutu-sekutu kamu!
Yakni Allah sandarkan para musyrikin itu kepada sekutu & partner mereka.
Kata ulama’ tadabbur: Sesuatu perkara itu apabila ada kaitan walaupun sedikit boleh disandarkan kepada benda itu.
Jadi oleh kerana puak kafir kata Tuhan & sembahan mereka adalah berhala sedangkan berhala itu tak tahu & tak mintapun!
Mereka reka ukir buat dan sembahnya!
Allah nyatakan di sini kamu & sekutu kamu, yakni walaupun kamu tak tahu tetapi oleh kerana ia disembah, berhala itu kena juga azab!
Sebab itulah kita jangan ikut joint tempat maksiat.
Sesiapa yang joint majlis maksiat, semuanya penyanyi, pemuzik, penari, penonton dan apatah lagi penganjurnya, jika kamu duduk di situ akan dikira redha dengan mereka & termasuk dalam golongan itu juga!
Jika berlaku kebinasaan akan binasa semuanya!
Kerana itu kita jangan sesekali ikut sertai majlis yang ada kemungkaran & maksiat kerana kita akan termasuk sekali sebagai ahli maksiat!
Sama juga dengan joint majlis bid’ah, perkara agama tetapi dimasukkan dengan amalan yang bukan dari Sunnah Nabi SAW, kita akan termasuk dalam ahli bid’ah juga.
Jadi walaupun berhala itu tidak tahu & tidak suruh untuk disembah, tetapi kerana ia ada kaitan dengan puak kafir itu; makai akan dicampak sekali dengan penyembahnya juga! Wal- ‘iyazu billah!
Ini bahayanya ada kaitan, mari kita bebaskan diri kita daripada perkara yang boleh mengancam & membawa keburukan kepada kita di Akhirat kelak!!!
- Ayat 30- {… dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya);}-
Dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa mereka akan kembali kepada Allah, Penjaga (maula- مَوْلَىٰهُمُ ٱلْحَقِّ) mereka yang sebenarnya!
Ayat ini seolah bertembung dengan firman Allah SWT ini:
{… dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka- لَا مَوْلَىٰ لَهُمْ} (Muhammad 47:11)
Yakni di sini Allah kata: orang kafir Allah tak ambil peduli akan mereka, tiada penjaga (maula) bagi mereka.
Tetapi dalam ayat kita ini Allah kata orang kafir akan dikembalikan kepada maula mereka.
Jawapannya kata ulama’: Tiada percanggahan antara keduanya kerana:
i- Dalam ayat surah Yunus ini, maksudnya Maula di sini ialah Tuhan yang Mencipta mereka, yang memiliki mereka, yang mengatur susun kehidupan mereka, semua sekali manusia yang mukminnya atau yang kafir!
ii- Manakala yang dinafikan dalam Surah Muhammad itu ialah Maula dari sudut Tuhan yang memberi jagaan & mahabbah (kasih sayang) kepada mereka, tidak beri taufiq & pertolong kepada mereka!
Maula ini Allah hanya beri khas kepada orang mukmin semata-mata, orang kafir tiada bahagian dalam bab maula ini!
Lathaif: Dalam ayat al-Quran Allah selalu kembarkan antara:
i-Syirik & kazib (dusta), menunjukkan bahawa orang syirik dia juga seorang yang pembohong & pendusta.
ii- Antara benar & ikhlas, ini menunjukkan orang tauhid yang benar ialah orang ikhlas.
Sifat berlawanan ini sentiasa ada dalam al-Quran kerana Allah nak didik kita, nak ajar, suruh kita tahu & reti bahawa kita semua akan kembali kepada Allah, kedua kumpulan yang mukmin dan yang kafir akan bersama dihimpunkan di Padang Mahsyar tetapi akhirnya setiap kumpulan akan dipisahkan mengikut amalan & ibadat, masing-masing ada tempat tersendiri.
Ya Allah akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah, tuliskan kepada kami untuk mendapat kebahagian dunia & Akhirat serta layakkan kami untuk mendapat syurga-Mu!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
Wallahu a’lam.
